Anda di halaman 1dari 6

3.

LAPORAN PENYIASATAN

Modifikasi Aktiviti Lampu Membaca Lampu Pelombong daripada Buku Teks KBSR Sains Tahun 5

Penyataan masalah : Nyalaan mentol lampu membaca tidak terang dan sel kering tidak tahan lama. Objektif Hipotesis : Untuk mengkaji litar yang paling efektif bagi lampu membaca. : Litar yang menyambungkan sel kering secara siri dan mentol secara selari adalah litar yang paling efektif. Inferens : Litar yang menyambungkan sel kering secara siri dan mentol secara selari adalah litar yang paling efektif kerana memiliki beza keupayaan yang paling tinggi dan sel kering mampu bertahan lebih lama. Bahan dan radas : 2 sel kering, 2 mentol, 1 pemegang bateri, 2 pemegang mentol, suis, jam randik, voltmeter dan wayar penyambung dengan klip buaya.

Pembolehubah

: : Jenis mentol, jenis sel kering. : Jenis penyambungan mentol dan sel kering di dalam litar, tempoh masa.

Pembolehubah dimalarkan Pembolehubah dimanipulasi

Pembolehubah bergerak balas

: Beza keupayaan, V (Volt).

Definisi secara operasi Pembolehubah Pemboleh ubah dimanipulasi (tempoh masa) Pembolehubah bergerak balas. (beza keupayaan)

: Pemerhatian Tempoh masa dalam minit. Operasi mengukur Mengira bilangan minit yang diperlukan dengan menggunakan jam randik. Bacaan voltmeter Mengira beza keupayaan litar melalui bacaan voltmeter.

Jadual 3.1: Pendefinisian secara operasi.

Prosedur Prosedur

: Kemahiran Proses Sains KPS 2: Mengelas

1. Semua komponen elektrik disambungkan membentuk litar A dengan menyambungkan sel kering secara siri dan mentol secara selari. 2. Bacaan voltmeter diambil sebaik sahaja suis ditekan. 3. Keterangan nyalaan diperhatikan. Pemerhatian direkodkan dan inferens dibuat. 4. Beza keupayaan direkodkan melalui bacaan voltmeter selepas 2 minit, 4 minit, 6 minit, 8 minit dan 10 minit. 5. Prosedur 1 hingga 4 diulangi dengan menukar penyambungan mentol secara selari dalam litar A kepada penyambungan mentol secara siri bagi membentuk litar B. 6. Litar B diubah suai bagi membentuk litar C dengan menyambungkan mentol secara selari dan sel kering secara siri. Prosedur 2 hingga 4 diulangi bagi mendapatkan beza keupayaan litar C. 7. Litar C diubah suai dengan menukarkan penyambungan mentol secara selari dalam litar C kepada pemyambungan mentol secara siri bagi membentuk litar D. Prosedur 2 hingga 4 diulangi bagi mendapatkan beza keupayaan litar C.

KPS 3: Mengukur dan Menggunakan Nombor KPS 1: Memerhati KPS 4: Membuat Inferens KPS6: Berkomunikasi KPS 7: Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

KPS 10: Mengawal Pembolehubah

8.

Senarai semak prosedur sambungan litar bagi litar adalah seperti jadual dibawah:

Litar

Rajah Skematik

Jenis Penyambungan Sel Kering

Jenis Penyambungan Mentol Selari

Siri

Siri

Siri

Selari

Selari

Selari

Siri

Jadual 3.2: Jadual senarai semak prosedur penyiasatan. 9. Bacaan voltmeter mengikut tempoh masa dijadualkan bagi semua litar.

10. Maklumat dipindahkan ke dalam bentuk graf iaitu graf volt melawan masa untuk dianalisa.

Keputusan Litar A B

: Pemerhatian Inferens Beza keupayaan paling tinggi Beza keupayaan lebih rendah berbanding litar A Beza keupayaan lebih rendah berbanding litar B Beza keupayaan paling rendah

Nyalaan mentol paling terang Nyalaan mentol kurang terang berbanding litar A

Nyalaan mentol kurang terang berbanding litar B

Nyalaan mentol paling malap.

Jadual 3.3: Rekod pemerhatian dan penyataan inferens.

Tempoh masa, t (min) 0 2 4 6 8 10 Litar A 2.8 2.7 2.5 2.5 2.4 2.2

Beza keupayaan, V (V) Litar B 2.0 1.9 1.7 1.7 1.5 1.5 Litar C 1.2 1.1 1.1 1.0 0.9 0.8 Litar D 1.0 0.9 0.9 0.7 0.5 0.5

Jadual 3.4: Rekod beza keupayaan, V litar bagi setiap 2 minit.

Pengiraan: Litar Pengurangan beza keupayaan selepas 10 minit, V (V). Ramalan tempoh masa sel kering kehabisan cas. Jadual 3.5: Jadual pengiraan tempoh masa sel kering kehabisan cas. A 2.8 2.2 = 0.6 50 minit B 2.0 1.5 = 0.5 30 minit C 1.2 0.8 = 0.4 40 minit D 1.0 0.5 = 0.5 20 minit

Graf

: Rujuk Graf 1.1

Perbincangan 1.

Dalam satu medan elektrik atau litar elektrik, cas akan bergerak (mengalir) daripada satu titik ke titik yang lain jika terdapat beza keupayaan di antara dua titik itu. Unit SI bagi beza keupayaan ialah volt dengan simbol V.

2.

Mentol dalam litar A adalah paling terang. Hal ini adalah kerana litar tersebut memiliki beza keupayaan paling tinggi berbanding litar lain atau memiliki beza keupayaan yang tinggi.

3.

Nisbah pengurangan beza keupayaan dikira bagi mendapatkan tempoh masa bagi setiap litar kehabisan cas sel kering untuk mendapatkan litar yang paling tahan lama.

4.

Litar paling efektif ialah litar A, kerana mempunyai beza keupayaan paling tinggi yang menghasilkan nyalaan mentol paling terang dan mampu bertahan lebih lama berbanding litar yang lain.

Kesimpulan

Litar yang paling efektif ialah litar yang menyambungkan sel kering secara sesiri dan mentol secara selari. Hipotesis diterima.