Anda di halaman 1dari 2

10 Ciptaan Terhebat Sepanjang Sejarah 1. Mentol. Hasil ciptaan Thomas Edison.

Ciptaan mentol lampunya mengambil masa yang lama dengan perancangan yang teliti, mengulangi ujian dan eksperimen berkalikali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui teknologi ciptaannya. 5. Imbasan Magnetic Resonan (MRI) Jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian. Alat pengimbas MRI pertama digunakan secara komersial pada tahun 1977.

2. Kereta Henry Ford merupakan seorang pencipta dan usahawan berjaya di zamannya. Sehingga kini kereta Ford masih gah di pasaran dan beliau merubah dunia perindustrian kereta dan kilang pemasangannya bermula pada tahun 1908.

3. Transistor Melalui teknologi semikonduktor, peranti elektronik transistor telah menghasilakn pelbagai produk elektrik dan elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer tercanggih pada masa kini. Transistor 3 terminal ( source, drain & gate ) dicipta oleh 3 saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas kejayaan mereka.

6. Internet Bermula awal 1960-an, kajian dijalankan oleh pihak ketenteraan Amerika melalui DARPA untuk menghasilkan ARPANET bagi kajian ketenteraan. ARPANET menghubungkan UCLA, Stanford University, UC Santa Barbara dan Universiti Utah pada awal kemunculannya. Kumpulan saintis yang merekacipta ARPANET juga pertama kali menghantar mesej melalui komunikasi emel pada tahun 1971. 7. Teknologi Laser Laser tergolong dalam antara salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya dalam abad ke-20 di Amerika. Albert Einstein mula menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun 1917 sehinggalah pada tahun 1960 sekumpulan saintis di Hughes Research Laboratories di California melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan fenomena LASER.

4. Satelit Komunikasi Satelit komunikasi pertama dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958. Satelit tersebut telah memancarkan suara Presiden Eisenhover dari bumi melalui satelit dan kembali ke bumi untuk rakyat Amerika

8. Misi Menghantar Manusia ke Bulan Di bawah pentadbiran Eisenhover, Amerika berjaya mendaratkan manusia pertamanya (Neil Armstrong) di bulan pada tahun 1969 melalui Projek yang dijalankan oleh NASA melalui kapal angkasa Apollo.

9. Bom Atom Bom atom pertama diuji di New Mexico pada tahun 1945 sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ledakan bom atom telah menamatkan Perang Dunia ke-dua. Bom atom direka melalui projek rahsia yang dikenali sebagai Projek Manhattan yang menggabungkan saintis-saintis ternama seluruh Amerika dan saintis-saintis dunia yang berhijrah ke sana.

SK YAACOB LATIF 2, JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR


10. Kapal Terbang Dua Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903. Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain.

MINGGU SAINS
(26 MAC 2012 HINGGA 30 MAC 2012)

SCIENCE IS INVENTION (Sains adalah Penciptaan)

Dikendalikan oleh: Panitia Sains SKYL2

Anda mungkin juga menyukai