Anda di halaman 1dari 61

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Penggunaan teknologi multimedia pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam

usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan. Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik (Jamalludin, 2000). Dengan menggunakan teknologi multimedia pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.

Bahasa Melayu adalah mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di dalam subjek Bahasa Melayu mempunyai satu bahagian untuk Komponen Sastera (KOMSAS) dan terbahagi kepada enam bahagian iaitu Puisi Tradisional, Sajak, Prosa Tradisional, Cerpen, Drama dan Novel. Bahagian novel dipecahkan kepada empat zon tertentu di Malaysia iaitu zon satu, zon dua, zon tiga dan zon empat. Setiap zon mempunyai novel yang berlainan. Novel Konserto Terakhir berada di zon dua iaitu di kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan. Novel Konserto Terakhir yang digarap oleh Napisah Muhammad bagi memudahkan keperluan pelajar mengkaji dengan lebih mendalam. Buku ini mengupas keseluruhan aspek penting seperti tema dan persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa serta nilai murni dan pengajaran untuk pelajar mengkaji novel berkenaan. Di samping itu, buku ini juga

-1-

menyediakan aktiviti-aktiviti pengukuhan bagi menilai pemahaman pelajar tentang novel tersebut. Pembelajaran dan pengajaran yang berada di sekolah menggunakan cara tradisional yang berbentuk linear dan menyebabkan pelajar sukar memahami novel yang dibaca. Justeru CDinteraktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir dihasilkan dengan kombinasi beberapa elemen multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio dan animasi supaya lebih menarik. Pembelajaran melalui CD-interaktif ini dapat menggalakkan meningkatkan lagi semangat guru-guru untuk mengajar dan para pelajar untuk belajar.

1.2

Penyataan Masalah

Pembelajaran menggunakan novel yang tebal menyebabkan pelajar kurang berminat untuk membaca dan mengkaji disebabkan teks linear yang terlalu banyak untuk dibaca dan difahami. Pembelajaran berpusatkan guru semata-mata menyebabkan pelajar cepat bosan disebabkan guru hanya dengan membaca dan menulis di papan putih dan menerangkan kepada pelajar. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Melayu SPM.

1.3

Objektif i) Membangunkan CD-interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir yang menggunakan CD-ROM.

ii)

Menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

iii)

Meletakkan kajian-kajian penting mengikut silibus terkini SPM seperti sinopsis, peristiwa penting, tema, plot, persoalan, gaya bahasa, latar tempat, masa dan masyarakat, nilai-nilai murni, pengajaran, dan watak dan perwatakan.

iv)

Mempunyai latihan berkaitan dengan Novel Konserto Terakhir.


-2-

1.4

Skop

1.4.1

Skop Sistem

Memperkenalkan kepada guru dan pelajar dari sebuah Novel Konserto Terakhir yang telah dikaji seperti sinopsis, peristiwa penting, tema, plot, persoalan, gaya bahasa, latar tempat, masa dan masyarakat, nilai-nilai murni, pengajaran, dan watak dan perwatakan mengikut silibus terkini SPM. CD-interaktif yang dibangunkan adalah berbentuk interaktif dengan menggunakan pelbagai elemen. Menyediakan elemen audio untuk

memudahkan pelajar lebih memahami apa yang hendak disampaikan. Memaparkan elemen video typography untuk menghilangkan rasa bosan apabila membaca. Memaparkan elemen grafik untuk menerangkan situasi keadaan di dalam Novel Konserto Terakhir. Memaparkan elemen animasi penting supaya setiap grafik atau teks tidak kelihatan kaku dan menambah keceriaan pada sistem.

1.4.2 Skop Pengguna Sasaran projek ini kepada pelajar sekolah menengah dan guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia di Zon Dua iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan. Kawasan Selangor telah menjadi pilihan untuk projek ini iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.

1.5

Kepentingan Projek

Memperkenalkan CD-interaktif ini khususnya kepada pelajar sekolah menengah yang boleh diguna pakai dalam proses pembelajaran. Projek ini dapat membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar. Bahasa yang digunakan dalam CD-interaktif adalah mudah difahami dan ringkas untuk pelajar lebih faham tentang apa yang dipelajari pada novel ini. Menjadikan CD Interaktif ini sebagai media perantaraan dan pembelajaran oleh pelajar dan guru dengan lebih mudah. Mengunakan kaedah video untuk memudahkan permahaman para pelajar serta memahami isi kandungan novel dan menghilangkan rasa bosan di kalangan pelajar.

-3-

1.6

Kesimpulan

CD-interaktif Pembelajaran Novel Konserto dihasilkan dengan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran secara interaktif. Diharapkan pembangunan projek CD-interaktif ini akan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dan guru-guru mudah untuk mengajar dengan cara yang menghiburkan. Sehubungan itu CD-interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir dapat menjadi bahan alat bantu belajar di sekolah-sekolah. Hal ini kerana ia akan dapat memberi suatu pendekatan dan alternatif baru dalam pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.

-4-

BAB 2

FASA PERANCANGAN

Bab ini membincangkan tentang latar belakang sekolah dan projek, objektif projek, pengguna projek, metodologi yang digunakan dan juga teknik pencarian maklumat.

2.1

Latar Belakang Sekolah

Pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat bermula pada pertengahan tahun 1960an sebelum tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Munshi Abdullah). Tarikh itu menunjukkan bahawa pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat agak lewat berbanding dengan tempat-tempat lain. Ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi dan sosial yang menghalang penduduk kawasan ini untuk menerima corak atau sistem ala barat ini.

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1967 dengan 2 blok yang menempatkan pejabat dan blok yang menempatkan bilik ERT sekarang serta sebuah kantin. Bangunan ini mula digunakan pada 8 Januari 1968 dengan menempatkan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Bangunan awal tersebut dirasmikan oleh Dato Abdul Razak bin Hussin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 29 Mac 1969. Dengan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri itu maka termaktublah nama sekolah ini sebagai Sekolah Munshi Abdullah(SMA).

-5-

Pada tahun 1975, 2 blok bangunan baru dibina, yang sekarang menempatkan perpustakaan dan bengkel Seni perusahaan(Kemahiran Hidup). Pada tahun 1980 sebuah lagi bangunan yang mempunyai 2 buah makmal untuk memudahkan aliran sains tingkatan empat dan lima. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Dato Musa b Hitam. Meneri Pendidikan Malaysia waktu itu pada 14 Jun 1981. Bangunan yang paling akhir dibina ialah blok yang menempatkan bilik guru sekarang, selari dengan blok perpustakaan. Ia dibina pada tahun 1988. Bangunan bangunan lain bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah turut dibina seperti tempat meletak basikal di hadapan dan belakang blok pentadbiran. Musolla(surau) juga didirikan bagi memudahkan guru-guru , kakitangan dan murid sekolah ini menunaikan solat serta bagi tujuan pengajaran Pendidikan Islam. Bangunan ini dibina pada tahun 1983 hasil derma orang ramai. Sekolah ini juga mempunyai sebuah asrama desa yang menempatkan menempatkan 50 orang pelajar perempuan. Pengambilan pertama pelajar untuk menduduki asrama dibuat pada tahun 1991. Paling akhir sekolah ini dihadiahkan sebuah studio Pendidikan Seni oleh Dato Ramli bin Haji Norani (ADUN Kawasan Sungai Besar). Perasmian bangunan ini dilakukan oleh beliau sendiri pada 16 Ogos 1996.

Mulai tahun 1997 sekolah ini tidak lagi dikenali sebgai Sekolah Menengah Munshi Abdullah, tetapi Sekolah menengah Kebangsaan munshi Abdullah mengikut pekeliling yang diluluskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1998, 3 bangunan dalam pembinaan iaitu bilik kebal, bangunan kelas 4 tingkat dan bangunan kemahiran hidup.

-6-

2.2

Latar Belakang Projek

Projek CD-Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir dibangunkan dengan menggunakan teknologi multimedia dengan menggabungkan beberapa elemen seperti penggunaan teks, grafik, audio, animasi dan video untuk menghasilkan sebuah projek multimedia yang menarik dan tidak membosankan. Projek ini akan dibangunkan dengan menggunakan beberapa perisian seperti Adobe Flash CS4, Adobe Photoshop CS4, Adobe After Effects, Adobe Premier Pro, Soundforge 10, Microsoft Word, dan Swish Max.

Selain itu, projek ini dapat membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar. Ini juga salah satu cara untuk mempelbagaikan cara pembelajaran di sekolah sedangkan pelajar mempunyai banyak cara untuk belajar.

Selain itu pelajar tidak terikat kepada proses pembelajaran di kelas sematamata. Pelajar boleh menggunakannya di kafe siber, di rumah dan dimana-mana tempat yang mempunyai komputer untuk menjalankan proses pembelajaran. Untuk kandungan di dalam cd-interaktif ini, bahasa yang digunakan dalam cd-interaktif ini adalah mudah difahami dan ringkas untuk pelajar lebih faham tentang apa yang dipelajari pada novel ini.

Di dalam projek ini juga dimasukkan kandungan seperti sinopsis, peristiwa penting, tema, plot, persoalan, gaya bahasa, latar tempat, masa dan masyarakat, nilainilai murni, pengajaran, dan watak dan perwatakan mengikut silabus terkini SPM.

-7-

2.3

Objektif Projek

i)

Membangunkan CD-interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir yang menggunakan CD-ROM.

ii)

Menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

iii)

Terdapat latihan-latihan berkaitan dengan Novel Konserto Terakhir

2.4

Pengguna Projek

Pengguna projek terbahagi kepada dua iaitu pelajar dan guru. Sasaran projek ini kepada pelajar sekolah menengah dan guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia di Zon Dua iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan. Kawasan Selangor telah menjadi pilihan untuk projek ini iaitu pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.

2.4.1 Guru Guru boleh menggunakan CD-Interaktif Pembelajaran Konserto Terakhir untuk mengajar pelajar dengan lebih mudah dan berkesan. Guru juga boleh menggunakan CD-Interaktif Pembelajaran Konserto Terakhir untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

-8-

2.4.2 Pelajar Pelajar dapat menggunakan CD-Interaktif Pembelajaran Konserto Terakhir sebagai bahan rujukan apabila mereka berada di luar waktu sekolah. Bahasa yang digunakan dalam cd-interaktif ini adalah mudah difahami dan ringkas untuk pelajar lebih faham tentang apa yang dipelajari pada novel ini.

2.5

Latar Belakang Metodologi 2.5.1 Pengenalan Metodologi Terdapat pelbagai jenis metodologi yang boleh digunakan dalam pembangunan Multimedia. Antaranya adalah model MDLC (Multimedia Development Life Cycle), model ASSURE (Analyze, State, Select, Utilize, Require, Evaluate), model ADDIE (Analyze, Design, Development, Implementation, and Evaluation ) dan sebagainya. Dalam penghasilan projek ini , metodologi model ADDIE (DeSimone, Werner, Harris, 2002) digunakan sebagai rujukan, ini kerana ia mengandungi fasa-fasa atau peringkat-peringkat yang berkaitan dengan penggunaan kaedah multimedia interaktif.

Metodologi model ADDIE mengandungi ciri-ciri pembelajaran serta penggunaan teknologi yang lebih kepada multimedia interaktif. Pembangunan menggunakan model ini kerana peringkat fasa yang berurutan dan bersistematik . Dalam model ini terdapat lima fasa atau peringkat iaitu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan , fasa perlaksanaan dan akhir sekali fasa penilaian. Setiap metodologi mempunyai kaedah atau urutan yang tersendiri bagi pembangunan multimedia . Selain itu setiap fasa metodologi yang digunakan diterangkan secara terperinci. Setiap fasa behubungkait di antara CD interaktif yang hendak dibangunkan. Peringkat fasa ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.5.1 .

-9-

Rajah 2.5.1 Model ADDIE oleh DeSimone, Werner, Harris 2002

2.5.2 Fasa Reka Analisa

Dalam fasa analisa, aplikasi model logikal bagi CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir akan dibina . Segala bahan-bahan dari perkakasan dan perisian yang diperlukan dikaji dan dipelajari agar bersesuaian dengan projek yang hendak dilaksanakan. Pencarian maklumat dilakukan bagi memahami Novel Konserto Terakhir dengan menggunakan beberapa kaedah seperti membaca Novel Konserto Terakhir dan merujuk guru-guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. Fasa ini juga terdapat proses pembentukan objektif projek berdasarkan permasalahan yang telah didapati. Fasa ini memerlukan keperluan maklumat seperti :

i.

Menemuramah guru matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.

ii.

Menjalankan soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran Bahasa Melayu tentang Komponan Sastera (KOMSAS) di bahagian Novel Konserto Terakhir kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- 10 -

2.5.3 Fasa Reka Bentuk

Fasa ini merupakan fasa perjalanan sesebuah operasi berdasarkan proses merekabentuk antaramuka pengguna dan merekabentuk papan cerita(storyboard). Antara langkah kerja utama yang dilakukan ialah menentukan cara perlaksanaan, menentukan spesifikasi dan penghasilan carta alir dan papan cerita.

i.

Merekabentuk papan cerita

Perancangan sistem penggajian sejarah adalah langkah yang perlu dilakukan bagi menyediakan papan cerita. Ia boleh diwakili dengan apa yang akan diterangkan mengikut aspek penting yang berada di dalam Novel Konserto Terakhir serta latihan yang disediakan.

ii.

Merekabentuk antaramuka pengguna

Fasa rekabentuk adalah peringkat untuk melakarkan antaramuka projek atau papan cerita. Ini dapat membantu untuk memudahkan proses pembangunan CD interaktif dan lebih sistematik.

iii.

Merekabentuk montaj

Merekabentuk pergerakan untuk intro CD interaktif untuk jadikan CD interaktif lebih menarik.

iv.

Merekabentuk video, animasi, butang, pautan, teks, dan grafik

Video, animasi, butang, pautan, teks, dan grafik perlu direka dahulu sebelum menjalankan fasa pembangunan. Langkah ini akan memudahkan kerja di fasa pembangunan.

- 11 -

2.5.4 Fasa Pembangunan

Dalam fasa ini, setiap antaramuka yang telah dilakar akan dihasilkan dengan memasukkan kod aturcara, montaj, teks, grafik, audio yang telah direkabentuk dan dapat memberikan kesan yang bersesuaian dengan kehendak. Bahasa pengaturcaraan ActionScript dibina dengan menggunakan Adobe Flash CS4.

2.5.5 Fasa Perlaksanaan

Pada fasa ini, adalah untuk menguji pembangunan CD interaktif yang telah siap dibentuk dengan mengadakan persembahan kepada pengguna untuk menguji keberkesanan bagi setiap butang dan kod aturcara. Fasa ini juga bertujuan untuk melihat permasalahan yang ada semasa rekabentuk dan pembangunan sesebuah sistem. Pengujian CD interaktif adalah untuk menguji secara keseluruhan system untuk mengelakkan kegagalan fungsi aplikasi semasa CD interaktif ini digunakan.

2.5.6 Fasa Penilaian

Fasa penilaian adalah peringkat pembangunan projek yang terakhir yang akan dilakukan dengan mendapatkan maklum balas daripada guru dan para pelajar yang menggunakan CD interaktif yang telah dibangunkan berdasarkan borang kaji selidik. Sebarang masalah dapat dikenalpasti selepas CD Interaktif ini siap dibangunkan. Pengurusan dan penyelengaraan berkala dijalankan bagi memelihara dan mengembangkan fungsi aplikasi berdasarkan borang kaji selidik. Pembetulan kesalahan ayat, pautan, penambahan ayat serta pengubahsuaian antaramuka dibuat dalam fasa ini bagi memaksimumkan pulangan.
- 12 -

2.6

Teknik Pencarian Maklumat

Terdapat pelbagai masalah yang terdapat di dalam pambangunan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Teknik pencarian maklumat bagi

membangunkan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir telah diknenalpasti iaitu terdapat tiga cara, antaranya adalah temu bual, soal selidik dan semakan dokumen.

2.6.1 TemuBual

Teknik temu bual adalah antara teknik untuk mencari dan mendapatkan maklumat adalah satu kaedah pengumpulan maklumat tentang pengetahuan seseorang, nilai dan kesukaan. Teknik ini juga digunakan untuk

menghubungkaitkan teknik-teknik penyelidikan lain; cth: pemerhatian untuk memantau isu-isu. Teknik ini dijalankan dengan menebual Panitia Bahasa Pn Marlinah Binti Yusof dengan bertanya secara langsung dengan Panitia Bahasa. Bentuk soalan temubual seperti di Lampiran 1.

2.6.2 Soal Selidik

Teknik soal selidik dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan sesuatu maklumat berdasarkan soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Pelajar hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Borang soal selidik akan diedarkan kepada sebilangan pelajar yang mengambil Bahasa Melayu SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah. Borang soal selidik seperti di Lampiran 2.
- 13 -

2.6.3

Semakan Dokumen

Teknik semakan dokumen digunakan untuk mengkaji dan memahami novel yang ingin dijadikan sebagai rujukan kepada CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Selain itu teknik ini digunakan untuk membuat soalan latihan untuk para pelajar bagi mengukuhkan pemahaman pelajar terhadapa pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) di bahagian Novel Konserto Terakhir.

2.7

Perancangan Projek

Projek ini berdasarkan metodologi MDLC (Multimedia Development Life Cycle). Model yang digunakan ialah model ADDIE. Model ADDIE melibatkan lima fasa iaitu fasa analisa, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Perancangan projek telah disediakan Carta Gant untuk melancarkan perjalanan projek. Rujuk Lampiran 3 untuk melihat Carta Gant.

2.8

Kos Projek

Di dalam projek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kos perkakasan dan perisian. Kos perkakasan seperti laptop dan mesin pencetak. Kos perisian adalah perisian-perisian yang digunakan untuk membangunkan projek ini antaranya Adobe Flash, After Effets, Swish Max, Microsoft Word, Microsoft Project dan Sound Forge. Perkakasan minima yang digunakan untuk membangunkan projek CD Interaktif Novel Konserto Terakhir adalah seperti di Jadual 2.8.1.

- 14 -

No 1

Perkakasan Laptop Compaq CQ-42

Harga (RM)

- Pemprosesan AMD Athlon II P320 Dual Core 2.1 GHz - Papan Induk Hewlett-Packard 1444 - Random Access Memory (RAM) 2.00 GB DualChannel DDR3 - Kad Grafik ATI Mobility Radeon HD 4200 Series - Cakera Keras 313GB Hitachi ATA Device (SATA) - Pemacu CD HP DVD RW AD-7701H ATA Device 2 3 4 Pendrive Kingmax 4GB Cakera Keras Luaran 500GB Mesin Pencetak Canon iP2770 Jumlah Kesuluruhan 23.00 180.00 119.00 2021.00 1699.00

Jadual 2.8.1: Perkakasan minima komputer peribadi

Perisian yang digunakan untuk membina projek CD Interaktif Novel Konserto Terakhir adalah seperti di Jadual 2.8.2. No 1 2 3 4 5 6 7 Windows 7 Ultimate Adobe Flash CS5 Adobe After Effects CS5 Sound Forge Pro 10 Swish Max4 Microsoft Word Microsoft Project Perisian Harga (RM) 964.43 3055.00 4621.00 2088.00 451.51 603.00 603.00 12385.94

Jumlah Kesuluruhan

Jadual 2.8.2 : Perisian minima projek

- 15 -

2.9

Struktur Pecahan Kerja

Struktur pokok digunakan kerana iainya bersusaian dengan perjalanan projek multimedia CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Struktur ini menunjukkan pembahagian fasa yang diperlukan untuk mencapai sesuatu objektif. Rajah 2.9.1 menunjukkan rajah pokok bagi struktur pecahan kerja pembangunan CD Interaktif Novel Konserto Terakhir.

- 16 -

CD INTERAKTIF PEMBELAJARAN NOVEL KONSERTO TERAKHIR


PERMULAAN PROJEK 1. Pemilihan tajuk dan penyelia. 2. Penyedian kertas candangan. 3. Penyerahan kertas cadangan kepada penyelia 4. Perbentangan kertas cadangan

FASA ANALISA 1. Kenal pasti masalah 2. Pencarian maklumat dikumpul 3. Pengkajian kandungan novel 4. Perbincanga n novel 5. Pemilihan perisian dan perkakasan 6. Perancangan laporan 7. Pembentang an laporan

FASA REKABENTUK 1. Merekabentuk papan cerita 2. Merekabentuk antaramuka 3. Merekebentuk kesan khas (Montaj) 4. Merekabentuk menu 5. Merakam bunyi kesan khas dan suara latar 6. Merekabentuk video

FASA PEMBANGUNAN 1. idea-idea yang dikumpul 2. pembinaan antaramuka pengguna 3. pembinaan (montaj) 4. pembinaan aturcara 5. menghasilkan video 6. menghasilkan animasi 7. menghasilkan grafik 8. menghasilakan grafik

FASA PERLAKSANAAN 1. pengujian CD interaktif 2. penilaian CD interaktif oleh Guru 3. penilaian CD interaktif oleh Pelajar

FASA PENILAIAN 1. pengujian formatif 2. pengujian sumatif 3. membentangkan draf Laporan akhir kepada supervisor 4. penyerahan laporan akhir kepada penyelia 5. pembentangan projek (akhir) 6. laporan akhir dan pembetulan laporan akhir 7. projek dinilai keseluruhan 8. berjumpa supervisor dan mendapatkan tandatangan 9. mengkepilkan Laporan Akhir 10. penyerahan laporan akhir

7. Merekabentuk animasi 8. Merekabentuk butang 9. Merekabentuk pautan 10. Merekabentuk teks 11. Membentuk grafik

Rajah 2.9.1 : Struktur pecahan kerja pembangunan CD Interaktif Novel Konserto Terakhir.

- 17 -

Kesimpulan

CD-Interaktif Pembelajaran Novel Konserto dihasilkan dengan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran secara interaktif. Diharapkan pembangunan projek CD-interaktif ini akan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dan guru-guru mudah untuk mengajar dengan cara yang menghiburkan. Sehubungan itu CD-interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhirdapat menjadi bahan alat bantu belajar di sekolah-sekolah. Hal ini kerana ia akan dapat memberi suatu pendekatan dan alternatif baru dalam pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.

- 18 -

BAB 3

FASA ANALISIS

Pengenalan

Dalam membangunkan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir, pembangunan projek akan melalui fasa analisa. Dalam fasa analisa, aplikasi model logikal bagi CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir akan dibina . Pencarian maklumat dilakukan bagi memahami Novel Konserto Terakhir dengan menggunakan beberapa kaedah seperti membaca Novel Konserto Terakhir dan merujuk guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. Fasa ini juga terdapat proses pembentukan objektif projek berdasarkan permasalahan yang telah didapati. Fasa ini memerlukan keperluan maklumat seperti menemuramah guru matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dan menjalankan soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran Bahasa Melayu tentang Komponan Sastera (KOMSAS) di bahagian Novel Konserto Terakhir kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Model konsep disediakan bagi perincian konsep CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Carta alir digunakan untuk memastikan kelancaran dan pautan cd interaktif berjalan dengan dengan kemas dan teratur. Segala bahan-bahan dari perkakasan dan perisian yang diperlukan dikaji dan dipelajari agar bersesuaian
- 19 -

dengan projek yang hendak dilaksanakan. Setiap elemen multimedia di kaji seperti teks, audio, video, grafik dan animasi bagi melengkapkan proses interaktif komunikasi yang tersendiri menerusi penggunaan multimedia. Kesemua elemen-elemen

multimedia ini membawa peranan yang amat penting bagi mempersembahkan satu bentuk informasi yang menarik , berkesan dan mudah difahami oleh pengguna.

3.0

Teknik Pencarian Maklumat

Terdapat pelbagai masalah yang terdapat di dalam pambangunan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Teknik pencarian maklumat bagi membangunkan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir telah diknenalpasti iaitu terdapat tiga cara antaranya adalah temu bual, soal selidik dan semakan dokumen.

3.1

Temubual

Temubual digunakan untuk mencari dan mendapatkan maklumat tentang Novel Konserto Terakhir. Temubual dilakukan kepada Panitia Bahasa Pn Marlinah Binti Yusof dengan bertanya secara langsung dengan Panitia Bahasa. Beliau yang banyak pengalaman mengajar tentang subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsan Munshi Abdullah. Temubual dilakukan untuk mengenalpasti masalah di topik-topik tertentu dan mengenalpasti masalah pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Terdapat banyak maklumat penting dan idea bernas dapat dikumpulkan daripada temubual tersebut. Jadual 3.1.1 di bawah menunjukkan segala jawapan yang telah dirumuskan melalui sesi temubual.

- 20 -

Jadual 3.1.1 Soalan dan Rumusan Jawapan Temubual Tarikh Perancangan: Masa Perancangan: Tempat Perancangan: Ditemubual : Penemubual: 05/03/2012 8.00 am 8.45 am (45 minit) Sekolah Menengah Munshi Abdullah (bilik guru) Pn Marlinah Binti Yusof (Guru Panatia Bahasa Melayu) Pembangun Projek : 1. Muhammad Izzul Akmal bin Othman 2. Zulkifli bin Rasi Objektif: 1. Mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi apabila mengajar murid-murid berkenaan Subjek Bahasa Melayu dari Guru Panatia Bahasa Melayu 2. Pengenalpastian masalah pembelajaran subjek Bahasa Melayu di bahagian Komponan Sastera (KOMSAS) topik Novel Konserto Terakhir. 3. Mengenalpasti masalah yang sukar difahami oleh pelajar di dalam Novel Konserto Terakhir.

- 21 -

Bil 1

SOALAN Sudah berapa lama cikgu mengajar subjek Bahasa Malaysia di Sekolah ini ?

JAWAPAN Alhamdulilah sudah 8 tahun saya mengajar di sekolah ini.

Bagaimanakah cara pembelajaran yang dijalankan ? Khususnya di dalam pembelajaran Novel Konserto Terakhir ?

Antara kaedah yang saya gunakan ialah dengan cara mengajar menggunakan papan hitam dan terangkan kepada pelajar satu persatu . Dalam pembelajaran NKT pula, saya mengajar dengan memberi nota-nota ringkas kepada pelajar dan menerangkan kepada mereka terus.

Adakah cikgu menghadapi masalah ketika mengajar , terutamanya kepada pelajar ? Bagaimanakah cara cikgu mengatasi masalah tersebut ?

Masalah ketika mengajar semestinya ada, lebih-lebih lagi ada yang tidak menumpukan perhatian ketika saya mengajar . Cara untuk mengatasinya ialah , saya bertanya semula kepada pelajar apa yang diajar atau membuat kuiz untuk mengenal pasti adakah mereka memahami apa yang disampaikan .

Selain itu , masa yang ditetapkan oleh sekolah iaitu 2 jam mencukupi bagi cikgu untuk terangkan keseluruhan topik tepat pada masa yang ditetapkan ?

Bergantung juga pada topik-topik yang hendak di terangkan . Jika topik yang tidak berapa penting munkin mengambil masa yang singkat , dan jika topik yang disentuh begitu penting kadangkala mengambil masa yang agak lama dan semestinya masa 2 jam itu tidak mencukupi .

Dimanakah kebiasaanya pelajar lemah memahami dan menjawab di dalam sukatan pembelajaran Bahasa Malaysia mengikut format Sijil Pembelajaran Menengah (SPM)?

Pada kebiasaanya pelajar lemah apabila menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu , yang terdapat 4 soalan yang harus dijawab kesemuanya, dan dipecahkan kepada beberapa bahagian . Soalan 1 ialah soalan berbentuk rumusan, Soalan 2 pula berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS)

TIngkatan 4 dan 5 dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Soalan 2(a) Pemahaman, Soalan 2(b) Petikan Cerpen , Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik , dan
- 22 -

Soalan 2(d) Sajak . Soalan 3 pula bahagian menerangkan tentang Pengatahuan dan Kemahiran bahasa , dan bahagian terakhir ialah Soalan 4 ialah tentang Novel .

Bagaimanakah penerimaan atau reaksi para pelajar , sekiranya cikgu menerangkan topik-topik yang terkandung di dalam Novel Konserto Terakhir ?

Mereka amat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas tetapi kadangkala seperti yang saya cakapkan tadi mereka terlalu cepat bosan melihat saya mengajar. Oleh sebab itu saya banyak memberikan para pelajar membuat latihan apabila habis sesuatu topik.

Pada pendapat cikgu , sekiranya kami membangunkan CD interaktif pembelajaran tentang Novel Konserto Terakhir , dan dikupas isi-isi penting yang terdapat di dalam novel menjadi satu bentuk pemebelajaran menggunakan CD interaktif . Adakah dapat diterima dan membantu cikgu ?

Pada pendapat saya , sekiranya dibangunkan CD interaktif ini dan di dalamnya dikupas topik-topik penting , saya bersetuju kerana cara pembelajaran menggunakan CD-ROM ini amat berguna kepada pelajar sebagai satu alat bantu belajar kerana melalui CD interaktif ini mengandungi elemen-elemen multimedia , dan seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji Novel Konserto

Terakhir ini dan memahami isi-isi tersurat . Ia juga dapat membantu pelajar bersedia di dalam kelas dan dapat memahami lagi dengan penerangan yang saya ingin sampaikan.

Kesimpulannya pencarian maklumat yang menggunakan teknik temubual yang dijalankan kepada Pn Marlinah Yusof , Guru Panatia Bahasa Melayu . Beberapa soalan telah diajukan kepada beliau , ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat , mengenal pasti masalah dan seterusnya mengetahui permasalahan semasa mengajar yang dihadapi . Setelah dirumuskan hasil penemubualan selama 45 minit itu , didapati ketiga-tiga objektif itu telah dicapai dan dapat mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh beliau, dan seterusnya

- 23 -

dapat maklumat-maklumat yang berguna untuk pembagunan projek ini dan dimana yang harus kami tekankan . Selain itu , beliau juga bersetuju untuk pembangunan projek ini dimana beliau percaya pelajar akan mudah memahami dan menkaji isi-isi penting yang terdapat di dalam Novel Konserto Terakhir ini dan dapat membantu beliau semasa memberi penerangan kepada pelajar . Elemen-elemen multimedia yang digunakan memberi kepercayaan kepada beliau untuk bersetuju projek ini dibangunkan , ini kerana melalui elemen multimedia ini dapat menarik minat para pelajar untuk lebih memahami isi-isi penting yang terdapat di dalam Novel Konserto Terakhir .

3.2

Soal Selidik

Teknik soal selidik dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan sesuatu maklumat berdasarkan soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Pelajar hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapanjawapan yang telah disediakan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada sebilangan pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah. Sebanyak 23 borang telah diedarkan secara rawak kepada pelajar tingkatan lima di sekolah ini. Berikut adalah hasil kajian borang soal selidik CD Interaktif Pembelejaran Novel Konserto Terakhir. Bahagian satu di borang soal selidik didapati seramai 8 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan yang telah menjawab borang kaji selidik. Berikut adalah soalan-soalan dan analisa yang telah dilakukan.

- 24 -

Soalan 1 Bagaimanakah cara pembelajaran guru di dalam kelas terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Malaysia?

Soalan 1
13% 17% Menarik Tidak Menarik Tidak Pasti 70%

Rajah 3.2.1 Soalan 1 Rajah 2.2.1 menunjukkan cara guru mengajar di dalam kelas pada subjek Bahasa Malaysia. Berdasarkan rajah sebanyak 70 peratus pelajar mengatakan tidak menarik kerana mungkin guru tersebut hanya mengajar menggunakan cara tradisional sahaja. Sebanyak 17 peratus mengatakan menarik kerana mungkin pelajar tersebut telah biasa dengan cara pembelajaran tradisional dan mudah difahami dan sebanyak 13 peratus tidak pasti. Soalan 2 Adakah anda berminat dengan membaca Novel Konserto Terakhir yang hanya teks linear semata-mata?

Soalan 2
13% Ya Tidak 87%

Rajah 3.2.2 Soalan 2


- 25 -

Rajah 3.2.2 menunjukkan sebanyak 87 peratus pelajar tidak gemar membaca Novel Konserto Terakhir kerana teks linear semata-mata dan

sebanyak 13 peratus gemar membaca Novel Konserto Terakhir kerana mungkin mereka memang suka membaca buku. Soalan 3 Bagaimana cara guru mengajar dan menerangkan keseluruhan topik Novel Konserto Terakhir di dalam kelas?

Soalan 3
9% 30% Menarik Tidak Menarik 61% Tidak Pasti

Rajah 3.2.3 Soalan 3 Rajah 3.2.3 menunjukkan sebanyak 61 peratus pelajar mengatakan cara guru mengajar dan menerangkan keseluruhan topic di dalam kelas adalah tidak menarik. Sebanyak 30 peratus pelajar mengatakan menarik kerana mungkin mereka lebih suka kepada cara guru itu mengajar dan hanya 9 peratus tidak pasti.

- 26 -

Soalan 4 Adakah cara guru mengajar dengan menulis di papan hitam memudahkan anda untuk memahami apa yang guru anda ingin sampaikan?

Soalan 4
9% 12% Ya Tidak Tidak Pasti 79%

Rajah 3.2.4 Soalan 4 Rajah 3.2.4 menunjukkan sebanyak 79 peratus pelajar mengatakan cara guru mengajar dengan menulis di papan hitam tidak atau kurang difahami kerana mereka mungkin meinginkan cara pembelajaran yang berbeza dari biasa. Sebanyak 12 peratus pelajar mengatakan cara belajar tradisional mudah difahami dan 9 peratus mengatakan tidak pasti.

- 27 -

Soalan 5 Di bahagian manakah, pelajar sukar untuk memahami di dalam Novel Konserto Terakhir?

Soalan 5
Sinopsis 13% 3% 5% Gaya Bahasa 10% 18% Latar tempat, masa & masyarakat Nilai-nilai murni Pengajaran Watak dan Perwatakan 7% Tema dan Persoalan Teknik Plot

18%

26%

Rajah 3.2.5 Soalan 5 Rajah 3.2.5 menunjukkan kebanyakkan di bahagian gaya bahasa iaitu sebanyak 26 peratus pelajar sukar untuk memahami bahagian tersebut mungkin kerana bahasa yang digunakan di dalam novel tersebut terlalu tinggi. Seterusnya diikuti dengan tema dan persoalan dan teknik plot iaitu sebanyak 18 peratus pelajar yang mengatakan bahawa bahagian tersebut adalah sukar untuk di fahami. Pada bahagian watak dan perwatakan terdapat 13 peratus pelajar mengatakan iainya sukar untuk difahami. Manakala di bahagian pengajaran, sinopsis, latar dan pengajaran hanya terdapat 10 peratus dan kebawah yang susah untuk menguasai bahagian tersebut.

- 28 -

Soalan 6 Adakah masa yang diperuntukkan selama 2 jam itu mencukupi untuk anda memahami apa yang diajar oleh guru anda?

Soalan 6
9%

Mencukupi Tidak Mencukupi 91%

Rajah 3.2.6 Soalan 6 Merujuk rajah 3.2.6 kebanyakkan pelajar iaitu 91 peratus pelajar mengatakan masa yang diperuntukkan selama 2 jam bagi setiap kelas untuk sesi pembelajaran dan pengajaran tidak mencukupi untuk mereka memahami subjek Bahasa Melayu. Sebanyak 9 peratus sahaja yang mengatakan bahawa masa yang diperuntukkan itu mencukupi untuk mereka faham kerana mungkin mereka telah membuat ulangkaji sendiri di rumah atau mereka mempunyai kelas tambahan di luar sekolah.

- 29 -

Soalan 7 Jika dibangunkan satu bentuk pembelajaran baru yang menggunakan CD interaktif bagi merumuskan keseluruhan isi-isi penting yang terdapat dalam Novel Konserto Terakhir. Adakah anda bersetuju?

Soalan 7
0%

Setuju Tidak Setuju 100%

Rajah 3.2.7 Soalan 7 Rajah 3.2.7 menunjukkan sebulat suara bagi semua pelajar iaitu 100 peratus pelajar bersetuju bagi membangunkan projek CD-Interaktif

Pembelajaran Novel Konserto Terakhir.

Soalan 8 Berikan cadangan anda untuk ditambahkan di dalam CD-Interaktif ini. Berikut adalah keseluruhan cadangan yang diberikan adalah meletakkan peta minda, membina dan memasukkan animasi yang menggambarkan jalan cerita dan memperbanyakkan aktiviti atau latihan . Kesimpulan berdasarkan keseluruhan borang soal selidik semua pelajar menyokong untuk membangunkan projek CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir disebabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi selama ini bagi subjek Bahasa Melayu bahagian Komponan Sastera (KOMSAS).

- 30 -

3.3

Semakan Dokumen

Semakan dokumen digunakan untuk mengkaji dan memahami novel yang ingin dijadikan sebagai rujukan kepada CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Selain itu digunakan untuk membuat soalan latihan untuk para pelajar bagi mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) di bahagian Novel Konserto Terakhir.

3.4

Perincian Analisis

Perincian analisis adalah salah satu perkara penting bagi membangunkan projek CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Model konsep disediakan bagi perincian konsep CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Carta alir digunakan untuk memastikan kelancaran dan pautan cd interaktif berjalan dengan dengan kemas dan teratur.. Model konsep dibina terlebih dahulu untuk memudahkan proses untuk membina carta alir. Seterusnya carta alir dibina untuk memudahkan proses pautan pada setiap paparan.

- 31 -

3.5

Model Konsep

Model konsep di lakukan untuk mewujudkan konsep yang akan dibina untuk projek CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Model ini menunjukkan bahawa cd interaktif ini mempunya beberapa bahagian iaitu sinopsis, tema dan persoalan, plot, gaya bahasa, latar, nilai-nilai murni, pengajaran, watak dan perwatakan dan latihan pengukuhan.

Rajah 3.5.1 Model konsep bagi CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir

- 32 -

3.6

Elemen-elemen multimedia

Menurut Schwier, R.A & Misanchuke, E. R, (1993) dalam bukunya yang bertajuk Interactive multimedia instruction. Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Vaughan, (1998) pula menyatakan multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi. CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir menggunakan lima elemen multimedia iaitu teks, audio, video, animasi, dan grafik.

Jadual 3.6.1 Penerangan Setiap Elemen Multimedia Bil Elemen Penerangan

1.

Teks

Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna. Ia merangkumi elemen utama yang sering digunakan dalam aplikasi multimedia untuk menyampaikan sesuatu konsep mesej kepada pengguna. Penggunaan teks dalam sistem multimedia sememangnya merupakan suatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Teks yang digunakan di dalam CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir di bahagian nota-nota dan latihan pengukuhan. Pemilihan font dan jenis teks juga dititikberatkan di dalam projek serta warna juga memainkan peranan penting bagi menarik minat pengguna untuk menggunakan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Perisian yang digunakan adalah Microsoft Word.

2.

Audio

Audio adalah bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan manusia. Ia telah menjadi elemen terpenting dalam menyampaikan mesej kepada pengguna. Penambahan audio dalam pesembahan multimedia adalah berkesan untuk menarik minat pengguna. Audio (suara latar) juga dimasukkan ke dalam
- 33 -

persembahan multimedia CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir untuk menyampaikan maklumat atau mesej dan

meningkatkan pemahaman kandungan. Audio mampu menjadi daya penarik dan member keseronokan dalam sesuatu persembahan kerana mampu menarik dan menumpukan perhatian pengguna dan

meningkatkan pemahaman dan membantu pengguna mengingati apa yang disampaikan. Perisian yang digunakan untuk menyunting dan merakam suara adalah SoundForge 10. 3. Video Video merupakan antara elemen multimedia yang paling dinamik dan juga realistic berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya yang lebih nyata. Dalam pembangunan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir, unsure video dimasukkan pada bahagian montaj untuk menarik perhatian pengguna dan tahu isi kandungan cd terlebih dahulu sebelum pengguna menggunakannya. Perisian yang digunakan untuk menyunting dan membangunkan video adalah Adobe After Effects CS4. 4. Grafik Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, foto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya antara elemen multimedia yang amat penting bagi member penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Grafik yang terdapat di dalam CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir dilukis dan melalui carian internet. Untuk elemen grafik perisian yang digunakan adalah Adobe Photoshop CS4 5. Animasi Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ia juga merujuk kepada suatu proses menjadikan suatu objek agar kelihatan hidup atau member gambaran bergerak kepada suatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi yang dicipta dalam CD Interaktif ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai teknik salah satunya adalah explode, dan motion tweening. Animasi penting supaya setiap grafik atau teks tidak kelihatan kaku dan menambah keceriaan pada sistem. Perisian yang digunakan untuk animasi adalah Swish

- 34 -

Max dan Adobe Flash CS4

3.7

Carta Alir Carta alir digunakan untuk menunjukkan pautan-pautan yang akan dilakukan di mana-mana bahagian. Rajah 3.2 menunjukkan cara-cara cd interaktif ini berfungsi dari mula hingga ke akhir.

Rajah 3.7.1 Menunjukkan Carta Alir (Flowchart ) - 35 -

Kesimpulan

Di dalam fasa analisa dapat mengenal pasti masalah dengan lebih mendalam dan tahu topik mana yang perlu ditekankan. Bagi mengurangkan masalah dalam pemahaman konsep projek CD Interaktif Novel Konserto Terkahir aliran proses kerja dan model konsep akan dapat membantu pembangun melihat secara kasar aliran proses tersebut. Rekabentuk juga perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya salah faham tentang perjalanan projek yang akan mengakibatkan projek yang dibina megikut kehendak pengguna atau kehendak semasa. Rekabentuk yang perlu dibina ialah papan cerita (story board) untuk menjelaskan lagi perjalanan projek serta susunan butang pautan dan paparan.

- 36 -

BAB 4

FASA REKABENTUK

Pengenalan

Fasa reka bentuk merupakan bahagian yang paling penting untuk membangunkan sebuah sistem yang terbaik dan memenuhi kehendak para pengguna. Rekabentuk sistem merupakan asas bagi memastikan pengguna tahu mengenai aplikasi dan mengetahui berkenaan dengan aplikasi yang sedang dibangunkan.Proses rekabentuk adalah lakaran kasar untuk membina antara muka yang akan dibina menggunakan perisian Adobe Flash CS4 , dengan proses reka bentuk ini , antaramuka yang dibina akan menjadikan ia sebagai 2D .

Selain itu, proses reka bentuk ini memberikan lebih penerangan dan pendedahan berbanding menggunakan papan cerita . Pemilihan bentuk bagi merekabentuk antaramuka meliputi dari segi aspek multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio, video, animasi dan pautan dilakukan dengan lebih teliti . Tujuan reka bentuk ini adalah menggambarkan dengan lebih jelas tentang apa yang hendak dibangunkan .

- 37 -

4.0

Rekabentuk Antaramuka Awal

Di dalam bahagian ini pula menerangkan atau melakar secara kasar gambaran awal menu utama ataupun gambaran awal antaramuka menu utama . tentang gambaran awal antaramuka bagi menu utama . Rajah 4.0 menunjukkan

Rajah 4.0 Menunjukkan tentang gambaran awal antaramuka bagi menu utama

- 38 -

4.1

Kerangka Teori

Model konsep di lakukan untuk mewujudkan konsep yang akan dibina untuk projek CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir. Model ini menunjukkan bahawa CD interaktif ini mempunyai beberapa bahagian tertentu . Rajah 1.1 menerangkan tentang kerangka teori bagi menggambarkan bagaimana proses CD interaktif itu berlaku .

Rajah 4.1 Model konsep bagi CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir

- 39 -

4.2

Carta Alir Carta alir digunakan untuk menunjukkan pautan-pautan yang akan dilakukan di mana-mana bahagian. Rajah 4.2 menunjukkan cara-cara cd interaktif ini berfungsi dari mula hingga ke akhir.

Rajah 4.2 Menunjukkan Carta Alir (Flowchart )

- 40 -

4.3

Papan Cerita

Papan cerita adalah penerangan menyeluruh tentang perjalanan sesebuah CD interaktif dan dibina atas dasar untuk memudahkan proses pengubahsuaian dan penambahan maklumat dengan lebih mudah. Papan cerita perlu di rekabentuk dan menyusun maklumat yang berkaitan untuk memastikan ia bersesuaian dengan aplikasi pembelajaran. Penggunaan pilhan butang yang sesuai juga penting dalam merekebentuk papan cerita. Juga telah disertakan sekali papan carita yang dihasilkan sebelum menghasilkan CD Interaktif Pembelajaran Novel Konserto Terakhir . Ini lebih memudahkan pembangun untuk membangunkan projek ini.

Rajah 4.3.1 : Papan cerita Menu Utama

- 41 -

Rajah 4.3.2 : Papan cerita Sinopsis

Rajah 4.3.3 : Papan cerita Tema dan Persoalan

- 42 -

Rajah 4.3.4 : Papan cerita Tema

Rajah 4.3.5 : Papan cerita Persoalan

- 43 -

Rajah 4.3.6 : Papan cerita Plot

Rajah 4.3.7 : Papan cerita Tema dan Persoalan

- 44 -

Rajah 4.3.8 : Papan cerita Gaya Bahasa Bahasa Indonesia

Rajah 4.3.9 : Papan cerita Gaya Bahasa Bahasa Arab

- 45 -

Rajah 4.3.10 : Papan cerita Gaya Bahasa Bahasa Inggeris

Rajah 4.3.11 : Papan cerita Gaya Bahasa Metafora

- 46 -

Rajah 4.3.12 : Papan cerita Gaya Bahasa Personafikasi

Rajah 4.3.13 : Papan cerita Gaya Bahasa Peribahasa

- 47 -

Rajah 4.3.14 : Papan cerita Gaya Bahasa Simile

Rajah 4.3.15 : Papan cerita Latar

- 48 -

Rajah 4.3.16 : Papan cerita Latar Tempat

Rajah 4.3.17 : Papan cerita Latar Masa

- 49 -

Rajah 4.3.18 : Papan cerita Latar Masyarakat

Rajah 4.3.19 : Papan cerita Nilai-Nilai Murni

- 50 -

Rajah 4.3.20 : Papan cerita Nilai-Nilai Murni

Rajah 4.3.21 : Papan cerita Kegigihan

- 51 -

Rajah 4.3.22 : Papan cerita Kasih Sayang

Rajah 4.3.23 : Papan cerita Keimanan

- 52 -

Rajah 4.3.24 : Papan cerita Kerjasama

Rajah 4.3.25 : Papan cerita Merendah Diri

- 53 -

Rajah 4.3.26 : Papan cerita Kejujuran

Rajah 4.3.27: Papan cerita Patuh Perintah Ibu Bapa

- 54 -

Rajah 4.3.28: Papan cerita Pengajaran

Rajah 4.3.29: Papan cerita Watak dan Perwatakan

- 55 -

Rajah 4.3.30 : Papan cerita Helmi

Rajah 4.3.31 : Papan Cerita Datin Salmah

- 56 -

Rajah 4.3.32 : Papan Cerita Hayati

Rajah 4.3.33 : Papan Cerita Dato Johari

- 57 -

Rajah 4.3.34 : Papan Cerita Latihan Pengukuhan

Rajah 4.3.35 : Papan Cerita Notifikasi

- 58 -

4.4

Antaramuka Pengguna

Antaramuka pengguna dapat memudahkan pengguna sistem multimedia menggunakan sistem tersebut. Penggunaan butang, ikon, hotspot dan sebagainya dapat membantu pengguna mencapai maklumat yang dikehendaki. Pemilihan warna perlu disesuaikan dengan mesej disamping penggunaan ruang secara bijak dan efektif perlu diambilkira. Kreativiti pada masa ini memainkan peranan yang cukup penting.

4.5

Kesimpulan

Di dalam fasa rekabentuk adalah fasa yang lebih menekankan projek akan dibangunkan secara teratur mengikut apa yang telah dirancangkan. Rekabentuk dilakukan bagi mengelakkan berlakunya salah faham tentang perjalanan projek yang akan dibina mengikut kehendak pengguna atau kehendak semasa. Dalam fasa rekabentuk terdapat kerangka teori untuk menunjukkan konsep CD Interaktif Pembelejaran Novel Konserto Terakhir. Carta alir memudahkan pembangun projek untuk lihat pautan-pautan di antara setiap laman atau paparan. Papan cerita dibina di dalam fasa ini untuk menjelaskan lagi perjalanan projek serta susunan butang pautan dan paparan.

- 59 -

Rujukan

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Napisah Muhammad, Abdullah Hussain (2004). Novel Konserto Terakhir. Dewan Bahasa Pustaka. Ellen Finkelstein & Gurdy Leete (2007). Flash CS3 For Dummies,Wiley Publishing, Inc. Schwier, R.A & Misanchuke, E. R, (1993) Interactive multimedia instruction. Craig, 2011 Flash Action Script 3.0 Video Tutorial http://www.developphp.com/list_flash_video.php Adam Khoury, 2008 Flash CS3 Tutorial ActionScript 3 Preloader http://www.schoolofflash.com/2008/04/flash-cs3-tutorial-actionscript-3-preloader/ Latar Belakang Sekolah http://www.smkmasb.edu.my/main/news.php Model ADDIE http://www.nwlink.com/~donclark/history_isd/addie.html

- 60 -

Lampiran

- 61 -

Anda mungkin juga menyukai