Anda di halaman 1dari 2

1. 2. 3.

Semua murid mesti berada di dalam bilik darjah pada jam 7.25 pagi. Semua murid mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab memastikan tugas harian dijalankan dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan oleh guru kelas. Murid-murid yang bertugas pada hari itu akan menjalankan tugas kelas pada waktu pagi sebelum loceng pertama dibunyikan. Bakul sampah perlu dikosongkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Setiap murid bertanggungjawab supaya kerusi dan meja yang dikhaskan untuknya tidak diconteng atau dirosakkan. Semua murid bertanggungjawab menjaga alat-alat dalam bilik darjah. Ketua kelas mesti melaporkan kepada guru kelas dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis dan menulis di papan hitam kecuali diarahkan berbuat demikian oleh guru.

4.

5. 6. 7.

8.

9. Apabila guru atau pelawat masuk ke bilik darjah, murid hendaklah bangun dan mengucapkan selamat atau memberi salam. Pelajar mestilah mengucapkan terima kasih setelah guru atau pelawat meninggalkan bilik darjah. 10. Murid dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman bilik darjah. 11. Semasa pembelajaran sedang berjalan, murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Sewaktu pertukaran guru juga pelajar tidak dibenarkan keluar. 12. Murid yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk. 13. Apabila guru tidak ada di dalam bilik kelas, ketua kelas bertanggungjawab menghubungi guru tersebut atau guru ganti sekiranya guru mata pelajaran tidak hadir. 14. Murid-murid perlu memastikan suis kipas dimatikan apabila meninggalkan bilik darjah samada untuk ke makmal atau waktu pendidikan jasmani. 15. Bilik darjah mestilah berada dalam keadaan bersih dan papan hitam mesti dibersihkan sebelum waktu balik. 16. Keselamatan diri adalah tanggungan murid sendiri. Murid mestilah menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai