Anda di halaman 1dari 3

Daun Bertompok Simptom : Daun kelihatan bertompok-tompok.

Penyakit : Serangan Kulat Tindakan : Asingkan polybag yg mempunyai daun bermasalah ini kerana penyakit ini cepat merebak. Jika serangan masih baru, buangkan semua daun yg dijangkiti. Rawatan : Sembur dengan racun kulat yang mengandungi 'Cooper' seperti Cupraxat. JANGAN campur racun kulat 'cooper' ini dengan racun lain. Cara pencegahan : Kena sembur dengan racun kulat (selain racun kulat 'Cooper') selepas hujan dan sebelum transfer anak pokok ke polybag. Pastikan kandungan media tidak terlalu lembab

ANTRANOKS Simptom : Buah cili rosak berair. Penyakit : Serangan Kulat Tindakan : Buang semua buah cili yang rosak. Cara Pencegahan : Selalu terjadi pada musim hujan. Jika hujan panas lagi cepat pembiakan kulat. Sembur racun kulat Mancozeb di selang seli dengan racun kulat "TopSin M" setiap 3 hari sekali di musim hujan, jika tidak seminggu sekali. Atau setiap kali lepas hujan.

DAUN KUNING Simptom : Daun-daun kelihatan berwarna kuning terutama di bahagian atas. Penyebab : Pokok kekurangan baja. Tindakan : Spray air baja dengan kepekatan yang rendah (mengikut umur pokok) pada waktu pagi selama beberapa hari . 1/2 dos kepekatan air baja yg diberikan. Cara Pencegahan : 1. Selalunya simptom ini berlaku pada media yang menggunakan sekam bakar 100% kerana sekam bakar tidak menyimpan air baja dengan lama, tidak seperti media cocopeat. 2. Tambah kekerapan siraman air baja atau mencampur media sekam bakar dengan cocopeat.

LECUR ANAK POKOK Simptom : Batang anak pokok cili di dalam tray semaian seperti mengecut dan menyembah bumi. Penyakit : Serangan Kulat Tindakan : Buang anak pokok yang bermasalah Cara Pencegahan : 1. Pastikan biji benih direndam dalam bancuhan racun kulat Thiram 5 - 10 minit sebelum menyemai. Walaupun biji benih itu daripada varieti hybrid spt F1 568. 2. Atau biji benih dicampur dengan racun 'Rizolex' dgn nisbah 5g Rizolex utk 10g biji benih (dlm 1600 biji benih) atau racun Thiram sebelum menyemai. 3. Rendam tray semaian yg kosong (samada yg baru atau telah digunakan) ke dalam bancuhan racun kulat Thiram sebelum meletak peat moss. 4. Jika terlupa langkah 1-3, dan anak pokok telah dijangkiti dan setelah dibuang pokok yg bermasalah, rendamkan tray semaian berserta anak pokok di dalam bancuhan racun kulat Thiram / Rizolex 1/2 dos dari yang disyorkan. Dan pastikan air baja juga diberi melalui kaedah rendaman try semaian. JANGAN spray anak pokok kerana daun yang lembab akan mempercepatkan pembiakan kulat dan menarik serangga. 5. Sebelum pindah anak pokok ke polybag, sembur racun kulat Rizolex / Thiram / Previcur N ke media (sekam bakar/cocopeat) dan polybag sehingga lembab. Jika menggunakan bekas polybag dari musim yang terdahulu, pastikan peralatan dan juga polybag di rendam dengan larutan anti-bakteria/anti-septik seperti Chlorox (murah) atau Dettol