Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan sempena Perasmian Laman Web SKKS

Assalammualaikum, Terimakasih Pengacara Majlis Yang Berusaha.............................. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Laman web SKKS merupakan suatu kaedah terbaru yang dapat mempermudahkan pelbagai hebahan mengenai berita, aktiviti dan maklumat sekolah kepada ibu bapa dan penduduk setempat. Selain dari itu, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan peperiksaan anak jagaan dengan pantas melalui talian terus. Sejajar dengan kemajuan dunia, pengunaan komputer dan internet amat dititik beratkan bagi menjana insan yang peka terhadap perkembangan dunia. Malahan masyarakat pada hari ini merupakan pengguna sistem komputer dan internet yang semakin bijak. Dimana-mana saja kita berada, kita tidak akan kurang informasi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Kami warga sekolah SKKS bertekad untuk menjadikan laman web SKKS sebagai salah satu laman web yang akan kerap menjadi kunjungan oleh pengguna sama ada dari kalangan warga SKKS, ibu bapa mahu pun penduduk setempat. Oleh itu kami turut akan fokus kepada usaha untuk menonjolkan paparan maklumat yang terkini disamping menyimpan bahan-bahan berguna untuk rujukan. Ketepatan dan kesahihan maklumat akan dipelihara. Dengan kata lain, maklumat yang jari ini, akan dicapai dengan pantas dan dijamin

diperlukan menerusi hujung kebenarannya.

Anda mungkin juga menyukai