Anda di halaman 1dari 23

KESEDARAN TENTANG - KEISTIMEWAAN MATA PELAJARAN - MASALAH SOSIAL

1. Kandungan mata pelajaran PSK digubal secara tematik Mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitaran yang bermula dari diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah ,komuniti, negara dan cabaran masa depan Murid-murid didedahkan dengan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilaisivik

2. Tema dalam mata pelajaran PSK tidak terikat dengan urutan dan guru boleh menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu-isu semasa yang berlaku di sekolah,masyarakat dan dunia. 3. Mengandungi Projek Kewarganegaraan yang perlu diselesaikan oleh murid di luar bilik darjah sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan dalam bentuk portfolio. Murid murid diberi peluang merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam m/p PSK

4. Strategi Pengajaran Pengajaran dan pembelajaran dalam m/pPSK tertumpu kepada strategi yang berpusatkan murid. P&P berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah

5. Isi Kandungan PSK a) Mengandungi unsur-unsur moral dan etika Mementingkan pembentukan nilai nilai murni seperti hormat menghormati, kasih sayang, berbudi bahasa, bertolak ansur, menghargai sumbangan ibubapa, bekerjasama dan lain-lain lagi. Bertujuan menjalin hubungan individu dan masyarakat yang mesra. Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

b) Menekankan kepada kesamarataan Menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat yang berbilang kaum. Memupuk pemahaman tentang kepelbagaian warisan budaya yang terdapat di Malaysia. Kenali dan apresiasi kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Kita adalah satu dalam kepelbagaian.

c) Menekankan hak asasi manusia(hak sivik dan hak politik) Menyemaikan konsep politik ketua keluarga, masyarakat, negara) Murid-murid ditanam dengan nilai-nilai dan etika murni yang patut ada dalam seseorang pemimpin Menjadi seorang pemimpin yang adil dan dihormati pada masa yang akan datang

d) Mencintai keamanan dan menbenci keganasan Menyemaikan unsur-unsur keharmonian Memupuk perasaan alam semulajadi Kenali dan menghormati pemimpin negara Tanggungjawab mengekalkan keamanan negara

Punca Masalah Sosial

Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikutikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayaurayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

Pengaruh di sekolah Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatankegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Media Massa Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumatmaklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaaningin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejalagejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial. Dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Cara ini akan membuatanak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktivitiaktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

Dunia Cinta Remaja Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurangterarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif

Cadangan untuk mengekang masalah sosial

Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya dalam kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas.
Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi.

Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.

prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Terima Kasih !