Anda di halaman 1dari 27

1.

Pengenalan

Strategi pengajaran yang berkesan adalah penting dalam menghadapi realiti kebolehan murid yang berbeza-beza. Ini memerlukan para guru merancang strategi atau kaedah pengajaran yang baik supaya dapat memenuhi kehendak semua murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Mengikut Kamus Dewan (1998),strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam mengurus sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dala pengajaran dan pembelajaran berdsarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
( Mok Soon Sang, , 2010, m.s 91 )

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama, iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Dalam trend pengajaran terkini bidang pendidikan lebih banyak menjurus kepada kurikulum yang menekankan kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan murid. Dalam jangka masa yang panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan murid dapat menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk murid yang berdikari.
( Dr.Abdullah Ibrahim, KUKTEM,2010 )

Guru yang berjaya adalah guru yang bijak dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaluinya. Perancangan yang baik akan menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Bagi setiap strategi yang dipilih hendaklah sesuai dengan teknik dan bahan bantu pembelajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya strategi berpusatkan murid perlulah sejajar dengan pemilihan bahan bantu pembelajaran yang sesuai bagi memastikan hasil pembelajaran yang ditetapkan berjaya dicapai.

2. Strategi Berpusatkan Murid

2.1 Definisi 2.1 Definisi

Strategi

berpusatkan

murid

bermaksud

memberi

tumpuan

kepada

perkembangan

pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid berkaitan jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, dan mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif serta terlibat dalam penilaian yang berterusan. Guru adalah sebagai pendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang. Dengan kata lain guru hanya sebagai pembimbing kepada murid dalam aktiviti pembelajaran dan murid adalah pelakunya.

Menurut Dr. Abdullah Ibrahim, KKUTEM (2010 ), pembelajaran berpusatkan murid adalah satu pendekatan pendidikan dimana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian adalah berfokuskan kepada murid. Murid merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan murid. Bagi model pembelajaran berpusatkan murid ini, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru pula berubah daripada berperanan sebagai memberi kepada menjadi fasilitator.

Pendapat Mok Soon Sang,Pedagogi Untuk Diploma Peguruan,(2002) strategi pemusatan murid ialah murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Muridmurid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

2.2 Konsep 2.2 Konsep strategi berpusatkan murid

Berdasarkan definisi, strategi berpusatkan murid merupakan satu strategi yang memerlukan murid sebagai pelaku semua aktiviti yang dirancang oleh guru, manakala guru adalah sebagai fasilitator untuk memastikan aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan

dengan betul dan berjaya. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.
(Esah Sulaiman (2004).m.s 35)

Strategi berpusatkan murid ini selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan untuk memastikan murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui pembelajaran ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.Oleh itu, aktiviti penilaian,pemulihan, dan pengayaan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembejalaran dalam strategi berpusatkan murid. (Dr. Ali Mahmood, et al. ,Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu,2011,m.s 14)

Selain daripada itu, strategi pemusatan murid adalah merupakan salah satu ciri-ciri utama KBSR dan KBSM. Murid menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka.Lebih banyak masa diperuntukkan kepada murid untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai pemudahcara.
(Shahcbudin Hashim,et.al, Pedagogi,Strategi&Teknik Mengajar Dengan Berkesan, 2007,m.s25)

Corak komunikasi yang digunkan juga adalah lebih aktif dengan interaksi antara gurumurid dan muridmurid.

GURU

MURID

MURID

Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik dan murid bebas bertanya serta memberi pendapat. Guru juga menggalakkan murid terlibat secara aktif mencuba dan melakukan aktiviti pembelajaran sendiri. Yang diberi perhatian ialah pencapaian objektif pembelajaran. Banyak teknik perbincangan dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama dan toleransi dikalangan murid yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu guru juga lebih berpeluang berinteraksi dengan murid dan boleh mengesan kelemahan mereka di

peringkat awal lagi. Langkah-langkah mengatasi kelemahan dapat dijalankan dengan cepat. Hasilnya murid dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

Pelbagai kaedah dan teknik boleh diguna bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Antaranya; Projek Inkuiri-penemuan Perbincangan Penyelesaian masalah Simulasi(Sosiodrama/main peranan) Permainan Sumbangsaran Berkumpulan

(Mok Soon Sang, Pendekatan dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran,2010, m.s 93) & ( Ang Huat Bin, Konsep & Kaedah Pengajaran, 1999,ms 29-31)

2.3 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid 2.3 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid Terdapat beberapa ciri dalam strategi berpusatkan murid, antaranya ialah;

1. Murid memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala guru hanya berperanan sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

2. Komunikasi dan interaksi dalam strategi berpusatkan murid ini adalah bersifat dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dn bertindak balas dengan memberi jawapan mereka.

3. Kepimpinan guru adalah bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guna harus banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dn pembelajaran.

4. Dalam, strategi berpusatkan murid pencapaian objektif pembelajaran murid lebih diutamakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.

5.

Melalui

aktiviti

berpusatkan

murid

yang

dilaksanakan

akan

dapat

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

6. Ujian formatif amat ditekankan. Manakala keputusan ujian akan kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid.

7. Selain daripada itu guru hendaklah menyampaikan pengajaran yang bermakna agar murid-murid dapat memahamo fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. 8. Melalui aktiviti berkumpulan peluang interaksi antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.

9. Strategi berpusatkan murid ini sangat mementingkan pembelajaran yang menggunakan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.

10. Murid-murid dapat menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif melalui strategi berpusatkan murid.

3. Bahan Bantu Pembelajaran

3.1 Definisi

Bahan bantu pengajaran ialah segala kelengkapan, perkara, atau benda yang digunakan oleh guru untuk membantu murid, belajar dengan lebih berkesan dan menarik. (Dr. Ali Mahmood,et.al, Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, m.s 152)

Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran dibilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.
( Kamaruddin (1986),m.s214),

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam penyampaian pengajaran.Ia merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
http://ge2123.tripod.com/Norazura/nota1.html

3.2 Konsep

Merujuk kepada definisi bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dapatlah kita ketahui bahawa bahan bantu pembelajaran ini sangat penting. Ia merupakan bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Secara amnya murid merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan bahan bantu mengajar. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelaran dengan baik. ( Kamal et.al,1987,m.s 227 )
6

Atan Long, (1981:179-203 ) telah membahagikan bahan bantu pengajaran kepada tiga kumpulan, iaitu alat pendengaran, alat pandangan, dan alat pandang dengar. Manakala Norziah Abdul hamid (1981) mengkategorikan bahan bantu pengajaran kepada dua kumpulan iaitu, media elektronik dan media bukan elektronik. Bagi Hanapiah Sudin (1979:51-52) dan Khairiah Ahmad (1980:13) mengkelaskannya kepada dua, iaitu bahan-bahan software dan bahan-bahan hardware. Ngui Kuen Sang (1981:35) pula menerangkan bahan bantu mengajar tidak dapat ditakrifkan dengan tepat, walaupun pada keseluruhannya, ramai pendidik yang menyetujui bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pandangan seseorang.

Kesimpulan daripada pernyataan di atas, bahan bantu pembelajaran dapat dikategorikan kepada beberapa kumpulan;
i. Media elektronik

Contoh: Slaid, pita video/rakaman, perakan video/kaset, OHP, televisyen dan lain-lain.

ii.

Media Cetak

Contoh: Buku, gambar, carta, akhbar, risalah, brosur dan lain-lain.

iii.

Media Tiga Dimensi ( 3D )

Contoh: Realia, model, diodrama, mobil, topeng, boneka, akuarium, terrarium. iv. Persekitaran

Contoh: Bunyi, warna, cahaya, bau, pergerakan dan lain-lain.

3.3 Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Pembelajaran

Fungsi utama bahan bantu pembelajaran adalah bagi memudahkan para pelajar
v. Manusia

memahami isi pengajaran. Bahan bantu pembelajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti,
Contoh: bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar mendapat hasil Pengalaman, tingkah Walaupun pada masa-masa tertentu murid-murid memahami pembelajaran yang diingini. laku, tokoh dan lain-lain

pengajaran guru, namun keperluan kepada bahan bantu pembelajaran adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan murid-murid. Keberkesanan bahan bantu pembelajaran bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaanya dalam situasi bilik darjah. ( Rashidi Azizan, et.al,1996,m.s145) . Bagi memastikan kejayaan penggunaan bahan bantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran beberapa prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran perlu diambil berat oleh guru-guru agar dapat menggunakan bahan bantu tersebut dengan lebih berkesan.Prinsipprinsip pemilihan adalah seperti berikut;

a. Bersesuaian Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat mata pelajaran yang diajar. Selain itu guru perlu melihat pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, keadaan murid, suasana pembelajaran, dan minat murid.

Aspek Kesesuaian dalam Pemilihan Bahan:

Perkara

Penerangan

Objektif dan matlamat mata pelajaran

Bagi mencapai objektif P&P guru hendaklah memilih bahan-bahan yang sesuai agar dapat
8

membantu mencapai objektif tersebut. Sesuai dengan hasrat dan nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan, dan situasi tempatan.

Pendekatan, pengajaran.

kaedah

dan

teknik

Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihan dalam penggunaannya hendaklah ditentukan terlebih dahulu.

Keadaan murid

Pemilihan bahan perlu disesuaikan dengan keadaan murid yang mengikuti mata

pelajaran tersebut. Tentukan latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, dan taraf pencapaian murid ketika memilih bahan bantu

pengajaran.

Suasana pembelajaran

Bahan-bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik.

Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid, isi pelajaran, bahan dan guru. Kesesuaian bahan yang dipilih dapat

mendorong, menggerakkan, mengekalkan, mengarahkan, dan menentukan reaksi

subjektif yang wujud dala organisasi pada masa perkar iu berlaku.

Minat murid

Bahan

pengajaran

yang

dipilih

mesti

disesuaikan dengan minat murid.

b. Mencabar Terdapat tiga konsep penting dalam proses pembelajaran, iaitu ransangan ,pemikiran dan tingkah laku.Bahan-bahan yang dipilih haruslah memberi ransangan untuk murid berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Oleh itu ianya hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut; i. ii. iii. Bahan konkrit kepda abstrak. Bahan mudah kepada kompleks. Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada yang mempunyai hubungan bersepadu. iv. v. vi. vii. Bahan khusus kepada umum ( induktif). Bahan umum kepada khusus ( deduktif). Bahan umu kepada teori Bahan masa kini kepada masa akan datang.

c. Menepati Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri berikut: i. Isi kandungan bahan sesuai dengan peringkat pencapaian murid, kebolehan, minat, latar belakang, serta pengalaman murid. ii. Susunan bahan mengandungi isi-isi utama yang sesuai, mempunyai hubungan antara bab dengan bab lainnya, dan ada kaitan dengan pengalaman murid. iii. iv. v. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepat. Fakta dipersembahkan secara objektif. Isu, fakta, dan maklumat yang terdapat dalam bahan pengajaran mestilah kemas kini dan memaparkan fakta semasa. vi. vii. Perbendaharaan kata yang sesuai dengan peringkat umur murid. Bahan mestilah mengikut prinsip pengajaran dan pembelajaran, iaitu daripada sudah diketahui kepada belum diketahui, mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak, khusus kepada umum, dan sederhana kepada rumit. viii. Bahan pengajaran berbentuk buku teks mestilah yang telah diperakui oleh Biro Buku Teks dan Kementerian Pelajaran.

10

ix.

Bahan pengajaran mestilah mengandungi soalan-soalan latihan dan soalansoalan ulangkaji.

d. Menarik Beberapa ciri fizikal perlu diambil kira bagi sesuatu, bahan, iaitu; i. Reka letak seperti peta, lukisan, carta jadual, draf, gambar,kartun atau penanda bab mestilah disusun berhampiran maklumat yang berkaitan. ii. iii. iv. Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur murid. Illustrasi dan bahan grafik mestilah dapat menarik minat murid. Kualiti kulit dan cara buku dijilid mesti kemas dan mampu menarik minat murid untuk membacanya. v. Arahan pada bahan pengajaran mestilah jelas.

e. Jimat dan Mudah Bahan pengajaran boleh dihasilkan sendiri oleh guru atau murid-murid dengan bimbingan guru. Ini dapat menunjukkan daya kreativiti guru atau murid. Bagi bahan elektronik pula perlu dititik beratkan soal keselamatan dan tidak merbahaya kepada penggunanya. Pengendalian bahan itu juga mudah dan tidak perlu kemahiran teknikal yang tinggi.

f. Praktikal Bahan pengajaran hendaklah praktikal iaitu boleh digunakan oleh sesiap sahaja sama ada murid mahupun guru.Bahan itu juga mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tahap umur, aras pemikiran dan pencapaian, serta objektif pengajaran.

g. Mudah Alih Bahan pengajaran hendaklah sentiasa berfungsi dan boleh dibawa kemana sahaja dan tidak terlalu berat dan besar. ( Dr. Ali Mahmood,et al. 2011,m.s 154-158)

11

4. Faktor-faktor dan Cara-cara Sesuatu Bahan Pembelajaran DiSesuaikan Dengan Strategi Berpusatkan Murid.

4.1 Faktor-faktor untuk p pemilihan dan kesesuaian untuk 4.1 berpusatkan murid. berpusatkan murid.

bahan bantu mengajar dengan strategi

Strategi berpusatkan murid adalah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid manakala guru hanya sebagai pembimbing. Dengan itu sudah pasti bahan bantu pembelajaran yang digunakan mestilah sesuai dengan murid-murid dan bersifat membantu ke arah pembelajaran yang berkesan. Dalam pemilihan dan kesesuaian bahan bantu mengajar haruslah mengambil kira beberapa faktor di bawah;

Faktor-faktor pemilihan dan kesesuaian Bahan Bantu

Ulasan Ksesuaian Bahan BantuPembelajaran dengan Strategi Berpusatkan Murid

Pengajaran&Pembelajaran Faktor utama dalam pemilihan kesesuaian bahan bantu adalah 1. Objektif Pelajaran objektif pelajaran. Melalui objektif pelajaran kita akan tentukan kaedah dan teknik serta bahan bantu yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Contohnya, dalam Rancangan Pengajaran Harian saya, objektif utama saya ialah Melakonkan semula watak dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas berdasarkan skrip cerita. Saya memilih teknik simulasi iaitu salah satu kaedah yang digunakan dalam strategi berpusatkan murid bagi menyeronokkan lagi keadaan pembelajaran. Untuk menjayakan lakonan ini agar mudah difahami, saya menggunakan Media Tiga Dimensi (3D) iaitu topeng mengikut watak dalam cerita yang

12

dilakonkan.(Katak, Bapa Katak & Lembu )dan juga skrip lakonan. (BBM Topeng &Srip)

2. Tema Pelajaran

Perancangan RPH adalah berpandukan Huraian Sukutan Pelajaran yang mengandungi tema-tema yang perlu diikuti untuk setiap minggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, tema dalam RPH saya ialah : Kisah Dan Tauladan. Selalunya tema ini berkaitan dengan kisah-kisah tauladan manusia ataupun haiwan. Kisah-kisah ini lebih difahami sekiranya diselitkan kaedah lakonan dan perbincangan kumpulan yang merupakan pembelajaran berpusatkan murid. Berdasarkan tajuk pada RPH saya Bapa Katak Yang Sombong saya memastikan bahan bantu pengajaran yang digunakan adalah sesuai mengikut tema dan tajuk dan mudah digunakan oleh guru dan murid.

3. Penggabungan Kemahiran

Dalam penulisan RPH, guru perlu menggabungkan aktiviti pengajarannya dengan kemahiran mata pelajaran yang lain. Contohnya Kemahiran Bahasa Melayu + Kemahiran Sains. Saya telah memilih penggabungjalinan Kemahiran Muzik , Sains dan Pendidikan Moral dengan Kemahiran Bahasa Melayu. Penggabungjalinan adalah sangat penting bagi mengembangkan potensi murid serta daya pemikiran mereka serta ianya

menimbulkan keseronokkan. Saya menggunakan kemahiran Muzik dalam pengajaran Bahasa Melayu saya dalam set induksi dan penutup. Murid akan menyanyi sambil membuat gerakan berpandukan tayangan video Katak Lompat. Bagi Kemahiran Sains pula saya selitkan pada isi pelajaran tentang kisah Bapa Katak Yang Sombong yang ditayangkan melalui Power Point. Murid dapat melihat bentuk bentuk haiwan seperti

13

katak dan lembu serta habitat haiwan tersebut. Pendidikan moral pula boleh didapati melalui nilai dan pengajaran dari kisah dan lakonan yang mereka baca dan lihat.

4. Sistem Bahasa

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat elemen sistem bahasa dan bahan bantu yang digunakan juga perlu sesuai dan boleh digunakan dalam strategi berpusatkan murid.. Contohnya,aktiviti kumpulan membina ayat tunggal dan majmuk pada kad manila yang diberi. Murid akan cuba membina ayat dengan struktur dan tanda baca yang betul. Selepas itu murid akan membawa kad manila di hadapan kelas untuk dibentangkan.

5. Murid

Sebelum membuat perancangan dan membuat penetapan bahan bantu pembejalaran, guru perlu mengenal pasti murid-muridnya terlebih dahulu dari segi ;

1. Pencapaian dan kebolehan murid : Selidik pencapaian dan kebolehan mereka melalui pemerhatian dan kaji selidik serta keputusan ujian yang dibuat. 2. Pengalaman dan minat murid: Aktiviti yang dibuat perlulah aktiviti yang difahami oleh murid. Contohnya : Murid tahu menjalankan aktiviti lakonan kerana mereka pernah lihat dikaca televisyen atau pernah melakukannya. Bahan bantu pembejalaran juga perlu sesuai dengan aktiviti. 3. Latar sosial: Guru perlu selidik latar sosial murid-muridnya. Ini memudah guru untuk merancang sesuatu aktiviti dan bahan yang sesuai digunakan. 4. Peringkat Umur: aktiviti dan bahan bantu yang dirancang perlu sesuai dengan peringkat umur murid.

6. Sekolah

Guru perlu peka dengan keadaan sekolah dalam membuat pemilihan bahan bantu pembelajaran iaitu;

14

1. Kemudahan ; pastikan terdapat kemudahan yang ingin digunakan oleh guru. Contoh guru ingin menggunakan tayangan video, oleh itu guru perlu pastikan di sekolah terdapat alat pemain video ataupun computer/computer riba dan alat projector. Selain itu pastikan keadaan kelas adakah sesuai untuk aktiviti yang dirancang dijalankan di dalamnya. 2. Kewangan ; Rujuk kewangan sekolah untuk membeli bahan bantu pembejalaran.Selalunya sekolah memperuntukkan sejumlah wang untuk setiap panitia. Bahan yang selalunya disediakan ialah kad manila, dan alat tulis, computer, pencetak dan sebagainya.

7.Nilai Nilai yang hendak diserap: Bahan bantu pembelajaran

perlulah selari dengan nilai yang hendak diserap kepada murid-murid. Contohnya guru meminta murid menyusun kad perkataan menjadi ayat yang betul. Murid-murid di dalam setiap kumpulan perlu bekerjasama menyelesaikan masalah itu. Nilai kemasyarakatan : Guru boleh menyerapkan nilai mesyarakatan melalui aktiviti dan bahan bantu pembelajaran yang digunakan. Antara nilai kemasyarakatan ialah

kerjasama, bantu-membantu, toleransi dan sebagainya.

8. Bentuk Aktiviti

Guru perlu menyediakan bahan bantu pembelajaran mengikut aktiviti yang dirancang sama ada individu, berpasangan ataupun berkumpulan.

9. Ketahanan bahan

Kegunaan semasa: Guru perlu meneliti ketahan bahan bantu yang bakal digunakannya. Contohnya: Dalam aktiviti lakonan topeng yang digunakan perlu menggunakan kertas keras supaya tidak mudah koyak kerana ianya akan
15

digunakan berkali-kali dalam sesi pembelajaran. Kegunaan berpanjangan : Topeng yang telah digunakan boleh digunakan semula untuk sesi pembejalaran lain.

10. Cara Bahan Diperolehi

Guru boleh memikirkan bagaimana cara bahan diperolehi sama ada; Sedia ada? Perlu diubah suai? Perlu dibuat sendiri? Perlu dibeli?

4.2 Cara-cara sesuatu bahan pembelajaran untuk disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid.

Bagi memastikan kesesuaian bahan pembelajaran juga memerlukan beberapa langkah pemilihan. Guru perlu meneliti perkara-perkara berikut;

1. Matlamat pengajaran

objektif

Bahan

hendaklah

menepati

kehendak

matlamat dan objektif pengajaran. Bahan mestilah dapat membantu murid dalam mencapai objektif yang ditetapkan.

2. Pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran

Bahan juga perlu sesuai dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Contohnya : Pendekatan berpusatkan murid dan kaedah simulasi memerlukan bahan bantu yang boleh digunakan oleh semua murid yang terlibat. Seperti topeng dan peralatan lakonan yang lain. Bahan yang digunakan juga perlu membantu dan memudahkan proses
16

pemahaman murid.

3. Aktiviti pengajaran

Bahan yang hendak digunakan perlu selari dengan aktiviti yang akan dijalankan sama ada aktiviti individu, berpasangan atau

berkumpulan.

4. Minat Pelajar

Guru perlu menyediakan bahan pembelajaran yang dapat menimbulkan minat murid untuk terus belajar. Ia akan adalah menjadikan suatu yang guru

pembelajaran

murid

menyeronokkan.

Contohnya

menggunakan radio dan cd kerana murid suka menyanyi dan menari beramai-ramai.

5. Jantina murid

Guru

perlu

pastikan

bahan

yang

akan

digunakan sesuai dengan jantina mereka. Selalunya guru akan memilih bahan yang sesuai digunakan oleh kedua-dua jantina.

6. Keadaan murid

Seperti yang telah dibincang dala faktor-faktor pemilihan bahan pembelajaran, guru perlu mengenalpasti keadaan murid meraka dari segi, kebolehan, latar belakang dan peringkat umur murid. Dengan itu guru lebih mudah menyediakan bahan yang sesuai untuk murid mereka.

7. Belajar cara belajar

Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu dala satu sesi pengajaran dan pembelajaran guru haruslah menggunakan pelbagai menampung bahan hampir pembelajaran semua cara untuk belajar
17

muridnya. Contohnya ada murid yang suka menyanyi, berlakon dan ada yang suka aktiviti berkumpulan, kuiz dan sebagainya.

8. Suasana pembelajaran

Guru yang baik adalah guru yang sentiasa memastikan suasana pembelajarannya berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan penggunaan bahan pembelajaran. Contohnya suasana di dalam kelas guru perlu

menyediakan bahan yang sesuai digunakan didalam kelas.

18

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Nama Guru : Dayangku Nuurul Fattihah Umi Qalthum

Tema

: Kisah Dan Tauladan

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tarikh / Hari : 05 Februari 2012 / Isnin Tahun / Masa : 4 Cekal / 8.10 9.10 Tajuk : Bapa Katak Yang Sombong

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang sesuai. 8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan struktur ayat yang betul.

Fokus Sampingan: 4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun. Aras 1 i. ii. Mengamati idea dalam perbincangan untuk memberikan pendapat . Menerangkan idea yang dikemukakan dengan jelas.

19

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1. Melakonkan semula watak dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas berdasarkan skrip cerita yang diberi. 2. Menyatakan nilai murni yang diperolehi daripada lakokonan yang dipersembahkan. 3. Mengenalpasti kata lawan berdasarkan perkataan yang diberi. 4. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk daripada kata lawan yang diberi.

Aktiviti: 1. Menyanyi lagu Lompat Si Katak Lompat 2. Membaca dialog petikan Bapa Katak Yang Sombong 3. Melakonkan semua watak mengikut dialog Bapa Katak Yang Sombong. 4. Menyatakan nilai murni yang diperolehi daripada lakonan yang dipersembahkan. 5. Mencari kata lawan dan membina ayat daripada kata lawan yang diberi.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran berutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa Penyerapan Ilmu Penerapan Nilai : Antonim, Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, struktur ayat, tanda baca. : Pend. Muzik .Pend. Moral dan Sains. : Jauhi sikap sombong.

Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengenalpasti

2. Teknologi Maklumat & Komunikasi


20

3. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, interpersonal, muzik, visual, verbal linguistik/bahasa dan naturalis.

Bahan Bantu Mengajar

1. Video klip lagu Lompat Si Katak Lompat 2. Komputer riba 3. Topeng 4. Paparan visual cerita Bapa Katak Yang Sombong 5. Kad Manila 6. Kertas Putih 7. Kad Gambar Langkah/ Masa Set Induksi ( 5 Minit ) Isi Kandungan Lagu Katak Lompat Aktiviti Pengajaran & pembelajaran 1. Murid menyanyikan lagu Katak Lompat sambil melakukan gaya. 2. Guru mengemukakan soalan tentang binatang yang mereka lihat dalam tayangan nyanyian tadi. 3. Guru menyatakan tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari sebentar lagi iaitu Bapa katak yang sombong Langkah 1 ( 10 Minit ) Petikan cerita Bapa Katak Yang Sombong 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca dialog Bapa Katak Yang Sombong dengan suara yang jelas serta sebutan dan intonasi yang betul. Catatan/Ulasan

Strategi berpusatkan murid:Murid menyanyi beramai-ramai BBM : Video Katak Lompat : Sesuai dengan minat murid yang suka menyanyi dan sesuai dengan semua jantina& peringkat umur Penggabungjalinan: Muzik

Soalan: Apakah binatang yang kamu sebut dalam lagu tadi?

-Strategi berpusatkan murid : Murid membaca dialog dihadapan kelas. -BBM : Persembahan Power Point-Petikan Cerita Membantu dalam mencapai objektif P&P, mudah dibaca, menarik, sesuai untuk semua
21

KBT: Kecerdasan pelbagai :

Interperson al, naturalis, visual & verbal linguistic.

2. Murid membaca mengikut watak yang diberi oleh guru.

jantina -Nilai dapat diserapkan: berani membaca dihadapan kelas -Nilai Kemasyarakatan: Jangan bersikap sombong seperti bapa katak. Penggabungjalinan: Ilmu : Sains & Pendidikan Moral Strategi berpusatkan murid: Murid berlakon bersama rakan. BBM : 1.Persembahan Power pointDialog cerita. 2.Topeng - bahan bantu sesuai, mudah difahami& diguna. - Ketahanan bahan sesuai, topeng dibuat daripada manila kad & boleh diguna berulangkali. Sesuai dengan matlamat&objektif p&p. - Sesuai dengan kaedah berkumpulan dan teknik simulasi yang digunakan. - Sesuai dengan cara belajar murid yang suka berlakon. - Aktiviti sesuai dengan semua jantina dan umur murid 10th. - Membantu dalam mencapai objektif pengajaran. - penggabungjalinan dengan subjek Sains.( Rupa bentuk binatang)

Langkah 2 Lakonan Bapa Katak ( 15 minit) Yang Sombong

KBT: Kecerdasan pelbagai : interperson al, visual,natur alis & kinestetik.

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan semua watak dalam cerita Bapa Katak Yang Sombong . Termasuk murid yang membaca petikan (pencerita,anak katak, bapa katak). 2. Murid melakonkan semula watak dalam cerita Bapa Katak Yang Sombong. Setiap kumpulan memerlukan 4 pelakon: 1. Pencerita 2. Anak katak 3. Bapa Katak 4. Lembu

Langkah 3 ( 10 Minit ) KBT : Kemahiran

Menyenaraikan nilai murnidan pengajaran dalam kumpulan masing-masing.

1. Murid diminta menyenaraikan nilai murni dan pengajaran yang mereka dapati daripada persembahan

Strategi berpusatkan murid: Murid berbincang dalam kumpulan BBM :


22

Berfikir: Menjana idea

lakonan tadi dalam kumpulan masingmasing. 2. Guru memberikan sehelai kertas untuk catatan pada setiap kumpulan. 3. Wakil setiap kumpulan akan berdiri dan memberikan jawapan berpandukan gambar yang ditunjukkan oleh mereka.

Kad Gambar Katak, Bapa katak & Lembu Kertas putih

Nilai yang diserap: Kerjasama dalam kumpulan Nilai kemasyarakatan: Kerjasama, tolongmenolong, prihatin, bertolak ansur.

Langkah 4 : ( 15 Minit ) KBT : Kemahiran berfikir: Menjana idea, mengenalpa sti. Kecerdasan pelbagai: Interperson al, kinestetik.

Sistem Bahasa: Antonim ( Kata lawan ) 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kata lawan: Besar Takut Tajam Sedih Mati

4. Bina ayat tunggal dan majmuk daripada kata lawan yang diberi.

1. Guru menunjukkan beberapa perkataan melalui paparan power point. 2. Semua murid membaca perkataan yang terpapar diskrin. 3. Guru memilih wakil dari setiap kumpulan untuk memberi kata lawan bgi perkataan yang mereka lihat. 4. Guru meminta murid membina ayat tunggal & ayat majmuk daripada kata lawan yang diberi dalam kumpulan masingmasing. Setiap kumpulan perlu menulisnya pada kad manila yang diberi oleh guru kepada setiap kumpulan. 5. Murid membuat pembentangan di hadapan kelas.

Strategi berpusatkan murid: Murid menjawab soalan pada paparan power point dihadapan kelas & murid membuat perbincangan dalam kumpulan untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk.Kemudian membuat pembentangan kumpulan. BBM: Paparan Power Point - Bahan mudah dikendalikan& menarik perhatian murid. - Menjimatkan masa - Praktikal Kad manila - Mudah digunakan - Sesuai dengan penerapan nilai kerjasama dalam kumpulan. - Sesuai dengan objektif pembelajaran

23

Penutup ( 5 minit ) KBT : Kecerdasan pelbagai : Muzik, Kinestetik, visual.

Lagu Katak Lompat

1. Murid merumus topic yang dipelajari.( Murid dipilih oleh guru secara rawak )

BBM: Tayangan Video lagu Katak Lompat.

-Penggabungjalinan : Muzik 2. Murid menyanyikan - Bahan praktikal semula lagu Katak - Sesuai dengan minat Lompat dengan gaya. murid, umur dan cara belajar murid yang suka menyanyi.

Refleksi

Kekuatan: Strategi berpusatkan murid dapat mencungkil keyakinan dalam diri murid melalui kaedah simulasi dan nyanyian. Aktiviti berkumpulan juga menunjukkan kerjasama yang baik antara murid-murid. Kekuatan ini banyak membantu dalam mencapai objektif p&p.

Kelemahan : Terdapat sebilangan kecil murid yang tidak memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti kumpulan.

Penambahbaikan Dimasa akan datang guru perlu merancang aktiviti yang boleh melibatkan semua murid bergerak aktif sama ada secara individu ataupun berkumpulan.

24

RUMUSAN

Berdasarkan laporan perbincangan berkaitan dengan strategi berpusatkan murid dapatlah disimpulkan bahawa strategi berpusatkan murid adalah strategi yang menjadi trend atau diguna pakai pada masa kini sama ada dalam pengajaran Bahasa Melayu mahupun mata pelajaran lain serta di tempat-tempat pengajian tinggi strategi ini sangat memperlihatkan kemajuan dan peningkatan murid dalam pembelajaran mereka. Ini kerana ianya dapat mendatangkan beberapa kebaikan antaranya, dapat mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membri peluang kepada murid belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Selain itu ia dapat meujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari serta ia dapat mencungkil bakat murid dari segi akviti lakonan, nyanyian dan sebagainya. Dengan itu kita dapat melihat kekuatan strategi berpusatkan murid yang membantu guru untuk mencapai objektif pengajarannya. Penggunaan strategi yang baik tidak akan berjaya sekiranya tidak dibantu dengan penggunaan bahan bantu pebelajaran yang sesuai. Pemilihan bahan bantu pembelajaran haruslah tepat dan sesuai dengan setiap aktiviti yang dirancang. Pemilihannya juga perlu dilihat berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhinya begitu juga dengan caracara pemilihannya mengikut kesesuaian beberapa elemen penting seperti objektif pengajaran, minat murid, pendekatan dan kaedah yang digunakan, keadaan murid dan sebagainya. Dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan berpusatkan murid serta bahan bantu pembelajaran yang memberansangkan akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

25

RUJUKAN: Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Pendidikan Inklusif.(1st ed.) Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Dr. Abdullah Ibrahim.(2010). Pembelajaran Berpusatkan Murid Pelajar dan Kaitannya Dengan Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan. Selangor Darul Ehsan: KUKTEM. Dr. Ali Mahmood, et al.(2011).HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.(2nd ed.) Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. (1st ed.) Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia. Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 8 Dis, 1987. Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan.(4th ed.) Subang Jaya Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang.(2010). Pedagogi Untuk Pengajaran-Pembelajaran.Subang Jaya Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Shahcbudin H, et al.(2007).Pedagodi, Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. (1st ed.)Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Norazura. Konsep dan Kategori Bahan Bantu Mengajar.(n.d). [Online]. Available: http://ge2123.tripod.com/Norazura/nota1.html.[ 2012, Februari 23]. Pengajaran Berpusatkan Murid.(n.d). [Online]. Available: http://alberangque.wordpress.com/2008/06/16/pengajaran-berpusatkan-murid/. [2012, Februari 22]. Pembelajaran Berpusatkan Murid.(n.d).[Online]. Available:
http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PEMBELAJARAN%20BERPUSATKAN%20PELAJAR.pdf.[2012, Februari 23]

26

27