Anda di halaman 1dari 4

TUTO M1(1), KUMP JUE

BANDING BEZA KONSEP BIMBINGAN & KAUNSELING

KONSEP
BIMBINGAN
Def : Bimbingan adalah satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. MC Daniel dan Shaftel (1957) Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Othman Mohamed (2000)

KAUNSELING
Def : Kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Blocher (1974) Kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. James (1982)

Rumusan : Bimbingan dan kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

PRINSIP
BIMBINGAN Untuk semua pelajar Satu sistem tanggungjawab bersama. Mengutamakan perkembangan individu. Berasaskan proses perlakuan individu (Walaupun buat secara kelompok besar namun kita kena tahu apa kehendak mereka) Proses berterusan. KAUNSELING Kaunseling diberi kepada orang normal yang sedang menghadapi kecelaruan dan kerunsingan. Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting. Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan, kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan. Kaunselor ibarat torchlight Kaunselor percaya sesorang itu haruslah mempunyai peluang untuk memilih matlamat hidup dan bebas dalam mencapai matlamat hidup. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan teori-teori dalam kaunseling. Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik.

PERBEZAAN
BIMBINGAN Semua orang boleh memberi bimbingan. Di dalam bimbingan ada kaunseling. Bimbingan untuk semua. Berlaku di mana-mana sahaja KAUNSELING Hanya kaunselor yang bertauliah boleh memberi kaunseling. Mengguna pakai aplikasi teori. Ada bilik yang khas