Anda di halaman 1dari 3

PENAWARAN MAKSUD PENAWARAN Kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawarkan oleh sesebuah firma pada satu tingkat

harga dalam tempoh masa tetentu. HUKUM PENAWARAN Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti penawaran terhadap sesuatu barang akan meningkat. Apabila harga sesuatu barang menurun, kuantiti penawaran sesuatu barang itu akan berkurang. JADUAL PENAWARAN Digunakan untuk menunjukan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan. Harga (RM) 100 80 60 40 20 Kuantiti ditawar (unit) 500 400 300 200 100

Jadual penawaran individu sebuah firma kasut KELUK PENAWARAN

HURAIAN KELUK Pada harga rm20 kuantiti kasut yang ditawarkan ialah 100 unit ditunjukan dengan titik T Pada harga rm40 kuantiti kasut yang ditawarkan ialah 200 unit ditunjukan dengan titik U. Pada harga rm 60 kuantiti kasut yang ditawarkan ialah 300 unit ditunjukan dengan titik V. Pada harga rm80 kuantiti kasut yang ditawarkan ialah 400 unit ditunjukan dengan titik W. Pada harga rm100 kuantiti yang ditawarkan ialah 500 unit ditunjukan dengan titik X. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN 1. HARGA BARANG ITU SENDIRI. Kenaikan harga kereta akan menyebabkan firma kereta akan menanbah kuantiti pengeluaran kereta. Jika harga kereta jatuh, maka firma akan mengurangkan pengeluaran kereta. 2. HARGA BARANG LAIN Jika harga cili naik maka, maka penawaran terhadap sawi akan jatuh (barang penganti) Jika harga kereta naik, penawaran tayar juga akan naik (barang penggenap) 3. HARGA FAKTOR PENGELUARAN Kejatuhan harga faktor pengeluaran akan menyebabkan kos pengeluaran berkurang, maka penawaran terhadap suatu keluaran bertambah. Jika harga faktor pengeluaran bertambah maka kos pengeluaran akan bertambah, maka penawaran barang akan berkurang. 4. JANGKAAN HARGA MASA HADAPAN. Jika harga sesuatu barang itu dijangka akan naik pada masa hadapan penawaran barang akan berkurang pada masa kini.

Jika harga sesuatu barang itu dijangka turun pada masa akan datang, penawaran barang akan meningkat pada masa kini. 5. TINGKAT TEKNOLOGI Penggunaan teknologi moden akan mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya pengeluaran.maka pengeluaran bertambah. Penggunaan kaedah tradisional dalam pengeluaran akan mengurangkan pengeluaran dan penawaran barang. 6. CUACA Pada cuaca baik, maka penawaran hasil pertanian akan bertambah. Pada musim tengkujuh, penawaran terhadap ikan berkurangan. 7. MATLAMAT PENGELUAR Jika matlamat firma ingin dapatkan keuntungan yang maksimum , maka firma akan kurangkan kos dan kurangkan penawaran barang tersebut. Jika firma ingin memaksimumkan jualan maka firma akan menambahkan penawaran. Jika firma ingin mengutamakan kebajikan rakyat, maka penawaran masih diteruskan lagi walaupun tidak menguntungkan firma. 8. DASAR KERAJAAN Jika kerajaan memberikan sabsidi, maka kos pengeluaran akan menurun, oleh itu firma akan menambahkan pengeluaran, Jika kerajaan mengenakan cukai ke atas barang keluaran firma, maka penawaran barang akan menurun kerana kos pengeluaran bertambah.