Anda di halaman 1dari 7

Sketsa Merdeka: Ubi dan Beras

Pada suatu petang ada seorang lelaki tua dan cucunya berada di serambi rumah. Cucunya menegurnya. Pelakon atuk dan cucu hanya miming sahaja. Ada suara latar Ali: Atuk: Ali: Atuk: Ali: Atuk: Ali: Atuk: Ali: Atuk: Atuk, atuk baca apa tu? Atuk tengah baca buku lah cu. Buku apa tok? Buku tentang sejarah penjajahan Jepun Penjajahan tu apa tok? Penjajahan tu ialah negara kita di tadbir atau di kuasai oleh negara lain. Oh macam tu . Kita kena jajah lagi ke tok? Tak, kita kan dah lama merdeka.. Atuk cerita lah sikit kisah Jepun tu. Ali nak dengar.. Masa Jepun menjajah Malaysia masa tu namanya tanah Melayu hidup masa tu susah

Anak anak gadis selalu di ganggu oleh tentera Jepun. Adegan pada masa ini , 2 orang askar Jepun sedang mengejar dua orang anak gadisberlaku kejar mengejarmereka meminta tolong Atuk: makan nasi. Ali Atuk: : Napa tok? Masa ni nak dapat beras susah. Beras banyak kena rampas dengan Jepun Masa tu jugak orang melayu makan ubi sahaja..jarang dapat

Adegan masa ni Jepun merampas beras dari orang Kampung Jepun: Bagi sama saya! Perempuan Melayu: Tolong tuan, ini untuk anak kami tuan..mereka dah lama tak makan Jepun: Mau potong kepara ka?

Selepas adegan ni , adegan mereka memasak ubi dengan beras. Atuk: Mereka juga masak nasi campur ubi..Kadang kadang tak ada beras langsung. Makan ubi jer..Sedih sangat masa ni. Ali: Kalau macam tu mesti masa ni semua orang kurus kan tok? Sebab tak makan nasi?

Atuk: Hahaentahlah cu, ada yang gemuk gak. Tak la semua kurus. Ali : Sedihnya tok, kalau la Ali, dah tentu Ali tak selera nak makan.

Atuk: Ha! kamu patut bersyukur tau sekarang kita dah merdeka. .Dah tak ada dah kena makan ubi masa makan tengahari. Ali: Yelah tok, kalau kita tak merdeka, tentu kita kena makan ubi sampai sekarang kan tok?

Atuk: Hmm, mungkin

Sketsa Kemerdekaan:erti Merdeka

Image via Wikipedia

Bermula di sebatang jalan dikuala Lumpur sebelum malam kemerdekaan. Seorang mat rempit dan seorang minah rempit sedang menunjukkan aksi sambil mengibarkan bendera sambil menjerit. merdeka! Merdeka! Mereka berhenti di satu taman rekreasi untuk berjumpa dengan kawan kawan yang lain. ALI& Ani: Wassup Bro Zaidi ,Ina&Ayu: Wasup Omar: Wasup berasap lahhahaha

Ali: Wei, napa malam merdeka ni macam tak meriah je beb? Tak macam tahun2 sudah? Omar: Apalah kau, kan orang pergi terawih mana ada nak sambut merdeka Zaidi: Apalah terawih pukul 10 dah habis lah.. Ina: Memang lah dah habis, orang menghormati bulan ramadhan lahbukan macam kau tu..malam puasa pun nak rempit.. Ali: Tapi aku tengok orang ramai tak ada sangat pun pasang benderamacam tak ada merdeka jer.. Tak macam tahun tahun sudah. Ayu: Ala kau tu sambut merdeka pun bukan kau tau pun erti merdeka. Bawa bendera je lebih..hahaha. Ali: Takpelah sekurang-kurangnya aku menolong menghangatkan suasana merdekakorang tau sangat ker erti merdeka tu? Zaidi: Maksudnyaerr merdeka dari kena jajah dari Jepun dan Inggeris.. Ani: Apalah kau , setakat tu jer pengertian merdeka kau?merdeka ni maksudnya lebih besar dari tu la Tidak melakukan perkara tak baik pun merdeka juga namanya Omar: Habis tu , yang kau ikut Ali pergi merempit ni baik sangat ke cik adik oi?.. Ani: Dia yang ajak akubukan aku ajak dia Omar: Samalah tu, korang dua dua sama je tak merdeka namanya Omar: Bagi aku merdeka ni maksudnya,negara bebas dari kena jajah dari segi fizikal dan mental Sekarang ni anak muda kita di negara ni kena jajah dari segi mental. Masih tak merdeka Zaidi: Maksudnya? Omar: Yelah, diorang ni masih terpengaruh dengan budaya budaya barat yang tak baik. Sedangkan kita dah ada budaya Malaysia, budaya timur yang terbukti baik.Contohnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu kan budaya barat!. Ali: Wah kau Omar, cakap boleh tahantapi kau pun sama jer. Kita ni semua sama jer.

Omar: Itu yang aku baca kat buku.Memanglah aku nak berubah dan bertaubat juga nanti.. Zaidi: BIla? Dah tua? Orang muda pun tak panjang umur kau tau tak? Lagi la macam kita ni yang suka merempit. Dua orang Polis datang menghampiri mereka. Polis 1: Ada lesen? OMAR, ZAIDI,ALI: Ada!, eh tak ada bang!, eh datuk! (dengan suara yang menggeletar)

Polis 2: Apa datuk datuk? Kau ingat aku ni datuk kau ker? OMAR, ZAIDI,ALI: Maaf tuan Polis 1: Jom kita sambut merdeka kat balai. Polis 2: (Sambil memandang penonton) adik adik semua jangan merempit di jalanraya dan membawa motor tanpa lesen SALAM MERDEKA Kesemua mereka di bawa ke balai polis kerana membawa motor tanpa lesen dan secara merbahaya.

Sketsa Hari Kemerdekaan Untukmu, Anakku... Bilangan Peserta : 17 murid (semua sekali member kelas kakak Amirah le ni) Suasana Di Pentas : 14 murid sedang duduk dalam dua kelompok..sekelompok murid perempuan, sekelompok murid lelaki..(kasi suasana soleh sikitlah, tak bercampur gaul lelaki & perempuan..) Ali naik ke pentas sambil memberi salam.. Ali : Assalamualaikum! Murid-Murid (menjawab serentak) : Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Kemudian Ah Chong pula naik ke pentas... Ah Chong : Hello kawan-kawan...Selamat Pagi! Murid-Murid : Selamat Pagi Ah Chong... Ramasamy pula naik...

Ramasamy : Good morningSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan! Murid-Murid : Merdeka! Merdeka! Merdeka! (sambil mengangkat & mengibarkan bendera Malaysia serentak) Suasana : Ali, Ah Chong & Ramasamy berdiri di pentas..murid-murid lain masih duduk... Ali : Eh, apa tema hari kemerdekaan tahun ini? Ah Chong : Laa..engkau tak tau lagi ke? Apalah engkau ni Ali. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan! Ramasamy : Hmm..bagus bunyinya tu. Perpaduan ertinya bersatu. Kalau kita bersatu kita akan gagah, kalau kita bercerai kita akan rebah! Ali : Wah! Pandai pulak kau bermadah, Ramasamy. Betul-betulaku setujuberpadu bulat kata sepakat, menjadi cita negara jaya! Ah Chong : Hayya! Manyak pandai kawan-kawan aku aa..Siapa tau apa bentuk logo sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan tahun ini? Murid-Murid : Kami tau! Ni dia...! (sambil mengangkat tinggi-tinggi logo hari kemerdekaan)

Ramasamy : Wau..hebatnya! Tapi aku tak fahamlah. Yang warna biru, kuning, merah tu apa dia? Amirah (bangun) : Yang warna biru, kuning, merah tu adalah bentuk gambaran manusia yang saling berganding bahu, Ramasamy! Ia menunjukkan sebuah perpaduan yang erat bagi melambangkan Perpaduan Teras Kejayaan! Ramasamy : Oooo..itu macam... Amirah : Selain daripada itu, 3 ikatan bentuk manusia yang saling berganding bahu itu juga membawa maksudrakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. Ramasamy : Ok, faham-faham Ali : Kenapa ia diwarnakan berlainan pulak? Ada merah, ada kuning, ada biru? Ammar (bangun) : Itu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia..ada melayu, ada cina, ada india dan macam-macam lagilah..tetapi mereka tetap berganding bahu dan saling faham memahami sehingga tercapainya perpaduan. Ali : Hmmm..(sambil mengangguk-angguk)... Ah Chong : Kenapa pulak warna putih, merah, biru, kuning yang dipilih? Bukannya warna lain? Wani (bangun) : Haa..kasi Wani jawab yang ini. Warna merah simbol keberanian rakyat. Warna putih simbol kesetiaan seluruh rakyat Malaysia. Warna biru pula melambangkan perpaduan yang dijalin oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning

melambangkan sistem beraja dan Yang Dipertuan Agong. Ia juga membawa maksud warna kegemilangan atau keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia. Ramasamy : Wah, hebat sungguh kawan-kawan kita ni. Hmm..kalau dah ada tema dan logonya, mestilah tak lengkap kalau tidak ada lagu khas untuknya, kan? Ali : Betul tu. Jom kita nyanyi sama-sama lagu tema hari kemerdekaan tahun ni. Nak tak kawan-kawan? Murid-Murid : Nakkkk... Amirah : Tunggu dulu! Ali : Apa lagi Amirah ni? Amirah : Sebelum kita nyanyi, Amirah nak peringatkan kat kauorang semua erti kemerdekaan yang sebenar. Nak tau tak? Murid-Murid : Nakkk...(asyik nakkk je..he,he..skrip untuk yang ramai-ramai ni kena kasi simple) Amirah : Ingat ya...erti kemerdekaan yang sebenar ialah pembebasan diri kita dari belenggu jahiliyah..maksudnya, kita bebaskan diri kita dari yang sesat menjadi ? Murid-Murid : Tidak sesat! Amirah : Dari yang jahat menjadi? Murid-Murid : Tidak jahat! Amirah : Baiklah tu maksudnya! Dari yang mungkar menjadi? Murid-Murid : Nakir! (sambil ketawa) Amirah : Hoi, tak betul tu! Dari yang mungkar kepada? Murid-Murid : Yang benar! Amirah : Hmm..bagus murid-murid..(berlagak jadi cikgu daa...). ok, jom kita nyanyi sekarang... Suasana : Beramai-ramai menyanyikan lagu Perpaduan Teras Kejayaan...klik di sini untuk download... PERPADUAN TERAS KEJAYAAN Kini Semangat Jalan Seiring Satu Amanah Kerjasama Jadi Teras Bangsa Mulia Sehati Sejiwa Bangun Membantu Agar Sepakat Moga Terserlah Perpaduan Agar Teguh Dipersada Dalam Hidup Harmoni Sirami Rasa Kasih Sayang Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni Nurani Ikhlas Dihati Murni Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu Bersatu Gagah Bercerai Rebah Hindarkan Hasrat Sengketa Kita Perpaduan Teras Kejayaan Berpadu......Berpadu Berpadu Bulat Kata Sepakat Menjadi Cita Negara Jaya Perpaduan Teras Kejayaan Perpaduan Teras Kejayaan Perpaduan Teras Kejayaan Tamat...maka pagi ini puteriku Amirah melangkah ke sekolah dengan penuh bersemangat kerana telah berjaya 'membuli kasih' ummi untuk menyiapkan sketsa ini dalam masa 30 minit! Huwaaa...

Anda mungkin juga menyukai