Anda di halaman 1dari 6

Mencari sinar yang hilang

Oleh: Maryam
Assalamualaikum

Alhamdullilah. Hari ini saya masih diberi kesihatan yang baik dan saya dapat curahkan
sedikit tenaga,masa dan idea atas nama pena penulisan. Dunia hari ini seolah-olah telah sarat
dengan bermacam-macam maksiat yang dilakukan oleh manusia.

Kita boleh lihat di Malaysia sahaja, tiap-tiap hari ada sahaja kes-kes
pembunuhan,pembuangan bayi , ragut dan sebagainya dipaparkan dalam suratkhabar. Itu
perkhabaran yang diketahui,bagaimana yang tidak dikhabarkan kepada umum,mungkin
disebabkan disembunyikan atau maklumat tersebut tidak sampai kepada pihak media.
Baru sahaja di Malaysia,bagaimana dengan negara-negara lain;negara barat yang mencatat
kes jenayah yang paling tinggi di dunia. Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya
,sememangnya telah kita ketahui telah sekian lama melalui qalam Allah.

^O)4 4~ CG4O gOj^UEUg
O)E+) gN~E} O) ^O- LOEO)UE=
W W-EO7~ NE^_` OgOg }4`
O^NC OgOg lgOEC4
47.4`g].- }^44 E)Ol=O+^
Eg;O4 +Eg-+^4 El W 4~
EO)E+) NU;N 4` 4pOUu> ^@


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah)di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
tidak kamu ketahui."( Al Baqarah;ayat 30)

Di dunia ini,Allah uji kita dengan pelbagai kesusahan,kesenangan,harta,anak-anak,wanita dan
sebagainya. Ada insan yang berjaya menempuhinya dengan tabah dan sabar,ada insan yang
gagal ditengah jalan dan ada insan yang menyalahkan Allah atas segala keperitan yang
dialami.

Begitu lah dunia,tiada seorangpun akan terlepas dalam menghadapi ujian itu,kerana ujian itu
kayu pengukur keimanan seseorang. Adakah dia sabar menghadapi ujian yang Allah berikan
padanya atau sebaliknya.

E4O4:> Og~-.- jg4O)
lU^- 4O-4 _O>4N ]7
7/E* vOCg~ ^ Og~-.- 4-UE
=OE^- E_O4OO4^-4
74OUl4Og 7GC }=O;O
1E44N _ 4O-4 +OCjGE^-
+OO4^- ^g Og~-.- 4-UE
E7lEc 4OEEc +~4lgC W E`
O4O> ) -UE= ^}4uOO- }g`
+OE> W ;7_O 4O=^4l^-
E- O4O> }g` OO7C ^@

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas
segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun, Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak
melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka
lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?( Al Mulk;ayat
1-3)

Ujian itu yang dihadapi insan menyebabkan sinar kehidupan semakin hilang,semakin hilang
dan akhirnya terus hilang. Mencari sinar kehidupan ibarat mencari satu cahaya yang boleh
membahagiakan rasa yang paling dalam. Bagaimana untuk mencari sinar yang semakin
hilang itu?

Insan sedar yang mereka kehilangan sinar itu tapi mereka tidak menjumpai jalan bagaimana
untuk mencari sinar itu. Hidup tanpa sinar, seolah-olah hidup dalam kegelapan,berjalan
dalam kegelapan,tiada cahaya yang menerangi di sepanjang jalan kehidupan.

Seringkali insan,menolak jauh-jauh agama dalam kehidupannya. Mereka menganggap
anggap agama Islam itu terlalu kolot,terlalu menyekat kebebasan;mereka terlalu benci pada
agama yang mereka anuti. Tanpa rasa bersalah mereka menghina,mencaci para ulamak dan
agama yang mereka anuti sejak kecil.

Mereka tidak tahu,apa yang mereka caci dan benci itulah,jalan menuju kepada sinar yang
mereka cari selama ini. Melayu tanpa Islam,adalah sia-sia. Negara Arab tanpa Islam,akan sia-
sia. Apa-apa sahaja bangsa mereka akan jadi sia-sia tanpa penghayatan Islam.

Kita menjengah pandangan dan membawa minda kita kepada negara barat,ada apa pada
negara barat sekarang. Iya,kita akui mereka kuasai ekonomi dunia pada hari ini.
Namun,mereka gagal;gagal dalam institusi kekeluargaan ,mereka menjadi negara tertinggi
mencatat kadar jenayah, ramaja-remaja mereka ramai yang terlibat dengan kegiatan yang
tidak bermoral.

Kehidupan di dunia ini,hanyalah satu persinggahan yang sementara. Kadang-kadang kita lupa
bahawa kita akan meninggalkan dunia ini ,walaupun tiap-tiap hari kita mendengar berita
kematian. Kita seolah-olah meletakkan diri kita,takkan mati kerana masih berusia muda.
Hanya orang-orang tua yang perlu beribadat dan bagi golongan muda, mereka perlu berhibur
sementara masih belum tua.

Insan yang menyedari diri bahawa sinar kehidupan telah hilang dalam dirinya,mereka perlu
menaiki satu langkah tangga kehidupan. Mereka perlu mencari ilmu untuk mencari sinar itu.
Semua orang tahu,betapa pentingnya ilmu dalam alam sejagat ini. Dimana-mana insan dapat
menuntut ilmu,bukan sahaja di perpustakaan memandangkan ia gedung ilmu. Tidak,tidak tapi
dimana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja.

Namun, permulaan mencari sinar itu haruslah dimulakan dengan sesuatu yang amat-amat
luarbiasa iaitu alquran. Seringkali kita diberitahu bahawa membaca alquran memberi seribu
ketenangan kepada para pembaca. Tapi kenapa seringkali saya membaca alquran,namun saya
tetap juga tidak tenang.

Bukan membaca alquran itu tidak memberikan anda ketenangan,namun kemungkinan bacaan
anda salah tajwid,panjang pendek satu-satu bacaan dan sebagainya. Apa yang saya cuba
kemukakan di sini adalah,pelajarilah bacaan alquran. Jangan pernah malu untuk belajar,rugi
jika malu untuk belajar.

Namun,itu bukan menjadi penyebab untuk anda tidak menghayati dan membaca alquran.
Itulah sinar kehidupan yang anda cari selama ini. Semakin anda menjauh padanya,semakin
anda meninggalkan ajaran yang terkandung di dalamnya,semakin gelap dan kelam kehidupan
anda.

Selain bacaan alquran tersebut,amat penting anda menghayati isi-isi yang terkandung di
dalamnya.Subhanallah,ayat-ayat alquran yang anda baca terkandung ayat-ayat yang memuji
Allah, ayat-ayat untuk anda mengenal Allah melalui Kekuasaan penciptaan langit,bumi,alam
semesta dan sebagainya. Allahuakbar,Allah maha Besar,tiada apapun yang menyerupai
Allah,tiada sekutu bagi Allah SWT.

Kita boleh menghayati kisah-kisah sahabat yang telah menemui sinar ini setelah sekian lama
bergelumang dengan lubuk dosa dan maksiat. Anda boleh menyingkap kisah-kisah artis yang
telah menemui sinar ini. Mereka bukan mencari publisiti murahan,akhlak mereka berubah
seiringnya dengan pencarian sinar itu.

Ramai sahabat-sahabat nabi Muhammad SAW yang sanggup berkorban apa sahaja setelah
sinar itu menyinari hati mereka yang paling dalam. Umar pada asalnya seorang yang sangat
benci pada nabi dan Islam ,akhirnya sanggup berkorban harta dan nyawa demi Islam.

Maksiat demi maksiat yang kita lakukan pada hari ini,menyebabkan kita terus tenggelam
dalam arus kemodenan yang dibanggakan oleh semua insan itu. Pada satu limit,kita tersentap
oleh satu kejadian yang memeritkan dan di saat itu,tiada siapa yang sanggup dan dapat
membantu anda. Di kala ini,insan yang telah kehilangan sinar dalam kehidupannya gara-gara
maksiat demi maksiat yang dilakukan,menyebabkan dia tersungkur di tanah.Dia buntu dan
akhirnya dia mengambil jalan untuk mengakhiri segala keperitan tersebut dengan membunuh
diri.

Di atas,saya telah memberi satu situasi,tidak mustahil ia akan berlaku pada anda suatu hari
nanti. Iya,tidak hari ini,mungkin esok dan suatu hari nanti,bila anda tiada lagi jalan keluar
menghadapi sesuatu yang amat perit dalam kehidupan ini.

Allah SWT telah menyatakan dalam firmanNya kepada insan dimana hidup di dunia
ini,hanyalah senda gurau dan permainan. Jadi apa sahaja yang anda lakukan di muka
bumi,tiada apa-apa makna melainkan amal soleh dan kebaikan,saling nasihat-menasihati.

4`4 7E_O4OE^- .41u^O.- )
_Ug O;_4 W +O-O-4
7E4O=E- OOE= 4g~--g
4pO+-4C E 4pOUu> ^@g

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan
sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah
kamu memahaminya?( Al An'aam;ayat 32)

Itulah kehidupan yang sebenar-benarnya. Bukanlah beerti Islam melarang umatnya untuk
bergembira dan bersuka ria. Tidak!Islam itu cukup indah. Rasullulah SAW juga bergembira
,namun bagaimana cara yang diajar Islam. Islam mengajar kita menjaga batas-batas
agama,jikalau hendak bergurau biarlah gurauan itu bukan reka-rekaan dan tidak berlebih-
lebihan sehingga lalai daripada mengingati Allah SWT.

Kehidupan ini adakala menyebabkan kita buntu,tiada menemui jalan keluar bagi pelbagai
permasalahan yang kita hadapi. Adakah kejam kehidupan ini? Itulah realiti sebuah
kehidupan. Kehidupan kita bukan sepertimana movie yang kita tonton dimana kehidupan
seorang kanak-kanak sehingga zaman remaja dan dewasa,yang dicipta watak hanya dalam
masa 3 hingga 4 jam. Tidak,apa yang anda lihat itu,bukan realiti. Itu hanyalah fantasi.
Kehidupan kita bukan begitu.

Ketahuilah,hanya dengan mencari sinar yang telah hilang itu dapat memberi anda
semangat,kehidupan,kebahagiaan ,kekuatan,perlindungan dan semuanya dalam kehidupan
yang sementara ini.

Sinar itu akan memberikan anda rasa yang paling dalam di mana saat orang lain
meninggalkan anda,anda tidak akan pernah merasa kesepian,di saat anda buntu menghadapi
pelbagai rencah kehidupan,anda masih tabah menghadapinya,di saat anda dilukai,anda masih
boleh tersenyum,di saat anda dihina dan dicaci,anda masih dapat mengucapkan kesyukuran
kepada Allah SWT,disaat anda dirundung luka dan keperitan kehidupan,anda masih dapat
meneruskan kehidupan sebagaimana hari-hari biasa.

Carilah sinar yang semakin menghilang itu. Jangan pernah biarkan ia terus menghilang
disebalik arus keperitan dan kesenangan sebuah kehidupan. Ketahuilah,sinar itu perlu dicari
dan dikejar.

Carilah ilmu cahaya yang menyinari sinar kehidupan bak matahari yang menyinari bumi di
siang hari. Carilah sinar itu dibalik ayat-ayat alquran yang cukup indah,hayatilah setiap ayat-
ayat yang terkandung di dalamnya. Mohonlah pada yang Esa,agar sinar itu terus menyinari
hidupmu dan mohonlah agar ia akan menyuluh jalan kehidupanmu sehingga nafas yang
terakhir di muka bumi ini.

Alhamdullilah,akhir kalam,moga sedikit perkongsian mencari sinar yang hilang dapat
membawa diri penulis dan pembacasentiasa mencari sinar itu. Sesungguhnya iman itu adalah
mutiara. Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa mengungkap lirik lagu
Raihan. Moga mencari sinar itu akan menjadi salah satu misi utama kehidupan kita hari ini
dalam menghadapi pancaroba sebuah kehidupan.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta
Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi
Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com
.EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai