Anda di halaman 1dari 26

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PJK

PENTADBIRAN
DEFINISI SATU PROSES ATAU KEADAAN YANG MELIBATKAN DUA ATAU LEBIH INDIVIDU MENGGEMBLENG TENAGA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG DITETAPKAN

JENIS-JENIS PENTADBIR
PENTADBIR LAISSEZ-FAIRE -Tidak menonjolkan diri malah tidakmenunjukkankepimpinannya. -membiarkan organisasi itu berfungsi dengan sendiri dengan membolehkan individu di dalam organisasi itu melakukan apa saja yang diingini.

KELEMAHAN JENIS PENTADBIRAN INI 1. Kekurangan dari segi kepimpinan 2. kakitangan adalah lemah 3. Program dan polisi yang lemah dijalankan berterusan tanpa had. 4. Guru dan jurulatih terus berkhidmat tanpa cabaran atau pembetulan. 5. Tidak wujud keinginan untuk mencapai tahap cemerlang. 6. Tidak banyak perancangan jangka panjang.

PENTADBIR AUTOKRATIK
Kuasa dan autoriti digunakan untuk berfungsi dan mengawal semua individu di dalam organisasi. Keputusan yang dibuat oleh pentadbir ini adalah berasaskan pendapat sendiri dan bukan daripada pemikiran yang mendalam.

Jenis Pentadbiran ini mungkin berkesan kerana beberapa sebab berikut:


Tidak banyak mesyuarat Perubahan polisi dan program organisasi boleh dilakukan dengan cepat kerana kakitangan sedia menerima tanpa persoalan. Bagi guru atau jurulatih yang lemah atau tidak berpengalaman, pentadbiran ini adalah baik kerana mereka boleh berfungsi dengan baik dengan menerima arahan tentang bagaimana menjalankan tugas dan bila untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

KELEMAHAN JENIS PENTADBIRAN INI


Keputusan mungkin dibuat tanpa mengambil kira semua fakta yang akan mempengaruhi organisasi. Program dan polisi adalah ditentukan oleh ketua dan keupayaan mereka adalah terserlah dalam program dan polisi yang dibentuk. Tiada perbincangan

Guru atau jurulatih tidak dapat menimba pengalaman dalam mengarah dan membangunkan program. Kakitangan tidak menyokong secara rasmi Kakitangan menjadi penerima

PENTADBIRAN DEMOKRATIK
Menggunakan kuasa formalnya dengan sepenuhnya disamping tidak juga mengabaikan kuasa tidak formal. Menggunakan pemikiran konstruktif kumpulan untuk berkongsi idea-idea dan bekerjasama dalam usaha untuk membuat sesuatu keputusan. Memberi peluang kepada individu untuk memberi sumbangan dalam membuat keputusan.

CIRI-CIRI SEORANG PENTADBIR PJ DAN SUKAN YANG BAIK


Mestilah mempunyai pendidikan formal yang baik. Mempunyai pengalaman yang luas. Fleksibel dan boleh menjalankan tugas dengan berkesan Jelas dengan matlamat yang perlu dicapai oleh organisasi dan boleh merancang untuk mencapai matlamat dengan cara yang paling baik.

Mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal. Berusaha untuk mencapai objektif PJ Mempunyai sahsiah yang baik. Boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik. Memiliki kesihatan dan keadaan fizikal yang baik. Kreatif untuk membentuk program PJ dan sukan yang popular dan bersemangat.

PROSES-PROSES PENTADBIRAN PJK


Tugas pentadbir adalah mengikut proses-proses asas (Daughtrey & Woods, 1976; Gulick & Urwick, 1937) seperti berikut iaitu: Perancangan Pengelolaan Pengarahan Hal kakitangan Kordinasi Laporan Belanjawan penilaian

PERANCANGAN
PENENTUAN TERDAHULU TENTANG APA YANG PATUT DILAKUKAN BAGAIMANA IA PATUT DIJALANKAN SIAPA YANG AKAN MELAKUKANNYA MERAMAL MASA DEPAN MENENTUKAN TINDAKAN AKAN DATANG MEMBENTUK OBJEKTIF,POLISI DAN PROGRAM, MENETAP CARA ATAU KAEDAH SERTA JADUAL PELAKSANAAN RANCANGAN YANG DITETAPKAN

Proses Perancangan
Melibatkan lima peringkat 1. Menentukan objektif-objektif keseluruhan. 2. Menentukan objektif-tujuan khusus 3. Mengenal pasti strategi-strategi atau tindakan-tindakan khusus untuk mencapai objektif 4. Menentukan piawai prestasi khusus untuk pencapaian objektif 5. Menilai kemajuan

PENGELOLAAN
MERUPAKAN SATU PROSES DI MANA DUA ATAU LEBIH ORANG MENGGEMBLENG TENAGA DAN SUMBER UNTUK MENCAPAI TUJUAN TERTENTU. LEITH(1990) MENYATAKAN BAHAWA TERDAPAT 4 PRINSIP PENGELOLAAN
1. MEWUJUDKAN PEMBAHAGIAN TUGAS DAN
MENDELEGASIKAN TANGGUNGJAWAB 2. MENGEKALKAN HIERARKI AUTORITI 3. MEMBENTUK PANDUAN-PANDUAN T/LAKU 4. MEMBUAT KEPUTUSAN PENTADBIRAN

PENGARAHAN
MENGIKUT FROST DAN MARSHALL (1977) PENGARAHAN MERUPAKAN SUATU PROSES YANG MENYEBABKAN SESUATU ITU BERLAKU. PROSES ITU MELIBATKAN: 1. PEMBERIAN TUNJUK AJAR ATAU BIMBINGAN 2. MEMPENGARUHI ORANG LAIN 3. MEMBUAT KEPUTUSAN 4. MEMBERI ARAHAN

HAL KAKITANGAN
MEMILIH KAKITANGAN UNTUK TUGAS YANG SESUAI MENENTUKAN BILANGAN STAF YANG DIPERLUKAN. MENGETAHUI TENTANG KEUPAYAAN DAN KEBOLEHAN STAF YANG DIPERLUKAN SERTA MEMASTIKAN CARA INTERAKSI DI ANTARA STAF

MENYELARAS/KOORDINASI
STONER (1982) MENDEFINISIKAN MENYELARAS SEBAGAI MEMASTIKAN SUMBER-SUMBER DAN AKTIVITI-AKTIVITI ORGANISASI BERFUNGSI DALAM KEADAAN HARMONIS UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG DIINGINI. TUGAS PENTADBIR IALAH MENYELARASKAN PROGRAM DAN UNITUNIT PENTADBIRAN SERTA MEMASTIKAN OPERASI-OPERASI ITU BERJAYA MENGIKUT PERANCANGAN YANG TELAH DITETAPKAN.

BAGI MEMASTIKAN KOORDINASI YANG BAIK, PENTADBIR PERLU MENGIKUT PROSEDUR-PROSEDUR BERIKUT:
MENGGALAKKAN KOMUNIKASI SECARA FORMAL. MEWUJUDKAN PERATURAN-PERATURAN YANG DITERIMA UMUM MENGADAKAN SISTEM KOMUNIKASI FORMAL YANG MENCUKUPI SEPERTI MESYUARAT KAKITANGAN, PAPAN KENYATAAN DAN SURAT EDARAN. MENANAMKAN MATLAMAT DOMINAN DALAM SANUBARI KAKITANGAN MEMBUAT PEMERHATIAN RAPAT DAN TERUS MENERUS TERHADAP PENYELIA

MENGUMUMKAN GARIS AUTORITI, TANGGUNGJAWAB, TUGAS DAN PERTALIAN UNIT/JABATAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG SAMA SEHARUSNYA DITUGASKAN KEPADA UNIT PENTADBIRAN YANG SAMA MEMPIAWAIKAN PERLAKUAN-PERLAKUAN UNTUK MENINGKATKAN KOORDINASI MENGHARMONIKAN PROGRAM DAN POLISI ARAHAN PATUT LENGKAP DAN JELAS SUPAYA IA MUDAH DIIKUTI

MEWUJUDKAN SEMANGAT BERPASUKAN KERANAN KOORDINASI YANG BAIK DATANG DARI PERASAAN INDIVIDU SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SATU PASUKAN. BERKOMUNIKASI TERUS DENGAN KAKITANGAN;PENTADBIR MELAWAT KAKITANGAN ATAU TEMPAT MEREKA BERTUGAS. PENTADBIR MESTI MERUPAKAN SEORANG YANG SUDI MENDENGAR PANDANGAN KAKITANGAN. PERTEMUAN SOSIAL TIDAK FORMAL PATUT DIGALAKKAN

LAPORAN
SECARA BERTULIS ADALAH SATU KAEDAH YANG SISTEMATIK UNTUK MENILAI KEMAJUAN KAKITANGAN. DILAKUKAN SETIAP MINGGU, BULAN ATAU MENGIKUT PROJEK TERTENTU. FORMAT LAPORAN UNTUK AKTIVITI YANG SAMA SEHARUSNYA SAMA KEBOLEHAN MEMBUAT LAPORAN YANG TEPAT DAN JELAS ADALAH FAKTOR PENTING DALAM PENTADBIRAN YANG EFEKTIF.

BELANJAWAN
PERLU DIBERI PERHATIAN YANG TELITI. PERANCANGAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PROGRAM PJK DAN SUKAN, MENGEMASKINIKAN REKODREKOD, SERTA MENGAWAS SISTEM KIRA-KIRA

PENTADBIRAN KEWANGAN MENGIKUT FROST (1975) MELALUI EMPAT LANGKAH:

MENGUMPUL DATA ATAU MAKLUMAT MENYEDIAKAN BELANJAWAN MEMPERSEMBAHKAN BELANJAWAN MEMBELANJAKAN PERUNTUKAN

PENILAIAN ATAU KAWALAN


DIJALANKAN UNTUK MENGETAHUI SAMA ADA ORGANISASI BERJAYA ATAUPUN SEBALIKNYA. MENILAI PERANCANGAN SECARA KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF. MENILAI SUMBER-SUMBER YANG DIGUNAKAN SECARA MAKSIMUM UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF ORGANISASI.

Sekian Terima Kasih