Anda di halaman 1dari 2

KOMPONEN SASTERA TEMA - Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu karya.

PERSOALAN - hal-hal yang dibangkitkan dalam sesebuah cereka untuk memantapkan tema dan mengembangkan cereka. PERWATAKAN - manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cereka. Antara watak-watak yang terdapat dalam sesebuah cereka ialah watak bulat (bulat), dinamis, kodi, static dan sebagainya. PLOT - plot merupakan rentetan peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab dan akibat. Aspek ini juga melibatkan konflik-konflik yang akhirnya menjurus kepada peleraian. Komponenkomponen plot terdiri daripada eksposisi, perkembangan, klimaks dan peleraian. LATAR (a) latar tempat tempat berlakunya peristiwa. (b) Latar masa waktu atau zaman tertentu. Contoh, pagi, malam, zaman penjajahan Jepun. (c) Latar masyarakat gambaran yang diwujudkan dalam cereka. Contoh, masyarakat desa, masyarakat majmuk. GAYA BAHASA - Rentetan kata-kata yang indah dan kreatif. (a) Pepatah (b) Kata-kata hikmat (c) Peribahasa (d) Pantun (e) Dialek daerah (f) Bahasa asing Bahasa Arab, Bahasa Inggeris (g) Simile perbandingan yang menggunakan perkataan seperti, macam, umpama, bak, bagai, laksana. (h) Inversi pembalikan kata (ayat songsang) (i) Hiperbola perbandingan yang - Epifora perulangan di akhir ayat (k) Personafikasi memberikan sifat manusia kepada benda bukan hidup. Contoh : awan menangis pada petang itu. (l) Perlambangan / simbolik gambaran terhadap sesuatu dengan menggunakan benda-benda lain. Contoh : patik ingin memetik bunga (gadis) di rumah Pak Mat. (m) Metafora unsur perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi menerbitkan makna yang lain daripada makna yang tersurat (asal). Contoh : di matanya ada api. (n) Imej alam penggunaan unsur alam seperti hidupan liar, tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam semulajadi. (o) Sinis kata-kata yang diungkapkan untuk tujuan menyindir atau menyakiti seseorang. TEKNIK PLOT (a) Dialog pertuturan antara dua orang atau lebih. (b) Monolog tutur kata seseorang yang dituju kepada dirinya atau orang lain. (c) Monolog dalaman pengucapan dalam hati. (d) Imbas muka peristiwa yang digambarkan melalui mimpi, kenangan atau penceritaan. (e) Pemerian / pengisahan penceritaan secara langsung oleh pengarang. (f) Kejutan perubahan yang berlaku secara tiba-tiba untuk menjadikan plot lebih menarik. (g) Saspens untuk menimbulkan kegelisahan. NILAI - Sesuatu perbuatan atau amalan yang bersifat negative atau positif. PENGAJARAN - Peringatan atau pedoman yang terungkap daripada sesuatu cereka secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa watakwataknya.

KOMPONEN SASTERA berlebihan. Contoh : lautan api sanggup ku renang. (j) Repitisi / perulangan terbahagi kepada : - Anafora perulangan di awal ayat - Responsi perulangan di tengah ayat