Anda di halaman 1dari 5

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

BAB 4 KONFLIK MORAL DAN PENYELESAIAN


Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja

MAKSUD KONFLIK atau PERTIKAIAN Ialah sesuatu permasalahan yang timbul akibat daripada pertembungan dua perkara atau lebih. Ini berbeza dengan masalah kerana konflik akan melibatkan jalan penyelesaian yang harus memilih di antara satu yang terbaik. Konflik boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti konflik yang melibatkan soal kehendak atau matlamat, perasaan, pendapat, nilai dan sebagainya. Konflik merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan kadang-kadang boleh membina seorang insan yang kreatif dan konstruktif dalam pemikiran. Konflik ialah ketegangan yang timbul apabila terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang berbeza dan tidak sepadan untuk menangani sesuatu isu. Ada juga yang berpendapat bahawa konflik hanya membawa keburukan dalam kehidupan. Ketidak-upayaan dalam menyelesaikan konflik boleh menyebabkan perkara yang buruk seperti membunuh diri, pembunuhan, pembakaran, fitnah dan sebaginya.

KONFLIK MORAL Merupakan pertembungan di antara dua nilai yang bertentangan dalam satu keadaan. Konflik ini secara tidak langsung akan meletakkan seseorang itu dalam dilema untuk memilih jalan penyelesaian yang terbaik. Konflik moral boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Kebiasaannya, konflik ini memerlukan pemikiran yang mendalam dan terperinci dalam usaha untuk menyelesaikannya. Sesetengah individu tidak mengambil perhatian terhadap konflik ini dan menganggapnya sebagai tidak berkepentingan. Ada yang terlalu emosional, tidak rasional, tenang, relaks dan sebaginya. Yang penting, apabila berhadapan dengan konflik moral ini, kita harus melihat dari semua sudut dan mengambil kira segala kepentingan sebelum membuat keputusan. Konflik moral yang kecil boleh menjadi besar jika tidak diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan.

Contoh konflik moral 1) Memandu secara laju untuk menghantar seseorang ke hospital kerana memerlukan rawatan kecemasan. 2) Seseorang yang jujur dan setia tetapi ternampak rakan karib melakukan rasuah. 3) Kawan baik anda meniru dan membawa nota dalam dewan peperiksaan.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

4) Kakak anda menyintai dan ingin berkahwin dengan penjenayah. 5) Chong & Chin adalah rakan kongsi. Suatu hari, Chong mendapati Chin telah melakukan penipuan dalam pengiklanan barangan untuk melariskan jualan. Chong ada 2 pilihan iaitu sama ada membiarkan Chin meneruskan perbuatannya demi keuntungan atau memutuskan hubungan rakan kongsinya dengan Chin jika Chong seorang yang jujur. Chong mesti mengorbankan keuntungan atau kejujuran, iaitu tidak boleh mengaut kedua-duanya sekali.

4) Melihat dari persepsi baik atau buruk dengan menolak sebarang sentimen yang boleh menyebabkan berat sebelah atau prejudis dalam penilaian baik atau buruk. 5) Mencari jawapan dan penyelesaian dengan menggunakan kaedah hukum adat, semulajadi atau kebiasaan dan fakta sejarah. 6) Mencari punca sebenar permasalahan dan menyelesaikan terlebih dahulu punca permasalahan yang boleh menambahkan masalah lain.

Penyelesaian secara umum Dalam menyelesaikan konflik dan masalah, kita mempunyai pelbagai cara penyelesaian. Berikut adalah tips berfikir secara kreatif dan bijak yang dapat membantu mencari idea yang terbaik dan seterusnya dapat menyelesaikan segala masalah atau konflik. 1) Mendapat dan mengumpulkan nasihat, pendapat atau pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman mengenai masalah tersebut. Selepas itu, buat pilihan dan kesimpulan yang terbaik. 2) Mengumpulkan semua maklumat dan pendapat dari orang-orang tertentu yang mempunyai kaitan dengan masalah tersebut. Selepas itu, buat analisis mengenai semua data dan kesimpulan serta pilihan. 3) Memecahkan paradigma lama dalam pemikiran yang menyebabkan kita gagal untuk berfikir lebih jauh.

PENYELESAIAN KONFLIK MORAL 1) Strategi Pembinaan Hirarki 2) Strategi Pencairan Masalah 3) Strategi Kompromi 4) Strategi Analisis Nilai

1) STRATEGI PEMBINAAN HIRARKI Mengutamakan nilai yang lebih berkepentingan. Memilih dan menyusun atur nilai yang wujud akibat konflik moral. Selepas mengenalpasti nilai-nilai yang terlibat, nilai-nilai ini akan disusun mengikut kepentingannya. Kebijaksanaan dalam menyusun kepentingan nilai membolehkan kita menyelesaikan konflik dengan baik. Penilaian terhadap nilai yang terbaik harus dibuat secara menyeluruh dan berhati. Contoh : Ternampak kawan baik terlibat dalam pengedaran ganja. Patutkah dilaporkan? Tindakan yang betul : 2
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

patut bersikap jujur dan melaporkannya kepada polis walaupun dia kawan yang setia. Menjual maruah untuk membiayai pelajaran. Patutkah dilakukan?

Kelemahan Strategi Pembinaan Hirarki Nilai-nilai yang berkonflik tidak selalunya dapat disusun mengikut hirarki. Kadang-kadang sukar hendak dinyatakan atau ditunjukkan bahawa sesuatu nilai itu lebih asas atau lebih menyeluruh berbanding dengan nilai lain.

Langkah-langkah Strategi Pembinaan Hirarki : 1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik 2) Susun atur nilai-nilai yang berkonflik mengikut kepentingan iaitu daripada yang lebih penting sehingga yang kurang penting 3) Berikan sebab kepada susunan kepentingan tersebut

Dalam menggunakan strategi ini, seseorang mestilah jelas dan sedar akan matlamat yang hendak dicapai Disebabkan mempunyai pelbagai matlamat atau alternatif, segala nilai konflik dapat diselesaikan bersesuaian dengan matlamat baru yang dibuat. Contoh : David berjanji untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan adiknya pada 31 Ogos. Tiba-tiba anak David diculik dan dipaksa membayar wang tebusan pada 29 Ogos. David tiada pilihan lain kecuali membayar wang tebusan tersebut. Jika dia membayar wang tersebut, dia tidak ada wang simpanan lagi untuk membiayai perkahwinan adiknya. Apakah keputusan David? John dan isterinya dalam perjalanan ke KLIA kerana ditugaskan menyambut kedatangan seorang menteri dari luar negara. Ketika dalam perjalanan, John menerima panggilan menyatakan ibunya sedang tenat di hospital dan perlu pulang dengan segera. Apa keputusan John?

2) STRATEGI PENCAIRAN MASALAH Bersikap fleksibel terhadap masalah atau konflik dengan mencari alternatif lain yang lebih sesuai. Cuba menukarkan nilai yang bertembung dengan mewujudkan alternatif nilai yang lain. Jadi, nilai di dalam konflik ini bersifat boleh diubah dan tidak tetap.

Kelemahan Strategi Pencairan Masalah Sesetengah konflik tidak dapat dihindar terutamanya jika berhadapan dengan keadaan yang tidak dikawal kerana di luar jangkaan. Strategi ini tidak membina perwatakan. Sebaliknya menggalakkan manusia untuk lari, mengelakkan diri atau menjauhkan diri daripada berhadapan dengan konflik secara langsung.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Langkah-langkah Strategi Pencairan Masalah : 1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik. 2) Berikan alternatif kepada nilainilai yang berkonflik. 3) Berikan sebab kenapa alternatif tersebut dibuat.

daripada kompromi adalah kurang atau lebih rendah.

3) STRATEGI KOMPROMI Berkompromi iaitu mengamalkan sikap give and take. Memperuntukkan sesuatu tetapi bukan segala-galanya kepada setiap orang atau memperuntukkan sedikit daripada setiap nilai. Bertolak-ansur atas konflik yang timbul dan keputusannya sudah tentu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Untuk menyelesaikan konflik moral ini, strategi kompromi hanya akan digunakan setelah strategi hirarki dan pencairan masalah tidak dapat digunakan. Contoh: Ketika Tahun Baru Cina, isteri anda mahu pulang ke kampungnya di Melaka dan anda mahu pulang ke kampung anda di Johor. Apa keputusan anda? Strategi kompromi digunakan kerana ada andaian menyatakan bahawa tidak dapat membina hirarki yang rasional tentang nilai mana yang lebih penting. Juga, konflik di antara nilai-nilai yang terbabit tidak dapat dicairkan. Jika pencairan masalah boleh digunakan, kita tidak memerlukan strategi kompromi kerana hasil atau keuntungan

Kelemahan Strategi Kompromi Andaian nilai-nilai yang berkonflik boleh dicapai pada tahap tertentu dan tidak sepenuhnya. Contoh : Bolehkah menghormati seseorang pada tahap tertentu dan tidak mengamalkan keadilan sepenuhnya? Kelemahan dari segi praktis, iaitu kompromi akan berpihak kepada yang ada autoriti dan lebih berkuasa kerana mampu menegaskan kemahuannya berbanding yang lemah.

Langkah-langkah Strategi Kompromi : 1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik. 2) Nyatakan pihak yang akan berkompromi atau berkorban. 3) Berikan sebab kenapa kompromi tersebut dibuat.

Susun atur strategi 1) Cuba cairkan masalah atau konflik; mungkin semua nilai boleh dicapai atau ada pilihan alternatif lain (Pencairan Masalah) 2) Jika ada konflik yang serius, cuba bina hirarki untuk memaksimumkan nilai yang paling penting (Pembinaan Hirarki) 3) Jika hirarki nilai sukar dibina, buat persetujuan berdasarkan tolak ansur antara tuntutan atau nilai yang bertentangan (Kompromi)

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 4 : STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

4) STRATEGI ANALISIS NILAI Menganalisa segala nilai yang wujud di dalam konflik moral dan membuat keputusan yang terbaik.

Langkah-langkah Strategi Analisis Nilai : 1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik 2) Kenalpasti fakta-fakta yang sedia ada dalam konflik atau dilema ini. 3) Berdasarkan nilai-nilai yang berkonflik dan fakta yang sedia ada, senaraikan alternatif yang boleh dibuat untuk menyelesaikan konflik itu. 4) Dalam menentukan alternatif yang patut diambil, fikirkan kesan serta keputusan yang akan timbul hasil daripada alternatif yang telah diambil. 5) Setelah menganalisis kesan-kesan terhadap setiap alternatif, pilih satu daripada alternatif tersebut. i.e; dalam strategi analisis nilai, segala konflik, maklumat, nilai dan semua perkara yang timbul dalam konflik ini dinilai dan dianalisa dengan sehalusnya. Analisa yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik Contoh: Tunang kamu mencadangkan agar dipercepatkan tarikh perkahwinan. Kamu memerlukan duit untuk menyara persekolahan adik kamu. Majikan kamu pula hendak menghantar anda ke luar negara selama 2 tahun. Ibu kamu pula sedang sakit dan perlu sentiasa dijaga.

fakta yang relevan dalam membuat pertimbangan nilai. 2) Dalam membuat analisis nilai, individu akan meneliti banyak fakta dan kesan-kesan terhadap setiap alternatif yang dikenalpasti. Ini akan meningkatkan kefahaman dan hormat kepada semua yang terlibat.

Kelemahan Ia terlalu mementingkan fakta dan logik sahaja. Kurang mementingkan dimensi emosi moral dan perlakuan moral yang berpatutan dan termampu dilakukan. Kebiasaannya, kita perlu mengambilkira diri sendiri dan orang lain serta tahu kelemahan kita melakukan sesuatu yang patut dilakukan.

Rujukan : Kelebihan Strategi Analisis Nilai 1) Individu akan menggunakan pemikiran logikal dalam penyelesaian konflik berdasarkan
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral, Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)