Anda di halaman 1dari 16

PERSON CENTERED THERAPY

MAHAZI SI HARUN PR20068588

BIOGRAFI CARL ROGERS


Lahir pada 8 Februari 1902 di Oak Park, Ilinois. Meninggal dunia pada tahun 1987. Berpegang teguh dan berpandukan ajaran Protestan. Tahun 1942, memperkenalkan nondirective counseling. Tahun 1951, menamakan semula sebagai Terapi Pemusatan Klien Tahun 1961, mengeluarkan sebuah buku bertajuk On Becoming Person. Tahun 1968, telah menubuhkan Center For Studies Of Person.

PENGENALAN TERAPI

Ia mencabar pendekatan pusatan kaunselor dan kaunseling arahan serta teknik-teknik dan tatacara berbentuk nasihat, saranan arahan dan sebagainya. Manusia itu baik, boleh dipercayai dan ada keupayaan untuk faham diri sendiri serta selesai masalah mereka sendiri. Sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan dengan kaunselor merupakan 2 faktor utama bagi kejayaan terapi.

CIRI-CIRI UTAMA TERAPI


Penglibatan klien yang aktif dalam meneroka dan mengatasi masalahnya. Klien memang berupaya untuk celik akal mengenai masalahnya dan berupaya serta bersedia untuk berubah. Klien hendaklah ada rasa tanggungjawab untuk berubah dan berkembang. Klien akan mengenali sebarang tingkah laku yang tidak rasional melalui perokaan perasaan yang dibuatnya sendiri.

SIFAT TABII MANUSIA

Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud rasa percayamempercayai dan hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Manusia mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana diri andainya wujud keadaan yang sesuai.

SIFAT TABII MANUSIA

Untuk membolehkan manusia berkembang secara positif dan membina, mesti wujud 3 keadaan :

Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat Kefahaman yang mendalam

CIRI-CIRI PENDEKATAN TERAPI

Fokus kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk cari jalan bagi hadapi kenyataan. Fleksibel dan sedia menerima perubahan dari masa ke semasa. Klien melihat kenyataan dan realiti masalahnya dari kaca mata sendiri. Menekankan usaha bersama antara terapis dan klien untuk membolehkan klien berkembang. Kuasa dan kawalan tidak dipegang oleh terapis.

PROSES DAN MATLAMAT TERAPI

Kesediaan menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar. Yakin akan diri sendiri. Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri. Kesediaan untuk berkembang.

PERANAN & FUNGSI TERAPIS


Dengan sikap dan kebolehan berempati, terapis haruslah berfungsi sebagai fasilitator. Berusaha wujudkan suasana yang sesuai dan galakkan klien mengalami rasa bebas untuk teroka dan alami suasana hidup yang dinafikan. Terapis haruslah membantu agar tidak bersifat bela diri atau defensif bagi setiap tingkahlakunya. Terapis haruslah memperlihatkan kepada klien yang mereka sama taraf.

MEWUJUDKAN PERANAN & FUNGSI TERAPIS


Pertemuan yang baik antara terapis dan klien Terapis haruslah dalam keadaan kongruen Terapis sedia terima klien tanpa syarat, tanpa prasangka dan anggapan Terapis boleh berempati bagi merasai dan alami masalah klien Terapis haruslah jujur, ikhlas dan terbuka

PERANAN DAN KEADAAN KLIEN


Persepsi individu mengenai dirinya sendiri

KENDIRI

Penilaian individu Tentang persepsi Orang lain terhadap dirinya

Penilaian orang Lain akan diri Individu itu

PERANAN DAN KEADAAN KLIEN


Pengalaman meneroka perasaan Penemuan dengan sikap yang disangkal dan dinafikan Pengalaman menyusun semula kendiri Mengalami kemajuan Mengalami penamatan proses kaunseling

KEADAAN BAGI MENGHASILKAN PERUBAHAN PERSONALITI


Dua orang berhubung secara psikologi Klien, berada dalam keadaan tidak kongruen serta alami kerisauan. Terapis, dalam keadaan kongruen. Terapis terima klien tanpa syarat atau prasangka. Terapis dapat rasa, persepsi dan alami apa yang berlaku pada klien. Klien berupaya dapat rasa rasa, persepsi dan alami yang terapis terimanya tanpa syarat

TIGA SIFAT ATAU SIKAP TERAPIS YANG PENTING


Kejujuran, keikhlasan dan ketulenan. Kesediaan terima klien tanpa syarat. Kefahaman empati yang tepat.

TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI


Mendengar Penerimaan Menghormati Memahami Maklumbalas

PERSPEKTIF PELBAGAI BUDAYA


Telah digunakan ke atas banyak budaya dan keadaan. Syarat-syarat teras adalah berdasarkan sesuatu budaya dan mungkin sukar untuk digunakan ke atas budaya lain. Kemungkinan ada klien yang mahu pendekatan ini menyediakan sesi atau panduan lebih berstruktur