Anda di halaman 1dari 4

SAYANGILAH ISTERIMU. Assalamualaikum. Kehadapan ustaz yang saya hormatisaya tidak tahu..

di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakan kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosasaya selama iniustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkanharap ustaz tidak bosan mendengarnya.Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yang amat baik dan setia.namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya.kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.seorang yang tidak pandai bergaya tetapi kuat pegangan agamanya. bertudung labuhbersopan santun.. baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segalagalanya.diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain.cumanya saya akui teman wanita saya ini agak social sedikit dan tidak menutup aurat..Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itujiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kamisaya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinyadengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.namun rupanya ustazisteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci sayatetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: Abang dah makan?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?

Ustazpernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada sayaAbang dah solat?....abang tak pernah solat ke?....Paannggg..!!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinyaperasaan gerammarah dan rasa terhinabercampur ego yang menggilabengkak pipinyadia menangis terisak-isaksaya ingatkan dia akan membenci saya.tetapi rupa-rupanya..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu haridia ingin bermanja dengan saya..membawa sepinggan nasi goreng yang digorenguntuk saya pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan

kekasih saya di dalam handphoneketika dia ingin menyuapkan nasi ke mulut saya.saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya..dengan linangan air mata.dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai Ustaz saya bertambah lupa daratan.saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allahdan saya kira itu adalah balasansaya terlibat dengan kemalangan.tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya.ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali..berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi sedikitpun mahupun geli .dialah yang memandikan sayamenggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya.bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malamberdenyut-denyut sakitnyadialah yang bangun ..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakitsehingga saya rasa lega dan tertidur.tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi .risau saya mengerang kesakitan lagi. Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makandia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari temanteman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawatkekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangundia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu.dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukanUstaz..saya kasar..kejam dan zalim kepada isteri yang menyayangi saya.besarnya dosa saya.amat menyesal rasanya.

Ustaz.ketika saya boleh berjalansedikit demi sedikit.dan saya beransur pulihisteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.tiada selera makanterbaring.tak bermayakata doktor yang merawatnyaisteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati.hati saya menjadi sebak.kerana saya tahu sayalah puncanya. Ustaz kesihatan isteri saya semakin teruk.mukanya makin pucattetapi dia tetap senyumsaya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan..dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya.Abang saya dah lama maafkan abangsaya sayangkan abang..berderai

airmata saya hancur hati saya.pilu bercampur sebak yang amat sangat.diikuti dengan perasaan menyesal. Ustaz selepas itu isteri saya dimasukkan ke dalam wad kecemasan.saya menjaganya setiap harisaya belai rambutnya saya kucup dahinya.sambil airmata ini tidak berhenhenti mengalir.Jangan menangis bang..bukan salah abang..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang.Berdentum.seolah-olah hati saya disambar halilintar.saya menangis lagisehingga keluarga yang datang melawat tarpaksa menenangkan saya.malah ada yang memuji saya.kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri.ternyata pujian itu bagaikan sumpahan untuk saya.

Ustaz.isteri saya ada berkatadia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk sayakerana masanya untuk menghadap illahi semakin hampirsaya meraung.merayu kepadanya agar tidak meninggalkan sayatapi katanya.setiap yang hidup pasti akan matidan dia meminta saya menjaga diri baik-baik.kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.saya menangissehingga saya menjadi lemahapabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu.

Ustaztepat jam 3.00 petang.setelah dua minggu berada di hospital.isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanyadengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjahkan hati ini.saya meraung semahu-mahunya.menyesal di atas kekasaran yang pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteramapakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri.akan diampunkan Allah.tolonglah ustaz saya amat menderita.jiwa saya terseksa.mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri sayaabangjagalah diri baikbaikjangan lupa tunaikan solatberbuat baik.takutlah kepada Allahdan jika bertemu dengan insan bernama isteri.jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhirdia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati.kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari sayaDi dalam nota dia menulis Abangdengarlah lagu ini dan ingatlah saya selaluDahulusayasenantiasa menanti abang pulang ke rumahSaya teringin sangat nak makan bersama abang.mendengar cerita abangmenyambut abang pulang dari kerja.bergurau dan bermanja dengan abang.memeluk abang ketika tidur.tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya.jaga dirisayang abang.selamanya

Ustazsaya harap ustaz tak marahkan saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustazkerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlau sedih.ceritakanlah pada ustaz insyaAllah dia tahu apa nak buat untuk tenangkan abang.Ustazsaya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yang bergelar suamisayangilah isteri anda.selama mana anda berpeluang untuk berbuat begitu.janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan.pasti menyesal tak sudah. Terima kasih ustaz.doakan saya.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. Surah AlBaqarah : Ayat 214

Anda mungkin juga menyukai