Anda di halaman 1dari 4

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

1/4 ekor ayam (di potong kecil2) 3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz) 1/2 biji carrot 4 biji bawang merah/kecil 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 bungkus sup bunjut Adabi minyak masak garam secukup rasa 6 cawan air

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot & sup bunjut juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam. 3. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup & daun bawang serta bawang goreng Bahan-bahan : 6 ketul ayam Rempah tumis - cengkih, bunga lawang, kayu manis Rempah sup bunjut ADABI Sebiji tomato Sedikit lada hitam Daun sup & daun bawang 5 ulas bawang merah - dimayang halus / ditumbuk 3 ulas bawang putih - dimayang halus / ditumbuk Seinci halia - di mayang halus Dua biji limau kasturi - diambil jusnya Caranya : 1. Tumis bawang dan halia. 2. Tumis rempah tumis. 3. Naik baru, masukkan rempah sup bunjut dan ayam dalam 2 minit. Kacau. 4. Masukkan air. 5. Masukkan tomato. 6. Apabila ayam masak, masukkan serbuk lada hitam. 7. Tunggu sup pekat sedikit. 8. Masukkan garam, daun sup dan daun bawang. 9. Campurkan jus limau kasturi. 10. Siap!

Ayam Pedas
Bahan: 6 keping paha ayam 1/2 camt serbuk kunyit 1/2 camt garam 200 ml minyak

12 tangkai cili kering (dibuang biji & direndam) } 10 ulas bawang merah } dikisar 3 ulas bawang putih } 2 cm halia } 1 cm lengkuas } 1 keping asam gelugur 250 ml air garam & gula secukupnya

Cara; Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 1 jam. Panaskan minyak, goreng ayam sampai masak. Angkat dan tuskan. Keluarkan separuh minyak, panaskan semula. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pula asam gelugur, garam, gula dan air. Biar menggelegak selama 5 minit. Kemudian letak ayam goring tadi, kacau rata. Biar mereneh hingga ayam masak.

tomyam

Bahan-bahan ( 3-4 org )


ekor ayam (dipotong kecil) 2 biji bawang besar (dihiris bulat) 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar) 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) 2 batang serai (dititik) 1 sudu besar pes tom yam 4 helai daun limau purut 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya) 3-4 cawan air garam & perasa sedikit minyak sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang. 2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar). 3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau. 4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. 5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api. 7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.
Nasi Goreng Versi aku .. Bahan-bahan: Nasi putih - di cerui-ceruikan Lada kecik -ditumbuk Bawang merah - ditumbuk Bawang putih - ditumbuk Ikan bilis - ditumbuk Kacang panjang - dipotong kecik-kecik Lobak merah - di potong dadu kecik Sawi - dipotong kecik Telur Garam Ajinomoto Minyak untuk menumis Ayam goreng (terpulang) Cara membuatnya: Panaskan minyak dalam kuali Tumiskan bahan tumbuk hingga garing

Masukkan lobak merah tadi Apabila lobak seakan layu, masukkan nasi putih dan dikacau hingga sebati Masukkan sayuran yang selebihnya tadi Kacau lagi Biarkan sebentar hingga sayuran layu Pecahkan telur ke atas nasi Gaul sebati dengan nasi Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa Gaulkan sehingga sebati. Siap Boleh la di hidangkan bersama ayam goreng atau apa-apa sahaja yang dirasakan bersesuaian.