Anda di halaman 1dari 3

Kenapa ia dikenali dgn Jurus Tangan Api? Ini kerana amalan ini apabila dikenakan terhadap musuh..

tangan pengamal akan melekat seketika di badan musuh (seperti magnet).. kemudian meninggalkan bekas hitam terbakar.. pada tempat tersebut. Hanya pembuat pukulan itu sahaja yg boleh menyembuhkan kesan bisa/racun pukulan jurus kebatinan ini.. Dan caranya akan saya terangkan di bawah.

ILMU TANGAN API - Jurus kebatinan kategori isim.

Bacaan/isimnya adalah.. Bismillahirrahmanirrahim. Haq-Qi-Fa-Kaf

Cara mengamalkannya: Sila amalkan selama 40 hari/malam berturut-turut sebaiknya dimulai pada malam Jumaat selepas maghrib. Sepanjang tempoh beramal.. diharuskan berpuasa tanpa makan makanan yg bernyawa. Jadi vegetarian selama 40 hari (digalakkan). Selepas sembahyang.. sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat.. Semasa anda masih duduk selepas tahhiyat akhir.. Tadahkan kedua tangan (spt sedang berdoa) dan berniat bahawa anda sedang memasukkan ilmu tersebut ke dalam badan anda. Kemudian,... 1. Letakkan TELAPAK TANGAN KIRI di atas belakang TANGAN KANAN... tekan dan genggam kuat sambil menyebut... "HAQ!". 2. TELAPAK TANGAN KIRI tadi masih di atas tangan kanan.. Kemudian, urut ke atas dengan kuat dan keras menuju ke PERGELANGAN TANGAN KANAN.. tekan dan genggam kuat sambil menyebut.. "QI!". 3. TELAPAK TANGAN KIRI tadi masih di atas pergelangan tangan kanan.. Kemudian, urut ke atas dgn kuat dan keras menuju ke SENDI SIKU KANAN.. tekan dan genggam kuat sambil menyebut.. "FA!" 4. TELAPAK TANGAN KIRI tadi masih di atas sendi siku kanan.. Kemudian, urut ke atas dengan kuat dan keras menuju ke SENDI BAHU KANAN.. tekan dan genggam kuat sambil menyebut.. "KAF!" 5. TELAPAK TANGAN KIRI masih di atas SENDI BAHU KANAN.. masih menekan dan menggenggam kuat. - Kali ini.. lakukanlah tumbukan padu/ pantas tangan kanan anda ke udara.. sekuat mungkin.

6. Seterusnya, lakukanlah perkara serupa pada tangan kiri, kaki kanan dan kaki kiri.

Kesan terhadap musuh.. Ketika pukulan jurus batin ini dikenakan.. telapak tangan akan melekat pada badan musuh (seperti magnet).. seterusnya meninggalkan kesan terbakar. Dikatakan juga.. bahawa pengamal asal ilmu ini.. mampu menghanguskan setiap sesuatu yg dipegangnya sekiranya beliau berniat utk membinasakannya. Huaallahu 'alam. Pantang terhadap pengamal: 1.Tidak menampar.. walaupun cuma pukulan kecil pada kepala.. anak isteri, keluarga.. boleh menjadikan gila (pada orang yg ditampar). 2.Tidak boleh tidur di sebelah anak kecil.. kerana tgn dan kaki anda boleh bergerak sendiri secara tiba2. Kesan semasa beramal ilmu ini (utk mengetahui apakah ia telah memasuki badan). 1. Kulit tubuh.. terutamanya pada bahagian tgn dan kaki akan tergerak-gerak sendiri. 2. Tgn dan kaki boleh tergerak2 sendiri seakan hidup.. tanpa anda mengawalnya pada waktu2 tertentu terutama sewaktu berehat dan hendak tidur. Dan akan menjadi lebih kerap sekiranya dalam keadaan terdesak/ sekiranya berhadapan dgn musuh. 3. Darah menjadi laju.. jantung menjadi deras. Kadang2 dpt mendengar aliran darah di telinga sendiri. 4. Apabila menutup mata, seakan ada cahaya yg berkedip-kedip.. seakan terdapat suatu tenaga elektrik (current). 5. Anda akan jd pemberani dengan tiba2 walaupun selama ini diketahui sikap penakut anda. Perasaan takut seolah hilang dari diari hidup anda. 6. Mudah diduga oleh sesuatu perkara yg boleh mendatangkan emosi.. yg juga seakan memaksa anda menggunakannya. Ingat! Ia cuma dugaan sahaja.. 7. Dalam tempoh 40 hari tersebut, akan dapat melihat "penjaga" isim tersebut.. pelbagai rupa. Berdasarkan aduan sebilangan pewaris awal.. ada yg melihat dalam bentuk burung hitam besar, lembaga hitam besar berjubah, org tua berserban putih dan berbaju putih, rusa besar berwarna putih dan pelbagai lagi. Malah, ada yg mengadu bahawa mereka bertemu dengan pengasas amalan ini di dalam mimpi. Huallahu 'alam.

Tambahan.. "Haq!" dalam bahasa arab bermaksud "kebenaran". "Qi!" dalam bahasa arab adalah sambungan kpd perkataan "haq!" tadi.. yg bermaksud "kebenaranku". "Fa!".. Huallahu 'alam.. "Fa!" dalam bahasa arab bermaksud "sesungguhnya".. atau juga merupakan huruf jawi "fa". tidak diketahui maksud di sebaliknya. "Kaf!".. ini adalah huruf jawi "kaf" yg tidak diketahui maksud disebaliknya.

Renungan..

"Bismillahirrahmanirrahim" mempunyai 19 huruf kesemuanya dan setiap huruf mempunyai rahsianya yg tersendiri. Huruf-huruf tersebut mempunyai penjaga masing-masing. Huallahu 'alam.