Anda di halaman 1dari 1

Dengan merujuk kepada sebuah negara di rantau Asia Pasifik: a) Tunjukkan peri pentingnya sektor industri perkilangan dalam

mempengaruhi pembangunan sosioekonomi negara tersebut.


Ayat yang menyatakan isi utama

Huraian isi sokongan

Negara rujukan ialah negara Malaysia. Antara kepentingan sektor industri perkilangan kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia ialah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan negara. Pendapatan negara dapat diperoleh melalui aliran masuk nilai wang asing apabila barangan dieksport ke luar negara. Keadaan nilai ringgit yang rendah berbanding wang asing amat menguntungkan negara kerana urus niaga dijalankan dalam dolar Amerika. Umpamanya, pada tahun 2004 sektor perkilangan telah menyumbang sebanyak 31.6% kepada KDNK negara Malaysia. Pendapatan negara juga diperoleh melalui cukai yang dikenakan ke atas pengusaha-pengusaha perindustrian yang beroperasi di negara ini. Selain itu, sektor industri perkilangan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Sektor perkilangan ini melibatkan pelbagai peringkat seperti pengeluaran, pemprosesan, pemasangan, pembungkusan dan sebagainya sudah tentu memerlukan ramai tenaga manusia untuk mengendalikannya. Tenaga kerja ini meliputi tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Tambahan pula, sektor ini menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada penduduk dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Sebagai contoh, pada tahun 2001, dianggarkan 2.2 juta orang atau 22.6% daripada guna tenaga di negara ini terlibat dalam sektor perindustrian. Atau; Peluang-peluang pekerjaan yang wujud seperti operator mesin, mekanik dan pemandu akan memberi peluang kepada penduduk untuk bekerja dan menambahkan pendapatan keluarga.

Huraian isi

Contoh

Anda mungkin juga menyukai