Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN JASMANI MODEN

Syarafina Mohd Salim NorJamilah Ab. Rahman Hazirah Mohd Abdul Wahid Khairul Bariah Kassim NurHasyima Mahizza Hamdan

Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran ketenteraan berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Bertitik tolak dari situlah wujudnya pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,bola keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi. Disamping itu pada ketika ini pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk mengembang dan membawa perubahan dalam bidang sukan dan program Pendidikan Jasmani.

Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains dalam bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti: Antropometrik kajian tentang bentuk dan susuk badan. Fisiologi kajian terhadap fungsi sistemsistem organik tubuh. Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak. Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan.

SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orangorang Greek). Segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian. Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, Sukan Olimpik dipersetujui untuk diadakan sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896.

SUKAN KOMANWEL
1891 - Sukan Komanwel mula dipromosikan oleh Reverend Astley Cooper untuk Empayar British sahaja. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British. 1911 - Perayaan Empayar British telah dijalankan di London untuk meraikan pertabalan King George - United Kingdom. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga. 1928 - Melville Marks (Bobby) Robinson dari Canada mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Canada pada tahun 1930 buat pertama kalinya. 11 negara dengan 400 atlet menyertai Sukan Komanwel pertama itu. Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.

SUKAN SEA
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia. Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.

Anda mungkin juga menyukai