Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Artikel Penulis: Helaian Sasaran Laras Bahasa

Pengaplikasian Perisian ASSETBase Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor.

Yusof bin Boon & Sahibul Bahrin bin Ahmad (Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia) : : : 8 Muka Surat Guru Guru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Laras biasa (Mudah difahami) :

Huraian Artikel

Artikel ini membincangkan mengenai kajian yang telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, masalah, dan kesanggupan guru guru mata pelajaran prinsip perakaunan untuk mengaplikasikan Perisian Perakaunan ASSETBase dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penulis turut menjelaskan mengenai kepentingan dapatan kajian ini dilakukan antaranya ;

Membantu guru-guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk mengaplikasikan Perisian ASSETBase dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk mengaplikasikan Perisian ASSETBase dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Hasil Kajian Responden mempunyai tahap kesanggupan yang amat baik untuk mengaplikasikan Perisian Pendidikan ASSETBase dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru Prinsip Perakaunan (responden) sentiasa berfikiran terbuka terhadap ICT dan bersedia pada bilabila masa untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan komputer sekiranya kemudahan yang diberikan mencukupi dan diselenggara dengan baik serta segala masalah yang dihadapi dapat diberikan perhatian dan diatasi. Dalam aspek kesanggupan ini guru-guru Prinsip Perakaunan sudah bersedia untuk menghadapi perubahan dalam sistem pendidikan yang mengambil berat berkaitan teknologi.

Secara kesimpulannya, sudah sampai masanya mata pelajaran Prinsip Perakaunan di komputerkan dengan menggunakan Perisian Perakaunan yang relevan sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa bagi memastikan matlamat pendidikan Malaysia tercapai selaras dengan perkembangan teknologi dunia. Kelebihan, kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan berkenaan artikel ; Kelebihan
1) Huraian mengenai dapatan kajian

Kelemahan
1) Terdapat banyak kesalahan ejaan.

adalah jelas dan mudah difahami.


2) Susun

2) Abstrak hanya terdapat dalam satu bahasa sahaja. 3) Penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan ayat.

atur / cara penyusunan

maklumat adalah sistematik dan mengikut keutamaan.

Cadangan Penambahbaikan 1) Membuat semakan ejaan bagi mengelakkan kekeliruan. 2) Menyediakan abstrak dalam dua bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). 3) Memperluaskan lagi aspek sasaran kajian iaitu dengan mengambil kira atau melibatkan pandangan para pelajar yang telah menggunakan Perisian Perakaunan ini bagi memperolehi keseimbangan pandangan antara pelajar dan guru mata pelajaran tersebut.