Anda di halaman 1dari 3

Pena Binasa

02 Jan 2009 42 Comments by ummusaif in Tazkirah Entri saya kali ini adalah salah satu komen saya dalam artikel Abu Saif yang bertajuk Pena Jasa Pena Binasa. Ya, sudah tentu setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukannya. Kalau bercerita tentang kebaikan internet, pasti tidak mampu untuk disenaraikan semuanya. Tapi bagaimana pula dengan keburukannya? Apa yang saya nampak tentang internet, ia bukan sahaja mengubah penulisan orang, ia juga mengubah identiti, hati serta perwatakan orang itu. Mungkin apa yang akan saya nukilkan kali ini berbeza sedikit daripada apa yang telah disampaikan oleh Abu Saif di dalam artikel tersebut. Namun, marilah kita renung sejenak.. SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram. Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas (SMS), facebook (FB), Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain. Memang dari awal penggunaan internet, saya sudah melihat perkara ini berlaku. Dan sekarang ianya sudah sebati serta jadi kebiasaan. Orang sudah tidak melihat ia sebagai sesuatu yang memalukan. Kita bertegur sapa dengan lelaki atau perempuan yang kita tidak kenali di internet. Siap bergurau-gurau. Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan mereka bergurau dan mengusik. Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai. Isk, seronoknya kacau mamat ni. Hari ni apa update dia di facebook ye? Sejurus sahaja orang yang diminati update status mereka di facebook, terus sahaja mereka meninggalkan komen di facebook mereka. Walaupun hanya niat untuk bertanyakan permasalahan agama pada orang agama, lamalama jadi perkara lain.

Itu yang silap hari bulan, minat pada suami orang melalui internet lantas membawa pada percintaan walaupun sekadar minat dalam hati.

Seperti yang pernah dinukil oleh Ustaz Cahyadi di dalam bukunya di mana di antara seorang lelaki dan perempuan. Mula-mula hanya memberi salam, kemudian tanya khabar, kemudian suruh bangun solat sunat malam, lama-kelamaan rindu dan mengucapkan kata sayang. Ada yang setiap waktu menatap internet hingga keluarga terabai. Masakan tidak, setiap malam tidur lewat hingga 2-3 pagi hingga isteri atau suami kesunyian. Tidak kurang yg menatap internet, chatting hingga study mereka terganggu lantas gagal dalam ujian akhir degree mereka. Berdiskusi di shoutbox pada asalnya untuk kemusykilan agama atau isu semasa lama-lama menjadi sembang-sembang kosong. Yang paling buruk, dijadikan untuk tempat melamar suami atau isteri orang. Tidak kurang bagi suami yang menceraikan isteri melalui sms. Yang pastinya ini semua cerita di atas bukan rekaan semata-mata. Ia benar-benar berlaku di sekeliling kita. Tidak kira apa title lelaki atau perempuan itu di internet sama ada seorang kakak, adik, abang, suami orang, isteri orang, guru, ustaz, ustazah, mak orang, nenek orang , mereka tetap bukan mahram kita. Saya teringat suatu ketika dahulu,suatu kajian telah dilakukan di UK/US tentang statistik kadar penggunaan telefon. Di mana mereka memecahkan penggunaannya kepada mereka yang tidak pernah lekang dengan telefon dan tidak pernah menutup telefon, tidak pernah lekang dari telefon tapi boleh menutup telefon dan seterusnya. Jadi, mungkin kita blh lihat analisa diri sendiri dan lihat bagaimana addictednya kita pada sistem-sistem perhubungan ini. Adakah kita melenting atau jadi defensive apabila ada orang menegur kita tentang komputer? Daripada wikipedia: The term addiction is used in many contexts to describe an obsession, compulsion, or excessive physical dependence or psychological dependence, such as: drug addiction, crime, alcoholism, compulsive overeating, problem gambling, COMPUTER ADDICTION, pornography, etc. BAGAIMANA UNTUK MENANGANI? 1. Mula-mula kita kena tahu definisi ketagihan itu sendiri supaya kita sentiasa tahu dan tidak lupa. Saya pun tak berapa pasti tapi mungkin kita boleh ukur melalui tempoh penggunaan kita iaitu berapa jam sehari dan adakan jadual atau seumpamanya supaya semua aktiviti stabil dan seimbang.

2. Pastikan waktu berinternet kita tidak mengambil waktu kita bersama keluarga, sahabat atau kerja kita. Contohnya, jika itu waktu tidur kita dengan suami/isteri kita, jangan sesekali kita abai atau ambil lewa kerana lama-kelamaan hubungan suami isteri akan retak tanpa kita sedari. 3. Jadikan dan ambil teguran orang lain sebagai nasihat terutama sekiranya teguran itu daripada keluarga sendiri yang mungkin terasa atau terkesan daripada ketagihan kita itu. Tidak rugi melepaskan ketagihan kita itu demi kebahagiaan rumah tangga sendiri. Jangan tunggu nasi menjadi bubur baru ingin berubah. Dah bercerai berai baru nak berubah. 4. Bak kata Abu Saif, Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, HATI BERASA GUNDAH DENGAN KEBINASAAN YANG DATANG BERIRINGAN. 5. Akhir sekali, pintalah hidayah dan kebersihan serta keikhlasan hati daripada Allah SWT. Agar sentiasa di bimbingan dan naunganNya. Saya menulis komen ini untuk peringatan bersama. Supaya kita tidak leka dan alpa. Wallahu alam. UMMUSAIF.COM 56000, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai