Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih pengerusi majlis. Yang berusaha leftenan komander mohd. Tawil b.

Tajuddin TLDM, yang dipertua pibg, barisan guru penolong kanan, guruguru, para ibu bapa seterusnya murid-murid yang bakal menerima anugerah pada hari ini. Assalamualaikum, selamat petang dan salam 1 malaysia. Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puanpuan ke majlis graduasi dan hari anugerah cemerlang bagi tahun 2011. Antara lain, majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah melakar kecemerlangan dalam bidang akademik. Bagi murid-murid yang lain pula, ini merupakan suntikan semangat bagi mereka supaya meningkatkan usaha dan mencapai kecemerlangan pula pada tahun-tahun mendatang. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ibu-bapa dan murid-murid penerima anugerah di atas kejayaan ini. Sesungguhnya, kerja keras murid-murid adalah hasil perhatian dan didikan yang diberikan oleh ibu-bapa dirumah. Kepada golongan guru pula, ini merupakan hasil penat jerih cikgu-cikgu dalam menumpahkan ilmu kepada anak didik. Sekalung tahniah saya ucapkan. Hadirin sekalian, Tidak dapat disangkal lagi, pendidikan merupakan aset terpenting dalam menjayakan tamadun sesebuah bangsa, membangunkan sesebuah negara dan melahirkan insan yang berkualiti. Izinkan saya untuk bercakap dalam bahasa inggeris bagi memetik kata-kata ahli politik Amerika yang terkenal iaitu Mitt Romney. Beliau pernah berkata, Education is the investment our generation makes in the future Antara lain, frasa ini bermaksud, pendidikan adalah pelaburan untuk masa hadapan oleh generasi sekarang. Maka, saya menyeru kepada hadirin semua supaya terus memartabatkan pendidikan anak-anak sebagai kor bisnes yang utama dalam semua aspek kehidupan. Dalam kata lain, hal ehwal pendidikan anak-anak perlu dijadikan diberi perhatian khusus dan mendahului perkara lain yang kurang penting. Ada segelintir ibu-bapa yang memandang ringan aspek pendidikan anakanak mereka. Kita sepatutnya meneladani sikap golongan masyarakat cina yang sangggup berhabis untuk pendidikan anak-anak mereka. Sudah sampai masanya kita melakukan anjakan paradigma dan berhijrah kearah yang lebih baik.

Hadirin sekalian, Menyedari hakikat peri pentingnya pendidikan inilah, maka pihak kementerian pendidikan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Pihak sekolah yang menjadi agen pemangkin bagi pihak kementerian menjangkau sehabis tangan bagi melaksanakan apa sahaja yang dirangka oleh pihak kementerian. Antaranya ialah NKRA iaitu National Key Result Area atau bidang keberhasilan utama negara. Salah satu antara 6 bidang dalam NKRA ini ialah meningkatkan pencapaian pelajar ataupun developing high quality human capital. Pelbagai polemik yang disentuh dalam bidang pendidikan yang menjadi fokus kerajaan. Ini menunjukkan betapa seriusnya pihak kerajaan melalui kementerian pendidikan berusaha untuk memperbaiki mutu pendidikan di negara kita. Namun, segala usaha ini tidak akan berjaya secara optimum jika tidak mendapat kerjasama jitu daripada pihak tuan-puan. Maka, saya menyeru ibu-bapa yang berada di sini supaya memberi sepenuh kerjasama kepada pihak sekolah dalam usaha kami untuk memenuhi kehendak pihak kementerian pendidikan. Semoga gandingan jitu antara ibu-bapa dan pihak sekolah akan terus membuahkan hasil yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan. Pada kesempatan ini juga, ingin saya menarik perhatian tuan-puan kepada pencapaian akademik anak-anak tuan-puan berdasarkan PKSR yang telah dijalankan baru-baru ini. BM (PEM) Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 94.4% 95.83 89.09 91.74 97.37 95.79 BM (PEN) 95.37 95.83 93.64 83.49 89.47 80.00 B.I 81.48 54.17 84.55 62.39 64.04 83.16 MATE. 92.59 94.17 79.09 50.19 65.79 47.37 SAINS 94.44 100 96.36 78.90 83.33 74.74

Secara keseluruhannya, analisa ini menunjukkan corak peningkatan di sanasini. Subjek matematik dan sains masih merupakan subjek yang agak bermasalah

di kalangan murid-murid di sekolah ini. Untuk pengetahuan semua, kami masih lagi dalam proses untuk memperbaiki pencapaian keseluruhan dalam subjek-subjek ini. Proses pembelajaran bukan hanya di dalam kelas sahaja. Sebagai pelengkap kepada pendidikan secara formal, pengalaman di luar kelas juga merupakan cabang pendidikan. Menyedari hal ini, pihak sekolah juga menitikberatkan pencapaian dalam ko kurikulum. Menyorot kejayaan pihak sekolah bagi sepanjang tahun 2011 ini, beberapa kejayaan telah dicatatkan. Antaranya ialah johan di peringkat kebangsaan dalam acara perahu layar, johan negeri dalam acara lompat tinggi, johan daerah bagi permainan bola sepak, naib johan daerah bagi ragbi harimau dan beberapa kejayaan lain. Pihak sekolah juga telah menghantar wakil untuk pertandingan bercorak ko akademik seperti choral speaking, pidato, bercerita, tokoh nilam dan lain-lain. Sepanjang tahun ini juga, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di sekolah. Antaranya ialah Julai bulan membaca, kem bestari solat, temasya sukan sekolah, kem kecemerlangan UPSR, Larian 1 Malaysia, Bulan Bahasa, Minggu bahasa inggeris, hari kantin dan beberapa aktiviti lain. Semua aktiviti ini mempunyai objektifnya tersendiri dalam membentuk peribadi murid-murid. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya tidak mahu berucap dengan lebih panjang lebar lagi. Sebelum saya mengundur diri, sebagai intiha sekali lagi ingin saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu-bapa dan anak didik yang akan menerima anugerah pada hari ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada yang dipertua pibg kerana telah mengeluarkan keseluruhan perbelanjaan bagi majlis hari ini. Saya akhiri ucapan saya dengan kalimah wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikum warohmatuhhiwabarokatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai