Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN JAWATANKUASA MAKANAN DAN MINUMAN

Pada 20 April 2012 seramai 17 orang pelajar Kuliah PISMP 5.04 telah menganjurkan satu pameran yang bertajuk Pameran Sifar Denggi yang diadakan di depan Kafeteria IPG Kampus Pendidikan Islam bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Pameran ini dilaksanakan bagi memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Sekolah (PKE 3104). Sebelum melaksanakan Pameran Sifar Denggi, ahli jawatankuasa telah dilantik dalam kalangan pelajar PISMP 5.04 supaya perjalanan program dapat dijalankan dengan lancar. Saya bersama dengan Norus Syairah binti Mohd Yusof telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Makanan dan Minuman bagi Pameran Sifar Denggi tersebut. Tindakan yang diambil ialah membuat perbincangan bersama dengan Pengerusi Pameran Sifar Denggi mengenai jenis makanan yang perlu disediakan untuk peserta pameran. Setelah itu, saya mengambil borang tempahan makanan dari Pejabat Am IPG Kampus Pendidikan Islam untuk membuat tempahan makanan di Kafeteria. Makanan yang telah diperuntukkan dalam kertas kerja ialah sebanyak RM6 iaitu roti dan makanan tengahari. Makanan tengahari untuk peserta ialah Nasi Ayam dan air Sirap. Kemudian kami berjumpa dengan pengusaha kafeteria untuk membincangkan mengenai tempahan makanan untuk pameran tersebut Semasa Pameran Sifar Denggi dijalankan, saya bersama Norus Syairah berperanan mengambil sarapan pagi dari kafeteria untuk diedarkan kepada peserta pameran. Apabila tiba untuk makan tengahari, kami menghidangkan makanan di atas meja bagi memudahkan pengambilan makanan oleh peserta pameran. Setelah selesai makan tengahari, ajk makanan dan minuman memastikan semua pinggan dan gelas dikemas dan diletakkan ke dalam besen.

Selepas program berakhir, semua pelajar membuat refleksi bersama dengan pensyarah pembimbing untuk membuat penambahbaikan bagi program akan datang. Ajk makanan dan minuman membuat laporan lengkap mengenai Pameran Sifar Denggi sekaligus membuat refleksi bagi setiap individu sebagai dokumentasi bagi projek ini. Tempoh yang diberikan untuk melengkapkan laporan ini adalah dalam masa seminggu selepas tarikh pameran. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pensyarah bimbingan atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada pelajar PISMP 5.04 seterusnya ucapan tahniah kepada pelajar PISMP 5.04 kerana telah berjaya melaksanakan Pameran Sifar Denggi bagi tahun 2012. Diharapkan agar program sebegini dapat dijalankan pada generasi akan datang bagi menimba pengalaman dan pengetahuan pelajar untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang dari segi fizikal dan mental. Sekian.

Disediakan oleh,

(NUR SYAMIMI BINTI TUMIRAN) Ahli Jawatankuasa Makanan dan Minuman, Pameran Sifar Denggi.

Anda mungkin juga menyukai