Anda di halaman 1dari 18

T TAJUK PEMBENTANGAN: PENGACARAAN MAJLIS

NAMA AHLI KUMPULAN: SEGARAN SINATHAMBY GOBINDARAN ARU CHUNAN UTAYARAJAN GOVINDARAJAN SENTHILKUMARAN RAMASAMY NAMA PENSYARAH: PN RATNA LAILA SHAHIDIN

DEFINISI PENGACARA MAJLIS


Individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis, persembahahan atau pertunjukan.

JENIS MAJLIS
Secara umum terdapat tiga jenis majlis iaitu: i) Majlis rasmi ii) Majlis separuh rasmi iii) Majlis tidak rasmi

Majlis rasmi dan separuh rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah majlis yang mempunyai peraturanperaturan tertentu yang perlu dipatuhi seperti prosedur undangan, tempat majlis yang ditentukan, sistem panggilan, peraturan pakaian dan sebagainya.

Majlis rasmi dan formal


Majlis rasmi dan formal mempunyai dua taraf hadirin - Peringkat pertama ialah Raja-raja yang memerintah dan Raja Muda atau Tengku Mahkota - Peringkat kedua ialah pemimpinpemimpin peringkat menteri, orang-orang kenamaan, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

Contoh majlis ialah: Majlis penganugerahan pingat Majlis sambutan kemerdekaan Majlis pertunangan atau perkahwinan kerabat diraja Majlis pertabalan

Majlis separuh formal atau majlis rasmi


Majlis yang tidak melibatkan barisan orang kenamaan yang ramai dan hanya mempunyai satu taraf hadirin sahaja iaitu tetamu yang terdiri daripada pemimpinpemimpin yang berpangkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau swasta dan lain-lain.

Contoh majlis ialah: Majlis perasmian Majlis persaraan Majlis penyampaian sijil atau diploma Majlis perkahwinan Majlis penyampaian anugerah perkhidmatan.

Majlis tidak rasmi


- Majlis yang berlangsung dalam suasana tidak formal, iaitu majlis yang agak longgar dari segi peraturan berpakaian, ucapan, sistem panggilan, tempat duduk tetamu dan sebagainya. - Majlis ini berlangsung dalam suasana santai seperti majlis perhimpunan, majlis sukan, majlis penyampaian hadiah, majlis hari keluarga, dan majlis jamuan akhir tahun.

-Tidak melibatkan menteri-menteri, orang kenamaan atau pegawai berpangkat tinggi. -Lebih bersifat dalaman, iaitu dilaksanakan pada peringkat jabatan, institut, universiti, kolej, sekolah dan kampung. -Melibatkan kakitangan, warga atau penduduk setempat sahaja.

PERANAN PENGACARA

- Memerlukan individu yang berpengalaman - Mempunyai skrip pengacara majlis yang telah disediakan terlebih dahulu - Bagi pengacara majlis tidak rasmi, skrip tidak semestinya digunakan sebaliknya pengacara majli boleh bercakap secara spontan dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat yang biasa.

MAJLIS-MAJLIS DI MALAYSIA
- Majlis Penuh Istiadat - Majlis rasmi dan formal - Majlis rasmi tetapi tidak formal - Majlis tidak rasmi tetapi formal - Majlis tidak rasmi dan tidak formal

CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS


- Tidak takut tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin - Peka dengan situasi majlis - Sentiasa bersedia untuk mengumumkan sebarang perubahan kepada hadirin - Mempunyai suara yang jelas dan ceria supaya dapat menghidupkan suasana majlis

- Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ucapan spontan sekiranya terdesak - Tidak kaku dan tidak menggunakan aksi-aksi yang keterlaluan - Dapat membezakan kelainan dalam sesuatu majlis seperti majlis rasmi, separuh rasmi atau tidak rasmi - Tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

FORMAT BAGI TEKS PENGACARA MAJLIS


- Teks disediakan dalam kertas bersaiz A4 yang dilipat dua. - Satu muka surat hanya untuk pengumuman sahaja dan jumlah muka surat bergantung kepada jumlah pengumuman yang perlu disampaikan oleh pengacara sepanjang majlis berlangsung. - Skrip pengacara hendaklah disediakan sebelum majlis bermula

- Pengacara harus peka terhadap sebarang maklumat baharu supaya keadaan majlis tidak kelam kabut - Pengacara memulakan majlis dengan mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan meminta izin untuk memulakan majlis - Pengacara memulakan majlis dengan menyebut barisan tetamu yang hadir mengikut gelaran, kedudukan dan pangkat masing-masing menggunakan panggilan hormat yang bersesuaian, diikuti dengan mengalu-alukan hadirin dan memperkenalkan majlis.

RUJUKAN
Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 (m/s 243-249) Teks 14164065-ContohTeksJuruAcaraMajlis Dimuat turun pada 23 Julai 2011 (www.scribd.com) www.kmpp.matrik.edu.gov.my/dinamika

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai