Anda di halaman 1dari 17

EDU 3109 : PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

OLEH : AHMAD FAHMI BIN ABD RAHMAN ALI KHAIRI BIN MAZLAN

DEFINISI PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Pendemokrasian dapat didefinisikan sebagai

prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu masyarakat.
Pendidikan pula dikaitkan dengan satu usaha

atau proses mendidik dan dididik yang dikatakan berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran

Jadi pendemokrasian pendidikan dapat disimpulkan

sebagai persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses P&P yang disediakan oleh sistem pendidikan di sesebuah negara tanpa wujudnya sebarang pendiskriminasian di semua peringkat individu atau masyarakat.
Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan dapat

disimpulkan sebagai keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

KEPENTINGAN ISU PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Melibatkan pengurus/ pentadbir pendidikan,

masyarakat, guru dan pelajar.


1) Pengurus/Pentadbir pendidikan : Isu ini dijadikan asas dan sandaran dalam membuat perancangan di mana matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.

2) Masyarakat :
memberi kesedaran tentang kepentingan dan

keperluan pendidikan supaya dapat meningkatkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat terhadap pendidikan. Masyarakat juga dapat berkongsi idea dalam menangani masalah pendidikan dan menjadi penyumbang kepada maklum balas terhadap keberkesanan sistem pendidikan.

3) Guru :
Golongan penting dalam menentukan kejayaan

perlaksanaan sesuatu perancangan. Perlu memastikan setiap murid mendapat persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu.

4) Pelajar :
Memberi kesedaran dalam jiwa pelajar tentang peluang

yang disediakan oleh sistem pendidikan negara. Pelajar harus sedar bahawa pendidikan adalah untuk masa depan mereka.

PENDEKATAN & PELAKSANAAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Isu pendemokrasian pendidikan di Malaysia

khususnya dari segi peluang dan mutu atau kualiti pendidikan dapat dilihat dari beberapa aspek pendekatan, perlaksanaan dan amalan seperti berikut:
1) Sistem Pendidikan :

Terdiri daripada beberapa peringkat pendidikan

iaitu peringkat rendah (6tahun), menengah rendah (3tahun), menengah atas (2tahun), tingkatan enam (2tahun) dan pendidikan tinggi.

Wujudnya pendidikan swasta dan Sekolah Agama

Rakyat iaitu warisan dari Sistem Pondok sebagai pilihan untuk mendapatkan pendidikan. Golongan murid istimewa juga tidak diabaikan oleh sistem pendidikan negara. Langkah meningkatkan bilangan pelajar di universiti juga memantapkan pendemokrasian sistem. Di mana lebih ramai yang berpeluang untuk mendapatkan peluang pendidikan.

2) Pendidikan Untuk Semua : Sistem pendidikan negara tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan mana-mana golongan masyarakat khususnya untuk mendapat pendidikan. Mewujudkan SPBT, RMT dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak selain daripada pendidikan percuma. Namun begitu, masih ada sebilangan murid yang tidak dapat meneruskan persekolahan akibat desakan hidup keluarga. Jadi pelaksana sistem pendidikan terutamanya di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah lebih peka dan memahami tentang agenda pendemokrasian pendidikan.

3) Pendidikan Sarwajagat/ Sejagat : Had umur bagi setiap individu untuk mendapatkan pendidikan formal semakin diperluaskan. Sebagai contoh kini pelajar boleh meneruskan pengajian ke tingkatan 4 walaupun keputusan PMR yang diperolehi minimum. Perakuan ini dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979. Selain itu juga, terjadinya isu yang agak besar yang menjadi cabaran dan harus ditangani sistem pendidikan iaitu pertama, kesanggupan pelajar yang memperolehi kelulusan yang minimum itu sendiri untuk meneruskan pelajaran

4) Kemudahan dan Infrastruktur : Kemudahan-kemudahan untuk proses P&P, asrama, Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, dan sebagainya. Untuk perkembangan pendidikan di luar bandar asrama desa dibina di setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Dari segi kemudahan dan infrastruktur pendidikan luar bandar, Malaysia boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang.

5) Pendidikan Bertaraf Dunia : Malaysia kini telah diakui dan boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Untuk pendemokrasian, kita tidak seharusnya melihat dari segi skop perbandingan antara bandar dan luar bandar atau dalam negara semata-mata. Skop perbandingan perlulah lebih luas dan lebih global sebagai memenuhi cabaran semasa dan matlamat serta tuntutan sistem pendidikan sebagai wadah pembangunan negara bangsa yang maju.

6) Pendidikan Berkualiti : Pendidikan berkualiti di semua merupakan ciri utama yang akan menentukan taraf sesuatu sistem pendidikan. Untuk mencapainya, Kementerian Pendidikan perlu menambahbaikkan sistem pendidikan, kurikulum, profesion pendidikan, kemudahan fizikal dan kelengkapan serta keefisienan pengurusan. Kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan perlu menerima pendidikan yang berkualiti tanpa mengira tahap sosio-ekonomi, keadaan fizikal dan tempat tinggal sekurang-kurangnya untuk tempoh 11 tahun.

7) Pendidikan Berterusan : Pendemokrasian pendidikan perlu memastikan yang sistem pendidikan memperluaskan peluang pendidikan berterusan. Di mana tanpa mengambil kira akan batas usia individu, mereka masih disediakan peluang untuk menyambung pendidikan. Sebagai contoh kini kita dapat lihat pendidikan jarak jauh diperluaskan dan menjadi agak biasa. Diharapakan juga, dengan ciri istimewa peluang yang disediakan dapat dijadikan wadah kepada mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran demi mempertingkatkan taraf pendidikan mereka.

8) Sekolah Asrama Penuh : Satu usaha bagi pendemokrasian pendidikan di mana menyediakan peluang pendidikan yang lebih berkualiti khususnya pelajar yang berpotensi dan cemerlang.

SEKIAN TERIMA KASIH