Anda di halaman 1dari 82

C

CM

MY

CY CMY

EDI 200 SI 5

PROJEK PEMBANGUNAN MASYARAKAT OLEH:

Pasukan Pe r t a h a n a n Aw a m Singapura
www.scdf.gov.sg

DENGAN KERJASAMA:

MAJLIS PENCEGAHAN KEBAKARAN KEBANGSAAN

Persatuan

Rakyat

www.nfpc.gov.sg

www.pa.gov.sg

BUKU PANDUAN KECEMASAN

CM

MY

CY CMY

Pasukan Penyelamat Nyawa www.scdf.gov.sg

Untuk mempelajari kemahiran kehidupan pertahanan awam dan prosedur kecemasan, lawati lelaman SCDF di http://www.scdf.gov.sg

Buku panduan ini juga terdapat dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Untuk pertanyaan, sila hubungi kami menerusi saluran berikut:

Untuk maklumat berkaitan dengan krisis atau kecemasan, sila kunjungi bahagian Crises and Emergencies (http://www.gov.sg/c&e.htm) Portal Online Pemerintah Singapura (http://www.gov.sg)

Alamat:

Pasukan Pertahanan Awam Singapura Jabatan Ehwal Awam 91 Ubi Avenue 4, Singapura 408827 Telefon: 6-848-1730 Faks: 6-848-1738 Emel: scdf_feedback@scdf.gov.sg

Sekiranya anda ingin mendapati maklumat keselamatan dan kecemasan, harap kunjungi Safety and Security Town di http://ds.ecitizen.gov.sg

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 1


C M Y CM MY CY CMY K

PRAKATA

BANTUAN KECEMASAN 3 4 5 6 7 9 10

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN 20 21 22 23 26 29 Kilat Banjir Gegaran Bumi Tsunami Gangguan Bekalan Kuasa

KECEMASAN SEMASA PEPERANGAN 63 64 64 65 66 67 68 69 70 77 Kecemasan Semasa Peperangan Pembahagian Air Pencatuan Makanan Pencatuan Minyak Pendermaan Darah Menyimpan Barang-barang Keperluan Rumah Sistem Amaran Awam Tempat Perlindungan Awam Langkah-langkah Pertahanan

Bagaimana Menghentikan Pendarahan Merawat Luka Kebakaran dan Kelecuran Merawat Kepatahan Tulang Memindahkan Pesakit Tanpa Usungan Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR) Tercekik: Sekatan Pernafasan Orang Dewasa yang Sedar Tercekik: Sekatan Pernafasan Orang Dewasa yang Tidak Sedar

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Keselamatan Semasa Kebakaran Panduan bagi Rumah Panduan bagi Tempat-tempat Awam Apa Harus Dibuat jika Berlaku Kebakaran Cara Menggunakan Alat Pemadam Api Penggunaan Soket Panggilan Isyarat dan Gelendong Hos Jika Anda Terperangkap dalam Kebakaran Jika Pakaian Anda Terbakar

PENGGANASAN 31 32 37 44 46 50 59 61

30

KESIMPULAN 78 79 Kata Akhir Nombor Telefon Berguna

78

Pengganasan Ancaman Kimia Ancaman Biologi Prosedur Dekontaminasi bagi Orang-Orang yang Terjejas Perlindungan Dalaman Ancaman Bom Keselamatan Pengangkutan Awam Beg Persediaan

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 2


C M Y CM MY CY CMY K

PRAKATA

Pertahanan Awam melibatkan usaha melengkapkan penduduk awam dengan pengetahuan serta kemahiran tentang keselamatan nyawa untuk meningkatkan kesediaan masyarakat bagi menangani apa saja kecemasan, sama ada bencana alam mahupun yang disebabkan oleh perbuatan manusia. Jelas bahawa pertahanan awam amat penting hari ini berdasarkan apa yang berlaku di dunia hari ini. Kemusnahan besar-besaran akibat ombak maut Tsunami di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 yang belum pernah berlaku sebelum ini, serta kejadian bom di Bali pada Oktober 2002 adalah amaran serius bahawa malapetaka yang dahsyat boleh berlaku di negara-negara berdekatan Singapura. Lebih penting, ia bertindak sebagai peringatan bahawa malapetaka boleh melanda bila-bila masa dan tanpa kita jangkakan, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan/atau kemusnahan harta-benda yang dahsyat. Dalam konteks kehidupan hari ini, tiada negara atau individu yang terlindung daripada bencana awam. Walaupun secara ilmu alam, Singapura yang terlindung daripada gempa bumi dan ombak maut tsunami, kita juga seperti negaranegara lain terdedah kepada malapetaka seperti kebakaran, ribut taufan dan banjir. Sedang pelbagai usaha yang telah diambil untuk menjadikan Singapura sebuah negara yang sukar diserang oleh pengganas, namun tiada negara di dunia ini yang amat kukuh sehingga ia terlindung daripada serangan demikian. Agensi keselamatan, termasuk Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tidak boleh berada di merata tempat setiap masa. Rakyat Singapura perlu membantu diri sendiri serta orang-orang yang dikasihi dengan mengambil berat tentang kemahiran menyelamatkan nyawa serta langkah-langkah kesediaan kecemasan. Buku panduan kecemasan Pertahanan Awam yang terbaru dan ke lima dalam siri ini, merupakan kelengkapan penting yang telah dikemaskini untuk mempertingkatkan kesediaan masyarakat terhadap kecemasan. Buku panduan yang pertama kali diperkenalkan pada 1990, merupakan sebahagian daripada langkah SCDF yang berterusan terhadap usaha meningkatkan kesedaran tentang pertahanan awam. Ia juga bertujuan melengkapkan penduduk untuk menangani bencana alam dan malapetaka yang disebabkan oleh manusia.

Edisi ke lima ini merangkumi teks bergambar yang mudah difahami serta beberapa bab daripada edisi sebelum ini seperti bantuan kecemasan, keselamatan kebakaran, menangani gempa bumi dan langkah-langkah yang melibatkan perlindungan dalam rumah. Turut dimuatkan dalam edisi terbaru ini ialah langkah-langkah kesediaan kecemasan yang berkaitan dengan keselamatan pengangkutan awam, gangguan pada bekalan kuasa dan prosedur dekontaminasi bagi bencana kimia atau radiologi. Pengetahuan dan kemahiran kecemasan yang terdapat dalam buku panduan ini tidaklah sukar untuk diamalkan. Ia bagaimanapun memerlukan komitmen anda untuk meluangkan masa bagi memperolehinya. Walau bagaimanapun, saya yakin manfaatnya amat besar memandangkan pengetahuan dan kemahiran ini boleh digunakan apabila berlaku kecemasan dalam keluarga anda serta dalam masyarakat di sekeliling anda. Dengan panduan dan kemahiran yang ada, anda boleh menyumbang sesuatu apabila berhadapan dengan situasi yang boleh meragut nyawa anda. Saya syorkan anda mengambil serius buku panduan Pertahanan Awam ini. Bacalah dan bersedia kerana penduduk yang sentiasa bersedia boleh mengurangkan kesan buruk apa-apa bencana dan memastikan keadaannya pulih seperti sediakala secepat mungkin. Ingat: Kesiagaan adalah satu-satunya perlindungan anda!

James Tan Chan Seng Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 3


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
3 4 5 6 7 9 10 Bagaimana Menghentikan Pendarahan Merawat Luka Kebakaran dan Kelecuran Merawat Kepatahan Tulang Memindahkan Pesakit Tanpa Usungan Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR) Tercekik: Sekatan Pernafasan Orang Dewasa yang Sedar Tercekik: Sekatan Pernafasan Orang Dewasa yang Tidak Sedar

Composite

BANTUAN KECEMASAN

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 4


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Apabila bencana melanda, kemungkinan terdapat kecederaan. Yang cedera perlu dibawa ke hospital, klinik atau pusat perubatan untuk rawatan. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengendalikan Khidmat Ambulan Kecemasan (EAS) sepanjang 24-jam yang sedia menangani segala kecemasan di merata Singapura. Kecemasan perubatan merupakan penyakit atau kecederaan yang boleh menyebabkan kematian atau komplikasi serius jika tidak diberi rawatan dengan segera (contohnya, kecederaan teruk dan pendarahan, tidak sedarkan diri, serangan jantung atau pedih hulu hati yang keterlaluan). Hubungi 995 bagi kecemasan perubatan sedemikian sahaja. Apabila sesuatu kes itu bukan satu kecemasan (contohnya, luka atau lebam yang tidak begitu teruk, sengal kronik, rasa sakit dan demam sederhana), khidmat ambulan kecemasan SCDF tidak harus digunakan. Sebaliknya, dapatkan nasihat perubatan daripada doktor keluarga atau hospital dengan pengangkutan peribadi atau awam. Anda juga boleh menelefon khidmat ambulan bukan-kecemasan yang anda pilih atau nombor 1777. Jika anda boleh memberi bantuan sebelum bantuan perubatan diperolehi, anda boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan penderitaan mangsa yang cedera.

Bagaimana Menghentikan Pendarahan


Pendarahan atau hemoraj ialah darah yang mengalir daripada pembuluhnya. Terdapat beberapa tahap keseriusannya. Cara utama untuk menghentikan pengaliran darah ialah dengan mengenakan tekanan langsung.

Gunakan Tekanan Langsung


Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menghentikan pendarahan yang mengalir deras di hampir setiap bahagian tubuh. Letakkan telapak tangan atau jari jemari di bahagian yang luka dan berdarah dan tekan langsung. Pendarahan biasanya akan berhenti seketika kemudian. Jangan gunakan cara ini jika terdapat benda asing dalam luka atau jika tulang disyaki patah. Terdapat risiko kecil apabila menggunakan cara ini kerana kuman mungkin dapat memasuki luka tersebut. Untuk mencegahnya, letakkan kain bersih seperti kain kasa di atas luka tersebut sebelum mengenakan tekanan.
3

Letakkan telapak tangan atau jari jemari di bahagian yang luka dan berdarah dan beri tekanan langsung.

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 5


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Merawat Luka Kebakaran dan Kelecuran
Luka kebakaran dan melecur adalah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh kepanasan api, bahan-bahan kimia atau pancaran radiasi. Kurangkan rasa kepanasan, kesakitan dan bengkak-bengkak dengan meletakkan bahagian yang terbakar di bawah aliran air sejuk atau celupkan ke dalam air sejuk sekurang-kurangnya selama 10 minit. Dengan berhati-hati, tanggalkan cincin, jam tangan, tali pinggang atau pakaian yang mencerut dari bahagian yang cedera sebelum ia membengkak. Tutup bahagian yang cedera dengan kain yang bersih, jika boleh kain yang bebas dari kuman dan tidak berbulu. Muka yang luka terbakar boleh ditutup dengan kain kasa yang dilubangkan untuk membolehkan pesakit bernafas.

Usah pecahkan bahagian kulit yang melecur atau tanggalkan bendabenda yang melekat pada bahagian yang luka. Usah gunakan losyen, minyak urut atau sebagainya pada bahagian yang luka.
L OT I O N

Usah gunakan losyen, minyak urut atau sebagainya ke bahagian yang luka.

PERHATIAN: Bagi kebakaran yang teruk, hubungi 995 bagi ambulan kecemasan.

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 6


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Merawat Kepatahan Tulang
Apakah itu Kepatahan/Keretakan Tulang?
Kepatahan tulang melibatkan tulang yang retak atau patah. Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami kepatahan tulang. Rasa sakit Bahagian yang cedera tidak boleh digerakkan seperti biasa. Bahagian yang cedera mempunyai bentuk atau kedudukan yang luar biasa. Terdapat bengkak dan adakalanya lebam. Kehilangan daya tenaga. Kelihatan luarbiasa atau kependekan pada ukuran anggota.

Bantuan Kecemasan bagi Kepatahan


1. Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan pernafasan terlebih dahulu. 2. Berikan rawatan di tempat kejadian. Elakkan pergerakan yang tidak perlu. 3. Usah gerakkan bahagian yang cedera; balut bahagian sendi di atas dan di bawah bahagian yang cedera.

Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan nafas terlebih dahulu, sebelum menguruskan bahagian yang cedera.

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 7


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Memindahkan Pesakit Tanpa Usungan
Di mana alat usungan tiada dan tidak boleh diubahsuai, anda boleh memindahkan mangsa secara manual. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan, bergantung kepada keadaan.

Mangsa boleh berjalan dengan bantuan

Tubuh mangsa ringan

Tubuh mangsa ringan dan mangsa dalam keadaan sedar

Mangsa seorang kanakkanak/orang dewasa yang ringan berat badannya

Cara Menongkat Cara ini digunakan untuk membawa mangsa yang masih sedar dan boleh berjalan dengan sedikit bantuan. Pegang erat pinggang mangsa itu dan gunakan bahu anda untuk menongkat tangannya, sementara dia meletakkan berat badannya pada badan anda.

Pikulan Cara Ahli Bomba Cara ini amat sesuai bagi mangsa yang berbadan ringan, sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak. Tunduk dan letakkan mangsa melintang di atas bahu anda dan angkat dia. Untuk lebih mantap, peluk kakinya dengan tangan anda dan pegang tangannya.

Membonceng Jika mangsa sedar, tubuhnya ringan dan dia berupaya untuk berpegang dengan tangannya, ini merupakan cara yang paling sesuai untuk memindahkannya. Untuk memastikan kestabilannya, kepit keduadua belah kakinya sementara kedua-dua tangannya melilit di dada anda.

Cara Buaian Gunakan cara ini jika mangsa ialah seorang kanak-kanak atau dewasa yang berbadan ringan. Mangsa akan berada dalam keadaan yang cukup selesa jika anda letakkan tangan anda di bawa pelipat peha dan bahunya.

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 8


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti: Baringkan mangsa secara terlentang Periksa sama ada mangsa bernafas Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut

1. Tentukan keadaan mangsa Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan tanyakan keadaannya. Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi 995 bagi ambulan. Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang rata dan keras dan pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak. 2. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas. 3. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-benda di dalam mulut dan kerongkong jika ada.

4. Letakkan muka anda dekat mulut mangsa dan perhatikan dadanya; lihat, dengar dan rasa selama 10 saat kalau-kalau ada tanda pernafasan. 5. Sekiranya tiada tanda pernafasan,lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut. Pastikan laluan udara terbuka. Picit hidungnya dan hembuskan nafas dua kali ke dalam paru-parunya. Dada mangsa harus naik dengan setiap hembusan nafas.

6. Selanjutnya, periksa denyutan nadinya di bahagian karatid (kawasan leher) selama 10 saat. Jika ada denyutan, lakukan hembusan nafas mulut-ke-mulut pada kadar 12 kali se minit sehingga pernafasan mangsa pulih. Jika tiada denyutan nadi, mulakan Pemulihan Pernafasan Jantung dengan segera dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut (langkah #7 ke #10).

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 9


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
Tekankan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada; elakkan jari daripada menekan tulang rusuk Pastikan lengan anda lurus tegak semasa melakukan tekanan dada Hentikan tekanan dengan segera apabila nadinya mula berdenyut dan periksa jika mangsa mula bernafas

7. Sekiranya tiada denyutan nadi, lakukan tekanan dada dari luar seperti berikut: Tekan dengan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada, elakkan jari daripada menekan tulang rusuk. Letakkan tangan yang satu lagi di atas tangan ini. Luruskan tangan anda dan tekan ke bawah se dalam 4 hingga 5 sentimeter dan kemudian lepaskan. Lakukan 15 tekanan dalam masa 10 saat. Usah angkat tangan anda dari dada si mangsa sepanjang anda melakukan ini. 8. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Picit hidung mangsa dan berikan 2 hembusan nafas mulut-ke-mulut. 9. Teruskan dengan melakukan 15 tekanan diikuti dengan 2 hembusan nafas penuh, dan periksa jika ada denyutan nadi selepas minit pertama dan selepas 5 minit kemudian.

10. Sejurus nadinya pulih, hentikan tekanan dengan segera dan periksa jika mangsa mula bernafas. Sekiranya masih tiada pernafasan, ikuti dengan pemulihan pernafasan mulut-ke-mulut sehingga pernafasannya pulih kembali.

PERHATIAN: Untuk cekap dalam CPR, seseorang harus mengikuti latihan CPR untuk mempelajari teknik dan prosedur yang betul.

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 10


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Tercekik: Sekatan Pernafasan Orang Dewasa yang Sedar
Perhatikan tanda-tanda pada orang tercekik Letakkan tangan anda ke pinggang mangsa untuk melakukan tekanan perut Bagi wanita hamil atau mangsa yang gemuk, peluk bahagian di bawah dada si mangsa untuk melakukan tekanan dada

1. Tanyakan mangsa sama ada dia tercekik. 2. Mangsa mungkin menunjukkan tanda dia tercekik mencengkam lehernya dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Jika mangsa boleh bercakap, bernafas atau batuk, usah mengganggu usahanya untuk mengeluarkan benda yang menyebabkan saluran tersumbat. Jika tidak, lakukan tekanan perut hingga benda yang menyebabkan saluran tersumbat itu terkeluar. 9

4. Bagaimana untuk melakukan Tekanan Perut Berdiri di belakang mangsa dan letakkan tangan anda di bahagian pinggangnya. Genggam tangan anda bersama dengan tangan yang satu lagi dan letakkan ibu jari tangan yang digenggam ke perut di bahagian atas pusat. Tekan genggaman tangan anda di perut mangsa ke dalam dan ke arah atas. Setiap tekanan perut perlu dilakukan dengan tegas dengan tujuan untuk melegakan sekatan.

5. Sekiranya si mangsa sarat hamil atau kegemukan, lakukan Tekanan Dada. 6. Bagaimana untuk melakukan Tekanan Dada Berdiri di belakang mangsa dan letakkan tangan anda di bawah ketiak si mangsa dan peluk bahagian di bawah dadanya. Genggam tangan anda dan letakkannya di bahagian tengah tulang dada. Tekan dengan menarik tangan anda ke belakang dan ke atas. 7. Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, ambil langkah yang disarankan dalam Sekatan Pernafasan Orang yang Tidak Sedarkan diri (lihat halaman berikutnya).

Composite

EHM01 first aid (00-10) 4/6/05 1:12 PM Page 11


C M Y CM MY CY CMY K

BANTUAN KECEMASAN
Tercekik: Sekatan Pernafasan Orang Dewasa yang Tidak Sedar
Buka mulut si mangsa untuk mengeluarkan benda-benda asing yang terdapat di dalamnya Sekiranya mangsa tidak bernafas, lakukan pernafasan mulut-ke-mulut Sekiranya dada si mangsa tidak naik, berikan tekanan dada

1. Baringkan mangsa dengan hati-hati sambil menyokong kepala dan lehernya. Teriak untuk dapatkan bantuan dan hubungi 995 untuk mendapatkan bantuan ambulan. 2. Buka mulut si mangsa dengan menggunakan teknik angkat rahanglidah atau tongue-jaw lift. Dengan menggunakan jari anda, keluarkan benda-benda asing yang terdapat di dalam mulut si mangsa. 3. Buka laluan udaranya dengan mendongakkan kepalanya ke belakang dan angkat dagunya ke atas dan periksa pernafasannya.

4. Sekiranya mangsa tidak bernafas, lakukan pernafasan mulut-ke-mulut. 5. Sekiranya dada si mangsa tidak naik, betulkan kedudukan kepala si mangsa dan cuba untuk memberikan pernafasan sekali lagi (pernafasan kedua). 6. Sekiranya dada tidak naik lagi, lakukan tekanan dada sebanyak 15 kali. 7. Kedudukan tangan untuk tekanan dada adalah sama seperti melakukan pemulihan pernafasan jantung atau CPR (lihat halaman 8). 8. Ulangi pemeriksaan mulut. Keluarkan benda-benda asing yang terdapat di dalam mulut. 9. Buka laluan udara dan periksa pernafasannya. 10. Ulangi langkah 6 hingga 8 jika perlu sehingga berjaya. 10

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 1


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


12 13 14 15 16 17 18 19 Keselamatan Semasa Kebakaran Panduan bagi Rumah Panduan bagi Tempat Awam Apa Harus Dibuat jika Berlaku Kebakaran Cara Menggunakan Alat Pemadam Api Cara menggunakan Soket Panggilan Isyarat dan Gelendong Hos Jika Anda Terperangkap dalam Kebakaran Jika Pakaian Anda Terbakar

11

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 2


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN

Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa di bangunan-bangunan seperti pejabat, hotel, pusat membeli-belah, hospital, sekolah dan rumah. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran yang baik dilaksanakan. Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dibuat untuk menghapuskannya dari berlaku di rumah atau tempat bekerja anda. Sekiranya anda mendapati ada bahaya kebakaran, anda boleh melaporkannya pada SCDF di: Talian bebas tol 6-734-4308 atau Isi Borang Laporan Bahaya Kebakaran (Fire Hazard Report Form) yang boleh diperolehi di lelaman Internet www.scdf.gov.sg

12

Composite

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 3


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Panduan bagi Rumah
Semasa memasak, usah biarkan ia tanpa perhatian Usah menggunakan soket elektrik berlebihan Padamkan bara api yang sedang membara Jauhi kanak-kanak daripada bahaya kebakaran Perlindungan kebakaran di rumah

Semasa Menyediakan Makanan 1. Usah biarkan masakan anda tanpa perhatian. Matikan semua alat memasak dan cabut wayarnya apabila tidak digunakan. 2. Gunakan pakaian yang sesuai semasa memasak. Usah gunakan pakaian yang berlengan panjang dan longgar semasa bertugas berdekatan dengan sumber api.

Apabila menggunakan alat elektrik 3. Usah menggunakan soket elektrik berlebihan. 4. Periksa keadaan wayar (alat elektrik dan lampu hiasan dan sebagainya). Wayar yang sudah berjurai atau reput perlu dibaiki oleh juruteknik yang bertauliah/berlesen.

Penjagaan 5. Usah membuang arang atau bara api yang masih membara ke dalam tong sampah tanpa memadamkannya terlebih dahulu. 6. Pastikan atas dapur anda bersih dan kemas setiap masa. 7. Usah menyimpan peralatan yang boleh terbakar berdekatan sumber api. 8. Usah tinggalkan barang-barang yang tidak digunakan di luar rumah anda. Barang-barang ini harus dibuang, kalau tidak ia akan menimbulkan bahaya kebakaran.

Cegah kanak-kanak daripada menghidupkan api 9. Selalu simpan mancis, pemasang api dan lilin di tempat yang sukar dicapai kanakkanak dan usah membiarkan mereka bermain dengan barangbarang tersebut. Sebaliknya, terangkan kepada mereka tentang bahaya kebakaran. 10. Kanak-kanak yang bermain dengan bunga api harus diawasi oleh ibu bapa/orang dewasa.

Pengesan Asap dan Pemadam Api 11. Mempunyai pengesan asap dan pemadam api di rumah boleh menyelamatkan nyawa.

12. Pengesan asap yang menggunakan bateri memberi bunyi yang kuat apabila asap dikesan dan ini berguna kerana ia memberi amaran awal tentang kebakaran.

13

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 4


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Tip bagi Tempat-tempat Awam
Bahaya kebakaran adalah apa sahaja yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Kerjasama anda diperlukan untuk memastikan keselamatan awam. Hindarkan daripada muatan berlebihan kadar yang dibenarkan
HAPPY DEPARTMENT STORE

Usah memindahkan peralatan menghapuskan kebakaran yang ada

Pastikan peralatan keselamatan kebakaran dalam keadaan baik secara tetap

Usah menghalang jalan keluar di setiap masa

EXIT

Sebagai pemilik, pengendali dan pengurus pasaraya, pusat membeli-belah dan tempattempat hiburan, anda harus menghindarkan daripada muatan yang berlebihan dari kadar yang dibenarkan bagi bangunan anda.

Usah memindahkan peralatan menghapuskan kebakaran yang penting seperti gelendong hos dan pemadam api di mana ia telah dipasang.

Pastikan pemadam api dalam keadaan baik dan uji alat komunikasi suara, isyarat kebakaran dan lain-lain sistem keselamatan kebakaran secara kerap.

Hindarkan daripada meletakkan barang-barang di koridor, kawasan menyelamatkan diri atau tangga. Usah mengunci pintu keluar ketika sesuatu bangunan sedang digunakan.

Panduan untuk Memudahkan Pemindahan


Usah kunci pintu keluar kebakaran. Pastikan kesemua pintu keluar dan lorong-lorong jalanan bebas daripada halangan. Apabila perlu dipindahkan, bertenang dan bergerak secara teratur.
14

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 5


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Apa Harus Dibuat jika Berlaku Kebakaran
Apabila berlaku kebakaran, usah cemas. Ingat langkah-langkah mudah berikut: Pindah daripada kawasan tersebut Kawal kebakaran Tutup paip gas utama dan buat panggilan pertolongan Padamkan api tanpa membahayakan diri anda

Pastikan setiap orang berpindah daripada kawasan tersebut.

Tutup pintu untuk elak api merebak.

Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya. Hubungi 995 bagi SCDF.

Padamkan api jika boleh, tetapi lakukannya HANYA jika anda tidak membahayakan diri anda dan orang lain.

Menyelamatkan diri menembusi asap


Jika anda perlu menyelamatkan diri menembusi asap, lakukannya dengan merangkak keluar. Dalam kebakaran, asap akan naik ke atas dengan semulajadi dan meninggalkan udara segar kira-kira 30 hingga 60 sentimeter dari lantai. Dengan merangkak, anda akan memastikan kepala anda terlindung daripada kandungan toksik asap yang ada.
15

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 6


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Cara Menggunakan Alat Pemadam Api
Menggunakan alat pemadam api mudah dan siapa saja boleh melakukannya. Hanya ikut langkah-langkah mudah berikut Tanggal, Acu, Tekan dan Sembur atau Pull, Aim, Squeeze and Sweep (PASS).

Tanggalkan alat keselamatan daripada pemadam api

Acukan muncung alat ke pangkal api

Tekan tukil atas alat pemadam

Semburkan ke arah api dengan cara menyapu

Buka semua tingkap untuk membolehkan udara segar masuk

Pastikan alat pemadam api ditegakkan. Tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan bagi mengelakkan kegunaan secara tidak sengaja.

Acukan muncung alat pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 1 hingga 1.5 meter daripada api.

Tekan tukil atas alat pemadam.

Gunakan cara menyapu ketika penyemburan dilakukan pada keseluruhan bahagian api.

Apabila api sudah dipadamkan, buka semua pintu dan tingkap untuk membolehkan udara segar masuk.

16

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 7


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Penggunaan Soket Panggilan Isyarat dan Gelendong Hos
Pecahkan soket panggilan isyarat

Cara menggunakan Soket Panggilan Isyarat


Apabila berlaku kebakaran, pecahkan soket panggilan isyarat atau manual call point yang terdekat. Ini akan menghidupkan sistem amaran kebakaran di seluruh bangunan.

FIR

S LAS AK G BRE

Buka injap gelendong hos dahulu

Cara menggunakan Gelendong Hos


Buka injap gelendong hos sebelum mengeluarkan gelendong hos. Tarik keluar hos. Buka air di bahagian muncung dan acukan pada pangkal api.
FIRE HOSE REEL

17

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 8


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Jika Anda Terperangkap dalam Kebakaran
Usah cemas. Bertenang dan ikut langkah-langkah ini: Teriak untuk dapatkan bantuan Sumbat celahan di bawah pintu Pindah ke bilik yang selamat

1. Masuk ke dalam bilik yang selamat, sebaik-baiknya yang berhadapan jalan raya.

2. Tutup pintu tersebut. Sumbatkan celahan di bawah pintu dengan selimut atau hambal untuk menghalang asap daripada masuk ke dalam bilik.

3. Teriak daripada tingkap atau lain-lain ruang terbuka untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang. Tunggu sehingga bantuan tiba.

Hubungi 995 dan beri lokasi serta butir-butir kebakaran

Usah cemas, bantuan akan tiba

4. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, hubungi 995 dan beritahu pengendalinya lokasi (nombor bilik/kedudukan), tingkat rumah atau bangunan, apa yang sedang terbakar dan berapa ramai orang yang terperangkap.

5. Usah terjun dari bangunan. Bantuan akan tiba secepat mungkin.

18

Composite

EHM02 fire safety (11-19) 4/6/05 1:15 PM Page 9


C M Y CM MY CY CMY K

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN


Jika Pakaian Anda Terbakar
Jika pakaian anda terbakar, ingat untuk Berhenti, Rebah dan Bergolek. Berhenti Rebah Bergolek

Berhenti. Usah cemas dan lari.

Sama ada anda di dalam atau luar rumah atau bangunan, segera rebahkan tubuh anda dan tutup muka dengan tangan.

Bergolek beberapa kali untuk memadamkan api. Dengan bergolek, anda menyekat bekalan oksigen ke api dan secara tak langsung memadamkannya. Tutup muka dengan tangan dan ianya akan mengelakkan api daripada membakar muka dan mencegah asap daripada memasuki paru-paru anda.

19

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 1


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


21 22 23
24
25

Kilat Banjir Gegaran Bumi


Selepas Gegaran Bumi Berhenti Bagaimana Meningkatkan Peluang Anda untuk Terus Hidup jika Terperangkap di bawah Timbunan Runtuhan KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN
20

26
26 26 27 28

Tsunami
Apa itu Tsunami? Bolehkah Singapura Terjejas? Tanda-tanda Amaran yang Harus diketahui Apa yang Harus Anda Lakukan Jika dilanda Tsunami

29

Gangguan Bekalan Kuasa

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 2


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Kilat
Apabila ribut taufan melanda di kawasan anda, masuk ke dalam rumah, bangunan atau kereta dan jauhkan diri dari objek dan peralatan logam/besi. Usah berbual di telefon yang bertali Dapatkan perlindungan Mendarat

Jika anda berada di rumah: Usah mandi. Alat-alat di bilik mandi boleh menyalur arus elektrik. Usah berbual di telefon, kecuali dalam kecemasan. Telefon tanpa tali dan telefon bimbit selamat digunakan. Matikan semua peralatan elektrik seperti komputer dan cabut plag dari soket. Matikan alat hawa dingin. Tarikan kuasa daripada ribut taufan boleh mengakibatkan kerosakan yang serius.

Jika anda berada di luar: Dapatkan perlindungan dalam bangunan atau kenderaan. Di kawasan terbuka atau hutan, dapatkan perlindungan di kawasan rendah seperti di bawah pepohon yang tebal dan rendang. Jika anda berada di kawasan terbuka, duduk menyangkung. Di kawasan air terbuka, mendarat segera. Jika anda sedang berbasikal, menaiki motor atau kereta golf, turun dan tinggalkan kenderaan anda. Mereka yang berada dalam kumpulan harus bersurai. Jauhi ini semua jika berlaku kilat: Menggunakan telefon, alat elektrik dan elektronik. Berdiri di bawah pohon tinggi. Berada di kawasan terbuka atau tinggi. Memegang benda besi. Berada berdekatan pagar besi, paip atau rel.

21

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 3


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Banjir
Berpindah ke kawasan tinggi Keluar dari kereta yang terkandas dalam banjir yang sedang naik

Jika Anda berada di dalam Rumah


Tunggu di dalam rumah tetapi bersiap sedia untuk berpindah atas arahan pihak polis. Jika anda fikir bahaya bagi anda terus berada di rumah, hubungi pihak polis (berikan nama dan alamat) untuk mendapatkan bantuan dan pindah serta-merta. Berpindah ke kawasan lebih tinggi, jauh dari kawasan terbuka, sungai dan longkang besar. Buka radio bagi mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

Jika Anda berada di dalam Kereta


Berjaga-jaga pada tanda-tanda banjir. Usah memandu melepasi rintangan kerana ia dipasang bagi keselamatan diri anda. Jika enjin kereta anda mati di tengah air banjir yang sedang naik, segera keluar dan pergi menuju ke kawasan yang lebih tinggi. Hubungi SCDF/Polis jika memerlukan bantuan.
22

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 4


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Gegaran Bumi
Sejauh ini, gegaran bumi yang dirasai di Singapura disebabkan oleh gempa bumi di negaranegara rantau dan tiada catatan di negara ini tentang gegaran ombak. Namun, jika terdapat tanda-tanda gegaran akan mengancam Singapura, pihak Divisyen Khidmat Kajicuaca akan bertindak dan memberi amaran. Dalam keadaan demikian, SCDF dan Polis akan meneruskan tindakan untuk memberi amaran awam dan meneruskan usahausaha pemindahan serta lain-lain tindakan kecemasan.

Apabila Gegaran Bumi Berlaku


Lindung diri Jauhi dari bangunan

Bertenang. Berlindung di bawah meja atau dinding dalaman. Jauhi dari tingkap, pintu, rak-rak perhiasan atau apa saja yang boleh mencederakan anda seperti lampu, perabot dan peralatan lain.

Jika anda berada di luar, jauhi bangunan-bangunan dan kabel elektrik yang tergantung. Terus berada di tempat lapang sehingga gegaran berhenti.

Berhati-hati gas bocor

Usah cemas jika amaran kebakaran dibunyikan

Hentikan kenderaan dan terus berada di dalamnya

Usah gunakan lilin, mancis atau sebarang bahan pembakar semasa dan selepas gegaran kerana mungkin terdapat gas bocor. 23

Usah cemas jika bekalan elektrik terputus atau amaran sistem air pemadam api atau kebakaran dibunyikan.

Jika anda sedang memandu, berhenti segera dan berdiam di dalam kereta anda. Elakkan daripada berhenti berdekatan atau di bawah pokok, bangunan, jembatan, jejatas dan kabel elektrik tergantung.

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 5


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Gegaran Bumi
Selepas Gegaran Bumi Berhenti

Beredar secara teratur

Usah memegang sebarang wayar elektrik yang rosak

Periksa bagi kerosakan struktur

Usah menyerbu ke pintu keluar kerana ini akan menyebabkan rempuhan.

Usah memegang sebarang wayar elektrik yang rosak. Juga, laporkan jika terdapat gas bocor. Beri bantuan kepada mereka yang cedera atau memerlukan bantuan. Hubungi SCDF/Polis jika perlu.

Periksa rumah anda bagi kerosakan struktur dan laporkan kepada pihak penguasa berikut: - Penguasa Bangunan dan Binaan atau Building and Construction Authority (BCA) di telefon 63257720 - HDB EMSU yang bertugas di daerah penginapan anda.
PERHATIAN: Menurut BCA dan HDB, bangunan di negara ini dibina dengan keupayaan menghadapi gegaran bumi.

24

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 6


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Gegaran Bumi
Meningkatkan peluang anda untuk terus hidup jika terperangkap di bawah timbunan runtuhan

Beberapa garispandu jika anda terperangkap Duduk berdiam saja dan lindungilah kepala dan muka anda dari serpihan kaca atau objek-objek lain yang mungkin jatuh dengan menggunakan baju, selimut, surat khabar, kotak dan lain-lain. Jauhi kawasan yang kelihatan berbahaya atau kurang stabil. Jika perlu, gunakan sepasang kasut yang teguh untuk melindungi kaki anda dari serpihan kaca. Bersandarlah pada tembok yang tidak bertingkap kaca atau yang mempunyai rak di atas. Jika boleh, merangkaklah ke bawah meja atau katil kerana ia memberi anda ruang udara untuk bernafas di samping perlindungan dari sebarang runtuhan kecil. Jika anda sudah berada di tempat yang selamat, jangan ke manamana. Elakkan daripada menggunakan tangga atau lif kerana selalunya terdapat bahaya lain seperti runtuhan kecil, anak tangga atau lorong keluar yang telah musnah dan gangguan kuasa di dalam lif dan terowong lif. Gunakan lampu suluh untuk menarik perhatian. Bagaimanapun, usah hidupkan suis lampu atau hidupkan mancis, api dan dapur gas dan sebagainya, kecuali anda sudah pasti tiada bahaya dari gas bocor. Jika anda terhimpit di bawah runtuhan, cuba gerakkan jari jemari tangan dan kaki anda bagi memastikan pengedaran darah dan mengelakkan pembekuan darah. Kekalkan semangat tinggi dengan memikirkan orang-orang yang anda kasihi. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk terus hidup. Bertenang, berwaspada dan sahut jika anda mendengar panggilan para penyelamat. Bagaimanapun, usah teriak tanpa sebab kerana ini akan melemahkan diri anda. Cuba tarik perhatian para penyelamat dengan menggunakan lampu suluh atau teriak jika anda pasti yang mereka ada berdekatan. Makan dan minumlah daripada peti sejuk anda jika ia terletak berdekatan. Jika anda perlu makan dari sumber yang terdedah, berhati-hatiilah kerana mungkin terdapat serpihan kaca atau benda-benda lain di dalamnya. Usah makan berlebihan untuk memastikan anda tidak keputusan bekalan makanan.

25

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 7


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Tsunami
Apa itu Tsunami?
Keadaan tsunami yang membinasakan Tsunami adalah siri beberapa ombak besar yang berpunca dari tengah laut atau berdekatan pantai. Ombak ini melanda apabila terdapat gangguan pada dasar laut seperti gempa bumi, pergerakan dasar laut, tanah runtuh atau ledakan gunung berapi di bawah laut. Sebilangan besar tsunami terjadi oleh gempa bumi di laut yang menyebabkan pergerakan tanah di dasar laut. Dari pusat tsunami, ombak mula melanda ke semua arah pada jarak jauh. Di laut yang dalam, sukar untuk mengesan tsunami, tetapi ia menggunung sejurus ia mendekati tepian pantai. Tsunami, tidak kira besar atau kecil menimbulkan bahaya kerana ia boleh mengganas apabila tiba di kawasan pantai.

Bolehkah Singapura Terjejas?


Negara Singapura yang terlindung daripada tsunami oleh kawasan darat seperti Malaysia di bahagian utara, kepulauan Indonesia di bahagian barat dan Borneo di timur. Risiko Singapura dilanda tsunami boleh dikatakan rendah. Biarpun demikian, Singapura sejak pertengahan tahun 90an telah memasang sistem pengesanan gegaran atau seismic. Sistem yang dikendalikan oleh Divisyen Khidmat Kajicuaca mengesan setiap gegaran.

Lokasi Singapura yang terlindung mengurangkan bahaya tsunami

MALAYSIA

SINGAPURA

INDONESIA

INDONESIA

26

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 8


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Tsunami
Air laut tiba-tiba surut Usah berada di pantai untuk menyelidik

Tanda-tanda Amaran yang Harus diketahui


Jika anda berada di pantai atau tepi laut dan merasakan bumi bergegar, terus lari ke kawasan tinggi. Usah tunggu bagi amaran tsunami untuk diberi. Air yang surut secara tiba-tiba menjadikan parasnya menurun hingga sejauh satu kilometer atau lebih adalah tanda ombak tsunami akan melanda. Usah berlengah. Tuju ke kawasan tinggi secepat mungkin. Usah mendekati kawasan pantai untuk menyelidik apa yang berlaku. Jika anda dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan lain, lakukannya dengan segera.

27

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 9


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Tsunami
Apa yang harus anda lakukan jika dilanda Tsunami
Berpindah ke kawasan tinggi Dapatkan perlindungan di bangunan teguh Tuju ke kawasan perairan yang lebih dalam Tunggu untuk isyarat semuanya sudah pulih atau ALL CLEAR

Rumah-rumah dan bangunan yang terletak di kawasan rendah seperti di pantai tidak selamat. Usah terus berada di bangunan sedemikian jika terdapat amaran tsunami. Segera berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Tingkat atas bangunan tinggi, bangunan berkonkrit teguh boleh memberi perlindungan jika anda tiada masa untuk berpindah ke kawasan pendalaman atau kawasan lebih tinggi.

Sekiranya anda berada di dalam bot atau kapal dan jika masa mengizinkan, pandu bot anda ke kawasan perairan yang lebih dalam. Jika cuaca buruk, mungkin lebih selamat untuk meninggalkannya di jeti dan anda berpindah ke kawasan tinggi.

Jauhi dari kawasan yang terjejas sehingga ia benarbenar selamat. Usah menganggap bahawa tiada lagi bahaya setelah dilanda satu ombak. Tsunami bukan satu ombak tetapi siri beberapa ombak yang berbeza.

28

Composite

EHM03 peace time (20-29) 4/6/05 1:17 PM Page 10


C M Y CM MY CY CMY K

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN


Gangguan Bekalan Kuasa
Biarpun Singapura jarang dilanda gangguan pada bekalan kuasa, kita harus terus bersedia pada setiap masa. Berikut ini adalah beberapa langkah persediaan bagi menangani gangguan pada bekalan kuasa.

Peralatan penting

Hubungi EMSU bagi lif yang terhenti

Pastikan lampu depan kereta bernyala

Apa yang harus anda buat? Keluarkan radio dan lampu suluh yang menggunakan bateri daripada Beg Persediaan. Maklumat tentang keadaan Hidupkan radio anda bagi mendapatkan maklumat memandangkan siaran radio merupakan kaedah paling berkesan bagi orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keputusan bekalan elektrik.

Kerosakan Lif dan Cara Menyelamat Hubungi Unit Khidmat Penyenggaran Kecemasan atau Emergency Maintenance Service Unit (EMSU) yang ditugaskan oleh Majlis Bandaran anda untuk menyelamatkan orang ramai yang terperangkap dalam lif semasa blackout. Orang awam tidak harus cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam lif kerana mereka tidak terlatih dan tidak mempunyai peralatan yang sesuai bagi usaha menyelamatkan sedemikian. Mereka yang terperangkap dalam lif harus bertenang, tekan butang kecemasan dalam lif dan tunggu bantuan tiba. Orang ramai tidak harus menghubungi talian hotline SCDF/Police kecuali terdapat keadaan yang mengancam nyawa atau terdapat keperluan bagi khidmat ambulan kecemasan.

Pandu ketika Lampu Jalan Raya Gelap Pandu dengan perlahan dan tumpukan lebih perhatian pada pengguna jalan raya yang lain. Pastikan lampu depan kereta bernyala setiap masa.

29

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 1


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
31 32
32 33 34 35 36

Pengganasan Ancaman Kimia


Bahan Kimia/Serangan Bahan Kimia Jenis Bahan Kimia dan Kesannya Tanda-tanda Kemungkinan Terjadinya Serangan Bahan Kimia Apabila berlaku Serangan Bahan Kimia Pendedahan pada Bahan Kimia

50
51 52 53 54 55 55 56 57 57 58 58

Ancaman Bom
Sekiranya Anda Melihat Barang yang Meragukan atau Bom yang belum Meletup Apabila Ancaman Bom Diterima Apabila Surat/Bungkusan Bom Diterima Dalam Proses Pemindahan Penghuni di bawah Keadaan Demikian, Ingat agar... Ancaman Bom Kotor Jenis Radiasi Kesan Radiasi Tanda-tanda Mungkin Berlaku Serangan Bom Kotor Apabila Berlaku Serangan Bom Kotor Menghadkan Pendedahan Radiasi Jika Anda Fikir Anda telah Terdedah pada Radiasi

37
37 38 39 40 41 42 43

Ancaman Biologi
Bahan Biologi/Serangan Bahan Biologi Jenis Bahan Biologi dan Kesannya Tanda-tanda Kemungkinan Berlaku Serangan Bahan Biologi Apabila Berlaku Serangan Bahan Biologi Pendedahan pada Serangan Bahan Biologi Anthrax Garis Panduan bagi Mengendalikan Bungkusan yang Disyaki Mengandungi Anthrax

59
59 59 60

Keselamatan Pengangkutan Awam


Keselamatan Pengangkutan Awam Jika Anda Melihat Sesuatu atau Sesiapa yang Meragukan Pemindahan Penumpang Keretapi dan Bas

44 46
46 47 47 48 48 49 49

Prosedur Dekontaminasi bagi Orangorang yang Terjejas Perlindungan Dalaman


Barangan Penting/Barangan Pilihan Apa yang Harus Saya Lakukan untuk Mematuhi Perlindungan Dalaman? - Di Rumah - Di Tempat Kerja - Di Sekolah - Di Dalam Kereta - Di Jalan Raya

61
61 62 62

Beg Persediaan
Barangan Penting Barangan Pilihan Lain-lain Pertimbangan Ketika Anda Menyediakan Beg Persediaan

30

Composite

PENGGANASAN

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 2


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN

Pengganasan tidak mengenal sempadan dan tiada negara yang terkecuali daripada ancamannya. Sejak berlakunya beberapa serangan pengganas menyusuli 11 September, kita dapat melihat bahawa pengganas hari ini amat berupaya dan mempunyai sistem organisasi yang cekap. Terdapat kebimbangan yang meluas bahawa pengganas mungkin menggunakan kaedah Kimia, Biologi, Radiologi dan Peletupan atau Chemical, Biological, Radiological or Explosive (CBRE) untuk mencedera dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah. Oleh itu, penting bagi anda untuk memahami ancaman tersebut dan mengetahui tindakan yang perlu diambil untuk melindungi diri anda.

ANCAMAN KIMIA

ANCAMAN BIOLOGI

ANCAMAN RADIOLOGI

BAHAN LETUPAN

31

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 3


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Ancaman Kimia
Bahan Kimia
Bahan kimia merupakan gas, cecair atau sesuatu bahan pejal yang toksik atau merbahaya yang boleh meracuni orang dan sekitaran. Ia boleh dilepaskan menerusi kaedah letupan, semburan, senjata tentera atau lain-lain cara yang diubahsuaikan oleh pihak pengganas.

Serangan Bahan Kimia


Serangan bahan kimia berlaku apabila pihak tertentu melepaskan dengan sengaja bahan kimia bagi membunuh atau mencederakan teruk orang ramai hingga membuat mereka tidak berdaya. Kebanyakan bahan kimia adalah toksik apabila dihidu dan ia boleh menjejas diri kita apabila tersentuh pada mata atau kulit.

32

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 4


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Jenis Bahan Kimia dan Kesannya
Pihak pengganas boleh menggunakan beberapa bahan kimia dalam satu serangan. Bahan-bahan yang digunakan termasuk sistem saraf, perjalanan darah, kelecuran dan bahan mencekik.

Perhatikan bagi tanda-tanda berikut:


Mata berair, air liur mengalir, kencing, sesak nafas, muntah, renggutan otot, serangan otak, kelumpuhan pernafasan dan kematian. Kulit kemerahan, rasa sakit yang keterlaluan, kulit melecur apabila tersentuh bahan dan rasa tidak selesa yang keterlaluan pada saluran pernafasan. Pening kepala, mual, muntah, penglihatan kabur, mabuk, kekejangan, koma dan juga kematian Kering tekak, batuk, sesak dada, mual dan mata berair

Bahan Urat Saraf (contohnya Sarin) Ia mudah diserap menerusi sistem pernafasan, kulit dan mata. Menjejas fungsi sebenar pemancar saraf atau neurotransmitters dalam sistem urat saraf yang menyebabkan mata berair, air liur mengalir, kencing, sesak nafas, muntah, renggutan otot, serangan otak, kelumpuhan pernafasan dan kematian. Bahan urat safar yang berlebihan boleh menyebabkan kematian dalam masa yang pendek (beberapa minit).

Bahan Melecur (contohnya Sulphur Mustard) Biasanya cecair yang padat, berminyak dan sukar berubah yang diserap pada kulit. Menyebabkan kulit kemerahan, rasa sakit keterlaluan, kulit melecur apabila tersentuh bahan tersebut dan rasa tidak selesa yang keterlaluan pada saluran pernafasan. Besar kemungkinan menyebabkan kecederaan yang keterlaluan lebih daripada membunuh. Boleh menyebabkan kematian jika diberi keterlaluan.

Bahan Darah (contohnya Hydrogen Cyanide) Menjejas sistem pernafasan dan pengaliran darah dengan menghalang keupayaan darah untuk memberi oksigen kepada tisu tubuh. Boleh diserap dengan menarik nafas atau menerusi kulit. Tanda-tanda termasuk pening kepala, mual, muntah, penglihatan kabur, mabuk, kekejangan, koma dan juga kematian. Kematian disebabkan kelemasan kerana kurang oksigen di paru-paru boleh berlaku dalam masa beberapa minit jika terdedah pada konsentrasi yang tinggi bahan darah.

Bahan Mencekik (contohnya Phosgene) Mencederakan mereka yang tidak terlindung dengan menyakitkan dan menjejas saluran pernafasan. Dalam keadaan yang ekstrim, lapisan pernafasan menjadi bengkak dan paruparu diisi dengan cecair sehinggakan tiada ruang untuk oksigen. Pendedahan pada bahan mencekik menimbulkan kering tekak, batuk, sesak dada, mual dan mata berair.

33

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 5


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Tanda-tanda Kemungkinan Terjadinya Serangan Bahan Kimia
Orang ramai pengsan tanpa sebarang sebab
Orang ramai jatuh sakit dan menunjukkan tanda-tanda seperti mata berair, sesak nafas, pening kepala, muntah-muntah dan sebagainya. Tiga atau lebih daripada tiga orang pengsan tanpa sebarang sebab. Banyak burung, ikan atau binatang kecil yang jatuh sakit atau mati di sekitaran yang terjejas.

Tanda-tanda Serangan Bahan Kimia

34

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 6


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Apabila berlaku Serangan Bahan Kimia
Pastikan dengan cepat kawasan yang terjejas atau jika boleh di mana kimia itu dilepaskan. Jauhkan diri dari kawasan yang terjejas dan tinggalkan bangunan itu dengan segera Jauhkan dari tempat tersebut dan dapatkan perlindungan Pastikan kenderaan anda tertutup rapat

Sekiranya kimia yang diedarkan berlaku di dalam bangunan di mana anda sedang berada Cepat-cepat keluar dari bangunan tersebut dan elakkan daripada melintasi kawasan yang terjejas. Menutup bahagian mulut dan hidung dengan bahan yang memudahkan anda bernafas (seperti tuala basah).

Sekiranya anda berada di kawasan terbuka ketika bahan kimia dilepaskan Tutup mulut dan hidung anda dengan sapu tangan atau kain. Usah jalan ke arah angin kerana ia boleh membawa bahan kimia yang merbahaya itu. Cari tempat perlindungan atau masuk ke dalam bangunan secepat mungkin dan dapatkan Perlindungan Dalaman.

Sekiranya anda berada di dalam kenderaan anda ketika bahan kimia dilepaskan Jika anda berada berdekatan dengan rumah anda, pejabat atau tempat awam, anda harus bergerak ke tempat tersebut dan masuk ke dalam. Sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilakukan:1. Tutup tingkap dan lubang udara dan jika boleh, tutup lubang udara alat hawa dingin dengan pita pelekat. 2. Tutup hidung dan mulut anda dengan kain. 3. Dengar radio untuk mendapatkan panduan dan arahan.

35

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 7


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Pendedahan pada Bahan Kimia
Buka pakaian anda dan terus mandi

Sekiranya Anda Telah Terdedah


Sekiranya mata anda berair, kulit anda rasa pedih dan anda menghadapi masalah bernafas, anda mungkin telah terdedah pada bahan kimia dan anda harus melakukan berikutnya: Tanggalkan baju anda serta merta dan bungkus baju yang tercemar dalam beg untuk dibuang. Cari di mana terdapat air dan mandi dengan air yang banyak. Jika boleh, gunakan sabun. Dapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.

Sekiranya Anda Fikir Ada Seseorang Telah Terdedah


Sekiranya anda mengesyaki seseorang telah terdedah pada bahan kimia: Usah cuba untuk memberinya rawatan kecemasan kecuali ianya selamat bagi anda untuk melakukannya. Kalau tidak, anda mungkin terjejas oleh bahan kimia itu dan turut menjadi seorang mangsa. Yang utama ialah bagi anda untuk menyelamatkan diri dari ancaman kimia dan dapatkan bantuan.

Jauhkan diri daripada mangsa dan dapatkan bantuan

36

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 8


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Ancaman Biologi
Bahan biologi boleh dilepaskan menerusi beberapa cara

Bahan Biologi
Bahan biologi ialah toksin mikro-organisma yang hidup atau biologikal yang boleh digunakan untuk melemahkan keupayaan atau membunuh seseorang. Ia boleh dilepaskan secara sengaja ke sekitaran menerusi semburan aerosol, pencemaran makanan dan air atau menerusi pembawa jangkitan seperti nyamuk dan tikus.

Cara bahan masuk ke tubuh

Serangan Bahan Biologi


Serangan bahan biologi ialah langkah melepaskan dengan secara sengaja bahan-bahan biologi untuk membuat orang sakit. Bahan-bahan biologi mesti dimakan, dihidu atau meresap ke tubuh menerusi luka di kulit, untuk membuat anda sakit. Bahan seperti cacar, mudah dijangkiti dan boleh menyebabkan penyakit yang boleh merebak dari seseorang ke seseorang yang lain. Lain-lain agen, seperti anthrax, bagaimanapun, tidak mudah dijangkiti.

Memakan

Menghidu

Luka

37

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 9


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Jenis Bahan Biologi dan Kesannya

Bahan Bakteria (contohnya Bacillus anthracis) Bakteria adalah organisma kecil yang mempunyai satu sel. Di bawah keadaan tertentu, terdapat beberapa jenis bakteria contohnya Bacillus anthracis, yang merupakan bahan yang menghasilkan anthrax, yang boleh berubah menjadi spora yang berupaya bertahan dalam keadaan ekstrim seperti rasa kedinginan, kehangatan, kekeringan, kimia dan radiasi. Bakteria yang menyebabkan penyakit pada manusia boleh bertindak dalam dua cara: dengan menjejas tisu manusia atau menghasilkan racun dan toksin.

Bahan Virus (contohnya SARS, Cacar) Virus adalah organisma-mikro yang mempunyai lapisan protein yang mengandungi bahan genetik. Oleh kerana virus kurang mempunyai sistem untuk metabolisma sendirinya, dia memerlukan tuan rumah (contohnya sel manusia yang dijangkiti) untuk membiak. Virus dapat melawan antibiotik.

Toksin Biologi (contohnya Ricin) Toksin biologikal adalah racun yang dihasilkan oleh organisma yang hidup (contohnya Ricin yang diperolehi dari kacang kastor).

Lain-lain Jenis Bahan Biologikal Terdapat bahan biologikal yang tidak tergolong di bawah jenis bahan bakteria, virus atau toksin. Contohnya, bahan yang menyebabkan Demam Q mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bakteria dan virus. Oleh itu, sukar baginya untuk dikategorikan sebagai bakteria atau virus.

38

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 10


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Tanda-tanda Kemungkinannya Berlaku Serangan Bahan Biologikal
Serangan bahan biologikal mungkin tidak ketara kerana terdapat jangka waktu inkubasi di mana kesan-kesan penyakit tidak begitu jelas.

Perhatikan bagi Tanda-Tanda Berikut


Bahan serbuk atau seperti gel yang luarbiasa serta alat menyembur yang meragukan. Laporan oleh pekerja penjagaan kesihatan mengenai corak penyakit yang luarbiasa dalam masyarakat Berlakunya ramai orang yang mendapatkan rawatan perubatan kecemasan.

Bahan serbuk/alat menyembur yang meragukan serta ramai orang yang jatuh sakit dalam sesuatu daerah mungkin memberi tanda-tanda kemungkinannya berlaku serangan bahan biologikal.

39

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 11


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Apabila Berlaku Serangan Bahan Biologikal
Untuk memastikan dan mengenalpasti serangan bahan biologikal, ianya mengambil masa. Oleh yang demikian, pegawai kesihatan awam mungkin tidak dapat memberi maklumat yang dapat membantu langkah yang harus diambil untuk melindungi anda dan keluarga anda. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk sementara waktu seperti mengikuti berita dan mengamalkan kebersihan diri. Ikuti media massa bagi maklumat tentang apa yang harus dilakukan Amalkan kebersihan diri

Ikuti media massa dengan teliti untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tanda-tanda penyakit dan di mana untuk mendapatkan rawatan perubatan jika anda jatuh sakit. Amalkan kebersihan diri untuk menghindar daripada menyebarkan kuman-kuman. Oleh kerana terdapat banyak penyakit yang mempunyai tanda yang sama, usah menyangka setiap penyakit adalah disebabkan oleh kecemasan biologikal yang diisytiharkan. Dapatkan nasihat perubatan jika anda tidak pasti.

40

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 12


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Pendedahan pada Serangan Bahan Biologikal
Mangsa serangan bahan biologikal mungkin tidak mengalami tanda-tanda yang ketara. Bagaimanapun, jika anda mengesyaki anda (atau orang lain) telah terdedah pada serangan tersebut, berikut adalah langkah-langkah berwaspada yang harus diambil.

Sekiranya Anda Terdedah


Kenalpasti kawasan yang terjejas dan jauhkan diri dari tempat tersebut Hubungi polis dan mandi sejurus anda berpeluang melakukannya Dapatkan nasihat perubatan jika sakit

Sekiranya Anda Berfikir Seseorang Telah Terdedah


Ambil langkah berhatihati dan telefon untuk mendapat bantuan

ENCE

Cepat-cepat kenal pasti kawasan di mana bahan biologikal telah dilepaskan dan jauhkan diri daripada tempat tersebut dengan serta-merta. Tutup hidung dan mulut anda dengan lapisan kain yang boleh menapis udara tetapi pada masa yang sama membolehkan anda bernafas. 41

Hubungi pihak pengurusan bangunan dan Polis. - Tinggalkan nombor telefon anda jika terdapat keperluan untuk menghubungi anda. Mandi dengan sabun dan air dan salin pakaian bersih sejurus anda berkesempatan.

Sekiranya anda atau keluarga anda rasa sakit dan demam, dapatkan nasihat perubatan di hospital yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

Penting untuk mempunyai perlindungan pernafasan jika anda ingin membantu seseorang yang disyaki terdedah pada bahan biologikal. Kalau tidak, jauhi diri anda daripada orang tersebut dan elakkan daripada tersentuh. Telefon untuk mendapatkan bantuan perubatan dan sentiasa mematuhi nasihat yang diberi oleh Kementerian Kesihatan.

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 13


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Anthrax
Anthrax adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Bahan anthrax yang seperti serbuk, biarpun tidak mudah dijangkiti, adalah ancaman kepada keselamatan awam. Di Singapura, SCDF, Polis, Kementerian Kesihatan dan Singapore Post telah mengambil langkah berhati-hati untuk menangani ancaman ini. Orang ramai dinasihatkan untuk terus bertenang dan berhati-hati agar dapat mengesan tanda-tanda ancaman.

42

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 14


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Garis Panduan bagi Mengendalikan Bungkusan yang Disyaki Mengandungi Anthrax
Garis panduan berikut adalah bagi mengendalikan bungkusan yang disyaki mengandungi anthrax (contohnya, apabila terlihat bahan serbuk). Tutup bungkusan dan kepung kawasan itu Cuci bahagian tubuh yang terdedah pada bahan serbuk

Usah kendalikan bungkusan tersebut secara langsung. Sekiranya bungkusan itu telah dibuka, tutup bahan yang tumpah serta-merta dengan menggunakan pakaian, plastik, kertas atau bakul sampah. Usah buka tutupan tersebut. Usah hidu bahan yang tertumpah atau cuba untuk membersihkannya. Matikan kipas atau unit pengedaran udara di kawasan atau bilik yang terjejas. Tinggalkan bilik tersebut dan tutup pintu dan halang orang ramai daripada memasukinya. Pergi ke tandas atau tempat mencuci yang terdekat dan cuci tangan serta bahagian tubuh yang terdedah dengan air dan sabun. Sediakan senarai nama dan nombor telefon orang-orang yang telah berada di kawasan tersebut di mana bungkusan yang disyaki itu dijumpai. Berikan senarai itu kepada pihak Polis untuk siasatan selanjutnya. Secepat boleh, tanggalkan pakaian dan mandi dengan air dan sabun. Usah gunakan bahan peluntur atau ubat pembunuh kuman pada kulit anda. Pakaian anda harus diletakkan dalam beg plastik yang tertutup atau dicuci dengan bahan peluntur.

43

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 15


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Prosedur Dekontaminasi bagi Orang-Orang yang Terjejas
Sekiranya berlaku kejadian bahan merbahaya yang melibatkan bahan kimia, biologikal atau radiologikal, SCDF akan menubuhkan kemudahan kakitangan dekontaminasi di kawasan tertentu untuk membersihkan orang-orang yang terjejas. Ini adalah satu proses penting bagi menyelamatkan nyawa dan mencegah pencemaran berleluasa. Proses membersihkan pencemaran yang berlaku merangkumi enam langkah berikut. Menanggalkan pakaian mangsa boleh menghapuskan bahan-bahan mencemarkan (sehingga 80%).

Langkah 1: Mendaftar

Langkah 2: Tanggalkan Pakaian

Langkah 3: Mandi

Ambil beg untuk barangan peribadi. Tulis nombor kad pengenalan atau NRIC pada beg tersebut dengan menggunakan pen yang tidak mudah luntur air. Tanggalkan barang-barang peribadi yang kecil serta barang-barang berharga dan masukkan ke dalam beg tersebut. Tutup beg tersebut dan berikan kepada kakitangan SCDF untuk langkah selanjutnya. Dapatkan beg sampah dan tali dan terus ke tempat mandi.

Tanggalkan segala milik peribadi dan pakaian anda. Masukkan ke dalam beg sampah. Ikat beg tersebut dengan tali. Buang beg sampah ke dalam tong sampah.

Ambil span. Tunduk ke hadapan dan cuci rambut anda dahulu. Basahkan seluruh tubuh anda dan gunakan sabun tanpa-ionik yang disediakan. Berus seluruh tubuh anda, dan tumpukan perhatian pada ketiak dan bahagian sulit. Buang span yang digunakan dalam tong sampah. Basahkan tubuh anda selama 2 minit untuk menghilangkan sabun yang tercemar.

44

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 16


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Prosedur Dekontaminasi bagi Orang-Orang yang Terjejas

Langkah 4: Keringkan tubuh

Langkah 5: Memeriksa

Langkah 6: Memakai Baju

Ambil tuala. Keringkan seluruh tubuh anda. Buang tuala yang tercemar dalam tong sampah.

Angkat tangan anda dan buat bentukT dengan tubuh anda agar pegawai penyelamat boleh memastikan keberkesanan prosedur dekontaminasi. Sekiranya seorang mangsa tidak lulus pemeriksaan, beliau perlu melakukan prosedur ini daripada langkah 3 (mandi).

Dapatkan baju labuh dan sepasang selipar. Pakai baju dan gunakan selipar dan berihat di kawasan penempatan sementara.

45

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 17


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Perlindungan Dalaman
Masuk ke dalam, berada di dalam, terus mendengar radio atau menonton tv.
Bahan-bahan kimia, biologikal atau radiologikal boleh dilepaskan secara sengaja atau tidak sengaja ke sekitaran. Jika ini berlaku, anda akan diminta untuk mematuhi langkah Perlindungan Dalaman atau In-Place Protection (IPP), iaitu, untuk berada di dalam rumah dan mengambil langkah-langkah berhati-hati bagi melindungi diri anda dan keluarga anda. Prosedur bagi Perlindungan Dalaman amat ringkas dipatuhi dan: ia termasuk menutup dengan rapi tingkap, pintu dan lain-lain lubang yang terbuka. bertujuan untuk mengurangkan kemasukan bahan-bahan yang merbahaya ke dalam rumah atau pejabat anda.

Jumlah barangan yang disenaraikan di sini adalah bagi mengambil langkah Perlindungan Dalaman di bilik tidur utama yang mempunyai tingkap sorong atau yang dibuka keluar.

Barangan Penting
1 rol pita pelekat sekurang-kurangnya 48mm Beg-beg sampah berwarna hitam (dikoyakkan untuk menutup tingkap, alat hawa dingin atau semua lubang-lubang di bilik tertentu) 1 bilah gunting Radio AM/FM yang menggunakan bateri serta bekalan bateri tambahan

Barangan Pilihan
1 lampu suluh dan bekalan bateri baru Air dalam botol (jika bilik tersebut tiada mempunyai sumber air) Bekalan makanan kering (untuk sekurang-kurangnya satu hidangan) Telefon bimbit (jika tiada telefon berwayar di bilik yang dilindungi)

Anda dinasihatkan agar menggunakan barangan yang mudah diperolehi di rumah anda (yang hampir sama dengan yang disenaraikan di atas) bagi menguatkuasakan langkah-langkah Perlindungan Dalaman.
46

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 18


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Apa yang Harus Saya Lakukan untuk Mematuhi Perlindungan Dalaman?
Arahan bagi Perlindungan Dalaman akan diberi oleh pihak berkuasa menerusi salah satu atau gabungan cara berikut: 1. Membunyikan signal Mesej Penting menerusi Sistem Amaran Awam, dan disusuli oleh siaran arahan menerusi media massa (contohnya televisyen atau radio). 2. Memberitahu dari pintu ke pintu.

Perlindungan Dalaman di Rumah


Kumpulkan anggota keluarga dalam sebuah bilik yang tidak mempunyai banyak ruang keluar Matikan semua unit pengedaran udara dan alat hawa dingin Tutup semua ruang terbuka

1. Apabila arahan diberi untuk melakukan Perlindugan Dalaman, anda harus bertenang dan kumpulkan anggota keluarga anda di dalam rumah. 2. Tutup dan kunci semua pintu, tingkap dan segala ruang terbuka.

3. Matikan semua unit pengedaran udara dan alat hawa dingin yang menarik udara dari luar. 4. Masuk ke dalam bilik yang tidak mempunyai banyak ruang keluar, sebaik-baiknya yang mempunyai tandas dan bekalan air.

5. Sekiranya anda mempunyai pita pelekat, gunakannya untuk menutup semua ruang di antara tingkap, pintu, lubang pengedaran udara. Gunakan tuala basah untuk menutup ruang bawah pintu. 6. Sekiranya anda mempunyai masa, gunakan beg-beg sampah atau plastik untuk menutup segala ruang yang terbuka. Ini akan meningkatkan kepadatan udara dalam unit tersebut dan memberi perlindungan yang lebih baik kepada keluarga anda. 7. Dengar radio atau tonton televisyen untuk mendapat maklumat lanjut atau arahan daripada pihak berkuasa. 8. Tinggalkan bilik anda hanya apabila arahan diberi oleh pemerintah untuk melakukannya. Anda boleh membuka segera tingkap atau pita pelekat untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam rumah.

47

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 19


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Perlindungan Dalaman di Tempat Kerja dan di Sekolah
Prosedur Perlindungan Dalaman bagi tempat kerja dan sekolah adalah sama dengan rumah. Bagaimanapun, oleh kerana bangunan tempat kerja lebih rumit dan terdapat ramai penghuninya, perancangan awal diperlukan untuk mengenalpasti bilik-bilik perlindungan yang sesuai dan menekankan peranan dan fungsi setiap penghuni untuk memastikan penyelarasan yang berkesan dan tindakan pantas. Contoh garis panduan bagi menyediakan Perlindungan Dalaman bagi bangunan boleh diperolehi di lelaman web www.scdf.gov.sg

Tutup segala ruang terbuka yang dilihat dengan pita pelekat dan plastik.

Langkah penting yang harus diambil adalah:


1. Tutup semua tingkap dan pintu dan matikan segala jentera dan lampu untuk mengurangkan rasa panas. 2. Matikan semua peralatan yang menarik udara daripada luar (contohnya Mechanical Ventilation Systems). 3. Bergerak menuju ke bilik atau bilik-bilik perlindungan yang telah ditetapkan. 4. Beri arahan kepada pelawat untuk ke bilik atau bilik-bilik perlindungan yang telah ditetapkan. 5. Tutup semua ruang yang terbuka dengan pita pelekat dan plastik. 6. Dengar radio atau menonton televisyen utnuk mendapat arahan seterusnya. 7. Setelah tamat Perlindungan Dalaman, buka tingkap dan pintu dan hidupkan semula sistem pengedaran udara.

48

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 20


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Perlindungan Dalaman Kereta Anda
Sekiranya anda berada berdekatan dengan rumah, pejabat atau bangunan awam Pandu ke sana seterusnya, masuk ke dalam dan patuhi prosedur Perlindungan Dalaman. Sekiranya anda tidak dapat lakukan demikian 1.Tutup semua tingkap dan ruang udara dan jika boleh, tutup bahagian alat hawa dingin dengan pita. 2.Tutup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain. 3.Dengar radio untuk mendapatkan nasihat dan arahan terkini. Tutup tingkap dan tutup segala ruang udara

Usah jalan ke arah angin

Perlindungan Dalaman jika Anda Berada di Jalanan


Pergi ke bangunan terdekat atau cuba dapatkan kenderaan untuk meninggalkan tempat yang terjejas. Seiranya anda tidak dapat melakukan demikian: Usah jalan ke arah angin. Tutup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain.

PERHATIAN: Ingat bahawa arahan untuk mematuhi Perlindungan Dalaman hanya diberi bagi masa beberapa jam, bukan hari. Bahaya bahawa bilik yang anda mendapat perlindungan akan kehabisan oksigen, agak kecil sahaja. Sekiranya anda terjejas oleh bahan-bahan merbahaya, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

49

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 21


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Ancaman Bom
Dengan kejadian bom yang meningkat di seluruh dunia, tiada negara termasuk Singapura yang boleh mengambil mudah keselamatan rakyatnya. Letupan bom boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan kepada aset dan prasarana. Sikap berhati-hati dan mematuhi prosedur untuk menangani keadaan demikan boleh mengurangkan kehilangan nyawa dan kemusnahan pada aset dan prasarana.

123

POLICE

POLICE

POLIC

POLIC

POLIC

50

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 22


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Sekiranya Anda Melihat Barang yang Meragukan atau Bom yang belum Meletup
Jauhkan diri daripada barang/bom Beri amaran kepada yang lain tentang barangan/bom Hubungi Polis Tinggalkan bangunan

Usah sentuh atau cuba mengalihkan barangan yang disyaki atau bom yang belum meletup.

Tinggalkan tempat tersebut dan beri amaran kepada yang lain di kawasan tersebut tentang perkara itu.

Hubungi Polis dengan segera.

1. Tinggalkan bangunan dengan tenang dan teratur. 2. Usah gunakan lif kerana anda boleh terperangkap di dalamnya. 3. Ikuti arahan mereka yang bertugas/ kakitangan kecemasan. 4. Tuju ke kawasan berkumpul (kira-kira 500m daripada bangunan) bagi pengiraan orang ramai. 5. Ketika meninggalkan bangunan, awas pada kenderaan kecemasan yang mungkin tiba di lokasi.

51

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 23


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Apabila Ancaman Bom Diterima
Perhatikan nada suara si pemanggil serta bunyi latar belakang sekitarannya Arahkan seseorang untuk telefon Polis Beritahu Pihak Pengurusan Bangunan

Usah gusar. Bertenang. Terus berbual dengan si pemanggil seberapa lama yang boleh, sementara Polis cuba mengesan panggilan tersebut. Penting bagi anda untuk perhatikan berikut: a) suara pemanggil dan ciri-cirinya (contohnya nada, lelaki atau perempuan dewasa atau kanak-kanak) b) bahasa yang digunakan dan loghat (contohnya orang setempat atau orang asing) c) cara bercakap (contohnya, laju, tersekatsekat, emosi, marah) d) bunyi latar belakang sekitaran (contohnya trafik, muzik, pengumuman, teriakan) dan e) orang atau pihak berkuasa di mana pesanan itu harus disampaikan. Usah membuat si pemanggil marah atau mengancamnya dengan apa cara pun. Berbudi bahasa dan bertenang. Usah sebarkan khabar angin.

Beritahu seseorang untuk menelefon Polis jika anda belum melakukannya. Pegawai yang menerima panggilan sedemikian harus mengambil serius penggilan itu dan cuba mengenalpasti: a) lokasi sebenar bom dan bentuk keadaannya. b) masa perletupan dan cara ianya diletupkan. c) jumlah dan jenis bahan letupan yang digunakan d) sebab mengapa tindakan sedemikian diambil

Beritahu kakitangan pengurusan bangunan serta merta.

52

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 24


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Apabila Surat/Bungkusan Bom Diterima
Usah buka bungkusan yang meragukan Hubungi Polis sekiranya anda mengesyaki bungkusan itu merupakan bom Letakkan surat/bungkusan bom di sebuah sudut yang berjauhan

Kebanyakan surat/bungkusan bom yang dihantar menerusi pos atau syarikat pengiriman tahan dibawa ke sana sini. Sekiranya anda menerima surat/bungkusan yang disyaki mengandungi bahan letupan, usah cuba membukanya. - Kebanyakan bom direka untuk meletup apabila bungkusan luarnya dibuka atau koyak.

Sekiranya anda tidak pasti tentang asal-usul surat/bungkusan dan mengesyaki ianya adalah bom, anggapkannya sebagai bom dan segera beritahu pihak Polis.

Letakkan surat/bungkusan bom di suatu sudut bilik, jauh dari tingkap. Keluar dari bilik dan jika perlu, bangunan itu sekali, sambil membiarkan pintu dan tingkap terbuka. Ini untuk membolehkan, jika terjadi letupan, untuk keluar ke udara dan mengurangkan kesan gelas tingkap yang berkecai. Beri arahan kepada kakitangan yang menjaga bangunan dan mereka yang sedang bergerak keluar agar usah menyentuh barangan yang kelihatan meragukan. Sekiranya letupan berlaku dan pemindahan penghuni dikuatkuasakan, beri arahan yang wajar untuk mengarah orang ramai menggunakan pilihan jalan keluar yang selamat. Dengar radio atau tonton televisyen untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa.

53

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 25


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Dalam Proses Pemindahan Penghuni di bawah Keadaan Demikian, Ingat agar
Patuhi arahan dan arah jalan dengan rapi Usah gunakan telefon bimbit

Yang harus dilakukan


Bertenang, jangan gusar. Sekiranya isyarat kebakaran digunakan untuk memberi amaran kepada penghuni bangunan, keluar dari bangunan dengan cara yang sama seperti berlakunya kebakaran. Patuhi arahan dan arah jalan yang diberi oleh pihak pengurusan bangunan. Bawa barang yang diperlukan (contohnya ubat-ubatan dan dokumen pengenalan peribadi). Usah bawa banyak barangan peribadi. Jalan dengan pantas, usah lari. Bantu golongan tua, kanakkanak dan mereka yang cacat yang sedang keluar sama. Jauhi daripada jalan raya dan lorong-lorong jalanan bagi membolehkan kenderaan dan kakitangan kecemasan menjalankan tugas mereka. Kira orang yang berada di kawasan berkumpul. Hubungi saudara mara atau kawan apabila berpeluang melakukan demikian untuk memberitahu anda selamat.

Yang tidak harus dilakukan


Usah gunakan lif kerana anda boleh terperangkap di dalamnya. Usah membuka dengan paksa pintu kebakaran. Usah gunakan radio kecil atau telefon bimbit. Usah gunakan peralatan elektrikal. Usah sebarkan khabar angin.

54

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 26


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Ancaman Bom Kotor
Bom kotor menggunakan bahan letupan konvensional (contohnya TNT) yang dicampurkan dengan bahan radioaktif yang ada (contohnya Cesium 137). Sejurus diletupkan, bahan radioaktif yang merbahaya akan dilepaskan ke udara, dan menyebabkan pencemaran radiologikal di kawasan yang luas.

Jenis-jenis Radiasi
Tiga jenis utama radiasi ionizing yang dilepaskan daripada letupan bom adalah: Radiasi Alpha
Tidak menyerap pada kulit manusia untuk memusnahkan sel-sel dalam tubuh kita. Boleh membahayakan manusia dengan serius jika bahan melepaskan alpha dihidu, dimakan atau diserap menerusi luka ditubuh.

Radiasi Beta
Jenis-jenis Radiasi

Jarak Jauh Penyerapan


Kertas Aluminum Lead/Konkrit

Boleh menyerap pada kulit manusia. Boleh menyebabkan luka pada kulit jika kadar pencemar beta yang keterlaluan dibiarkan di kulit bagi jangka masa yang lama.

Radiasi Gamma
Merupakan radiasi elektromagnetik jangkaan panjang yang boleh meresap pada tubuh dan menjejas sel-sel di dalamnya. Boleh bergerak beberapa kaki di udara dan beberapa inci ke dalam tisu manusia. Kebanyakan bahan dan pakaian tidak memberi apaapa perlindungan pada kulit. Sebaliknya bahan tebal seperti lead diperlukan untuk menghalang radiasi gamma.

55

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 27


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Kesan Radiasi
Rasa mual, muntah dan kulit terbakar merupakan tandatanda pendedahan pada radiasi

Pendedahan pada radiasi menjejas sel-sel dalam tubuh kita. Sekiranya hanya sedikit saja sel yang musnah, tubuh kita boleh menggantikan sel-sel tersebut dan secara umumnya tiada kesan buruk. Sekiranya banyak sel-sel yang terbunuh, organ-organ di tubuh kita tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Mangsa boleh menunjukkan kesan radiasi melalui rasa mual, muntah, inflamasi di bahagian kulit yang terjejas. Ada kalanya, sel-sel tersebut tidak musnah tetapi terjejas oleh radiasi. Ini boleh menyebabkan kehadiran sel-sel luarbiasa yang menunjukkan kadar pertumbuhan yang cepat atau apa yang digelar pertumbuhan kanser. Tanda-tanda pertumbuhan sel luar biasa mungkin tidak ketara pada jangka pendek tetapi ia timbul beberapa tahun kemudian.

56

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 28


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Tanda-tanda Mungkin Berlakunya Serangan Bom Kotor
Kecederaan termasuk kelecuran dan luka dari serpihan

Apabila Berlaku Serangan Bom Kotor


Berpindah ke kawasan tinggi dan berangin untuk melindungi diri daripada bahaya Berada di dalam jika bangunan stabil Keluar dari bangunan

an

gin

Bunyi dan keadaan letupan bom kotor adalah sama dengan letupan bom konvensional. Mangsa mungkin mengalami kecederaan letupan termasuk kelecuran dan luka dari serpihan. Alat-alat khas diperlukan untuk mengesan bahan radioaktif dalam serangan bom kotor. Jika tidak, ia hampir sukar untuk mengesan serangan bom kotor daripada letupan bom konvensional.

Sekiranya anda berada di luar dan terdapat letupan/radiasi berdekatan: Tutup hidung dan mulut anda. Berpindah dari kawasan tersebut dengan segera ke kawasan yang tinggi dan jauhnya kira-kira 100 meter dari kawasan terjejas. Sekiranya anda berada di kawasan berangin, bergerak daripada arah angin.

Sekiranya berlaku letupan/pengedaran radiasi berdekatan bangunan anda: Periksa jika bangunan anda musnah. Sekira bangunan anda stabil, terus berada di situ. Tutup semua tingkap dan pintu dan matikan alat hawa dingin dan/atau lainlain sistem pengedaran udara. Jika tidak, keluar dari bangunan yang musnah, tutup hidung dan mulut, dan berpindah ke kawasan berjarak 100 meter daripada kawasan tersebut. Berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan berangin.

Sekiranya berlaku letupan/radiasi di bangunan anda: Tutup hidung dan mulut anda. Tinggalkan bangunan dengan segera. Jika anda belum terdedah, berpindah ke kawasan 100 meter lebih tinggi dan berangin daripada kawasan yang terjejas. Jika anda telah terdedah, nantikan giliran anda untuk dibersihkan daripada pencemaran oleh kakitangan SCDF.

57

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 29


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Menghadkan Pendedahan Radiasi
Dapatkan perlindungan di bangunan yang jaraknya selamat Untuk mengurangi jumlah radiasi yang anda boleh terdedah, fikirkan tentang berteduh, jarak dan masa: Berteduh : Dapatkan perlindungan di bangunan dan lain-lain struktur yang akan melindungi anda daripada radiasi. Jarak : Lebih jauh anda berada dari tempat letupan dan pencemaran radioaktif, lebih rendah pendedahan anda pada radiasi. Kurangkan masa berada di tempat-tempat yang tercemar oleh bahan radioaktif untuk mengurangkan pendedahan pada jumlah radiasi.

Masa :

Sekiranya Anda Fikir Anda telah Terjejas pada Radiasi


1. Sekiranya terdapat kemudahan, tanggalkan pakaian dan letakkan di dalam beg plastik yang tertutup. Menyimpan pakaian yang terjejas oleh radiasi membolehkan ujian bagi pendedahan pada radiasi. 2. Mandi untuk membersihkan diri anda daripada kotoran dan habuk yang mungkin mengandungi bahan radioaktif. 3. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
PERHATIAN: Dengar radio atau tonton televisyen untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai kecemasan dan pihak penguasa kesihatan. Sekiranya bahan radioaktif dilepaskan, siaran berita setempat akan menasihatkan anda di mana anda boleh laporkan diri untuk mendapatkan pengesanan radiasi dan lain-lain ujian bagi menentukan sama ada anda telah terdedah dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi kesihatan anda.

58

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 30


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Keselamatan Pengangkutan Awam
Kakitangan Keselamatan Gerak Cepat /Transit
Kakitangan keselamatan gerak cepat atau transit yang berunifom bertugas di stesen-stesen MRT dan pusat tukaran bas. Anda boleh mengenali mereka menerusi lencana Transit Security. Kakitangan keselamatan transit: meningkatkan keselamatan dan langkah berhati-hati terhadap ancaman pengganas melakukan rondaan di stesen-stesen MRT dan pusat tukaran bas melakukan pemeriksaan ke atas beg dan bungkusan bagi barang-barang yang mencurigakan Harap bekerjasama dengan kakitangan keselamatan transit agar mereka boleh melakukan tugas melindungi orang ramai.

Jika Anda Melihat Sesuatu atau Sesiapa yang Meragukan


Hubungi 999 atau beritahu kakitangan keselamatan transit. Hubungi 999/995 atau kakitangan stesen sekiranya ada seseorang yang cedera atau nyawa mereka terancam. Jangan letakkan diri anda pada bahaya. Bertenang dan berfikir sebelum bertindak.

Meningkatkan langkah-langkah keselamatan

PERHATIAN: Usah tinggalkan milik peribadi anda terbiar.

59

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 31


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Pemindahan Penumpang Keretapi dan Bas
Patuhi arahan yang diberi menerusi sistem pengumuman Patuhi arahan pintu keluar kecemasan Beritahu kapten bas jika anda terlihat bungkusan yang mencurigakan

Sekiranya terdapat masalah ketika keretapi bergerak, usah kelam kabut. Dengar dengan teliti pengumuman yang diberi dan patuhi arahan yang diberi oleh kakitangan. Jaga kanak-kanak dan penumpang warga tua dalam keretapi. Usah buka pintu dengan paksa atau cuba terjun dari keretapi.

Patuhi arahan pintu keluar kecemasan di kedua-dua hujung keretapi untuk membuka pintu keretapi dan keluar daripada keretapi. Semasa pemindahan, kesemua kuasa elektrik di trak akan dimatikan supaya penumpang boleh keluar dengan selamat. Lampu kecemasan dan pengedaran udara akan dihidupkan di dalam keretapi dan terowong.

Sekiranya anda melihat sesuatu yang meragukan semasa berada di dalam bas, usah kelam kabut. Beritahu kapten bas. Beliau akan menilai keadaannya dan memindahkan para penumpang ke bas yang lain jika perlu. Jaga kanak-kanak dan penumpang warga tua.

60

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 32


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Beg Persediaan
Tahukah anda apa yang harus dibuat dalam kecemasan? Adakah anda dan keluarga anda bersedia untuknya? Adakah anda menpunyai barang-barang penting untuk membantu anda dalam kecemasan?
Jika tidak, pertimbangkan saranan untuk menyediakan Beg Persediaan. Ia adalah koleksi barangan penting yang boleh membantu anda dalam kecemasan. Ia boleh ditinggalkan di tempat perlindungan keluarga atau dibawa ke tempat perlindungan awam semasa pemindahan ke lokasi lain. Maklumat lanjut boleh diperolehi di lelaman www2.mha.gov.sg/mha/getready/index.html

Barangan Penting
Ketika menyediakan Beg Persediaan, pastikan setiap anggota keluarga mengetahui di mana ianya disimpan. Beg Persediaan ini mesti sudah bersedia dan mudah dicapai dalam keadaan kecemasan. Setiap anggota keluarga boleh memainkan peranan bersedia semasa kecemasan. Ia mudah dan tidak mahal untuk menyediakan Beg Persediaan. Anda mungkin mahu membincang senarai barang-barang yang perlu disertakan dalam Beg Persediaan anda bersama anggota keluarga anda. Buat giliran bagi anggota keluarga untuk memeriksa dan mengemaskini secara kerap barang-barang dalam Beg Persediaan anda. Buku Panduan Kecemasan SCDF Lampu suluh dan/atau lilin berserta mancis Radio transistor dengan bateri tambahan (bagi mendengar siaran kecemasan semasa perang) Bateri tambahan dalam bungkusan hampagas Wisel Ubat-ubatan peribadi yang penting Kit kecemasan bantuan Salinan dokumen penting (kad pengenalan dan passport) dalam fail kalis air Bekalan untuk penjagaan kanak-kanak dan/atau barangan penjagaan khas
61

Composite

EHM04 terrorism(30-62) 4/6/05 1:20 PM Page 33


C M Y CM MY CY CMY K

PENGGANASAN
Beg Persediaan
Barangan Pilihan
Senarai nombor telefon kecemasan (seperti talian hotline SCDF dan Polis, nombor telefon Pusat Kejiranan Polis yang terdekat serta syarikat utiliti) Senarai nombor telefon peribadi (termasuk nombor telefon anggota keluarga anda, pejabat/sekolah) Wang tunai (dalam nilai kecil) Air botol (periksa tarikh luput dan gantikan secara tetap) Biskut dan/atau lain-lain makanan kering (periksa tarikh luput dan gantikan secara tetap) Bahan tulisan (kertas dan pen/pensil) Satu set pakaian (contohnya seluar trak dan kemeja-T)

Lain-lain Pertimbangan ketika anda Menyediakan Beg Persediaan


Adakah setiap anggota keluarga anda mempunyai Beg Persediaan masing-masing. Lakukan apa yang paling praktikal bagi keluarga anda. Usah memasukkan barangan berat dalam Beg Persediaan. Beg yang berat akan menjejas pergerakan anda dalam kecemasan. Perhatikan pada barang-barang yang tidak tahan lama. Periksa tarikh luput dan gantikannya secara tetap. Beritahu anggota keluarga anda tempat letaknya Beg Persediaan di rumah.
PERHATIAN: Barangan dalam Beg Persediaan: adalah bagi keadaan di mana anda perlu dipindahkan dari rumah anda dan harus diasingkan daripada barangan yang anda perlukan dalam prosedur Perlindungan Dalaman. Bagi kejadian kimia yang memerlukan prosedur Perlindungan Dalaman, anda perlu menyediakan set barangan yang berbeza. Untuk maklumat lanjut tentang prosedur Perlindungan Dalaman, harap ke halaman 46 ke 49.

62

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 1


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


64 64 65 66 67 68 69 70
71 72 73 73 74 74 75 76

Kecemasan Semasa Peperangan Pembahagian Air Pencatuan Makanan Pencatuan Minyak Pendermaan Darah Menyimpan Barang-barang Keperluan Rumah Sistem Amaran Awam Tempat Perlindungan
Tempat Perlindungan Keluarga Lubang Pengedaran Udara Tempat Perlindungan Awam Bergerak ke Tempat Perlindungan Awam Sejurus Berada di dalam Tempat Perlindungan Awam Meninggalkan Tempat Perlindungan Awam Melindungi Diri Anda di Kawasan Terbuka Mengelakkan Kerosakan

77
77

Langkah-langkah Pertahanan
Langkah-langkah Masa Kegelapan

63

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 2


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Apabila bencana menimpa, ia selalunya berlaku tanpa sebarang amaran dan ia boleh menjejas sesiapa pun. Kehidupan seharian kita terjejas dan barangan serta khidmat penting mungkin tidak semudah yang biasanya untuk diperolehi. Prosedur kecemasan akan dikuatkuasakan untuk membantu anda memperolehi bekalan asas agar kehidupan seharian anda dapat diteruskan seperti biasa. Bagaimanapun, peluang untuk terus hidup boleh terjejas jika anda tidak biasa dengan prosedur tersebut. Anda tidak perlu mengalami apa-apa kesukaran kerana prosedur kecemasan berikut amat mudah untuk difahami dan dipatuhi. Sekiranya anda mula belajar dan mengamalkannya hari ini, anda akan terus bersedia biarpun ditimpa bencana buruk. Ambil peluang untuk menyertai dan mengamalkan prosedur berikut apabila SCDF menjalankan Latihan Kecemasan di kawasanundi anda.

Pembahagian Air
Apabila bekalan air terjejas, pusat-pusat pembahagian air akan ditubuhkan berdekatan dengan rumah anda. Bawa balang air ke pusat pembahagian terdekat. Dapatkan air anda dalam keadaan teratur.

64

Composite

KecemasanSemasa Peperangan

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 3


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Pencatuan Makanan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4

Anda akan menerima Surat Pendaftaran.

65

Bawa surat tersebut bersama dokumen keluarga (contohnya kad pengenalan atau NRIC atau sijil kelahiran) ke Pusat Pendaftaran yang telah ditetapkan dan ambil Kupon Makanan anda.

Isi nama dan nombor kad pengenalan setiap anggota keluarga anda di setiap Kupon Makanan.

Gunakan Kupon Makanan untuk membeli barangbarang yang dicatu daripada kedai runcit yang berlesen.

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 4


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Pencatuan Minyak
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4

Anda akan menerima kad pemberitahuan.

Bawa kad tersebut bersama kad pengenalan anda ke pusat pengambilan yang ditetapkan.

Dapatkan Kupon Minyak anda.

Gunakan Kupon itu untuk membeli minyak.

66

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 5


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Pendermaan Darah
Pergi ke Pusat Terdekat Bawa Kad Pengenalan

Apabila anda mendengar rayuan untuk menderma darah, pergi ke Pusat Derma Darah.

Bawa kad pengenalan anda untuk pendaftaran. Selepas pendaftaran, seorang doktor atau jururawat akan mengendalikan anda.

67

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 6


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Menyimpan Barang-barang Keperluan Rumah
Memastikan anda lebih bertahan dalam keadaan kecemasan akan lebih mudah jika anda dan keluarga anda secara tetap menyimpan barang-barang keperluan rumah yang digunakan secara tetap oleh keluarga anda. Ini merupakan amalan yang penting kerana anda tidak tahu bila kecemasan akan timbul. Senarai barangan berikut hanya satu panduan. Simpan barang mengikut keperluan dan pilihan anda. Jumlah yang perlu disimpan juga bergantung pada saiz keluarga anda. Makanan Lampu suluh Lilin dan mancis Bantuan kecemasan Radio bimbit

Barang makanan (beras, mee, makanan dalam tin, susu tepung dan minuman).

Lampu suluh yang menggunakan bateri dan lampu.

Lilin dan mancis.

Barang-barang bantuan kecemasan.

Radio bimbit yang menggunakan bateri.

68

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 7


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Sistem Amaran Awam
Sistem Amaran Awam atau Public Warning System (PWS) merupakan rangakaian bunyi siren yang telah dibentuk oleh SCDF di tempat-tempat strategik di merata negara. Matlamat sistem ini ialah untuk memberi amaran kepada orang ramai tentang ancaman yang boleh membahayakan kehidupan dan hartanah mereka. Sistem Amaran Awam akan digunakan untuk memberi amaran tentang serangan dari udara, darat dan laut, serta bencana alam dan yang disebakkan oleh manusia. Senarai di bawah menunjukkan makna jenis signal. Adalah baik jika anda mengingatinya.

Sistem Amaran Awam


Tanda Isyarat Alarm Isyarat All Clear Isyarat Important Message Bagaimana bunyinya
Bunyi Wailing

Keadaan
Ini dibunyikan apabila serangan udara atau pengeboman akan berlaku. Ini dibunyikan apabila ancaman tiada lagi. Ini dibunyikan untuk memberitahu amaran kepada penduduk mengenai pengumuman penting yang akan disiarkan di radio.

Maknanya
Terus berpindah ke tempat perlindungan. Anda boleh tinggalkan tempat perlindungan. Anda perlu mendengar radio anda ke stesen FM setempat.

Bunyi kuat yang berterusan

Bunyi yang bergetar

PERHATIAN: Untuk mendengar rakaman audio pelbagai Tanda Amaran Awam, hubungi hotline SCDF di 1800286-5555 atau lungsuri lelaman www.scdf.gov.sg

69

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 8


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Tempat Perlindungan
Tempat perlindungan Pertahanan Awam boleh didapati dalam bentuk Keluarga, Bertingkat dan Awam. Ia bertujuan untuk melindungi anda daripada kecederaan yang disebabkan oleh senjata dalam kecemasan semasa peperangan. Tempat perlindungan Keluarga atau Household Shelter (HS) merupakan tempat perlindungan di dalam unit kediaman individu. Tempat perlindungan bertingkat atau Storey Shelter (SS) hampir sama dengan tempat perlindungan Keluarga kecuali ia lebih besar dan terletak di kawasan awam setiap tingkat. Tangga menyelamatkan diri dari kebakaran boleh diubahsuaikan untuk menjadi tempat perlindungan dan ini dikenali sebagai tempat perlindungan bertingkat atau Storey Shelters. Tempat perlindungan Awam atau Public Shelter (PS) adalah kawasan perlindungan yang dibina di sebuah tempat awam (contohnya di stesen MRT, tingkat bawah flat HDB, sekolah, kelab masyarakat atau bangunan pemerintah). Semasa kecemasan peperangan, pihak SCDF akan menasihatkan anda untuk mengambil langkah-langkah melindungi diri. Menggunakan Tempat Perlindungan Keluarga
Secara umumnya Berada di dalam rumah dan bertenang. Gunakan Tempat Perlindungan Keluarga atau Bertingkat yang ada. Bagi kediaman yang tidak mempunyai tempat perlindungan Keluarga atau Bertingkat Patuhi arahan pihak SCDF yang akan diberi pada masa tersebut untuk menyiapkan tempat perlindungan yang diubahsuai di rumah anda dengan menggunakan alat-alat rumah dan perabot yang ada. Tempat perlindungan yang diubahsuai akan menawarkan perlindungan daripada serpihan kaca dan barang-barang yang berterbangan.

Tuju ke Tempat Perlindungan Awam yang terdekat


Sekiranya anda berada di luar rumah ketika tanda Alarm Sistem Amaran Awam dibunyikan Dapatkan perlindungan di tempat perlindungan Awam yang terdekat, di dalam bangunan atau di bahagian bawah bangunan atau tempat-tempat lain (contohnya jebanah).

70

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 9


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Tempat Perlindungan Keluarga
Semasa kecemasan waktu peperangan, pihak SCDF akan memberitahu para penduduk untuk menyediakan Tempat Perlindungan Keluarga atau Household Shelters (HS) untuk penempatan. Persiapan yang bakal dibuat termasuk: Memindahkan segala peralatan atau rak-rak di dalam tempat perlindungan keluarga. Menutup dan merapatkan segala ruang terbuka bagi pengedaran udara. Melengkapkan setiap tempat perlindungan keluarga dengan telefon, televisyen atau radio, lampu suluh yang menggunakan bateri dan sebagainya.

Matikan segala bekalan gas dan air.

Bawa barangan penting seperti air dan ubat-ubatan (jika perlu) bagi jangka masa anda berada di tempat perlindungan.

Bergerak dengan pantas dan tenang ke dalam tempat perlindungan dan tutup pintu masuk tempat tersebut.

Duduk jauh daripada dinding dan pintu tempat perlindungan, usah sandarkan badan anda. 71

Dengar radio atau tonton televisyen untuk mendapatkan pesanan penting daripada pihak SCDF.

Sejurus isyarat All Clear telah dibunyikan, anda boleh meninggalkan tempat perlindungan keluarga dan teruskan kehidupan seharian anda.

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 10


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Lubang Pengedaran Udara
Selain daripada lampu, kuasa elektrik, telefon dan televisyen/radio di tempat perlindungan keluarga atau Household Shelters (HS), terdapat dua lubang pengedaran udara di dinding tempat perlindungan keluarga/rumah.

Semasa Kecemasan Waktu Perang


Tutup kedua-dua lubang pengedaran udara dengan menggunakan penutup besi yang diberi. Ini untuk memastikan keadaan kedap udara di tempat perlindungan. Ia akan melindungi anda dan keluarga anda daripada menghidu udara yang tercemar dari luar. Dalam keadaan yang kedap udara ini, anda akan berasa selesa semasa berada di tempat perlindungan keluarga untuk beberapa jam. Jangka masa yang sebenar akan bergantung kepada beberapa faktor contohnya, usia, kelamin dan keadaan fizikal setiap penghuninya. Lubang ini boleh ditutup dengan menggunakan penutup besi yang disediakan. Jika anda perlu berada di tempat perlindungan dengan lebih lama, atau lebih ramai orang perlu ditempatkan di situ, pihak SCDF akan memasangkan alat tertentu untuk membolehkan udara segar masuk dan pada masa yang sama udara lama dikeluarkan.

Semasa Waktu Aman


Lubang pengedaran udara memberi pengedaran bagi kegunaan seharian tempat perlindungan Keluarga. Biarkan sekurang-kurangnya 25% lubang itu terbuka agar mencegah daripada sesiapa yang terperangkap di dalam tempat perlindungan keluarga secara tidak sengaja untuk bernafas. Syarat ini tertera dalam senarai Permitted and Not Permitted Works (Bab 7 Keperluan Teknikal Tempat Perlindungan Keluarga). Ia juga tertera dalam notis di bahagian dalam pintu tempat perlindungan Keluarga.

72

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 11


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Tempat Perlindungan Awam
Jika anda tidak berada di rumah dan mendengar isyarat Alarm cari tempat perlindungan yang terdekat. Sekiranya tiada tempat , perlindungan awam atau Public Shelter (PS) berdekatan dengan anda, anda boleh berteduh di bangunan bawah tanah (contohnya tingkat bawah bangunan, terowong atau jebanah). Jauhkan diri daripada tingkap atau panel kaca. Sekiranya tiada struktur yang teguh berdekatan dan anda tidak dapat sampai ke rumah dalam masa beberapa minit, cari longkang (drain culvert) dan masuk ke dalamnya atau baring di dalam longkang. Untuk mengenalpasti tempat perlindungan awam, perhatikan bagi tanda perlindungan Pertahanan Awam yang memberi lokasi tempat perlindungan awam. Maklumat tentang lokasi tempat perlindungan awam boleh diperolehi di lelaman SCDF di www.scdf.gov.sg

Bergerak ke Tempat Perlindungan Awam

Bergerak pantas tetapi jangan berasakasak.

Patuhi arahan yang diberi oleh kakitangan SCDF.

Bergerak sekeluarga agar anda tidak bimbang tentang anggota keluarga yang lain. Bantu kanak-kanak serta golongan cacat dan warga tua.

73

Sekiranya anda berada di dalam kenderaan, hentikan kereta di tepi jalan raya, kunci kereta anda dan tuju ke tempat perlindungan awam yang terdekat.

Sekiranya anda berada jauh dari tempat perlindungan awam, berteduhlah di tempat di mana anda berada (contohnya di jebanah).

Usah bawa baranag-barang berat dan mudah terbakar ke dalam tempat perlindungan awam.

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 12


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Sejurus Berada Di Dalam Tempat Perlindungan Awam

Masuk ke dalam tempat berlindung. Usah menghalang kawasan masuk atau lorong jalanan.

Berkumpul dan usah merayau ke sana sini.

Berdiam diri dan dengar pengumuman yang dibuat oleh kakitangan SCDF, atau menerusi televisyen atau radio.

Usah hidupkan api untuk masak. Beritahu kakitangan SCDF jika anda ada masalah.

Meninggalkan Tempat Perlindungan Awam

Tinggalkan tempat perlindungan hanya apabila diarahkan untuk berbuat demikian.

Bergerak sebagai suatu keluarga. Bersabar, usah berasak-asak dan tergesa-gesa.

74

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 13


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Melindungi Diri Anda di Kawasan Terbuka
Apa yang harus dilakukan apabila anda berada di luar ketika isyarat Amaran dibunyikan
Sekiranya anda berada di kawasan luar dan mendengar isyarat Amaran lari ke tempat Perlindungan Awam terdekat atau di tingkat , bawah bangunan, terowong atau jebanah. Sekiranya tiada struktur sedemikian yang berdekatan dan anda tidak boleh tiba di sesuatu tempat dalam masa beberapa minit, cari tempat-tempat berikut untuk mendapat perlindungan:

Longkang

Longkang pembentong

Longkang terbuka

75

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 14


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Mengelakkan Kerosakan
Walaupun kita tidak boleh mengawal penggunaan senjata (contohnya bom dan shell), yang menyebabkan kemusnahan, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil lebih awal untuk mencegah atau sekurang-kurangnya mengurangkan kemusnahan berlaku kepada hartanah kita. Lindungi permukaan kaca Pindahkan barang-barang di dinding, tingkap dan birai jendela

Lekatkan pita pelekat pada permukaan gelas untuk mencegahnya daripada berkecai. Tingkap boleh dibuka tetapi harus disendal.

Pindahkan barang-barang yang diletak di balkoni atau tingkap atau yang digantung didinding.
76

Composite

EHM05 war time (63-77) 4/6/05 1:24 PM Page 15


C M Y CM MY CY CMY K

Kecemasan Semasa Peperangan


Langkah-langkah Pertahanan
Langkah-langkah Masa Kegelapan
Biarpun tindakan memadamkan lampu keseluruhannya tidak boleh mencegah pihak musuh daripada menyerang dari udara atau menjatuhkan bom, ia boleh mengurangkan peluang pihak musuh untuk berjaya dengan menghadkan kawasan sasarannya.

Matikan semua lampu luar.

Tutup tingkap dan pintu dengan langsir bagi membataskan sumber lampu dalaman daripada dilihat dari luar.

Kecilkan lampu kenderaan dengan pita hitam dan membiarkan sedikit sahaja ruang terdedah.

77

Composite

EHM06 Conclusion (78-79) 4/6/05 1:26 PM Page 1


C M Y CM MY CY CMY K

Kata Akhir
Kata Akhir
Kemahiran Pertahanan Awam bukan saja untuk masa peperangan; ia juga boleh digunakan semasa kecemasan dalam keadaan aman. Usaha kami untuk memperlengkapkan anda dengan kemahiran ini jika berlaku sesuatu krisis hanya boleh berjaya jika setiap orang mengambil serius Pertahanan Awam dan melaksanakannya dengan berkesan sekiranya terjadi sesuatu bencana. Ingat: KESIAGAAN ADALAH SATU-SATUNYA PERLINDUNGAN ANDA.

78

Composite

Kata Akhir

EHM06 Conclusion (78-79) 4/6/05 1:26 PM Page 2


C M Y CM MY CY CMY K

Kata Akhir

Nombor Telefon Berguna

Kebakaran/Ambulan Kecemasan 995

Ambulan Bukan-Kecemasan 1777

Hotline Maklumat Kecemasan SCDF 1-800-286-5555

Pertanyaan Awam SCDF 6-ENQ-SCDF 6-367-7233

Polis 999

Hotline Polis 1-800-255-0000

Bekalan Air 1-800-284-6600

SP PowerGrid
(untuk melaporkan kerosakan bekalan kuasa)

City Gas
(untuk melaporkan gangguan pada bekalan gas, tekanan rendah dan kebocoran gas)

1-800-778-6666/ 6778-6666

1-800-752-1800

Edisi Pertama: 1990 79

Edisi Kedua : 1993

Edisi Ketiga : 2001

Edisi Keempat: 2003 (dikemaskini : 2004)

Edisi Kelima : 2005

Composite