Anda di halaman 1dari 2

Aspek sosial Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari s udut

pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kala ngan pelajar dan kontrak sosial .Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang tim bul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripa da segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang b erbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal a tau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisaha n fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah ol eh Laut China Selatan. Implikasi Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia Aspek Sosial Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang be rbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosen trisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik la in melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesu atu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanj ung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungk in akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang ter sendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara y ang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa pe rantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga mengguna kan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisah kan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Si tuasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negat if kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan men erima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tid ak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidik an yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstruktur an negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupa kan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemi mpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran m ereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukar an untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan p elajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada pering

kat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pen gajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wu jud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implik asinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Mal aysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang d i antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu ba pa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsa an. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan k erana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerla ngan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana m ereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tid ak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Anda mungkin juga menyukai