Anda di halaman 1dari 2

Evidens Band 6 Matematik Tahun 2 2011. B6D1E1 1.

Murid menghasilkan pelbagai model daripada bentuk-bentuk 3D lalu menerangkan hasil binaannya dan membuat analisis jumlah 3D yang digunakan. Contoh: Menghasilkan model robot daripada pelbagai bentuk 3D. Kemudian murid merekod lalu menjelaskan jumlah 3D yang digunakan untuk menghasilkan model robot tersebut. 2. Murid menghasilkan pelbagai model bangunan yang mempunyai bentuk 3D melalui pengalaman murid sepertilawatan sambil belajar. Contoh: Murid mengambil gambar bangunan DUN Sarawak. Kemudian, membuat ubahsuai dan menghasilkan model DUN Sarawak menggunakan bentuk-bentuk 3D. 3. Mengakses maklumat tentang pelbagai objek atau bahan yang terhasil daripada bentuk-bentuk 3D melalui internet (ICT) secara copy, paste dan edit. Objek atau bahan tersebut digunakan sebagai idea untuk menghasilkan model yang baharu.

B6D1E1 1. Murid menghasilkan kaedah berhubung atau berkolaborasi dalam kumpulan kecil menggunakan aplikasi ICT (contoh Skype) melalui/melayari internet. Kumpulan kecil akan membincangkan topik yang relevan. Contoh, masa dan waktu; masa yang sesuai untuk belajar. 2. Murid menghasilkan idea memberi panduan atau bantuan kepada rakan-rakan menggunakan rakaman audio melalui radio. Contoh, murid memberi panduan atau idea tentang cara-cara menguasai sesuatu kemahiran matematik melalui rakaman audio berserta penerangan. 3. Murid menghebahkan idea tentang cara-cara menguasai sesuatu kemahiran dalam matematik melalui media massa. Contoh, murid menghubungi juruhebah radio Program Anak Mit Wai FM Sarawak.

B6D1E3 1. Murid menghasilkan pelbagai teknik dan kaedah menambah, menolak, mendarab dan membahagi nombor bulat. Contoh 176 + 55 = 176 176 + 56 = 170 + 50 + 12 + 56 = 132 132

2. Murid menghasilkan perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu jamuan atau majlis dengan menggunakan sejumlah wang yang diperuntukkan. Contoh, majlis jamuan menyambut hari jadi. 3. Murid mengelolakan aktiviti kutipan dana kelas untuk pertandingan kebersihan dan keceriaan antara kelas. Contoh, murid membuat jadual kerja dengan anggaran perbelanjaan. (Topik: Masa dan Waktu, Wang).

Anda mungkin juga menyukai