Anda di halaman 1dari 1

GRID REFLEKSI BERFOKUS

PEMILIHAN TINDAKAN/FOKUS Penggunaan BBM REVIEW/ANALISIS Saya telah mencuba menggunakan BBM sama ada berbentuk kad, slaid power point dan puzzle untuk memantapkan pengajaran dan menjadikan pengajaran saya menyeronokkan. Harapan saya supaya pengajaran saya secara teori dapat disokong dengan kad tersebut dan power point tersebut. Kelas berjalan lancar pada permulaan tetapi apabila tiba untuk menampalkan kad, muridmurid berebut-rebut untuk ke depan. Kelas menjadi bising. Akhirnya saya menyebut nama murid yang duduk diam untuk meletakkan kad di depan. BISIKAN HATI Saya sangat kecewa kerana saya sangka BBM membantu pengajaran saya agar lebih menyeronokkan tetapi apa yang berlaku saya hanya Nampak kekecewaan murid kerana tidak berpeluang menampal kad bergambar di hadapan. TINDAKAN SUSULAN Saya akan berbincang dengan rakan sejawatan. Dari kesedaran saya, saya akan rangkakan terlebih dahulu arahan yang patut diberi sebelum memulakan aktiviti. Saya juga akan membuat sistem giliran dengan memanggil murid ke depan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan.

Kesedaran Baru Mungkin saya tidak memberi perhatian terhadap kawalan kelas. Mungkin arahan saya tidak jelas dan menyebabkan murid berebut-rebut untuk ke depan.

GRID REFLEKSI BERFOKUS ini mesti dibuat setiap minggu. Jika tempoh praktikum anda 12 minggu, ini bermakna anda mesti mempunyai 12 helai GRID REFLEKSI BERFOKUS. Ambil mana-mana satu isu menarik daripada REFLEKSI RPH anda untuk dikupas seperti contoh di atas.
#

Anda mungkin juga menyukai