Anda di halaman 1dari 4

Seminar Alam Sekitar Tahun 2010

Kategori: Ucapan Timbalan Menteri Oleh :YB Timbalan Menteri NRE Tempat : Dewan Suasana, Hotel Selesa, Pasir Gudang Johor. Tarikh Ucapan :18 januari 2010
UC AP AN P ER ASM I AN Y B. T AN S RI D AT U K S E R I P AN G LIM A J O S E PH K UR U P T IM B AL AN M ENT ER I SUM B ER AS L I D AN AL AM S E KIT AR S em ina r Al a m S e kit a r T ah un 2 01 0 Dew an Su as an a, H ot el Se le s a, P as i r G u da ng, J oho r 18 Jan ua r i 20 1 0 * ** * * ** * * ** * * ** * * * ** * * ** * * ** * * ** * * ** * * ** * * * ** * * *

Terima Kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis Ya n g B er b ah a gi a T ua n Haj i A b d ul R a h im B i n Haj i N i n Ya n g D i per tu a Maj l is P er b an d ar a n P a s ir G u d an g Ya n g D i hor m at i Dr . Z u lk if l i B i n A b du l R a hm an P en g ara h J ab a ta n A l am S ek it ar Ne g er i J oh or Ya n g B er us ah a E nc ik J a a p ar B i n S am at P en g ara h Ur us an P us a t P em ba ng u na n T en a ga I n dus tr i J o ho r ( P us p at ri) K et ua - K e tu a J a b at an P ara p em be nt an g k er t as k er j a da n p es ert a s em in ar

T uan- t ua n d an P ua n - p ua n ya n g d ih orm at i s e k eli a n.

Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak Puspatri yang sudi menjemput saya untuk berucap dan seterusnya merasmikan Seminar Alam Sekitar pada pagi ini

Tidak lupa juga kepada kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (Pagema) yang telah sama-sama berusaha bagi menjayakan seminar ini.

T uan- t ua n d an P ua n - p ua n s ek a l ia n,

Kita baru sahaja melangkah masuk ke tahun 2010, namun telah dan sedang menghadapi dengan pelbagai cabaran getir. Antaranya ialah cabaran ekonomi dimana negara kita masih sedang berusaha keras untuk keluar dari kegawatan. Sememangnya sudah ada tanda-tanda yang menunjukkan kegawatan ini akan dapat diatasi bagaimanapun, apa yang pasti kita semua mestilah berusaha dengan lebih gigih lagi.

Kesibukan kita mengejar kesejahteraan ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan alam sekitar. Apalah maknanya kemakmuran ekonomi sekiranya kita tidak boleh lagi menikmati udara yang bersih, sekiranya kita berteduh dari hujan bukan lagi untuk mengelakkan basah tetapi mengelakkan air hujan yang toksik dan sekiranya kita tidak boleh berehat dirumah sendiri kerana bunyi yang terlalu bising dari industri.

Justeru itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab, kerajaan terus meletakkan aspek pemeliharaan alam sekitar sebagai salah sebuah agenda utama pembangunan negara meskipun dalam kegawatan ekonomi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya percaya seminar yang dianjurkan setiap tahun ini merupakan usaha yang sangat positif selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai peri pentingnya penjagaan alam sekitar demi memastikan kehidupan lebih selamat dan sejahtera.

Apabila bercakap mengenai penjagaan alam sekitar, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa kemusnahannya sudah tidak dapat dielakkan sekiranya kita mahu mengejar pembangunan dan kemajuan ekonomi. Justeru mereka merasakan bahawa usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar seperti seminar yang dianjurkan pagi hanyalah suatu aktiviti yang membuang masa dan wang.

Ini sama sekali suatu pandangan yang tidak bijak kerana pada masa ini telah wujud pelbagai teknologi baru yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga mesra alam. Banyak contoh yang dapat saya berikan. Antaranya teknologi yang digunapakai oleh kenderaankenderaan hybrid yang mana prestasinya hampir sama dengan kenderaan konvensional tetapi dengan pencemaran yang amat minima. Dan seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, industri kereta sekarang sedang menuju kearah memperkenalkan kenderaan sifar pencemaran (zero emission) tidak lama lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Ilmu serta teknologi kini berkembang pada kadar yang amat pesat. Justeru, bagi memastikan organisasi kita terus relevan, pengetahuan serta kemahiran tenaga kerja kita perlu sentiasa dipertingkatkan. Terutamanya ilmu yang berkaitan isu-isu pemeliharaan alam sekitar seperti kitar semula, emissions control, pengurusan sisa dan sebagainya.

Ini kerana apabila pekerja dan seterusnya masyarakat kita lebih memahami isu-isu sebegini maka mereka akan lebih mudah untuk menerima dan melaksanakan amalan-amalan seharian yang lebih mesra alam. Seterusnya, masyarakat juga tidak akan mudah diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk agenda sendiri.

T uan- t ua n d an P ua n - p ua n ,

Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan syabas kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang kerana telah memainkan peranan aktif dalam menangani masalah pencemaran dan kebersihan alam sekitar khususnya yang melibatkan pekilang-pekilang di Pasir Gudang. Sesungguhnya perkembangan sektor perindustrian yang pesat kini memerlukan keprihatinan seluruh warga pasir Gudang termasuk pihak industri supaya mengamalkan pengurusan operasi yang mesra alam. Dalam konteks ini, saya berharap semua pekilang di sini dapat memperoleh persijilan ISO 14000 dan seterusnya kepada persijilan lain yang lebih khusus dan ketat lagi.

Dalam pada itu, saya yakin pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebagai pihak berkuasa tempatan yang prihatin mempunyai mekanisme-mekanisme yang baik bagi memastikan kilang-kilang yang beroperasi di sini mematuhi semua keperluan dan peraturan yang ditetapkan.

Saya juga percaya kerjasama yang wujud antara Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Alam Sekitar dan Puspatri seperti yang ditonjolkan pada seminar ini adalah sesuatu yang sangat positif yang harus dipertingkatkan kerana ia membantu memastikan agar pelbagai latihan, kursus atau bimbingan yang dibekalkan terus relevan, dan terkini (up-to-date) khususnya dalam aspek pengurusan alam sekitar.

T uan- t ua n d an P ua n - p ua n s ek e l ia n,

Seperti yang kita semua maklum, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang merupakan antara kawasan perindustrian terulung di Malaysia. Di samping terdapatnya banyak syarikat-syarikat multi-nasional, di Pasir Gudang ini juga terdapat beberapa pusat latihan kemahiran yang menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan teknikal termasuklah Johor Skills Development Centre atau PUSPATRI yang telah beroperasi sejak tahun 1993. Saya percaya kewujudan pusat-pusat kecermelangan seperti ini bukan sahaja membantu para pekerja meningkatkan pengetahuan masing-masing, malah secara tidak

langsung juga meningkatkan lagi imej Pasir Gudang sebagai kawasan perindustrian yang berprestij dan seterusnya mampu menarik lebih banyak pelabur-pelabur asing untuk menanam modal disini.

T uan- t ua n d an P ua n - p ua n ya n g s a ya horm at i s ek a l ia n,

Me l i h at k e p ad a t em a s em in ar p ad a h ar i i n i i a it u " O u r Ca r el e ssn e s s Ca us e s Env i ro nm ent al Pol lut ion " m er up ak an b uk ti k om itm en p i hak p e n ga nj ur t er ha d ap a lam s ek it ar . S a ya per c a ya pr gr am s e per t i i n i a da l a h p la tf orm te rb a ik b ag i k it a berk o n gs i buk a n s ah aj a m as a l a h t e ta p i j u ga i de a - i de a p en ye l e s a i a nn ya . O l eh it u, ad a l ah d i h ar a pk an s up a ya t u an - t ua n d a n pu a n - p u a n m em anf a atk a n p el u an g i n i de n ga n s e b aik m un gk i n.

Ha d ir in s ek al i an ,

S ek al i l a g i s a ya m en g uc a pk an s et i ng g i - t i n gg i pe n gh ar ga a n k e pa d a p ih ak pe n ga nj ur s er t a s em u a p ih ak ya n g ter b ab i t m enj a yak a n s em in ar i n i s em og a i a ak an ter us d i ad ak an pa d a t ah u n - t a hu n ak a n da t a ng .

Dengan itu, maka saya dengan sukacitanya merasmikan seminar alam sekitar bertema "Our Carelessness Causes Environmental Pollution", pagi ini.

S ek ia n, t er im a k as i h .

Anda mungkin juga menyukai