Anda di halaman 1dari 16

USTAZ ZAKARIA BIN DIN

MUHAMMAD ZAIM SYAFIQ BIN MOHD ROSLAN MUHAMMAD HAMDI HUSAINI BIN RASHIDI
UNIT K19

DEFINISI
DARI SEGI BAHASA : - menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan

DARI SEGI ISTILAH : - menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

DEFINISI SABAR MENURUT PANDANGAN BEBERAPA ULAMA SUFI


Al-Junaid berkata : - REDHA adalah perbuatan menelan kepahitan tanpa bermasam muka. Sheikh Abu Ali al-Daqqaq berkata : - REDHA ialah tidak menentang takdir yang ditentukan Allah. Ibnu Ataillah berkata : - Yang dimaksudkan dengan REDHA ialah apabila ditimpa musibah penerimanya tetap dalam keadaan baik.

BAHAGIAN REDHA
Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : - Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. - Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

REDHA MENERIMA HUKUM ALLAH


merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturanperaturan itu dengan senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya

Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa ayat 65 : - " Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".

Dan firman Allah s.w.t dalam Surah at-Taubah ayat 59 : - " Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya , Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".

Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Muhammad ayat 26 : - " Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang dibenci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ".

REDHA DENGAN QADA


merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata : - " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Apabila datangnya perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan di dalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : - " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : - " Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika dia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )

KISAH-KISAH SIRAH DALAM KONTEKS REDHA


Kisah Nabi Muhammad s.a.w. apabila isterinya, Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib meninggal dunia.

Kisah Nabi Yusuf. Mula-mula dipisahkan dari ayah yang disayangi, dikerah menjadi hamba yang tak punya kebebasan hidup, kemudian difitnah pula, dibiar dalam penjara bertahun-tahun lamanya. Lama selepas itu barulah dia dibebaskan dan diberikan jawatan dan kesenangan hidup

KESIMPULAN
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku". ( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )

Lirik lagu Kehidupan Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiah dari Allah

Apakah kita kan sabar atau sebaliknya


Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari Tuhan -InTeam + Nazrey

RUJUKAN

http://balqisz.wordpress.com/ http://redha83.blogspot.com/2007/11/redha_26.html

Anda mungkin juga menyukai