Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Kalau kita satukan kekuatan kita. Satukan peranan dan halatuju kita.

Maka, ia akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju yang kita cinta. Kata-kata yang amat bermakna daripada pemimpin nombor satu negara, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang merupakan nadi pembentuk slogan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sekalung apresiasi, sejambak mawar buat saudari pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bermisi. Dif-dif kehormat yang disanjungi seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi dekat di hati. Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia berbungakan kemesraan. Arena pada hari ini saya warnai dengan pidato yang berjudul 1 Malaysia Pemangkin Perpaduan Bangsa. Ibarat kopi pahit tanpa gulanya. Begitulah juga dengan pidato saya tanpa definisinya. Lantas, sebelum ledakan hujah menghujani seisi dewan, saya tampilkan dahulu intepretasi yang membina mauduknya. Slogan 1 Malaysia merupakan konsep yang bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pemangkin bermaksud faktor yang mempercepat sesuatu proses. Manakala perpaduan membawa maksud bergabung menjadi satu dan bersepakat. Sementara bangsa merupakan kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan.. Tuntasnya, 1 Malaysia Pemangkin Perpaduan Bangsa berkehendakkan kita untuk berbicara tentang satu konsep yang membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan bangsa Malaysia dapat menjalin kerjasama yang lebih erat. Tiga prinsip teras 1 Malaysia yang menjadi tonggak perpaduan bangsa bakal kita telusuri bersama. Hadirin sekalian, Prinsip yang pertama, prinsip penerimaan. Perlu diingat, konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yangn berbeza sama ada daripada aspek ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan alan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara paksaan. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Lantaran itulah Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dalam proses pembentukan kebudayaan nasional bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Dasar ini digubal berteraskan prinsip kebudayaan lain sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India serta kaum-kaum lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Prinsip kedua, prinsip kenegaraan. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku abdul rahman melalui parti perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu tun tan cheng lok dan tun v.t sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah british untuk tanah melayu. Tun abdul razak pula mengilhamkan tukun negara dan dasar ekonomi baru yang tujuannya adalah

untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun hussien onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat sehingga diberi gelaran bapa perpaduan. Tun dr mahathir dan tun abdullah ahmad badawi pula membawa wawasam 2020 dan konsep cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Warga dewan sekalian, Prinsip ketiga, prinsip keadilan sosial. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin daripada aspek kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Cheng lok dan tun v.t sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah british untuk tanah melayu. Melalui konsep 1 Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu, konsep 1 malaysia yang mempunyai prinsip keadilam sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.

Kseimpulan. Hantam ja.......sudah tiba kita meletakkan satu matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapa, hati kuman sama dicecah. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni.............xda idea sudah...

Anda mungkin juga menyukai