Anda di halaman 1dari 21

PENGURUSAN BILIK / KELAS

PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas
yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa
keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik /
kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya


untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid
untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan
murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi
15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas
pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak
melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari
satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-
mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas
Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung
kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah
sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain
kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang
berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran
pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi
keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang
mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan
ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat


penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang
menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke
pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang terjalin
dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial,
emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik
kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

DEFINISI
2.1 Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami
masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks
disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh
guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

2.2 Definisi Murid Pemulihan Khas


“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan
kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan
bukan kognitif”.

2.3 Matlamat
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

2.4 Objektif
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
a) menguasai kemahiran asas 3M
b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa
c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran

A. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MEMBACA
a. Murid boleh kenal dan namakan huruf
abjad
b. Murid boleh sebut perkataanperkataan
sehari-hari seperti baju,
emak, adik, ayam, kedai dan lain-lain.
c. Murid boleh baca ayat-ayat mudah
serta menunjukkan fahaman dengan
membuat apa yang terkandung dalam
ayat seperti:-
1. Saya baca buku
2. Dia buka pintu
d. Boleh baca dan faham cerita-cerita
sesuai dengan tahun 1,2 dan 3.

B. KEMAHIRAN MENGIRA
a. Ability to count 1 – 10
b. Ability to count 11 – 99
c. Ability to identify 1 – 10
d. Ability to identify 11 – 99
e. Ability to match object within
1 – 10
f. Ability to match object within
11 – 99

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas


(Edisi Percubaan)
Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
25
g. Ability to carry out addition 1 digit and
1 digit
h. Ability to carry out subtraction any two
numbers with regrouping
i. Ability to carry out simple multiplication.
j. Ability to carry out simple division.

C. TINGKAH LAKU DALAM KELAS


a. Menumpukan perhatian
b. Ikut arahan
c. Gagap
d. Selalu mengacau ketenteraman kelas
e. Selalu tidak hadir
f. Berkawan
g. Mudah tersinggung
31 July 2008
Disleksia
Apa itu Disleksia?
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah
walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan
simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami
,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?


Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :


-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?


Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik
(Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan
saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari
pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya


- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti kemurungan)
- Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
- Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina
keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan
Kurang Daya
Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :


-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu
pembelajaran)
-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
-Merasa pergerakan bibir
-Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :
-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
-Gunakan video atau kaset untuk belajar
-Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 31.7.08 0 comments

30 July 2008
Peringkat Umur dan Tahap Perkembangan Manusia
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEORI TUGAS PERKEMBANGAN OLEH
ROBERT J. HAVIGHURST

1.Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun)


Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalainkan hubungan kasih sayang
dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya.
Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi
matang.
Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor.

2.Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun)


Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh
terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan
dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya.
(selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka).
Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.

3.Peringkat Pra Sekolah (4-6tahun)


Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina
Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak
Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang
berada di sekitar rumahnya.
Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk
pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri)
Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan
moral peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa
Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976)

4.Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun)


Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat
Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI
KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira)
kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli)
K2(kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain
Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti
bola sepak

5.Awal Remaja (12-18tahun)


Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat
ini
Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal
Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan
penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja
Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik
dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. (Kalau takde perasaan ni,
maknanya tak normal la tu. Tak banyak, sikit mesti ada punya. Takyah la nak
nafikan, hokeh??~)

6.Akhir Remaja (18-22 tahun)


Remaja cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa
Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina
Melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral
dalam masyarakat
Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses
memilih kerjaya yang sesuai.
7.Awal Dewasa (22-34tahun)
Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan
jantina
Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan
membentuk gaya hidup
Pertengahan Dewasa (34-60tahun)
Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan.
Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa
bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja
amal untuk kebajikan masyarakat
Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta

Akhir Dewasa (60-70tahun)


Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan
dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar
Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat
dalam kerja amal Mereka berpuashati dan bersyukur

Tua (75 tahun - meninggal dunia)


Individu yang ada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan oleh
peredaran umur, seperti OSTEOPOROSIS dan nyanyuk
Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa
dengan gembira dan puashati. (masa ni mereka akan berfikir, kenapa anak aku
buat aku macam ni, kenapa mereka tak jenguk aku macam zaman dulu-dulu.
Mereka akan mengimbas zaman dulu-dulu, apa yang mereka telah buat
terhadap ibu bapa mereka, dan banyak lagi imbauan..)
Tenang menghadapi saat kematian sebab telah berjaya menyempurnakan segala
tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 30.7.08 0 comments
Bagaimana kanak-kanak Belajar Matematik?
SINOPSIS

Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran


matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang
diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget,
Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan
dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai
pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta
memudahkan pemahaman pelajar.

Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang
berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak
dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda
idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok,
mencabar, bermakna dan berguna!
PENGENALAN

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir
mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu
objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu
diajar kepadanya.
Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk
menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam
ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya
daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa.
Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi
pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik


melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu
kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti
padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan
(ordering).

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar


pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis
matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam
perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan
Dienes.

TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,
merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman
bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah
melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi
(2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke
dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut
kemampuan pelajar itu sendiri.
Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment
of children and deep respect for their capabilities.”

"Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-


murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11
tahun...Piaget"

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan
terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika
usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui
pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-
murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada
semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga
menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut
dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

TEORI BRUNER
Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang
dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah
pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau
bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu
mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru
(lebih kepada prinsip konstruktivisme).
Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan
pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat
teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

1: Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau
hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang
konkrit.

2: Teorem Tatatanda
Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan
kognitif murid tersebut.

3: Teorem Kontras dan Variasi


Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya
murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

4: Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan
konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih


dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh
mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata
pelajaran dan kemahiran

Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak
membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis
pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori
Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus
dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep
dan prinsip.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran
melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui
rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne,
peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada
peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang
telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

TEORI DIENES
Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik,
pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah
merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk
menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari.
Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat
iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan
gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak


mempelajari matematik iaitu:

1: Prinsip Konstruktiviti
Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang
logik.

2: Prinsip Perubahan Perspeptual


Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan
konsep Matematik.

3: Prinsip Dinamik
Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk
membentuk satu konsep.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK


Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan
Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme.
Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan
pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan
pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak
membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-
kanak tersebut.

Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan


eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak
bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak
langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil
daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan


kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi
menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya
akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka
memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan
pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman


dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat
meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna
pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-
tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

PENUTUP
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk
memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan
untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa
hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk
ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak
bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang
akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu
konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan


barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui
konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini.
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan
sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam
situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum
pernah mereka temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara


konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia
dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak
tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan
seharian
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 30.7.08 0 comments

08 July 2008
Sukatan Pelajaran
Untuk mendapatkan rancangan tahunan/kemahiran BM dan M3 Kelas Pemulihan
Khas , sila layari

1. http://uluskum.net/remedial/ atau
2.
http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=article
&id=63&Itemid=90

atau hantarkan hantarkan emel cikgu kepada saya kerana ia dalam format
pdf.....

sekian, harap maklum.


Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 8.7.08 0 comments

20 May 2008
Latihan Interaktif PTK
Anda boleh membuat latihan soalan-soalan PTK secara online di
http://www.teachersrock.net/kuiz.htm
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 20.5.08 1 comments

14 May 2008
Teknik Memperbaiki Disiplin Bilik Darjah

1. Berfokus
Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan
pengajaran.
Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya,
guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran
bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa
guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru
bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu,
mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar
ketika guru mengajar
Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan
pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga
semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti
selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan
suara yang lebih lembut daripada biasa.
Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah
yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat.
Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran
guru.

2. Instruksi Secara Langsung


Ketidakpastian meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran
dalam bilik darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan
setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang
akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan
buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan.
Guru boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh
melakukan aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk
pelajar berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain.
Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana ia
tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar juga
menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang masa
bebas untuk pelajar.

3. Pemantauan
Kunci kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah. Semasa
murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa kemajuannya.
Guru yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3 minit
pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar telah
bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar,
dan memberi pengajaran bersifat individu.
Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati
beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama.

4. Teladan
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi
oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun,
bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik
untuk pelajar.
Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa
menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut apabila
ia menolong pelajar secara individu.

5. Isyarat Bukan Lisan


Untuk mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan
isyarat bukan lisan seperti liceng atas meja, suis lampu, atau 'clickers'.
Isyarat bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan
isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan -
apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan
turut angkat tangan.
Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan
kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih.

6. Kawalan Persekitaran
Sebuah bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa
seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut
pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan
sesuatu mata pelajaran.
Pelajar muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan item-
item peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahan-
bahan mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan
perbualan antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid,
semakin kurangnya masalah disiplin.
Walaupun bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga
sudut yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk
mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian
kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang hiasan
untuk menjalankan kerja-kerja sendiri.

7. Interversi Berprofail Rendah


Kebanyakan pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang
melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang
ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn
perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian boleh
dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap.
Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak
dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan sentiasa
rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba
menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap
pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat
atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu.
Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia
dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia
akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang
natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai 6 biji
rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan Ado?"
Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap atau
menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar lain
tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo.

8. Disiplin Asertif
Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan.
Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu
pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan
dikuatkuasakan dengan konsistennya.

9. Mesej-Saya yang Asertif


Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan
pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah
disiplin.
Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus
dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada
tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang
tidak baik.
Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya
jangkakan anda akan ...'.
Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya
mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan
penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan menjawab
dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan salah saya...';
'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'. Keadaan ini akan
memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid.

10. Mesej-Saya yang Humanistik


Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini
terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku
pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'. Keduanya,
kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran
saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini
menghampakan saya.'
Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila
ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I
can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from
you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or
inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow
offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak
lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu
selepas itu!

11. Disiplin Positif


Gunakan peraturuan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang
dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada
'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara
yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang
bergaduh'.
Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan.
Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh
pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman,
anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah
laku yang baik.

Jabatan Ilmu PendidikanMaktab Perguruan SandakanBeg Berkunci No. 31,90009


Sandakan, Sabah.Tel: 089-218610Faks: 089-213814
Disediakan oleh:Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),Ketua
Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 14.5.08 1 comments

04 February 2008
APAKAH PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8


· Pendekatan – jalan yang diambil
· Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
· Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik
menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK


PENGAJARAN?

PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58)


A way to
Means of reaching
A way of considering/dealing with
e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)


Proficiency or skill in the practical art/science
e.g. a teacher with a good voice but poor technique
A way of achieving one’s purpose skillfully.

(Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY)

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru


2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?


1. Guru memainkan peranan penting
2· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
3· Kepimpinan guru secara autokratik
4· Pencapaian objektif guru diutamakan
5· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
6· Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk
mengingat/menghafal.
7· Interaksi di antara murid adalah pasif.
8· Kaedah keseluruhan kelas.
9· Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
10· Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan,
bercerita,
keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?


1· Murid memainkan peranan penting
2· Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
3· Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi
pendapat,
4· objektif pencapaian murid diutamakan
5· perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
6· Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
7· Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat
kesimpulan,
8· Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak
ansur, tolong-
menolong)
9· Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
10· Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
11· Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,
penyelesaian
masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?


1· Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan
untuk mencapai
objektif pengajaran.
2· Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan
pembelajaran
3· Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran
diutamakan
4· Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam
kemahiran,
kefahaman dan berdikari.
5· Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
6· Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk
melalui
kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
7· Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan
pelajaran
8· Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan,
kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,
dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery


Learning)?

1. Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap


2. Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
3. Faktor pencapaian murid:
- Kebolehan asas
- Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
- Kebolehan memahami pengajaran
- Daya usaha pembelajaran berterusan
- Masa pembelajaran
4. Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
5. Pilih kaedah & teknik yng berkesan
6. Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif
berdasarkan
objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
7. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
8. Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti
pengayaan.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 4.2.08 0 comments

03 February 2008
CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
Ciri-ciri Guru Yang Cemerlang

• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan


masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan
bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus
laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran
didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan


kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan
pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan


kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan
pelajar secara aktif dalam P&P.

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara


mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk
meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan


perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang
adalah seperti berikut:
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang
pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi
pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi
sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-
harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara

“MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA”

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri


*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu


*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional
dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit
mesyuarat, dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta
menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA
*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang
positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan
dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 3.2.08 0 comments
Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)

kelas pemulihan khas


Blog Archive
• 18/11/07 (1)
• 20/01/08 (1)
• 27/01/08 (4)
• 03/02/08 (2)
• 11/05/08 (1)
• 18/05/08 (1)
• 06/07/08 (1)
• 27/07/08 (3)

Prakata
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bahan-bahan yang dipaparkan adalah daripada kursus-kursus yang saya
hadiri dan hasil bacaan di dalam internet. Sama-samalah kita
manfaatkannya untuk kelas pemulihan khas kita.......
View my complete profile

PENGENALAN
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada
keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep
pemulihan khas.
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan
dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian
dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri /
keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-


baiknya
untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan


berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.