Anda di halaman 1dari 3

Penyediaan racun serangga dan racun kulat amat penting di dalam bidang pertanian, terutama tanaman cili secara

fertigasi. Sehingga ada yang mengatakan, jika anda tidak menyediakan racun serangga dan racun kulat, anda sebenarnya merancang untuk gagal. Penggunaan racun adalah perlu dari peringkat awal hinggalah ke peringkat tuaian kerana tujuan asalnya untuk PENCEGAHAN. Seperti kata pepatah, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT (PREVENTION BETTER THAN CURE). Ini kerana kos untuk mencegah lebih rendah daripada kos untuk merawat sesuatu penyakit. Pemilihan racun terbahagi kepada dua kategori iaitu racun kimia atau racun organik. Ia bergantung kepada matlamat pengusaha tanaman. Jika hendak di usahakan secara organik sepenuhnya dimana penggunaan racun kimia adalah dilarang sama sekali. Kos pembelian racun agak tinggi buat permulaan kerana ianya dijual di dalam kuantiti yg sederhana (seperti 1 Liter dalam bentuk cecair/ 500 g dalam bentuk serbuk) atau besar (4 Liter cecair / 1 Kg serbuk) tetapi kos per unit semakin jimat jika membeli dalam pek yg besar. Penggunaan racun yang sebenar adalah sedikit. Ini disebabkan pengusaha perlu mempelbagaikan jenis racun untuk tempoh semusim tanaman. Pengusaha perlu tahu jenis bahan perawis aktif yang perlu diperbanyakkan bukannya jenama (atau 'Brand') supaya serangga perosak tidak 'imun' terhadap racun tersebut. Yang penting, baca label yang tertulis pada setiap jenis racun yang dibeli. Pembelian racun boleh dilakukan berperingkat kerana penggunaan adalah bergantung kepada peringkat tumbesaran tanaman tersebut. Contohnya, racun kulat pada peringkat penyemaian biji benih untuk mencegah penyakit lecur anah pokok, kemudian racun serangga untuk mencegah penyakit dari serangga perosak seperti kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah serangan serangga perosak di peringkat berbuah. Penyakit Cili Berikut adalah senarai Penyakit Cili secara am. Afid: Kutu daun berwarna hijau, tinggal dibawah daun. Pokok dan buah terbantut Kutu Trip: Serangga halus tinggal pada daun, pucuk dan bunga. Daun rosak dan melengkung keatas. Hama: Daun melengkung kebawah dan daun keriting. Lecur anak benih: Reput pada bahagian akar Layu Bakteria: Pokok layu disebabkan akar rosak Antraknos: Buah berbintik pusar Bintik Daun: Bintik bulat pada daun Hawar Pucuk: Daun menjadi layu dan hitam Pengorek Buah @ Pelombong Buah Lalat Putih Belalang @ Ulat Ratus @ Bena Hijau @ Pianggang Penyakit Virus: Bawaan biji benih, bawaan afid, bawaan kutu trip, bawaan lalat putih.

Senarai Racun Serangga & Racun Kulat: Racun Kulat Bahan Perawis Aktif : Mancozeb (dari kumpulan dithiocarbamate) Jenama : Kenkozeb M45, MZ 45 Kelas : IV Kuantiti : 1 Kg Tempoh Di Larang Tuai selepas semburan terakhir: 14 Hari Kekerapan : 7 - 10 hari sekali @ Maksimum 4 Kali / Musim Kadar Racun: 25 g / 10 Liter Air Penyakit : Antranoks (Colletotrichum sp), Hawar / Reput Buah (Phytophthora capsia)

Bahan Perawis Aktif : Thiophanate-Methyl (dari kumpulan benzimidazole) Jenama : TopSin M Kelas : IV Kuantiti : 500 g Tempoh Di Larang Tuai : 14 Hari Kekerapan : 10 - 14 Hari Sekali @ Maksimum 6 Kali / Musim Penyakit : Antraknos (Colletotrichum capsicii) Kadar Racun : 8 g / 10 Liter Air

Bahan Perawis Aktif : Thiram ( dari kumpulan dimethyl dithiocarbamate) Jenama : Imas-Thiram 80 Kelas : III Kuantiti : 1 Kg Kadar Racun: 20 g / 10 Liter Air Cara Rawatan : Rawat biji benih dengan bancuhan selama 5-10 minit sebelum menanam Penyakit : Lecuh / Hawar Anak Benih (Rhizoctonia sp. , Pythium sp.)

Bahan Perawis Aktif : Tolclofos-methyl Jenama : Rizolex 50WP Kelas : IV Kuantiti : 500g Kadar Racun : 5 g / 10 Liter Air Cara Rawatan : Sembur ke pangkal batang dengan lebar jejari 20 cm dari pangkal pokok dan kawasan sekelilingnya. Gunakan 500 ml isipadu semburan untuk merawat setiap pokok yang diserang. Penyakit : Reput pangkal / akar (Sclerotium spp.)

Racun Serangga

Bahan Perawis Aktif : Carbofuran Jenama : Furadan 3G Kelas : II Kuantiti : 1 Kg / 4Kg Kadar Racun : 5 g / polybag (Tabur keliling anak pokok cili yang baru di pindah ke polybag) Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 90 Hari Bahan Perawis Aktif : Amitraz (kumpulan 'amidine') Jenama : Mitac Kelas : II Kuantiti : 1 Liter Kadar Racun : 16 ml / 10 Liter Air Kekerapan : 2 kali semusim Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 7 Hari Serangga : Hamama (Tetranychus spp.)

Bahan Perawis Aktif : Abamectin (kumpulan avermectin) . Ia juga dikenali dengan racun KICAP Jenama : Armada 1.8 EC Kelas : II Kuantiti : 1 Liter Kadar Racun : 10 ml / 10 Liter Air Kekerapan : 4 kali semusim Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 7 Hari Serangga : Ulat Pelombong Daun, Ulat Plutella Bahan Perawis Aktif : Cypermethrin (kumpulan 'pyrethroid') Jenama : Cyper-Axe Kelas : III Kuantiti: 1 Liter Kadar Racun : 10 ml / 10 Liter Air Kekerapan : 1 kali semusim Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 3 Hari Serangga : Ulat Kuntum, Ulat Pucuk

Penggalak/ Hormon Cili Berbunga GE 9820 AMINO SEA RED Kuantiti: 4 Liter Cara Guna : 25 ml / 18 Liter Air di sembur ke pucuk pokok. Di ulangi 2 minggu sekali.