Anda di halaman 1dari 3

Kitar semula mempunyai kepentingan-kepentingan dan sememangnya memberi kebaikan dan faedah-faedah yang boleh kita nikmati bersama

. Semuanya dilakukan untuk jangka pendek dan jangka panjang juga . Terdapat beberapa kepentingan kitar semula :

1. Mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika . Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara . Sekiranya bahan-bahan kotor meresap ke dalam tanah dan mengalir ke dalam sumbersumber air di negara kita seperti sungai dan tasik akan menyebabkan pencemaran air . Air yang kotor dan tercemar tidak selamat digunakan kerana boleh mendatangkan penyakit . Begitu juga dengan pencemaran udara . Asap yang dibebaskan secara pembakaran terbuka akan menghasilkan partikulat-partikulat dan gas yang berbahaya . Jika tida pembakaran secara terbuka dan besar-besaran dilakukan, tiada gas yang berbahaya terhasil .

16

2. Menjimatkan peggunaan sumber

Dengan menghantar barang-barang kitar semula , kita sebenarnya membantu negara kita mengurangkan import bahan terbuang dari luar negara . Malaysia mengimport lebih daripada 25 000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan .Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain . Alangkah baiknya sekiranya kita tidak perlu mengeluarkan wang yang besar untuk mengimport bahan kitar semula dari negara luar . Memadailah hanya menggunakan bahan kitar semula di negara kita sahaja . Bukankah ini dapat mengelakkan pembaziran ?

3. Mengurangkan sisa pepejal dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan .

Pelupusan sampah memanglah tidak boleh dipandang remeh di negara ini mulai searang . Ini memandangkan jumlah yang kian meningkat iaitu 17 000 tan sehari dan akan bertambah setiap tahun . Bayangkan apa akan terjadi sekiranya tempat pelupusan sampah tidak mencukupi , pasti sampah akan menggunung di semua daerah . Bayangkan juga betapa busuknya bau yang terpaksa dihidu tikus-tikus berkeliaran, lalatlalat gembira mengerumuni samah, enyakit akan merebak dan pemandangan tidak akan menarik lagi . Kita sepatutnya tidak berbangga dengan rekod sebagai pengeluar samah yang tertinggi di Asia dengan purata sebanyak 17 000 tan sehari . Oeh itu, kita hendaklah menyahut seruan

17

kerajaan untuk menjayakan kempen kitar semula ini agar dapat menyelamatkan tapak pelupusan sampah kita .

4. Memupuk kesedaran pentingnya kitar semula .

Dengan meluasnya kempen-kempen dan program-program kitar semula ini, masyarakat akan mula sedar betapa pentingnya amalan mengitar semula ini . Apabila wujud dalam diri masyarakat, kesedaran dapat membentuk tabiat sihat seperti tidak membuang barang terpakai sewenang-sewenangnya . Dengan sendirinya mereka tahu peranan mereka seperti menghantar monitor , kertas terpkai, besi buruk, printer komputer dan apa-apa bahan yang boleh digunakan lagi ke tempat pelupusan sampah untuk dikitar semula . Saya berasa kita patut kita sebagai pelajar memainkan peranan besar terhadap kejayaan kempen kitar semula . Kitalah pelapis kepada generasi masa akan datang . Kesedaran tidak memandang kepada faktor umum . Sekiranya ibu bapa kurang arif tentang faedah kitar semula ini, cubalah terangkan kepada mereka . Mereka mungkin sibuk bekerja seharian . Melibatkan semangat kita, mereka mungkin akan turut menyertai kita . Di samping kempen kitar semula , kempen-kempen kesedaran tentang alam sekitar turut diselarikan . Ini disebabkan kitar semula sememangnya berkait rapat dengan isu alam sekitar .Apabila ramai orang membuang sampah yang mereka rasakan tidak boleh digunakan lagi ke merata-merata tempat , sudah pasti akan menyebabkan kekotoran dan pencemaran .

18