Anda di halaman 1dari 8

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.

1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Pengenalan Asal usul Bahasa Melayu agak kabur. Hal ini disebabkan kurangnya bukti-bukti konkrit tentang istilah Melayu pada zaman Prasejarah. Bukti-bukti ditemui melalui penemuan beliung segi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan beliung di Utara Tanah Melayu. Bahan artifak ini menjadi asas kajian manusia prasejarah, perhubungan dan perjalanan di serata dunia. Tarikh awal penggunaan perkataan "Melayu" tidak dapat dipastikan. Kata "Melayu" merujuk kepada orang dan bahasa, iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam dan mendiami hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik juga mendapati bahawa terdapat buktibukti penggunaan perkataan "Melayu" pada kurun ketujuh Masihi. Definisi Dari Segi Etimologi Etimologi ialah kajian tentang asal usul perkataan. Perkataan "melayu" dikatakan daripada perkataan Mo-lo-yeu. Bukti penemuan; Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 - 645 M. Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M. Catatannya mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan diPalembang. Pengembara Portogis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa Melayu digunakan sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu. Kerajaan Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia, Eropah, AsiaBarat, India dan China. Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai dipanggil "Sungai Melayu" Salasilah Bahasa Melayu Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah:

Filum Rumpun

Kelompok bahasa seusia 5000 tahun. Kelompok bahasa 2500 - 5000 tahun.

Keluarga

Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.

Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu. sebagai contoh; Golongan Sumatera Jawa Filipina Bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut Sunda, Madura,Jawa. Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu

Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris. Bahasa Austris terdiri dari, Austronesia Austroasia Tibet China 1.2 BAHASA MELAYU KUNO

Perkembangan Aksara Jawi Amalan penganut Hindu sebelum Islam mementingkan kasta dan strafikasi sosial. Masyarakat bawahan tidak berpeluang menguasai sistem tulisan. Pengaruh Islam mewajibkan penganutnya menbaca ayat-ayat al-Quran. Tulisan Jawi digunakan oleh orang-orang Jawa dan Melayu setelah kedatangan Islam yang dibawa oleh Orang Arab dengan menggunakan Bahasa Melayu. Empat tahap Perkembangan Tahap 1 Tulisan Jawi mengikut tulisan Arab. Ada tanda tanda baris. Tahap 2 Tanpa tanda baris. Tahap 3 Terdapat pengaruh Melayu dengan huruf alif, wau dan ya. Tahap 4 Menggunakan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua. Bahan Bukti Penggunaan

Berpandukan surat-surat awal, karya sastera dan batu bersurat yang ditemui. 1, Batu bersurat di Pagar Ruyong (1356 M) 2, Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) 3, Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu sekitar 1303/1397 M. Karya Sastera Melayu - Sulatin (Sejarah Melayu), Undang- undang Melaka, Undangundang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah. Daftar kata Melayu - Itali pertama - Kapten Kapal Victoria - Antonio Pigafetta. Daftar kata cina - Melayu - Dalam tulisan cina. Penulisan sastera tasawuf, syair dan ilmu mistik. Contoh; Hamzah Fansuri, Syamsuddin Al-Sumaterani. Perkembangan Bahasa Melayu Pengenalan Terbahagi kepada 3 tahap iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno 1, Dianggarkan Berkembang melalui Kerajaan Melayu di Jambi. 2, Catatan China, Kerajaan Melayu Mengadakan hubungan diplomasi dengan penghantaran utusan sejak 644 Masihi. 3, Bahasa Melayu Kuno mengalami perkembangan yang pesat kerana bersifat serdahana, mudah menerima pengaruh dan tidak terikat dengan susun lapis masyarakat. 4, Sejak kurun ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya di Palembang menjadi pusat ilmu pengatahuan. Bahasa Melayu Kuno, menurut pengembara China I-Tsing, dijadikan Dahasa Penghantar untuk mengajar Bahasa Sanskrit dan falsafah Buddha. Bahasa Melayu Kuno - Koon`un Lan, digunakan dengan Meluas Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno 1. Pinjaman daripada Sanskrit contoh: Sukhashitta = Sukacita Laghu = Lagu 2. Pada batu bersurat contoh: Upasarga, ayer, prakata. 3. Persamaan kesejajaran bunyi contoh: Wunuh = Bunuh Wuah = Buah

Bukti Bahan Penggunaan 1. Bahan bukti dari batu bersurat, daun lontar dan kulit kayu. 2. Contoh batu bersurat di Tanjung Periuk bertarikh 450 M. 3. Ada kata pinjaman Bahasa Sanskrit dan tulisan huruf Palava (Huruf Kawi dan Ngiri daripada Bahasa Dravida, India Selatan)

1.3 BAHASA MELAYU KLASIK Bahasa Melayu Klasik Abad ke-12 dan abad ke-13 merupakan zaman peralihan daripada pengaruh agama Hindu Buddha kepada pengaruh Islam. Zaman kedatangan pengaruh Islam dikaitkan dengan kedatangan pedagang India dan Arab. Teori lain mengatakan bahawa Islam dibawa dari China. Marco Polo mengatakan yang masyarakat di situ telah memeluk Islam. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik 1. Ayat yang digunakan panjang dan meleret-leret kerana penyampaian seperti bercerita dalam penglipur lara. 2. Subjek dan predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh pembaca. Contohnya, "Hatta beberapa lamanya antara itu maka istana baginda pun sudahlah, sebuah mahligai terlalu indah rupanya dan sangatlah ajaib perbuatannya, sesiapa tidak pernah melihat yang demikian itu. 3. Ayat-ayat Bahasa Klasik sering ditandai dan diulang dengan kata-kata adapun, kalakian, arakian, syahdan, hatta dan sebagainya. 4. Banyak pengulangan kata tunjuk, Kata penegas, dan kata hubung. contoh, itu, sana, - lah, yang, dan, atau.

1.4 BAHASA MELAYU MODEN A. Konsep Bahasa Melayu Moden 1. Bermula abad ke-19 dan ke-20. 2. Berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi (abdulah Munsyi). 3. Melalui karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837), Hikayat Abdulah (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), dan Kisah Pelayaran Abdulah ke Jeddah (1854)

B. Tahap Perkembangan Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British. 2. Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis) dan Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan). 3. Pegawai British yang berminat dan menulis sarjana Bahasa Melayu ialah R.O.Winstedt, R.J.Wikinson, C.C.Brown, W.E.Maxwell, W.Marseden, O.T.Dussek, A.M.Skinner, J.Crawfod dan W.G.Shellabear.

Bahasa Melayu Moden 1. sebelum merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan. 2. Muncul pergerakan secara persorangan dan pertubuhan memperjuangkan Bahasa Melayu. 3. Pergarakan individu oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako), Shamsudin Saleh dan A. Rahim Kajai. 4. Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Pena, Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50). Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka 1. Para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. 2. Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan) menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka". 4. Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara. 5. Akta Pendidikan 1961 membantu perkambangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah Bahasa Melayu. 6. Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1957. 7. Akta Pendidikan 1961 membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.

C. Fungsi Bahasa Melayu Moden 1. Sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi. 2. Berkembang sebagai media komunikasi yang lengkap dan sempurna.

Fungsi Bahasa Melayu. - Bahasa Perpaduan - Bahasa Ilmu - Bahasa Komunikasi D. Perancangan Bahasa Melayu Membawa maksud usaha-usaha memupuk dan mengembangkan bahasa ke taraf yang lebih maju. setu rang undang-undang digubal dan diluluskan pada tahun 1959 iaitu Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peranan DBP - Menyelaraskan sistem ejaan Bahasa Melayu. - Mencetak bahan dalam Bahasa Melayu. - Memperkasa Bahasa Melayu. - Mencipta istilah pelbagai bidang. - Menerbitkan kamus. E. Perancangan Bahasa 1. Membuat dasar: - Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 - Laporan Razak (1956) - Penyata Rahman Talib (1960) - Akta Pendidikan 1961 2. Kodifikasi/pengekodan peristilahan - Penubuhan Jawatankuasa Istilah, pengekodan kamus, ejaan. 3. Pelaksanaan dasar: - Minggu bahasa - Bulan Bahasa - Bulan Bahasa - Kempen "Cintailah Bahasa Kita".

1.5 UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU Unsur Asing Dalam Bahasa Melayu Pengenalan

Bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa asing kerana pertembungan budaya iaitu dari perdagangan, penyebaran agama dan ilmu, diplomatik dan penjajahan. Definisi Peminjaman Bahasa Definisi "Peminjaman Bahasa" ialah proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa oleh bahasa yang lain atas matlamat tertentu. Jenis-jenis Peminjaman 1. Peminjaman Dialek - Ikut dialek Kedah, Perak Kelantan dan lain-lain. - Ini digunakan dalam bahasa baku. - Contoh : Kemarin, emalam, jenuh, beria. 2. Peminjaman Kuno - Peminjman Bahasa Kuno yang tidak digunakan lagi. - Proses ini menghidupkan kata-kata lama. - Comntoh : Purnama, suria, mentari, dermaga, limbungan,Tun. 3. Peminjaman Tulen - Dipinjam terus dan tiada istilah yang sesuai. - Contoh : Bahasa Inggeris - Bas, beg, bateri, polis, doktor Bahasa Arab - ustaz, ustazah, sabar, azab Bahasa Sanskrit 1. Pengaruh BAhasa Sanskrit dikesan seawal abad ke-7 pada catatan batu bersurat. 2. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada Bahasa Sanskrit. ini meliputi agama, falsafah, alam semula jadi, flora, fauna, kekeluargaan dan banyak lagi. Bahasa Jawa 1. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 1977 perkataan Bahasa Jawa. 2. Meliputi kata konsep, makanan dan kata panggilan. 3. Contohnya : Lakonan, wayang, gadis, gerbok , tamu dan lain-lain. Bahasa Arab 1. Sejak abad ke-13, kitab-kitab agama menjadi alat penyebaran agama dan sastera Islam. 2. Pada abad ke-14, batu bersurat ditemui di Kuala Berang, Terengganu yang menggunakan tulisan jawi. Bahasa Tamil, Hindi dan Parsi 1. Tidak meluas dan berlaku dalam hubungan perdagangan.

2. Bahasa Tamil - Kapal, Katil, jodoh, sami, mahligai dll. 3. Bahasa Hindi - boria, basi, dunia, dian, roti dll. 4. bahasa Parsi - nobat, nafiri, piala, serban dll. Bahasa Cina 1. Kesemua berasal dari Hokkien, kerana mereka yang mula-mula datang dan bermastautin di Tanah Melayu. 2. Kata-kata berkaitan makanan, pakaian, alat-alat untuk berjudi dan kata-kata yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. 3. Contoh; - Permainan - Pakau, congkak, cuki. - Makanan dan buah-buahan - mi, cincau, bihun, taucu, kuih, bepang. - Pakaian dan barangan - gincu, koyok, toncang, kekwa. - Rumah dan perkakas - jong, tongkang, loceng, cawan. - Manusia dan hal-ehwal manusia - tauke, lu, gua, apek, nyonya. Bahasa Portogis dan Belanda 1. Mempegaruhi aspek kosa kata, nahu, bunyi dan imbuhan. 2. Kedatangan Kuasa Barat Portogis dan Belanda mempengaruhi dan memperkayakan kata-kata pinjaman dalam Bahasa Melayu. 3. Contoh Bahasa Portogis - baldi, bangku, meja, bola, bomba, garpu, kemeja, lelong, armada, sekolah, roda. contoh Bahasa Belanda - Snapang, duti, kurang, bagasi, rokok, pelekat, dam, tolok. Bahasa Inggeris 1. Pengaruh barat yang terakhir. Konsonan Bahasa Inggeris yang dipinjamkan hanyalah /V/ dan menjadikan bunyi-bunyi pinjaman menjadi 14 konsonan. 2. Contoh - bom, polis, stesen, audit, wisel, dll. All Content provided by Monster_iQue