Anda di halaman 1dari 3

Teknologi satelit telah mula diperkenalkan pada tahun 1957 yang mana satelit mula mengorbit secara optik

dan akhirnya teknologi Global Positioning System (GPS) ditambah oleh Jabatan Pertahanan US dan Sistem Navigasi Satelit Global (GLONASS). Gabungan penerima GPS berkualiti tinggi, Ocean Topography Experiment (TOPEX/Poseidon) dan GPS Satelit Meterologi (GPS/MET), medan graviti Bumi dapat dilihat dengan jelas dan beresolusi tinggi menggunakan panjang gelombang yang tinggi. Jika pengukuran graviti di udara dipanggil airborne tetapi pengukuran melalui ruang angkasa (satelit) dipanggil spaceborne.

Satelit yang digunakan untuk mengukur medan graviti Bumi dipanggil sebagai satelliteborne. Satellite-borne menghitung medan gravity Bumi bergantung kepada ketinggiannya semasa mengorbit. Bagi memaksimakan kesensitifan satelit terhadap medan gravity Bumi, jarak satelit semasa mengorbit adalah dalam 250m hingga 600m. Kaedah SST atau Satellite-Satellite Tracking adalah salah satu kaedah memetakan medan graviti Bumi. Dua satelit diletakkan pada jarak tertentu (100-600m), mengorbit bersama-sama dengan jarak yang kekal sama. Satelit kedua ibarat mengejar satelit yang pertama. Gelombang mikro antara kedua-dua satelit tadi digunakan bagi mengukur perbezaan masa-jarak inter-satelit tadi. Kaedah kedua adalah SSI iaitu Satellite to Satellie Interferometry menggunakan laser interferometry.

Salah satu nama satelit yang digunakan adalah Gravity Recovery and Climate Experiment (GRACE). GRACE dilancarkan pada Mac 2002 yang boleh mengukur dan menggambarkan medan graviti Bumi secara terperinci.

Rajah 1 : Sistem GRACE

Rajah 2 : Susunatur Sistem GRACE dan GPS

Rajah 3 : Hasil GRACE

Satelit WIND dilancarkan pada November 1994 bertujuan mengukur medan magnet Bumi secara space-borne. Operator satelit ini memonitor aktiviti-aktiviti matahari dan memantau aktiviti-aktiviti solar yang berkait dengan impak magnetosfera Bumi. Bagi mengukur medan magnet Bumi, kaedah Magnetif Field Investigation (MFI) digunakan. MFI boleh menyiasat struktur skala besar dan sifat fluktuasi medan magnet antara planet.

Rajah 4 : Hasil daripada satelit WIND dan gambarrajah struktur komponen satelit WIND

Anda mungkin juga menyukai