Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Kepelbagaian teori pembelajaran kognitif memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

bagi kanak-kanak seawal peringkat prasekolah. Kajian tentang Matematik pada peringkat ini sering dibina atas pengalaman pra-nombor murid yang menyediakan asas bagi membina konsep nombor awal dan asas untuk pembelajaran kemahiran seterusnya. Tugasan ini akan membincangkan implikasi beberapa teori pembelajaran kognitif (seperti Piaget, Bruner, Dienes, Vygotsky) yang akan memberi kesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di peringkat pra-sekolah bagi dua topik yang dipilih. Pengenalan ringkas tentang senario tugas: (i) Definisi atau penjelasan mengenai pengalaman / kepentingan pra nombor (ii) peranan teori pembelajaran kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik prasekolah / awal. Penerangan mengenai konsep pra-nombor utama yang dikenal pasti: Penjelasan konsep pra-nombor utama yang dikenal pasti dan kerelevanan contoh yang

digunakan berdasarkan dua topik yang dipilih berkenaan dua teori pembelajaran yang dipilih. Kena nyatakan apakah konsep pra-nombor utama yang dikenal pasti, apakah dua topik yang dipilih dan apakah dia teori pembelajaran yang dipilih. Cadangan untuk membantu murid mencapai penguasaan baik konsep-konsep pra-nombor untuk topik yang dipilih: (a) Strategi (b) aktivit (c) Sumber (d) contoh, etc. (tidak semestinya disusun dalam order ini tetapi writeup mesti mengandungi unsur-unsur ini. Apa yang dicadangkan kena disokong dengan teori pembelajaran yang telah dipilih. Perbincangan: Implikasi teori-teori pembelajaran yang dipilih dengan merujuk kepada topik-topik yang dipilih. Pandangan guru-guru matematik yang lain dinyatakan dengan sangat jelas. Rumusan (a) Tinjauan literatur

- Kajian literatur merupakan satu bahagian penting dalam laporan kajian atau penyelidikan (tesis) yang perlu ditulis oleh penyelidik yang menjalankan penyelidikan itu. Tetapi dalam assignmen ini, walaupun frasa "kajian literatur' digunakan dalam kriteria pemarkahan, saya percaya apa yang diperlukan ialah hanay mencari 'literatur sokongan' untuk menyokong pandangan anda (lihat sebahagian soalan yang saya petikkan di bawah: Mencari literatur sokongan yang relevan dari pelbagai sumber dan termasuk pandangan guru-guru Matematik berpengalaman mengenai implikasi yang

dibangkitkan dalam perbincangan anda; Apa yang anda perlu buat ialah mencari literatur (bukti-bukti) untuk menyokong implikasi yang anda nyatakan dalam perbincangan anda. Bukti-bukti boleh dicari dari tesis atau laporan kajian yang diterbitkan, atau daripada makalah yang diterbitkan di Internet, atau daripada buku-buku. Contohnya, jika anda katakan satu implikasi teori pembelajaran kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik prasekolah ialah ABC, maka anda kena cari bukti daripada sumber-sumber yang saya nyatakan di atas untuk menyokong pandangan anda (iaitu implikasi teori P&p Piaget ialah ABC).

(b) Rekod yang sangat jelas tentang pandangan guru-guru matematik yang lain; (kena pastikan ringkasan idea yang sangat baik dalam bentuk bertulis dan grafik.) Kesimpulan: Kesimpulan ringkas mengenai implikasi teori-teori pembelajaran ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik pra-sekolah. Rujukan: rujkan dalam Format APA Lampiran:

Anda mungkin juga menyukai