Anda di halaman 1dari 2

Rangsangan Deria

Ransangan Pelbagai Deria Pengenalan

Potensi seseorang kanak-kanak amat berkait dengan faktor baka tetapi pengalaman yang diperolehinya dari persekitarannya menentukan samada ia akan dapat mencapai potensinya itu. Ia mempelajari tentang dunia melalui sistem sarafnya dari suasana yang disediakan oleh penjaganya. Sistem sarafnya dipenuhi dengan pelbagai deria o Penglihatan o Pendengaran o Sentuhan o Bau o Rasa o Propriosepsi (Deria rasa kedudukan otot dan sendi) o Vestibular (keseimbangan) Ransangan pelbagai deria yang bersesuaian yang di beri dalam suasana kasih sayang dan penjagaan yang rapi terhadap keperluan kanak-kanak akan membantu perkembangan otaknya dari segi. o menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang gembira, merasa selamat dan beremosi kukuh o menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dalam hidup samada di rumah, sekolah atau masa depan. Aktiviti ransangan yang bersesuaian perlu dimulakan secepat mungkin

Adakah semua kanak-kanak perlukan ransangan pelbagai deria?


Setiap seorang kanak-kanak akan mendapat faedah dari ransangan pelbagai deria. Rangsangan pelbagai deria bagi mereka yang berkeperluan khas akan : o Mengurangkan ketidakupayaannya o Menggalakkan pencapaian potensi Aktiviti ransangan perlu berlaku setiap hari antara kanak-kanak dan penjaganya. Asuhan dan interaksi penjaga dengan kanak-kanak dan penjaga perlu penuh kemesraan, positif, menggembirakan dan menyeronokkan.

Apakah faedah ransangan pelbagai deria untuk perkembangan kanak-kanak?


Membantu anak mencapai pelbagai jenis kemahiran yang penting untuk menjadi individu yang cekap Ia meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran termasuklah : o Kawalan pergerakan motor kasar (seperti berlari, berjalan, melompat) o Kawalan pergerakan motor halus (seperti menulis, menggenggam, menggunting) o Memulakan dan merancang pergerakan (contoh bermain badminton) o Kestabilan dan keselamatan emosi (contoh : tenang, gembira) o Kemahiran psikososial (seperti dapat berkawan) o Kemahiran bahasa (antaranya meningkatkan perbendaharaan kata)

o o o o o o

Komunikasi (contohnya dapat menjalin hubungan yang baik) Prestasi akademik (seperti kebolehan menulis) Kesedaran kedudukan tubuh (contohnya kebolehan berenang). Kewaspadaan pergerakan otot (contohnya kemahiran gimnastik) Ketepatan persepsi visual (contohnya kepandaian memanah) Koordinasi dan kestabilan gaya tubuh (contohnya kemahiran berbasikal)

Pelbagai aktiviti yang memberi ransangan.

Asuhan yang boleh dipercayai, diharapkan dan ada tindakbalas positif yang diperolehi kanak-kanak akan membantunya merasa disayangi, dapat mempercayai orang lain dan merasa selesa. Ini akan berlaku melalui : o Kekerapan kontak pandangan mata o Kekerapan kontak fiizikal atau sentuhan o Sentuhan dan urutan yang lembut o Belaian kasih sayang o Tindak balas suara kasih sayang o Perbualan yang lemah lembut, mudah dan menghurai Aktiviti harian semasa memberi makan, mandi, menukar pakaian dan lain-lain aktivitii seisi rumah Hubungan dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang lain yang menggalakkan penerimaan dan penghargaan terhadapnya. Persekitaran yang menarik yang mengizinkan penerokaan yang selamat Bermain dengan permainan atau sukan yang sesuai dengan usianya.

Bermain sebagai satu media ransangan Dengan penyeliaan dan bimbingan orang dewasa yang bersesuaian, bermain merupakan satu media yang penting untuk menggalakkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak :

Deria (mengenali tekstur, bentuk, warna) Sosial dan nilai-nilai murni (belajar bekerjasama, mengambil giliran, menunggu, menang dan kalah) Kognitif (kreativiti, imaginasi, berdikari) Emosi (luahan perasaan, kawalan perasaan terutama marah dan kecewa) Nilai dan moral (memahami yang baik dan yang buruk, memahami orang lain, penerimaan, memaafkan, berlaku adil)

http://www.izieherb.net/rangsanganderia.htm