Anda di halaman 1dari 36

Petikan dari buku karangan: Ustaz Abd. Muein Abd.

Rahman Disusun oleh: Ummu Muaz Bukit Jelutong Syaaban 1432H

Sesungguhnya hidup manusia di dunia ini sebentar cuma dan tidak mungkin kekal. Sesungguhnya detik-detik manusia di dunia sebenarnya terlalu sekejap sehinggalah ia sampai ke penghujung kehidupan dunianya.

Kisah Amirul Mukminin Ali bin Abi Tholib ra

Apabila masuk bulan Ramadhan dan saat malam melabuhkan tirai, beliau menghadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia menangis sambil berkata, Wahai dunia! Sama ada kamu menghadap kepadaku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umurmu pendek, urusanmu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu dayanya sangat besar. Ohh!Alangkah sedikitnya bekalan(ku) sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan juga sukar!

Tujuan kita dihidupkan?:


Firman Allah Taala yang bermaksud : Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu),untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).[Al-Mulk:2]

Masa ujian tamat ?:

Firman Allah Taala yang bermaksud : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. (Ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.[Ali-Imran:185]

Bila tarikh tamat ujian? :

1. Diampun segala dosa yang lepas dan akan datang


Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam- : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka diampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang.[HR Al-Bukhari].

2. Ganjaran pahala yang berganda.


Sabda Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam -: Semua amalan anak Adam akan diganda pahalanya, setiap amalan baik bersamaan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah Taala : Maka sesungguhnya ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku. [HR Muslim]

3. Puasa dan bacaan al-Quran di waktu malam akan memberikan syafaat di hari akhirat. Sabda Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam
-: Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba-Nya pada hari Qiamat. Berkata puasa : Wahai Tuhan! Aku telah menghalangnya dari makan minum dan syahwat, maka berilah syafaat kepadaku untuk (menyelamatkan) nya. Al-Quran pula berkata : Aku telah menghalangnya daripada tidur di waktu malam. Maka berilah syafaat padaku untuk (kuberi) padanya. Kata Allah : Maka kedua-duanya memberi syafaat. [Hadis sohih Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi]

Membaca al-Quran di waktu malam kelebihannya adalah berganda berbanding membacanya di siang hari. Firman Allah Taala yang bermaksud : Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar), mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud(mengerjakan sembahyang). [Ali-Imran:113]

4. Mendapat dua kegembiraan ; satu di dunia dan satu di akhirat.


Sabda Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam -: Bagi orang yang berpuasa, ia memperolehi dua kegembiraan, apabila ia berbuka, ia gembira dengan berbukanya, dan apabila ia berjumpa Tuhannya ia gembira dengan puasanya (yang diterima).[HR AlBukhari]

5. Bau mulut yang disukai oleh Allah, bahkan lebih wangi daripada bau kasturi di akhirat.
Sabda Rasulullahsallallahu alayhi wasallam -: Demi jiwa Muhammad yang berada di tanganNya, sudah pasti bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau wangi kasturi.[HR AlBukhari]

6. Disediakan pintu syurga khas al-Rayyan untuk orang-orang yang berpuasa.


Sabda Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam : Sesungguhnya di syurga ada satu pintu dinamakan ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari Qiamat mereka yang berpuasa, tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Dikatakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu.[HR AlBukhari]

7. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan digari


Sabda Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam -: Apabila masuk Ramadhan,pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari.[HR Al-Bukhari]

8. Sedekah di bulanRamadhan.
Nabi - sallallahu alayhi wasallam -ditanya; Apakah sedekah yang afdal? Jawab baginda : Sedekah di bulan Ramadhan. [HR Tirmiziy]

Dari Ibn Abbas -r adiyallahuanhu-: Adalah Rasulullah- sallallahu alayhiwa sallam manusia yang paling pemurah dan baginda lebih pemurah di bulan Ramadhan. Adalah Jibril berjumpa baginda setiap malam di bulan Ramadhan, lalu ditadaruskan dengannya al-Quran. Maka adalah Rasulullah - sallallahu alayhi wasallam lebih pemurah dengan kebaikan (bahkan) lebih laju dari tiupan angin. Dalam riwayat Ahmad : ..dan baginda tidak pernah diminta sesuatu melainkan baginda akan memberinya. [Muttafaqun alaiy]

Bersedekah juga salah satu amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari api neraka. Sabda Rasulullah:- sallallahu alayhi wasallam Takutlah api neraka walaupun dengan (bersedekah) secebis kurma. [Hadis sohih Riwayat an-Nasaie dan Ibn Majah]

9. Bonus lebih 1000 bulan (bersamaan 83 tahun).


Firman Allah Taala yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) ini pada malam LailatulQadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan [AlQadr:1-3]

Sabda Rasulullah: Telah datang kepadamu- sallallahu alayhi wasallam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah fardukan ke atas kamu puasa Ramadhan, dibuka padanya pintupintu langit (pintu syurga) dan ditutup pintu-pintu neraka Jahim, diikat syaitansyaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, makan ia diharamkan daripada segala kebaikan. [Hadis sohih Riwayat anNasaie]

Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda semakin menggandakan ibadahnya khususnya di waktu malam dan baginda beritikaf dari pagi hari 21 sehinggalah keluar dari masjid pada pagi hari raya Idil Fitri. Nabi s.a.w melakukan ini selama sembilan tahun iaitu sembilan kali Ramadhan.

Ini menunjukkan malam Lailatul-Qadar terlalu besar ganjarannya dan wajiblah ke atas setiap kita berlumbalumba untuk memburu LailatulQadar. Kita amat memerlukan bonus ganjaran amalan yang besar dengan hanya melakukan sedikit usaha iaitu berjaga di malam sepuluh akhir atau paling kurang malam ke-27. Ini kerana amalan yang kita lakukan selama ini terlalu sedikit dan belum tentu kita ikhlas dan diterima Allah.

1. Bertaubat nasuha daripada semua dosa. Dosa adalah penghalang besar kepada rahmat Allah dan menyebabkan manusia malas beribadat.

2. Lupakan dunia seketika. Jangan tonton televisyen sepanjang bulan Ramadhan dan selepasnya kecuali program yang penting dan berfaedah.

3. Kurangkan keluar membeli belah khususnya ke bazar Ramadhan. Ia banyak membuang masa dan tenaga di samping mengurangkan pahala puasa.

4. Kurangkan makan atau makanlah sama seperti di bulan-bulan lain.

5.Kurangkan bercakap kecuali perkara yang baik sahaja.

6. Banyakkan masa di masjid atau di tempat ibadah.

7.Pastikan dapat membaca al-Quran dua atau satu juzuk setiap hari untuk khatam dua kali atau sekurangkurangnya sekali di bulan Ramadhan.

8. Mulakan tadabbur (penghayatan) alQuran di hari pertama Ramadhan dengan mula membaca al-Quran terjemahan setiap hari satu muka surat serta istiqamah sehingga selepas Ramadhan.

9.Jika mampu,ambillah cuti sepuluh akhir Ramadhan untuk itikaf di masjid dan memburu Lailatul-Qadar.

10. Langkah-langkah ini sebaiknya dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Hal ini kerana adalah menjadi hak anak-anak mendapatkan tarbiyah daripada ibu bapa. Setiap ibu bapa akan dipersoalkan di akhirat kelak adakah mereka mendidik anak-anak mereka untuk mengenal Allah dan menjadi hamba-Nya yang sebenar atau menjadi hamba nafsu dan dunia? Firman Allah Taala : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya)[al-Tahrim:6]