Anda di halaman 1dari 18

ALAM BELAJAR

Pembentang Pensyarah Subjek : Alixius bin Lasius Marsal Wed Mars Bin Maratin : Pn. Alimah Bte Atan : EDU 3103

ALAM BELAJAR
Terdapat dua dimensi dalam alam belajar: 1. Persekitaran Fizikal Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. 2. Hubungan Mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. Alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. Kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.

DEFINISI

Alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan.

Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. Lantaran itu, wajarlah murid membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.

ASPEK KOMUNITI PEMBELAJARAN

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.

Contohnya dapat dilihat bermula dari peringkat bayi lagi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitarannya ( komuniti Pembelajaran ) . Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. Komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut: 1. 2. 3. 4. Keahlian Pengaruh Memenuhi keperluan individu Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif.

Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. Guru bertanggungjawab sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.

PENGALAMAN BELAJAR

Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. Oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam membentuk peribadi murid-murid.

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK (PENGALAMAN LANGSUNG)

Sejak dilahirkan, kanak-kanak berkembang melalui proses mengalami sesuatu. Kanak-kanak belajar berjalan, berlari, bertutur, berkawan dan bersosial melalui pengalaman sendiri. Kanak-kanak menghadapi kegagalan sebelum berjaya.

Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung sesungguhnya ialah bentuk pembelajaran yang paling berkesan.

John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyenaraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semula jadi kanak-kanak :

1. Kanak-kanak mempunyai kekuatan daya ingin tahu secara semula jadi. 2. Kanak-kanak belajar sesuatu dengan sendirinya. 3. Kanak-kanak perlu mengambil masa yang lama untuk berfikir. 4. Kanak-kanak tidak takut untuk mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.

5. Kanak-kanak menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari oleh mereka.
6. Kanak-kanak belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia. 7. Kanak-kanak paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung. 8. Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga. 9. Tekanan akan mengganggu pembelajaran kanakkanak.

Prinsip-prinsip di atas telah membuktikan bahawa penglibatan langsung dalam pembelajaran merupakan satu kaedah belajar yang semula jadi dan paling berkesan. Pengalaman langsung atau first hand experience merupakan pembelajaran dari proses membuat, berkongsi, belajar peranan orang dewasa mengikut tugas dan tanggungjawab melalui permainan pondokpondok, ketingting dan sebagainya.

Kanak-kanak akan belajar sesuatu sendirinya jika mereka terdedah persekitaran yang merangsang minda.

dengan kepada

Kanak-kanak amat kuat rasa ingin tahunya. Lantaran itu, mereka banyak menyoal dan tidak takut untuk mencuba sesuatu.

KESIMPULANNYA
Sebagai guru kita hendaklah mengambil kira alam belajar kanak-kanak dalam merancang pembelajaran berkesan. Alam belajar yang wajar disediakan haruslah merangkumi empat aspek iaitu, berpusatkan murid, berasaskan maklumat atau pengetahuan, berpandukan pentaksiran pembelajaran dan berlandaskan komuniti pembelajaran.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai