Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG JADUAL PENENTUAN TUGAS KERJA

KURSUS PENDEK KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) JABATAN MATA PELAJARAN KOD KURSUS SEMESTER : : : : JABATAN PENGAJIAN MELAYU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER BMM 3105 PISMP SEMESTER 3

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Mencari maklumat untuk untuk memperoleh pemahaman yang koheren. 2. Merancang bahan/elemen multimedia (audio, video, grafik, teks, animasi dan laman web) berkaitan pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3. Menterjemah pengetahuan dalam pemilihan bahan yang sesuai untuk pengajaran kemahiran bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 4. Membuat refleksi dan menilai amalan penggunaan komputer. OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ini, pelajar akan dapat: 1. Menghuraikan konsep audio, video, teks, grafik dan laman web. 2. Menjelaskan penggunaan bahan/elemen multimedia dalam kemahiran bahasa. 3. Menyatakan langkah-langkah untuk mengawal penyalahgunaan bahan/elemen multimedia dalam kalangan pelajar. 4. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang memuatkan bahan / elemen multimedia. 5. Menyediakan tapak pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK INSTITUT : IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN NAMA GURU PELATIH : JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU KUMPULAN / UNIT : PPISMP SEM 3

MATA PELAJARAN : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KOD KURSUS : BMM3105 BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER TARIKH MULA : 20 FEBRUARI 2012 TARIKH HANTAR : 9 APRIL 2012

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Penggunaan komputer yang melibatkan bahan/elemen multimedia (audio, video, teks, grafik, animasi dan laman web) telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik dan meningkatkan literasi maklumat dalam kalangan pelajar. Namun demikian, tatacara penggunaan komputer dalam kalangan pelajar perlulah diberi perhatian dan diambil tindakan oleh semua pihak. Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar diminta: A. i. menghuraikan konsep audio, video, teks, grafik dan laman web. ii. menjelaskan kepentingan bahan/elemen multimedia dan bagaimana setiap bahan/elemen multimedia dapat digunakan dalam pengajaran kemahiran bahasa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Sertakan contoh. iii. menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjalankan pengawasan terhadap penyalahgunaan komputer khususnya yang melibatkan penggunaan bahan/elemen multimedia. B. i. Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tempoh 60 minit dan masukkan sekurang-kurangnya satu bahan / elemen multimedia (audio, video, teks, grafik, animasi atau laman web) bagi setiap langkah pengajaran. ii. Bina tapak pembelajaran berdasarkan RPH tersebut.

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS: 1. Hasil tugasan ini adalah secara individu. 2. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut: i. Fon Arial ii. Saiz huruf 12 iii. Langkau satu baris setengah (1.5). iv. Rujukan perlu jelas sumber maklumat dan mengikut format APA v. Sertakan lampiran. 3. 4. 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan (jika didapati plagiat berlaku, pelajar tidak berpeluang mendapat markah cemerlang). Panjang tugasan bahagian A tidak kurang daripada 5 muka surat. Bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: Nama penuh pelatih/ No. Kad Pengenalan Unit dan tahun pengajian Nama Kursus/ kod kursus Nama pensyarah Pelajar perlu mendapatkan tandatangan daripada pensyarah setiap kali perjumpaan dengan menggunakan (Borang Rekod Kolaborasi Pembimbing dan Pelajar) Pelajar perlu membuat refleksi pelaksanaan tugasan di atas. Hasil kerja kursus hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy.

6. 7. 8.

Anda mungkin juga menyukai