Anda di halaman 1dari 18

Pengenalan Manusia hanya boleh merancang dengan pelbagai cara dan teknik.

Namun Tuhan yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi itu. Dalam membuat keputusan, ketelitian sangat perlu demi mengelakkan kegagalan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamatnya. Kegagalan ini seringkali berlaku kerana tumpuan keterlaluan organisasi ini menggunakan teknik dan sistem pengurusan dalam membuat keputusan. Sesuatu rancangan yang baik hanya tinggal rancangan jika tidak dilaksanakan. Sesuatu sistem, kaedah, pendekatan atau cara baru termasuk sesuatu produk atau servis yang baru tidak akan berjaya tanpa pengatahuan, pemikiran, perancangan dan tindakan yang strategik. Oleh itu, untuk tujuan tersebut kita mesti benar-benar bersedia. Sepatutnya tidak timbul lagi soal kurang tahu atau tidak memahami. Sebab sikap inilah yang sering membantutkan proses transformasi inovasi dalam sesebuah organisasi.

Jenis-jenis Inovasi Inovasi memerlukan empat elemen atau bahagian penting iaitu pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta insentif dan pemasaran sebelum faktor luaran lain. Antara langkah2 yang boleh di lakukan bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan organisasi adalah seperti:

Mewujudkan nilai kreativiti pekerja. Pengurus boleh mempengaruhi daya kreativiti Mewujudkan suasana kerja yang dapat melahirkan sifat kreatif dalam organisasi, Menyediakan pelbagai intensif ke arah mewujudkan pekerja kreatif. Mengamalkan sistem pengurusan yang lebih terbuka kerana peraturan yang keras Mengadakan alat-alat pengurusan yang bersesuaian termasuklah budaya korporat yang Mewujudkan persekitaran yang baik seperti modal, pekerja, maklumat teknologi dan Pekerja berisiko tinggi perlu diberi perhatian lebih dan pekerja digalakkan tidak berasa Menetapkan dan memperkemaskan dasar peraturan tentang rekacipta. Menentukan objektif jangka panjang terutamanya bidang yang boleh dikembangkan. Mewujudkan struktur organisasi yang mempunyai ciri-ciri menggalakkan kreativiti. Memastikan pekerja mempunyai keseimbangan dari segi kepakaran, kelayakan dan Menyediakan belanjawan yang secukupnya bagi pembangunan produk dan

sejak pemilihan pekerja.

contohnya hubungan rapat.


menghalang kreativiti.

diamalkan, amalan penggunaan tenaga dan gaya kepimpinan.

kemahiran.

bimbang apabila melakukan kesilapan.


pengalaman.

perkhidmatan. Penggunaan Inovasi Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik dan para usahawan terpaksa berhadapan dengan perubahan teknologi yan gbegitu pantas. Adalah perlu menghadapi cabaran-cabaran ini untuk menangani ekonomi moden. Globalisasi, Kemajuan internet, dan era maklumat turut memberi cabaran di dalam persaingan pemasaran pesat.

Gambaran inilah yang terdapat dalam setiap diri individu yang inginkan kemajuan dan kejayaan. Persaingan yang ada membuatkan para usahawan atau kita sendiri yang mungkin berminat untuk menjadi seorang usahawan atau membina empayar perniagaan sendiri perlu mempunyai kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan diri dengan pantas kepada tranformasi pasaran khasnya dalam bidang perniagaan yang sedang atau akan dijalankan. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah terlambat dalam usaha untuk memulakan tranformasi dari segi inovasi dan kreativiti kerana paling penting adalah menanam budaya inovasi tersebut bermula dari hari ini.

Relung Inovasi di atas telah menunjukkan bahawa setiap pergolakan yang berlaku dalam sesebuah pentadbiran tidak mengira sama ada peringkat sukar ataupun senang ianya berputar dan akan melalui pelbagai teknik dan kemahiran. Ini bergantung kepada kemahiran individu itu

sendiri dan daya cipta yang tinggi. Masing-masing mempunyai kemahiran yang berbeza dan cara. Semuanya dalam pertimbangan akal yang logik dan boleh diterima umum.

Sumber Inovasi Keratan akhbar yang dipamerkan menunjukkan bahawa inovasi merupakan asas pembangunan kerana dengan penghasilan rekacipta yang kreatif akan mampu memberikan sumbangan besar bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Oleh itu, tenaga pengajar dan kakitangan bukan akademik memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat. Maka dengan sinergi inilah yang dikehendaki terus subur dalam budaya pembelajaran dan pengajaran. Di negara-negara barat sudah jauh bergerak ke hadapan. Oleh itu, kita juga seharusnya mempunyai usaha untuk bersaing dengan negara-negara maju, tidak kira ianya bermula dari peringkat kecil kepada yang lebih berkuasa atau sebaliknya. Kita seharusnya bermula dari sekarang demi merentasi kurikulum ke peringkat globalisasi.

Memang tidak mudah untuk kita memulakan sesuatu yang baru dalam kaca mata kehidupan tetapi tidak salah untuk kita memulakan sesuatu yang baru dan boleh menaiktarafkan kehidupan masyarakat. Sesuatu yang dimulakan dengan hasil usaha yang gigih dan daya inovasi yang tinggi akan menghasilkan sesuatu yang amat bernilai dan berharga. Kita haruslah mengusahakan sasuatu dengan penuh bermaruah dan bukan hanya seperti tin kosong.

Ini lagi salah satu bukti bahawa negara kita telah mampu menghasilkan produk yang dapat menjana tenaga kerja baru. Kita memang sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai budaya inovasi dan budaya kreatif yang tinggi. Oleh itu, pihak berkuasa bertanggungjawab untuk mengiklankan produk ini agar dapat diterima oleh masyarakat pada amnya dan seterusnya negara-negara luar. Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam Setiap organisasi harus sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Jika ia masih di takuk lama tanpa ada perubahan ke arah kecemerlangan, nescaya ia akan tewas dalam persaingan. Lambatlaun organisasi berkenaan akan menjadi "hidup segan mati tak mahu" dan mungkin terus terkubur.Justeru, inovasi berterusan diperlukan dalam mempelbagaikan dimensi bukan hanya mencakupi prosedur kerja tetapi juga dalam cara berfikir, bertindak dan sanggup berubah. Ia perlu supaya terus relevan dan selari dengan keperluan semasa. Secara perspektifnya pentadbir perlu melihat sesuatu fenomena itu sebagai sesuatu yang mengasyikkan yang ada rasional di sebalik kejadiannya dan teruja untuk berfikir secara berstruktur mencari jawapan kepada persoalan yang timbul di dalam kepala. Setelah mendapat jawapan pentadbir harus terus berfikir bagaimana mengubah, membaiki dan mencipta sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada. Rentetan daripada itu pentadbir tidak berhenti di situ sahaja tetapi terus berperanan membuat pengkajian bagi mendapatkan maklum balas dan melakukan tindakan penambahbaikan susulan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian, keberkesanan dan penjenamaan sehingga menjadi sesuatu yang berkualiti dan meningkat secara berterusan. Adakalanya dapat diperhatikan pentadbir melakukan sesuatu yang boleh ditakrifkan sebagai kreatif dan boleh dikategorikan sebagai suatu inovasi namun pentadbir berkenaan tidak sedar bahawa apa yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang kreatif dan berinovatif sehingga diberitahu. Seorang pemenang Anugerah Novel ada menyebut bahawa sebelum memulakan setiap penyelidikan beliau telah membayangkan hasilnya sebagai satu bentuk inovasi yang mencipta benda baru. Tidak ramai di antara kita berfikir sedemikian, sebab itulah hanya segelintir yang menang anugerah paling berprestij itu. Dalam senario tugas, pentadbir yang mengamati dan berfikir akhirnya boleh mencipta sesuatu yang baru dan berinovasi. Misalnya Pentadbir Bahagian Latihan telah berfikir sesuatu yang sangat mudah atau kecil sahaja saiznya namun memberi kesan yang berguna. Tanda nama yang

diciptanya telah menjadi pemenang inovasi dalam anugerah Bestari 2009. Kalau dahulu tanda nama peserta ditulis tangan, disematkan di baju boleh membuat baju kotor atau diletakkan di atas meja menggunakan plastik menuntut perbelanjaan yang lebih besar. Yang lebih penting lagi tanda nama baru ini dimuatkan dengan maklumat penting tentang kursus, tentang urusetia dan organisasi. Sesuatu yang ringan, mudah alih, cantik, kemas dan padat berinformasi. Bagaimana pula pentadbir di bahagian-bahagian lain? Tugas-tugas lain? Ada atau tidak ruang untuk berfikir, berkriatif dan berinovasi? Tentunya ada, tinggal lagi langkah perlu dimulakan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan. Jika diikuti perbincangan setakat ini pentadbir sepatutnya sudah dapat membayangkan langkah yang perlu diambil selaras dengan langkah yang disebutkan di atas. Bermula dengan melihat, memerhati, menilai tentang fenomena di sebalik kejadian, berfikir bagaimana menambah baik dan akhirnya berani mangambil tindakan yang perlu adalah asas kepada kreativiti dan penciptaan inovasi. Selepas membaca ruang ini, semua pentadbir harus menyimpan hasrat untuk memulakan tindakan bermula dengan berfikir secara kritikal terhadap persekeliling masing-masing. Tugas yang sekarang kelihatannya rutin boleh menjana kreativiti dan inovasi sekiranya diamati setiap langkah dan prosedurnya. Inovasi ini merupakan agenda utama negara yang disentuh dalam Bajet 2010 lalu.Salah satu inovasi yang ditekankan adalah menerusi tadbir urus dalam sektor awam dan sektor swasta.Sehubungan itu, inovasi adalah satu ciri penting dalam memastikan perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa berada pada tahap cemerlang dan memuaskan mereka. Bahkan usaha menjadikan elemen inovasi sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perlulah diterapkan kepada semua kakitangan di pelbagai peringkat bermula daripada pengurusan tertinggi hinggalah kepada kumpulan sokongan.Namun harus diingat bahawa melakukan inovasi tidaklah semudah yang disangka. Kerap kali pelaksanaan inovasi menemui kegagalan kerana budaya organisasi tidak secocok dengan keperluan untuk melakukan perubahan.Pelaksanaan inovasi menuntut warga kerja organisasi berfikiran lebih terbuka, tidak jumud dan sentiasa dinamik.Mereka perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi melakukan pembaharuan.Kegagalan untuk bergerak cepat bersama perubahan ini akan menutup peluang besar yang menyebabkan kakitangan awam akan ketinggalan jauh.

Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya kakitangan awam tidak berupaya menguruskan perubahan mendadak ini dengan bijak.Antara contoh terbaik penerapan inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan, adalah menerusi penggunaan secara meluas aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ICT kini secara langsung telah mengubah cara bekerja dalam organisasi. Sebagai contoh, ketua-ketua jabatan perlu memahami dan mengikuti perkembangan ICT dan bagaimana kecanggihan dan potensinya dapat digunakan secara paling produktif.Sesungguhnya penggunaan ICT yang betul dan strategik akan meningkatkan keupayaan untuk mencorak dasar, strategi dan programprogram pembaharuan dalam perkhidmatan awam. Langkah-langkah ke arah ini sebenarnya telah pun dimulakan tetapi masih banyak yang perlu dilaksanakan.Apa yang lebih penting ialah ke mana arah tuju organisasi? Apakah agenda masa depan dan bagaimana dapat mengisi masa depan dengan agenda tersebut?Hakikatnya, teknologi ini membolehkan sesuatu keputusan dibuat dengan pantas dan maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat.Oleh itu, dalam memenuhi tuntutan pengguna, inovasi dalam sistem penyampaian perlu diberi keutamaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan. Sebagai contoh, pelaksanaan kerajaan elektronik merupakan satu daripada tuntutan tersebut.Bagaimanapun, sejauh manakah kecemerlangan perkhidmatan awam menerusi teknologi ini dapat memenuhi tuntutan rakyat?Tidak dapat dinafikan bahawa revolusi ICT dalam perkhidmatan awam telah wujud sejak penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996. Kewujudan teknologi ini dikatakan dapat meningkatkan akses penyampaian perkhidmatan awam. Ia bukan sahaja dapat memperbaiki perkhidmatan antara kerajaan dan rakyat malah meningkatkan lagi ketelusan dan mengurangkan birokrasi. Satu ciri utama kerajaan elektronik di Malaysia ialah melalui portal perkhidmatan untuk orang ramai yang dikenali sebagai MyGovernment. Portal ini turut menyediakan pelbagai maklumat dan perkhidmatan hampir semua agensi kerajaan antaranya e-perkhidmatan, e-syariah, eperolehan dan sebagainya.Menerusi e-perkhidmatan, rakyat dapat membuat bayaran seperti lesen memandu, saman, elektrik, telefon dan bil-bil Internet. Begitu juga menerusi portal e-syariah yang diperkenalkan pada 2005. Ia bukan hanya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan pengurusan dalaman malah ia mudah untuk bertindak seperti memfailkan pelbagai kes guaman sivil, faraid dan jenayah.Apa yang lebih

menarik, portal ini boleh merentasi negara.Ia membenarkan para peguam, pendakwa, plaintif dan defendan memfailkan afidavit dalam talian, mendapat tarikh perbicaraan dan lanjutan status kes-kes mereka. Portal itu juga bertindak sebagai kaunter sehenti pada badan kehakiman. Ia turut membolehkan orang ramai merujuk semua enakmen pentadbiran mahkamah.Semua ini memudahkan rakyat membuat segala urusan dengan cepat dan pantas.Sehubungan itu, inovasi dalam sektor awam terutama dalam meningkatkan penggunaan ICT di kalangan kakitangan dan pegawainya adalah penting sebagai proses inovasi atau pembaharuan dan juga bertindak sebagai pemangkin kecemerlangan masa depan negara dan sektor awam khasnya. Tanpa adanya inovasi terutama dalam penguasaan dan kemahiran ICT ini, kualiti perkhidmatan awam negara akan terus di takuk lama dan hasrat untuk menjadi antara 10 negara paling cekap di dunia menjelang 2020 tentu sukar tercapai. Inovasi : Pengembangan inovasi dalam organisasi

Perubahan, Pengembangan dan Inovasi Organisasi Perubahan Organisasi merupakan modifikasi substantif pada beberapa bagian organisasi. Perubahan itu dapat melibatkan hampir semua aspek dari organisasi, seperti jadwal pekerjaan, dasar untuk departementalisasi, rentang manajemen, mesin-mesin, rancangan organisasi, dan sebagainya.

Dorongan untuk Berubah Alasan mendasar organisasi memerlukan perubahan adalah karena sesuatu yang relevan bagi organisasi telah berubah, atau akan berubah. Oleh sebab itu, organisasi tidak punya pilihan lain kecuali berubah juga. Perubahan ini terjadi karena adanya dorongan untuk berubah, yang berasal dari: 1. Dorongan Eksternal Dorongan eksternal yang mendorong organisasi untuk mengadakan perubahan berasal dari lingkungan umum organisasi. Adanya aturan baru dalam produksi dan persaingan, politik, hukum baru, keputusan pengadilan, dan sebagainya akan mempengaruhi organisasi. Disamping itu, berbagai dimensi seperti teknologi, ekonomi dan sosiokultural juga mempengaruhi organisasi untuk melakukan perubahan. 2. Dorongan Internal Pada dasarnya dorongan internal berasal dari dalam organisasi itu sendiri. Adanya revisi strategi organisasi oleh manajemen puncak, akan menghasilkan perubahan organisasi. Dorongan internal lainnya mungkin direfleksikan oleh dorongan eksternal. Misalnya, sikap pekerja terhadap pekerjaannya akan bergeser, seiring bergesernya nilai sosiokultural. Akibatnya mereka menuntut suatu perubahan dalam jam kerja, atau perubahan kondisi kerja. Dua Jenis Perubahan Secara umum ada dua jenis perubahan dalam organisasi. 1. Perubahan Terencana Perubahan terencana adalah perubahan yang dirancang dan diimplementasikan secara berurutan dan tepat waktu sebagai antisipasi dari peristiwa di masa mendatang. 2. Perubahan Reaktif Perubahan reaktif adalah suatu respon bertahap terhadap peristiwa ketika muncul. Langkah-langkah komprehensif dalam proses perubahan

Ada tujuh langkah komprehensif yang ditempuh dalam proses perubahan organisasi. Langkahlangkah tersebut iaitu: 1. Mengenali keperluan akan perubahan 2. Menetapkan tujuan perubahan 3. Mendiagnosis apa yang menyebabkan perlunya dilakukan perubahan 4. Memilih teknik perubahan yang sesuai untuk mencapai tujuan 5. Merancang implementasi untuk perubahan 6. Melaksanakan perancangan perubahan 7. Menilai perubahan dan tindak lanjut Penolakan terhadap Perubahan Sebuah manajemen perubahan yang efektif harus mampu memahami penolakan yang sering kali mengikuti perubahan. Ada beberapa hal yang menjadi alasan terjadinya penolakan terhadap perubahan organisasi, iaitu: 1. 2. 3. 4. Ketidakpastian Kepentingan peribadi yang terancam Perbezaan persepsi Rasa kehilangan

Mengatasi Penolakan terhadap Perubahan Untuk mengatasi penolakan terhadap perubahan yang terjadi dalam organisasi, sebaiknya ada beberapa teknik yang boleh diterapkan, iaitu: 1.Penyertaan 2. Pendidikan dan Komunikasi 3. Bayaran 4. Analisis bidang Kekuatan Bidang-bidang Perubahan Organisasi Perubahan yang terjadi dalam organisasi, setidaknya meliputi tiga bidang umum, iaitu:

1.

Struktur dan rancangan organisasi. Yang termasuk ke dalam bidang ini adalah rancangan pekerjaan, departementalisasi, hubungan pelaporan, distribusi otoritas, mekanisme koordinasi, struktur lini-staf, rancangan keseluruhan, budaya, pengurusan sumber daya manusia

2.

Teknologi dan Operasi, meliputi teknologi informasi, peralatan, proses pekerjaan, urutan pekerjaan, sistem pengendalian

3.

Orang. Dalam hal ini yang dipengaruhi adalah kemampuan dan keterampilan, kinerja, persepsi, ekspektasi, sikap dan nilai.

Pengembangan Organisasi Pengembangan organisasi adalah Suatu usaha terencana yang berskala organisasi, dikelola dari puncak, dan dimaksudkan untuk meningkatkan keberkesanan dan kesihatan organisasi melalui intervensi yang terancang dalam proses organisasi yang menggunakan pengetahuan perilaku. Teknik Pengembangan Organisasi Ada beberapa teknik atau jenis intervensi atau aktivitas secara umum yang dianggap sebagai bagian dari pengembangan organisasi, iaitu: Aktiviti Diagnostik Membangun Pasukan Timbal Balik Survey Pendidikan Aktiviti Antara Kelompok Penyelesaian Melalui Pihak Ketiga Aktiviti Teknostruktural Konsultasi Proses Kerjaya Perancangan Hidup Bimbingan dan kaunseling Perancangan Bab Objektif

Inovasi Organisasi

Inovasi adalah usaha yang terurus dari suatu organisasi untuk membangunkan produk atau perkhidmatan baru, atau kegunaan baru dari produk dan perkhidmatan yang ada. Proses Inovasi Proses inovasi organisasi terdiri dari: Pengembangan inovasi Aplikasi Inovasi Peluncuran Aplikasi Pertumbuhan Aplikasi Kematangan Inovasi Penurunan Inovasi

Bentuk Inovasi Setiap idea kreatif yang dibangunkan oleh suatu organisasi mempunyai suatu cabaran yang berbeza bagi proses inovasi. Inovasi boleh bersifat: 1. Inovasi Radikal vs Inovasi berperingkat 2. Inovasi Teknikal vs Inovasi Pengurusan 3. Inovasi Produk vs Inovasi Proses Kegagalan Berinovasi Ada beberapa hal yang menjadi alasan suatu organisasi mungkin gagal dalam berinovasi, iaitu: 1. 2. 3. Kurangnya sumber daya Kegagalan untuk mengenali kesempatan Penolakan akan perubahan

Mendorong Inovasi dalam Organisasi

Tiga cara spesifik untuk mendorong inovasi dalam organisasi iaitu: 1. 2. 3. Sistem penghargaan Budaya Organisasi Intrapreneurship dalam organisasi yang lebih besar.

Inovasi: Membudayakan Inovasi dalam Sektor Perkhidmatan Awam

Antara intipati inovasi dalam sektor perkhidmatan:

Inovasi didefinisikan sebagai idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam di Malaysia. Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau dibakulsampahkan hanya semata-mata ianya tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global, maka budaya pemikiran di luar kotak kebiasaan perlu menjadi norma

harian dan rutin bukannya kepelikkan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.

Usaha pemupukan budaya inovasi di kalangan kakitangan awam sedang dipergiatkan oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dalam usaha meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, Hari Kualiti telah digantikan kepada Hari Inovasi yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Rasional pelaksanaan hari inovasi dan pemupukan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam: a) Perlu memenuhi kehendak rakyat dengan lebih berkesan b) Perlu meningkatkan kecekapan dan mengawal kos
c) Perlu memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baru apabila yang

lama kurang berkesan d) Perlu memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum

Peranan Ketua Jabatan atau Agensi:


a)

Mengadakan struktur pengurusan inovasi bagi menerajui program pembudayaan inovasi Jawatankuasa Pemandu Inovasi atau menggunakan mekanisme sedia ada

b) c)

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Jabatan/ Agensi AJK terdiri daripada pegawai-pegawai kanan

Peranan Jawatankuasa Inovasi: i.Menentukan dasar dan strategi penjanaan idea, penyelidikan dan pembangunan ii.Menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi di jabatan atau agensi iii.Menyelaraskan dan memantau usaha pembudayaan inovasi iv.Memberi pengiktirafan kepada warga jabatan/agensi v.Mempromosi dan berkongsi inovasi

Tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan/Agensi: i. Menyediakan Pelan Tindakan Inovasi Organisasi ii. Melaksanakan usaha meningkatkan kesedaran tentang perlunya budaya inovasi iii. Mengumpul cadangan bagi menghasilkan inovasi iv. Menambahbaik saluran sedia ada untuk mendapatkan cadangan pelanggan, menganalisis maklumbalas, dan menjadikan input untuk inovasi v. Kumpulan Inovatif dan Kreatif vi. Menekankan Organisasi Pembelajaran vii. Pengurusan ilmu yang berkesan viii. Memberi pengiktirafan sebagai insentif kepada inovasi viiii. Mempromosi hasil inovasi

Antara Aktiviti yang boleh mengisi Hari Inovasi: i. Ucaptama ii. Pembentangan projek inovasi iii. Seminar inovasi iv. Ceramah atau taklimat pakar inovasi v. Pameran atau showcase vi. Penyampaian insentif dan anugerah

Setiap inovasi yang memberi impak dan bernilai tinggi hendaklah dilaporkan setiap enam bulan kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM

Kriteria penilaian untuk mengiktiraf sesuatu perubahan sebagai inovasi: a. Pengurangan Kos Operasi b. Penjimatan Masa c. Peningkatan Hasil Kerja d. Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

Bibliografi PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lendall, Kotschevar H. Introduction to Communication Research. 2nd ed. New York, Oxford, Oxford university Press. Malaysia.(2006), Garis Panduan Latihan Industri Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysi. (Edisi Pertama) Chek Mat (2000). Distributors Sdn. Bhd. Datuk Abdul Rahman Rahman bin Bakar. (2005). Laporan Parlimen Pengurusan Kerjaya, (Terbitan Pertama) Utusan Publication & Bahagian Pengurusan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi

Kesebelas,http://Malaysia- today.net/parlimen/2005/06.htm. Dr. Haji Razak bin Dali, P.K.T(2004) Penulisan Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja dan Laporan, http://metos2004.tripod.com/penulisantesis.htm.

Anda mungkin juga menyukai