Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG PISMP, AMBILAN JANUARI

2010
(SEMESTER 1) REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1 KUMP. 2 (PEM/ BM/ PJ)
NAMA : ZURAIHAN BINTI ZAKARIA

NO. KAD PENGENALAN : 890703-04-5166 UNIT : PISMP PEMULIHAN (BM/ MT)

NAMA MT. PELAJARAN : BINA INSAN GURU (BIG) NAMA PENASIHAT TARIKH HANTAR : EN. MOHD ZAHARUDDIN BIN OMAR : 30 MAC 2 APRIL 2010

JADUAL PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1, KUMPULAN 2, TAHUN 2010 (PEM / BM / PJ)

Bil. 1.

Tarikh dan Hari

Aktiviti

30 Mac 2010 - 2.30 ptg 3.30 ptg (Taklimat dan pembahagian kumpulan, (Selasa) mendirikan khemah dan gadget) - 3.30 ptg 7.30 mlm (Pengurusan diri) - 7.30 mlm 9.00 mlm (Solat berjamaah dan kuliah solat Maghrib) - 9.00 mlm 12.00 mlm (LDK 1 ice breaking dan melukis logo dan mencipta moto kumpulan) - 12.00 mlm (Pengurusan diri dan tidur)

2.

31 Mac 2010 - 5.30 pg 7.00 pg (Pengurusan diri, solat berjamaah dan (Rabu) tazkirah Subuh) - 7.00 pg 8.00 pg (Sarapan) - 8.00 pg 9.30 pg (Malaysia Cergas) - 9.30 pg 10.30 pg (LDK 2 Self-esteem) - 10.30 pg 11.30 pg (Taklimat aktiviti Kembara) - 11.30 pg 6.30 ptg (Aktiviti Kembara Jungle Tracking praktikal pertolongan cemas) - 6.30 ptg 7.30 mlm (Pengurusan diri) - 7.30 mlm 9.00 mlm (Solat dan kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah) - 9.00 mlm 11.00 mlm (LDK 3 Tayangan video tentang guru di pedalaman) - 11.00 mlm (Pengurusan diri, tidur)

3.

1 APRIL 2010 - 5.30 pg 7.00 pg (Pengurusan diri, solat Subuh berjamaah dan

(Khamis)

tazkirah Subuh) - 7.00 pg 8.00 pg (Sarapan) - 8.00 pg 9.30 pg (Malaysia Cergas) - 9.30 pg 10.30 pg (Kawad kaki) - 10.30 pg 11.30 pg (Taklimat tentang aktiviti air) - 11.30 pg 5.30 ptg (Aktiviti air Water Confident, berkayak). - 5.30 ptg 7.30 mlm (Pengurusan diri) - 7.30 mlm 9.00 mlm (Solat dan kuliah Maghrib, solat Isyak berjamaah) - 9.00 mlm 11.30 mlm (Malam kebudayaan) - 11.30 mlm (Pengurusan diri, tidur)

4.

2 APRIL 2010 - 5.30 pg 7.00 pg (Pengurusan diri, solat Subuh berjamaah dan (Jumaat) tazkirah Subuh) - 7.00 pg 8.30 pg (Sarapan) - 8.30 pg 10.30 pg (Menurunkan khemah) - 10.30 pg 11.30 pg (LDK 4 Membaca surat daripada S.A (Secret Admire), aktiviti bertukar-tukar hadiah) - 11.30 pg 12.30 tgh hr (Majlis Perasmian Penutup B.I.G oleh Pengarah IPGM KTAA, Dato Mazlan bin Mohamad) - 12.30 tgh hr (Bersurai)

REFLEKSI

HARI PERTAMA : SELASA, 30 MAC 2010 Pada hari Selasa, 30 Mac 2010, saya diarahkan untuk pergi ke Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) untuk menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 Kumpulan 2 bersama semua rakan unit saya iaitu unit Pemulihan beserta dua unit lain iaitu unit Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Kami diarahkan untuk berkumpul di PULAKO pada pukul 2.30 petang. Setelah berkumpul, kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah melantik seorang ketua bagi mewakili kumpulan masing-masing. Saya berada di dalam kumpulan 6 yang diketuai oleh Mohd Farid Supandi dari unit BM. Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga unit berlainan iaitu unit saya PEM, BM dan PJ. Kemudian, kami diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing dengan bilangan ahli sebuah khemah seramai tiga orang dalam satu khemah. Saya telah ditempatkan bersama rakan satu kelas di dalam satu khemah tersebut. Selepas meletakkan barangbarang keperluan ke dalam khemah, kami membina gadget dan mengemaskan barang-barang masakan dan dapur serta memasak untuk makan malam bersama-sama ahli kumpulan. Selama kami berada di PULAKO, saya dan ahli kumpulan telah diberikan barangan basah seperti ikan dan sayur untuk menyediakan masakan. Kerjsama sangat penting semasa aktiviti memasak.Semasa aktiviti mendirikan khemah, saya berasa sangat teruja kerana saya tidak pernah menjalani aktiviti tersebut. Semasa membina gadget saya mendapat pengalaman baru mencari idea membina ampaian baju, rak meletakkan pinggan dan sebagainya. Pada sebelah malam, selepas solat maghrib secara berjemaah, kami telah diberi tazkirah maghrib oleh Ustaz Khairul Azam mengenai ciri-ciri seorang guru mengikut pendapat Imam Al-Ghazali. Kemudian, selepas solat Isyak berjemaah, bermulalah Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1) yang dikendalikan oleh En Syed Roslan yang merupakan kaunselor staf di IPGM KTAA. Antara aktiviti yang telah dilakukan pada

malam itu ialah ice breaking, pengundian Secret admire dan melukis bendera, mencipta motto, logo logo lagu kumpulan. Selepas tamat perbincangan dan tugasan tersebut dalam kumpulan, kami terus balik ke khemah masing-masing untuk berehat dan tidur. Semasa aktiviti ice breaking dilaksanakan, kami perlu menulis nama ayah, makanan kegemaran, warna kegemaran masing-masing di atas sekeping kertas yang berlainan. Selepas itu, kami perlu mencari pemilik kertas tersebut berdasarkan maklumat yang telah dituliskan. Aktiviti ini berjalan dengan sangat meriah. Saya adalah antara peserta yang dapat mencari individu yang sebenar dalam tempoh masa yang singkat. Aktiviti ini sangat seronok dan saya dapat mengenali rakan baru melalui aktiviti ini. Manakala, semasa aktiviti melukis logo dan mencipta moto serta nyanyian kumpulan saya dan ahli kumpulan perlu berfikir secara kreatif untuk mencari idea bagi melaksanakan tugasan tersebut. Terdapat ahli kumpulan yang memberi idea, melukis dan mewarna logo serta mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan nyanyian kumpulan.

HARI KEDUA : RABU, 31 MAC 2010 Pada hari Rabu, 31 Mac 2010, rutin kami telah bermula seawal 5.30 pagi. Selesai solat subuh secara berjemaah dan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Azam. Beliau telah menyambung kembali tazkirahnya yang tertangguh sehingga pukul 7.00 pagi. Kemudian, setelah menyediakan sarapan bersama-sama ahli kumpulan, kami bersarapan dan berkumpul di gelanggang untuk aktivit Malaysia Cergas. Selepas melakukan aktiviti warming up, kami diberikan latihan kawad kaki oleh En Zulpatai selaku Penolong Kem Komanden program BIG ini. Setelah aktiviti tersebut berakhir, kami berkumpul semula di dewan untuk sesi LDK yang kedua. Dalam sesi ini, kami diberikan sedikit maklumat mengenai self-esteem atau keyakinan kendiri. Kami dikehendaki menjawab satu set soalan personaliti untuk mengukur sejauh manakah nilai keyakinan dir kami masing-masing. Kira-kira pukul 10.30 pagi, kami bergegas untuk menaiki bas ke Hutan Lipur Terenggun Sebelum aktiviti kembara bermula, sedikit taklimat tentang aktiviti tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Zaharuddin selaku pensyarah pengiring telah memberikan penerangan dengan padat dan ringkas. Kami turut melantik seorang ketua kembara bagi mengawasi setiap ahli dan menjaga keselamatan kami sepanjang aktiviti jungle tracking. Sebelum pulang menaiki bas pulang ke tapak perkhemahan di PULAKO, kami diberi pendedahan mengenai teknik-teknik pertolongan cemas yang merangkumi cara-cara mengikat anduh dan jenis-jenis ikatan. Selain itu, kami juga belajar tentang cara-cara mengangkat mangsa yang cedera ke atas stretcher semasa aktiviti Kembara. Melalui aktiviti Kembara saya dan rakan-rakan berasa sangat tercabar kerana perlu meredah Hutan Lipur Terenggun yang dipenuhi dengan akar-akar kayu yang besar dan merbahaya serta pokok balak yang telah tumbang. Namun begitu, kami dapat mengenali flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut. Walaupun aktiviti ini meletihkan saya dan ahli kumpulan yang lain, saya berasa sangat seronok kerana inilah pengalaman pertama saya memasuki hutan. Selain itu, saya dan ahli kumpulan telah membawa makanan seperti mi segera dan makanan yang sesuai untuk bekalan makanan kami sepanjang aktiviti kembara tersebut. Kami telah memasak mi segera dengan menggunakan sumber api yang dihidupkan secara sendiri dengan

menggunakan bahan-bahan yang membantu pembakaran seperti ranting kayu dan daun-daun kering. Semasa aktiviti kembara juga, saya telah mempelajari cara-cara mengikat anduh bagi mangsa yang patah tangan dan cara mengangkat mangsa ke atas stretcher semasa berada di dalam hutan. Kami telah pulang ke kem PULAKO pada pukul 5.30 petang. Semasa berada di kem kami perlu menyediakan makan malam dengan memasak bahan-bahan basah yang telah diberikan kepada kami. Selepas siap memasak. Kami makan bersama-sama dengan ahli kumpulan di khemah yang disediakan. Kemudian, setelah solat maghrib berjemaah, kami mendengar tazkirah maghrib yang disampaikan oleh saudara Muzakir yang menggantikan Ustaz Khairul Azam yang tidak dapat menghadirkan diri kerana tuntutan tugas. Beliau telah menyampaikan tazkirah berkenaan solat jamak dan qasar. Kami solat isyak berjemaah dan selepas itu berkumpul di dewan untuk menonton tayangan video yang disediakan oleh fasilitatorfasilitator. Video tersebut adalah berkisarkan kisah para guru yang bertugas di pedalaman. Ternyata tanggungjawab mereka amat berat berikutan kesusahan dan kepayahan yang mereka alami sepanjang bertugas di pedalaman. Antara kesusahan tersebut adalah dari segi pengangkutan untuk ke sekolah dan ke bandar, kekurangan prasarana di sekolah seperti bekalan air dan elektrik, talian telefon, barang keperluan asas dan banyak lagi. Namun beban yang dipikul oleh mereka tidak langsung mematahkan semangat untuk mendidik anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. Selepas tayangan video tersebut, kami diminta untuk membuat refleksi dan membentangkan hasil kerja kami. Kira-kira pukul 11.00 malam, kami menguruskan diri dan berehat. Di samping itu, kami juga telah ditugaskan untuk berjaga sepanjang malam mengikut giliran bagi menjaga keselamatan dalam kawasan tapak perkhemahan kami.

HARI KETIGA : KHAMIS, 1 APRIL 2010 Selesai solat subuh secara berjemaah di dewan, kami mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azam sekali lagi. Beliau telah menyambung kuliah subuhnya dengan ciri-ciri seorang guru dari perspektif Imam Al-Ghazali. Selepas bersarapan, kami menyediakan diri masing-masing untuk aktiviti Malaysia Cergas pula. Kali ini, kami telah diberi arahan oleh Encik Mohd Zaharuddin, selaku Ketua Kem Komanden untuk mempersembahkan pertandingan kawad kaki mengikut kumpulan masing-masing. Pertandingan kawad tersebut mengajar saya supaya mendengar arahan ketua dengan jelas dan memberikan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab yang telah diberikan. Tidak lama selepas itu, kami bergerak menaiki bas untuk aktiviti air di Tasik Terenggun sekali lagi. Melalui taklimat ringkas tersebut, kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai bahagian-bahagian kayak dan cara mengendalikan kayak. Kemudian, Encik Baharom, merupakan pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani, telah memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti water confident. Kami dilepaskan di tengah-tengah Tasik Terenggun dan mempelajari pelbagai teknik seperti berenang, mengapungkan diri, menyelamatkan mangsa yang lemas dan lain-lain. Pada permulaan aktiviti ini, saya berasa tidak yakin untuk berada di dalam tasik tersebut walaupun telah memakai jaket keselamatan, tetapi, saya menguatkan hati untuk mencuba dan membuat yang terbaik terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam tasik tersebut. Selepas menamatkan latihan tersebut, kami bersiap untuk solat zohor dan makan tengah hari. Makanan tengah hari yang kami sediakan adalah mi segera dengan menggunakan kemahiran menyalakan api serta kemahiran memasak. Hanya mi segera menjadi santapan kami pada tengah hari tersebut namun hidangan tersebut menjadi satu kenikmatan kepada kami yang berada dalam kelaparan dan kesejukan. Pada pukul 2.45 petang, sekali lagi kami diarahkan untuk masuk ke dalam Tasik Terenggun. Namun pada kali ini, kami tidak turun begitu sahaja, tetapi dengan menaiki kayak bersama dengan pasangan kayak masing-masing. Pada mulanya saya berasa berkayak ini sangat susah. Lebih-lebih lagi aktiviti ini adalah kali pertama saya lakukannya. Namun, hasil daripada tunjuk ajar yang tanpa jemu oleh para pensyarah,

kami berjaya mengendalikan kayak-kayak tersebut dengan baik sekali. Selepas menjadi mahir untuk berkayak, saya dan pasangan berasa sangat seronok. Pertandingan kayak sesama kami turut diadakan pada akhir aktiviti. Secara keseluruhannya, aktivit berkayak ini sangat meletihkan dan kami pulang dengan gembira walaupun lewat petang tersebut hujan turun dengan lebatnya. Selesai solat maghrib dan isyak secara berjemaah, kami membuat persiapan untuk Malam Kebudayaan. Pada malam tersebut, semua kumpulan wajib mempersembahkan persembahan yang terbaik dan menyeronokkan untuk pesertapeserta BIG. Terpancar keceriaan pada wajah masing-masing walaupun kami semua keletihan melakukan aktiviti pada sebelah siangnya. Lebih kurang 11.30 malam, kami pulang ke khemah masing-masing dan kumpulan yang telah ditugaskan untuk berjaga malam menjalankan tugas masing-masing secara bergilir.

HARI KEEMPAT : JUMAAT, 2 APRIL 2010 Selepas solat subuh dan mendengar kuliah subuh oleh ustaz, kami menyediakan sarapan dan bersarapan bersama-sama. Kemudian kami diarahkan untuk menurunkan khemah masing-masing dan mengemaskan barangan keperluan serta persekitaran tapak perkhemahan. LDK yang terakhir diteruskan kira-kira jam 10.30 pagi dengan aktiviti membaca surat daripada secret admire masing-masing dan saling bertukar hadiah antara satu sama lain. Banyak kejutan yang berlaku kerana masing-masing tidak mengetahui siapakah secret admire mereka diri sendiri. Berdasarkan aktiviti ini, kami dapat mengetahui kelemahan diri yang tidak kami sedari namun, orang lain dapat mengesan kelemahan dan kebaikan yang terdapat dalam diri kita. Selain itu, saya dapat mengenali antara satu sama lain dengan berlainan unit. Selepas aktiviti bertukar-tukar hadiah, Pengarah IPGM KTAA iaitu Yang Hormat, Dato Mazlan Bin Mohamad telah hadir bagi merasmikan Majlis Penutup BIG Fasa 1 Kumpulan 2. Beliau memohon maaf kerana program Bina Insan Guru pada kali ini tidak dapat dilakukan di luar kawasan institut atau tempat yang sepatutnya kerana masalah kewangan yang melanda seluruh dunia ketika ini. Namun beliau menjelaskan tentang program kerjasama antara SK Lanai dengan institut. SK Lanai merupakan sebuah sekolah yang berada di pedalaman daerah Kuala Lipis dan terletak di perkampungan orang asli yang bakal menjadi tapak perkhemahan BIG dan program khidmat masyarakat akan datang. Tepat jam 12.30 tengah hari pada hari Jumaat tersebut, kami semua bersurai kerana para guru pelatih perlu menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut. Walaupun kepenatan, kami semua amat gembira kerana program ini yang telah memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Banyak pengalaman baru yang tercatat dalam sejarah hidup saya dan rakan-rakan dan pengalaman tersebut tidak dapat dibeli dan didapati di mana-mana. Jutaan penghargaan ditujukan khas buat para pensyarah, fasilitator dan pembantu yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan komitmen sepanjang kami menjalani program Bina Insan Guru ini. Bagi rakan-rakan yang lain, pengalaman yang ditempuhi bersama sama ada ketika berada dalam waktu kesusahan atau kegembiraan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.