Anda di halaman 1dari 33

Oleh : Atikah Izzati Binti Zainol Nursakinah Binti Amatslan

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga: Sifat semulajadi, bakat atau pembawaan seseorang.
Berasal daripada perkataan Arab yang bererti sifat, asal kejadian, kesucian dan bakat.

Unsur fitrah-kebolehan,kemampuan, sifat ingin tahu,bakat dan potensi manusia,inginkan keperluan asasi dan psikologi. Tokoh Islam: Fitrah manusia ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir berlandaskan aspek bakat, mental, emosi, fizikal. Keseimbangan BMEF akan menentukan pencapaian fitrah manusia.

Sifat insan yang mempunyai bakat, potensi semula jadi (keupayaan atau kebolehan semula jadi yang terdapat dalam diri insan dan terkandung dalam JERI) perasaan keagamaan. Satu ketetapan atau pemberian Tuhan secara semula jadi untuk menuju ke arah kebaikan. Unsur luaran mempengaruhi dan mengubah sifat semula jadi ini.

Fitrah kejadian manusia mengikut perspektif agama : Islam Hindu Buddha Kristian

Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Daripada Adam, Hawa diciptakan.

Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s. iaitu:- Dari air - Dari tanah (at-turab) - Dari pati tanah (at-tin) - Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib) - Dari tanah yang panas dan berbau (hamain masnun) - Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) - Meniupkan roh

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu air benih (mani) yang tersimpan dalam tempat (rahim) yang kukuh. Kemudian mani itu kami jadikan segumpal darah beku (alaqah). Dari segumpal darah itu kami jadikan pula seketul daging (mudghah). Kemudiannya kami jadikan seketul daging itu beberapa tulang. Kemudian tulang (rangka manusia) itu Kami baluti dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami jadikan makhluk yang berbentuk lain. Maka nyatalah kelebihan Allah yang Maha Agung dan sebaik-baik pencipta. (Surah al-Mukminun, 23 : 12-14)

Air Mani

Nutfah (persenyawaan sperma dan ovum)

Alaqah (seketul darah)

Dijadikan tulang

Mudghah (segumpal daging)

Tulang disaluti daging

Manusia

1.Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati. 3.Allah SWT menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan manusia. 4.Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah). 5.Perlakuan dosa manusia adalah tanggungannya sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT.

Dalam agama Hindu pada umumnya, konsep yang dipakai adalah monoteisme. Konsep tersebut dikenal sebagai filsafat Adwaita Wedanta yang bererti "tak ada duanya". Konsep ketuhanan dalam agama monoteistik lainnya, Adwaita Wedanta menganggap bahawa Tuhan merupakan pusat segala kehidupan di alam semesta, dan dalam agama Hindu, Tuhan dikenal dengan sebutan Brahman.

Brahman merupakan pencipta sekaligus pelebur alam semesta. Brahman berada di mana-mana dan mengisi seluruh alam semesta.

Brahman merupakan asal mula dari segala sesuatu yang ada di dunia. Segala sesuatu yang ada di alam semesta tunduk kepada Brahman tanpa kecuali.

Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat panjang.
Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut sebagai zaman: duk tan hana paran-paranan rawang an ruwung yang bermaksud: ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu. Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud mahupun yang mujarad.

Lima jasad maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa (angkasa), bayu (angin), teja (cahaya),apah - zat cair dan pretiwi - zat padat .
Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu, yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. Dari akar kata Manu, timbul kata manusia yang bermaksud keturunan Manu.

1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.

2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalamdalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.

3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda (material).

4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan Syudra). 5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.

Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma agak unik. Di alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang muncul dan hancur (kiamat).

Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini tidak seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan satu makhluk tertentu. Dalam Agama Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita.

Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa.
Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.

Makhluk-makhluk yang serakah (tamak) mulai mencicipi tanah itu, dan terngiur akan sari tersebut. Makhlukmakhluk yang lain juga mengikuti.
Akibat kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka lenyap, dan tampaklah matahari, bulan, bintang.

Setelah masa yang lama sekali, tubuh mereka memadat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah kepada orang yang bentuk tubuhnya jelek. Lama kelamaan sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan dari tanah. Sementara mereka sombong dan bongkak, tumbuhan ini lenyap dan muncul tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi.

Setelah waktu yang lama sesuai dengan takaran mereka makan, maka tubuh mereka lebih memadat dan perbezaan bentuknya tampak lebih jelas.

Kejadian manusia (Adam) menurut Pentateuch (Torah) Dalam Kitab Genesis, didapati manusia bukan ciptaan Tuhan yang pertama. Secara umum, proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi enam hari.

Hari pertama Tuhan mencipta siang dan malam.

Hari kedua tuhan mencipta air.


Hari ketiga Tuhan mencipta tumbuhan. Hari keempat Tuhan mencipta makhluk-makhluk di daratan dan juga di lautan. Hari kelima Tuhan mencipta bintang di angkasa.

Pada hari keenam, Tuhan mencipta manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (1:26) : The God said, Let Us make humankind in our image, according to our likeness and let them have dominion over the fish of the sea and over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creep upon earth.

Perspektif Fizikal
Kitab Bible iaitu dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diunggapkan dalam Genesis (2:7) : then the Lord God formed man from the dust of the ground.

Dengan jelas fakta kejadian manusia daripada tanah dipegang oleh penganut Kristian. Huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A.Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir.

Selain itu, ia juga merujuk kepada unsur atom.


Hujah yang dikemukakan dalam buku I believe in the Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan dalam Old Testament mahupun New Testament. Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia seperti mana penciptaan Adam.

Spiritual Bahagian lain telah menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang diungkap di dalam Genesis (2:7) : and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being. Dua komponen utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril yang mewakili badan atau body dan breath of life mewakili roh atau spirit.

Aspek Manusia pertama Kitab

Buddha Samyuta Nikaya ( ch 15) ganna A Sutta Digha Nikaya Sutha Pitaka Tipitaka

Hindu Syayambumanu Veda

Kristian Adam dan Eve Bible

Islam Adam dan Hawa Al-Quran

Tempoh penciptaan
Kelahiran semula

1 hari

Lama

Percaya

Percaya

Tidak Percaya

Tidak Percaya

Ahli sosio-biologi berpendapat tingkah laku manusia adalah berasaskan arahan-arahan gen yang telah berkembang dalam diri manusia melalui proses evolusi.

Menurut teori ini, interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia keupayaan dan kecenderungan untuk membentuk perilaku seseorang.

Maka, fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran, yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang. Kita dapat lihat bahawa sifat-sifat tertentu individu kadang kala spesifik kepada suatu kaum atau masyarakat dan ini dipengaruhi oleh faktor keturunan.

Fitrah kejadian manusia juga mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu seperti: - Kognitif : tahap kecerdasan seseorang - Fizikal : warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya. - Emosi : kesabaran dalam menghadapi cabaran.

Sifat semula jadi manusia seperti ingin tahu mendorong manusia untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia mencapai kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku persekitaranya. Latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi dan guru serta sekolah turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia.

1. Memudahkan guru mengenal pasti aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehan murid.
2. Guru dapat memahami sikap dan tingkah laku murid. 3. Membantu guru menyediakan pelbagai aktiviti kognitif (perkembangan) yang dapat menggilap potensi kanak-kanak.

4. Menjadikan guru lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut kecenderungan murid. 5. Guru haruslah tidak membesarkan kelemahan yang terdapat pada murid. 6. Guru akan lebih menghargai setiap usaha dan komitmen untuk merangsang murid agar terus belajar dan berusaha.

Manusia mempunyai dua sifat iaitu manusia sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani. Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat yang baik yang dianugerahkan oleh penciptanya. Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai kebebasan memilih, lantaran itu dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Anda mungkin juga menyukai