Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA, MARANG, 21080 KUALA TERENGGANU.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN ( PPKIBP )

KERTAS KERJA AKTIVITI TERAPI BOLING


2012

KERTAS KERJA AKTIVITI TERAPI BOLING MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP) TAHUN 2012

1.0

PENDAHULUAN

Program pendidikan luar bilik darjah merupakan satu aktiviti bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas. Program ini memberi peluang kepada murid-murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti ini murid-murid berpeluang mendapat pendedahan tentang teknik bermain boling yang betul. 2.0 MATLAMAT

Tujuan aktiviti terapi boling dijalankan adalah untuk memupuk keyakinan diri murid pendidikan khas melalui aktiviti sukan. Selain itu, terapi ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid pendidikan khas. Melalui aktiviti ini, kemahiran bersosial murid dapat dipertingkatkan kerana berpeluang bergaul dengan masyarakat luar. 3.0 OBJEKTIF

i. ii.

Meningkatkan pengetahuan dan berpeluang mendekati permainan boling yang sebenar. Merangsang perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid pendidikan khas.

iii. iv.

Melatih para murid supaya mampu mengurus diri dan berdikari di luar bilik darjah. Mewujudkan suasana riang dan mesra dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan staf (Pengurusan Pembantu Murid).

4.0

KUMPULAN SASARAN

Aktiviti terapi boling ini melibatkan semua warga PPKIBP, SMK Rusila. Iaitu : Murid Guru PPM Tarikh Masa Tempat : : : : : : 11 orang 2 orang 1 orang 26 Jun 2012 (Selasa) 9.30 pagi 1.30 tengahari Terengganu Equesterian Resort (TER)

5.0

JAWATANKUASA Penasihat Setiausaha AJK : : : En. Kamaruzaman Ismail Pn. Ooi Chiang Way Pn. Rena Md. Nor

6.0

TENTATIF PROGRAM

9.30 Pagi 9.45 Pagi 10.00 Pagi

- Bertolak dari sekolah - Dijangka sampai di Terengganu Equesterian Resort (TER) - Pendaftaran - Taklimat dan aktiviti memanaskan badan

10.30 Pagi 12.30 T/hari 1.15 Petang

- Terapi boling bermula - Makan tengah hari - Berkemas dan bertolak balik ke sekolah

7.0

ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. 1 2. 3.

PERKARA Bayaran permainan Sewa kasut Tambang Makanan

ANGGARAN RM 3 x 2 permainan x 11 murid = RM 66 RM 2 x 11 pasang RM 10 x 3 buah kereta RM 4 X 11 murid JUMLAH BESAR = RM 22 = RM 30 = RM 44 RM 162

SUMBER PIBG PIBG PIBG PELAJAR

8.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Program Pendidikan Luar ini penting bagi membolehkan murid-murid melihat dan mengalami sendiri permainan boling yang sebenar. Selain daripada itu, ia juga dapat melatih para murid untuk berdikari, mengurus diri dan bersosial dalam masyarakat. Kami guru-guru Pendidikan Khas amat berharap agar program ini dapat membantu murid PPKIBP meminati sukan selaras dengan saranan 1 Murid 1 Sukan.

Ulasan Pengetua: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

____________________ __________________ (OOI CHIANG WAY) (OOI CHIANG WAY) Setiausaha Setiausaha, Program PPKIBP Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP), SMK RUSILA, SMK Rusila, MARANG. Marang.

________________________ _________________ ( ABDUL MUIE BIN NGAH) (EN. KAMARUZAMAN ISMAIL) Pengetua Penyelaras SMK Rusila, PPKIBP Marang. SMK RUSILA MARANG.

Anda mungkin juga menyukai