Anda di halaman 1dari 10

JAN MAC 2012

EDISI 1/ 2012

www.smvklawang.com

PENASIHAT:

Pn Hjh Fatimah bt Md Akhir Pn Norliza bt Ismail En Rozaidi b Abd Rani En Nor Mohd Azrai Hashim
En Mohd Rizal Abdul Ghani

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Buletin SMVKK Edisi Pertama 2012 telah berjaya diterbitkan buat tatapan semua. Melalui buletin ini, segala maklumat berkaitan aktiviti dan pencapaian sekolah dapat dikongsi bersama. Lebih penting daripada itu, dokumentasi berkaitan aktivitiaktiviti tersebut dapat dijadikan kayu ukur untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada agar SMVKK dapat mencari kekuatan sebenar bagi melonjakkan dirinya menjadi yang terhebat dalam kalangan yang terbaik. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Jawankuasa Sidang Redaksi Buletin PSS SMVKK yang telah berjaya menerbitkan buletin ini. Tanpa usaha dan kerjasama dari semua pihak, pastinya Buletin ini tidak dapat diterbitkan dengan jayanya. Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar tahun 2012 merupakan tahun yang lebih cemerlang untuk SMVKK. Seterusnya kita dapat mengharungi arus tranformasi pendidikan negara yang semakin mencabar. Semoga dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga sekolah, SMVKK akan berjaya memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi.

KETUA EDITOR: EDITOR: WARTAWAN:

PEREKA GRAFIK:
Pn Noor Fazilla Bt Ismail Sabri b Mat Zain

FOTOGRAFI:

Menarik Di Dalam
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Program Orientasi Pelajar Sesi 2012/2013 Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-18 Bulan Dakwah SMVKK Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Negeri Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-21 Sesi 2012/2013 Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2011 Lawatan Sambil Belajar ke Karnival UNITI Sekilas Kejayaan KoKurikulum SMVKK

Sekian, terima kasih

Page 2

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

9 Jan 2012 Tarikh yang penuh bermakna buat SMVKK


kerana telah menerima seramai 296 orang pelajar Tingkatan 4 sebagai warganya yang baru. Bagi mengalu-alukan kehadiran semua Pendaftaran kelas dengan guru kelas pelajar Tingkatan 4 bersama-sama ibu bapa / penjaga mereka, tirai program dimulakan dengan ucapan Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) iaitu Pn Nor Aziah bt Abdul Ghani. Seterusnya, sesi taklimat telah diberikan oleh Pengetua SMVKK, Pn Hjh Fatimah bt Md Akhir bagi menerangkan secara jelas berkaitan perkembangan SMVKK untuk makluman semua pelajar dan ibu bapa / penjaga. Program diteruskan lagi dengan sesi pendaftaran kelas, penyerahan barang keperluan pelajar oleh Koperasi SMVKK Bhd dan berakhir dengan sesi pendaftaran pelajar di Asrama SMVKK. Adalah menjadi harapan semua pihak, kehadiran semua pelajar baru Tingkatan 4 ini ke SMVKK akan menjadi perintis kepada kecemerlangan mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Penyerahan barang keperluan di koperasi SMVKK Sesi taklimat ibu bapa / penjaga

Bersempena dengan Sesi Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2012/2013, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMVKK dengan kerjasama Unit Asrama SMVKK dan Badan Pemimpin Pelajar SMVKK telah melaksanakan program orientasi pelajar. Program yang dikenali sebagai Program Serasi Bersama ini bermatlamat untuk menyemai rasa kasih dan sayang terhadap SMVKK dalam kalangan pelajar terlibat. Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai sesi motivasi diri bagi mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang berada di SMVKK. Sesi suai kenal ini telah berjalan dengan jayanya selama 1 minggu. Walaupun mengikuti jadual program yang padat, para pelajar tetap bersemangat dan memberi komitmen yang terbaik sepanjang program ini berlangsung. Diharap program ini dapat menyediakan para pelajar dari segi mental dan fizikal dalam menjadi warga SMVKK yang cemerlang .

Lawatan ke sekitar sekolah

Sesi taklimat berkaitan Pusat Sumber

Page 3

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

11 Februari 2012 -Seperti tahun-tahun lalu, semua pelajar yang terlibat perlu menghabiskan larian sepanjang trek bermula dari SMVKK ke Kampung Sepri. Dengan diawasi oleh guru-guru dan dibantu oleh 3 orang pegawai polis trafik dari IPD Jelebu, semua pelajar dapat menghabiskan larian seperti yang ditetapkan. Dilaporkan tiada sebarang kecederaan serius sepanjang kejohanan berlangsung. Rumah Sukan Bendahara telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan dan Rumah Sukan Syahbandar dinobatkan pula sebagai Naib Juara Kejohanan untuk acara Merentas Desa pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya melibatkan diri dalam kejohanan tersebut. Larian di pintu masuk utama SMVKK

RUMAH SUKAN
BENDAHARA SYAHBANDAR

KEPUTUSAN
JUARA KESELURUHAN NAIB JUARA

13 Februari 2012 - Dengan bertemakan `Tak


Kenal Maka Tak Cinta, Indahnya Islam , Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pelbagai aktiviti dalaman seperti Tilawah Al-Quran, Pertandingan Khat Jawi, Hafazan Al-Quran, Syarahan Spontan, Nasyid dan Marhaban. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMVKK 2012 turut diadakan pada 17 Februari 2012 dengan menjemput Ustaz Mohd Firdaus Bin Manap, Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk memberi ceramah berkaitan sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah yang diadakan di surau al -Muttaqin ini diharap akan dapat melahirkan insan Islam cemerlang dunia dan akhirat dengan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai `role model. Semasa Program Bulan Dakwah SMVKK 2012 berlangsung, para pelajar yang memenangi pertandingan aktiviti Program Bulan Dakwah peringkat sekolah telah mewakili sekolah ke Majlis Tadarus AlQuran (MTAQ) Peringkat Daerah Jelebu pada 24 Mac 2012 yang lalu. Dalam majlis tersebut, SMVKK telah berjaya merangkul tempat ketiga menerusi acara Hafazan dan Tilawah Al-Quran (perempuan). Tahniah diucapkan semua peserta yang berjaya dalam pertandingan tersebut.

Penceramah, Ustaz Mohd Firdaus Bin Manap

Hadirin mendengar ceramah Maulidur Rasul

Acara MTAQ

penyampaian

hadiah

Page 4

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

23 Februari 2012SMV Kuala Klawang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Negeri yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang, Hosapa, Titi, Jelebu. Majlis Penutupan Rasmi kejohanan ini telah disempurnakan oleh Yang Bahagia Dato Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan.

Sabda Rasulullah S.A.W : Sesiapa yang ingin supaya dipermudahkan Allah rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang). (HR Bukhari)

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Aksi pemain semasa pertandingan

20 dan 22 Februari 2012SMV Kuala Klawang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Jelebu yang diadakan di Dewan Besar SMVKK. Pasukan Elit Sepak Takraw SMVKK turut menyertai kejohanan tersebut dan telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Para pemenang dikalungkan pingat kejohanan

Antara pemain pasukan elit Sepak Takraw yang menyertai kejohanan

Page 5

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

9 Mac 2012 - Majlis Perasmian Mesyuarat telah disempurnakan oleh Pn Nor Aziah bt Abdul Ghani, YDP PIBG. Dengan dihadiri seramai 201 orang ahli, mesyuarat tersebut telah membahaskan 20 cadangan yang telah diusulkan oleh ibu bapa / penjaga pelajar. Mesyuarat agung tersebut juga telah bersetuju melantik Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013 dengan diketuai oleh En Mohd Azahar bin Yahaya sebagai YDP PIBG yang baru. Dengan perlantikan tersebut, diharapkan agar hubungan baik antara PIBG dan pihak sekolah dapat dipereratkan lagi demi kecemerlangan para pelajar dan SMVKK amnya.

21 Mac 2012Merupakan hari yang penuh debaran dengan menyaksikan para pelajar lepasan SPM 2011 mengambil keputusan Peperiksaan SPM 2011. Sekalung penghargaan diberikan kepada En Mohd Azahar bin Yahaya , YDP PIBG Sesi 2012/2013 yang turut menjayakan program ini dengan menyerahkan secara rasmi slip keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan 5A dan ke atas. Gred purata sekolah 4.22 tahun 2011 memperlihatkan peningkatan berbanding 4.26 pada tahun sebelumnya. Seramai 31 orang pelajar telah memperolehi 5A, 9 orang memperolehi 6A dan 3 orang mendapat 7A. Mohamad Faizal Bin Kadir daripada Kursus MPAV Elektrik-Elektronik muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2011 SMV Kuala Klawang dengan memperolehi 8A. Warga SMV Kuala Klawang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Semoga keputusan peperiksaan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar SMV Kuala Klawang yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2012.
GRED BIL. PELAJAR

8A 7A 6A

1 3 9 31

Antara pelajar cemerlang yang menerima slip keputusan SPM dari YDP PIBG

Pelajar menerima slip keputusan SPM dari guru kelas

5A

Page 6

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

31

matlamat menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan para pelajar SMVKK, satu lawatan sambil belajar dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMVKK ke Karnival Buku Uniti Bersama Karangkraf di Kolej Uniti Tjg Agas, Port Dickson. Lawatan ini disertai oleh 16 orang Pengawas PSS dan 6 orang ahli kelab Pusat Sumber Tingkatan 5 bersama 3 orang guru PSS. Dalam lawatan tersebut, para pelajar dibawa melawat ke gerai-gerai jualan dan pameran yang ada untuk melihat pelbagai koleksi buku dan majalah. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk melawat ke suatu tempat yang berfaedah khasnya dalam memberikan maklumat dan informasi terkini serta menambah ilmu pengetahuan mereka. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam membina kerjaya mereka di masa akan datang. Menurut penyelaras lawatan, Pn Norliza bt Ismail, lawatan ini merupakan satu strategi yang diambil oleh PSS dalam mendekatkan diri generasi muda dengan bahan-bahan bacaan yang berfaedah agar usaha melahirkan rakyat malaysia yang berjaya dengan menjadikan buku sebagai teman hidup dapat dicapai.
Sesiapa yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. (Frank Tibolt) Orang yang bijaksana sentiasa dilanda kebimbangan (Zhuang Zi)

Mac

2012

Dengan

Ilmu adalah KUASA. Maka kuasailah ilmu. (Francis Bacan) Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam. (Hamka)

Page 7

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

Pertandingan Tarikh Kejohanan Tempat

: Badminton MSSM Daerah Jelebu : 30 31 Januari 2012 : Sek. Men. Keb. Undang Jelebu

Kategori Perseorangan Lelaki 18 Tahun Beregu Lelaki 18 Tahun Beregu Campuran 18 Tahun

Keputusan Johan Naib Johan Tempat Ke-3

Pertandingan Tarikh Kejohanan Tempat

: Ping pong peringkat Daerah Jelebu 2012 : 1 Februari 2012 : Dewan Kg Baru, Simpang Pertang Tempat ketiga beregu lelaki

Page 8

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

Johan kumpulan kategori lelaki bawah 18 tahun 2 orang pelajar mendapat tempat ke -6 dan 8 Mohd Arif Idham b Abdul Jalil terpilih ke peringkat negeri

Pertandingan Tarikh Tempat

: Merentas Desa Daerah Jelebu : 2 Februari 2012 : SMK Undang Jelebu

Tempat ketiga beregu lelaki Pertandingan : Pertandingan Puisi & Lagu peringkat Daerah Jelebu 2012 Tarikh : 5 Mac 2012 (Rabu) Tempat : Muzium Adat, Jelebu

Pertandingan : Kejohanan Olahraga

Tarikh Tempat

Peringkat Daerah Jelebu ( Padang & Balapan ) : 5 8 Mac 2012 : SMK Teriang Hilir
Pertandingan : Kejohanan Bola Tampar MSSM Acara Keputusan Tempat Ke-2 Tempat ke-3 Tempat Ke-3 Tempat Ke-2 Mohammad Nor Adeka b Abdullah terpilih untuk Kejohanan Peringkat Kebangsaan di Sarawak

Lempar Cakera (Lelaki) 200m (Lelaki) 4 x 100m (Lelaki) Lontar Peluru (Perempuan)

peringkat negeri 2012 Tarikh : 21, 22 & 23 Februari 2012 Tempat : Kompleks Sukan Negeri Paroi

Page 9

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

Pertandingan : Bola Tampar MSSM

peringkat Daerah Jelebu Tarikh : 8 & 9 Februari 2012 Tempat : SMA Dato Haji Tan Ahmad

Johan - pasukan lelaki Tempat ketiga pasukan perempuan * mewakili daerah Jelebu di Kejohanan Bola Tampar MSSM peringkat negeri.

Pertandingan Tarikh Kejohanan Tempat

: Pertandingan bola jaring peringkat Daerah Jelebu 2012 : 9 Februari 2012 : SMK Pertang

Naib Johan

Page 10

BULETIN SMVKK EDISI 1/2012

www.smvklawang.com

Pertandingan Tarikh Kejohanan Tempat

: Pertandingan Kawad Hos Peringkat

Daerah Jelebu Jempol 2012


: 29 Feb 1 Mac 2012 : Sek. Men Kebangsaan Seri Jempol,

Negeri Sembilan

Pasukan layak untuk mewakili Daerah Jelebu Ke Pertandingan Kawad Peringkat Negeri Sembilan

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. Peribahasa Arab Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Samuel Johnson Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. Voltaire Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Anda mungkin juga menyukai