Anda di halaman 1dari 1

Mata Pelajaran dan Kelas: Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari Tema/Tajuk: Kebudayaan - Makanan Kita Masa: 7.30 8.

.30 pagi Standard Pembelajaran: 1.4.4 / Literasi 3.2 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul. 2. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul secara bertatasusila. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog. 2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli. 3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayat permintaan berdasarkan situasi. 4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau lembaran kerja. Aktiviti Literasi 1. Menyebut dan memahami frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam ayat permintaan berdasarkan dialog. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Nilai Murni berbudi bahasa, jujur Keusahawanan sikap dan pemikiran keusahawanan TMK belajar melalui TMK Bahan Bantu Belajar: Radio/komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan. Refleksi: 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.